350: jauh. dan kali ini mustahil aku boleh kejar.


Kau pernah keluar dengan seseorang yang kau rasa teramatlah selesa, sepertinya kau keluar bersama rakan baik kau sendiri? Dia yang sedang berjalan beriringan di sisi kau, tangan di dalam kocek, mata pandang tanah, mulut tergumam tidak tahu mahu cakap apa sedangkan hati meronta mahu beritahu dia yang kau sudah suka pada dia?

Entahlah.

Apa istimewanya diapun aku tidak tahu.

Apa lebihnya diapun aku tidak pasti.

Senyumnya, tawanya, pintarnya, diamnya, cemburunya, hormatnya, patuhnya.

Dan apa istimewanya aku di matanyapun aku tidak tahu.

Apa lebihnya aku berbanding mereka yang terdahulu di hatinyapun aku tidak pasti.

Kau pernah duduk di tepi jalan, berkongsi sundae, bicara tentang apa entah, lihat apa entah, dengar apa entah, berjam-jam lamanya sehingga kau tidak sedar subuh semakin menyingsing dan kau langsung tidak berasa kantuk bila bersama dia.

Kemudian dia genggam tangan kau, pulangkan kau ke kereta, dudukkan kau di tempat duduk penumpang dan beritahu - 
- yang dia bakal pergi jauh. Bukan ke selatan Semenanjung, bukan merentasi Laut China Selatan, bukan 1000 kilometer.

Tetapi merentas dua benua lain. Ke kota UES. Menyambung apa yang dia kata sudah sekian lama tertunggak.

Air mata kau tertumpah tanpa dapat dibendung. Sial! 

Kenapa semua benda yang indah durasi jangka hayatnya pendek sekali?

Ulasan