Bila aku pecat bajuku
Aku nampak parut
Bila aku loloskan seluarku
Aku intai parut
Bila aku tanggalkan sepatuku
Aku lihat parut
Yang terakhirnya bukti Tuhan sayangkan aku
Celaka automobil entah mana
Yang keduanya tanda Tuhan mahu tunjukkan jalan
Lensa kamera halus menyelinap mengintai degup jantungku
Yang pertamanya evidens bahawa aku harus teruskan hidup
Surgeri dada terbuka, pintasan jantung, baiki bikuspid dan entah apa
Semuanya sudah sembuh
Tanda bahawa hidup ini harus dihargai
Tetapi
Bogel sekalipun di depan kaca
Aku tidak nampak parut paling ilusif
Terperosok jauh di dalam celahan hati
Bila kau tidak lagi bersamaku
Masih pedih, masih luka, disentuh tidak berdarah, tetapi peritnya tidak tertanggung
Dan aku tidak lagi rela menyimpan parut itu lagi
Bagaimanakah?
Ulasan