299: jeans ini ohsem. serius.

Aku jarang, diulangi... jarang sekali beli sepasang jeans. Dalam almari aku, aku hanya ada 3 pasang jeans yang aku ulang-pakai hingga lusuh benar dan koyak-koyak sebelum aku pasang niat untuk beli yang baru.

Aku ada Levi's Squarecut 533 (yang ini aku beli pada tahun 2006, duit gaji aku kerja part-time sebagai waiter di J.W. Marriot Bukit Bintang. Masih muat walaupun sudah rabak-rabak di bahagian lutut dan aku harus tarik nafas dan agak sendat di bahagian celah kangkang), Padini Skinny fit dan Uniqlo Regular Fit. Kesemuanya berpinggang 28. Mohon cemburu, ya?

Masalahnya bukan sebab aku tak mampu atau tidak mahu tetapi masalah aku adalah susah benar mahu cari yang sedap dan padan dengan saiz tubuh aku yang mirip Gisele Bundchen ini. Serius!

Petang tadi aku temankan seorang kenalan dari jauh yang datang ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Kadang-kadang aku bersimpati terhadapnya, bekerja dengan syarikat antarabangsa kadang-kadang menuntut kau untuk korbankan perayaan agama kau demi tuntutan kerja (secara teknikalnya dia bercuti hari ini tetapi harus juga datang mesyuarat kerana syarikat tempat kerjanya tidak mengiktiraf Aidiladha sebagai suatu perayaan yang harus disambut. Keji!). Usai mesyuaratnya, dia kutip aku di jeti dan aku pantas arahkan dia ke Gurney. Kami jalan-jalan sambil kemaskini tentang hal masing-masing.

Kami masuk ke gedung Levi's dan aku jatuh hati pada jeans Levi's Commuter. Koleksi Levi's yang sudah sedia terjual sejak Julai 2012 lagi.


Aku cuba beberapa pasang. Muat. Sedap. Selesa. Sayangnya wang masih belum kunjung-tiba.

Fuck.

Ulasan