233: bagaimana BISIK mula berbisik.

Alhamdulillah.

Seperti tidak mahu percaya akhirnya novel sulungku akhirnya bakal menemui pembaca tidak lama lagi. Novel berjudul BISIK ini bakal dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Jujur aku nyatakan yang aku sendiri tidak mahu percaya yang aku punya kudrat dan kemampuan untuk siapkan manuskrip dan akhirnya berjaya untuk diterbitkan. Menjadi seorang published writer memang sesuatu yang aku idam-idamkan sejak dulu lagi tetapi aku tangguhkan kerana tidak begitu yakin dengan kemampuan diri sendiri. Oleh itu, peluang yang diberikan oleh FIXI kepadaku ini merupakan sesuatu yang benar-benar tidak aku duga.

sneak peak kulit belakang novel BISIK. hehehe...

Idea untuk menulis BISIK sebenarnya datang secara tidak sengaja. Aku sedang menonton siri filem Saw secara marathon dan entah macam mana ilham untuk menulis datang. Enggan untuk kehilangan idea tersebut, aku segera tuliskan ia dalam program notepad di dalam komputer riba. Esoknya aku hadap kembali nota tersebut dan mula menggambarkan senario-senario 'what ifs' yang berbeza.

BISIK mengambil masa kira-kira enam minggu untuk disiapkan, suatu jangkamasa yang agak singkat aku kira memandangkan aku mampu menulis kira-kira dua hingga tiga jam sehari. Kalau lebih daripada itu aku akan mula bosan dan terggiur untuk buat kerja lain seperti melayan Facebook dan sebagainya. Dengan berpandukan contengan ringkas pada dua-tiga helai kertas aku kosongkan otak dan biar jari-jari aku mengambil-alih dan sedar tidak sedar sudah hampir 20 ribu patah perkataan terhasil.

Pada ketika itu aku mula terfikir yang matlamat untuk menzahirkannya menjadi sebuah manuskrip novel yang lengkap adalah tidak mustahil. Sudah tiga puluh peratus siap, amat berat untuk aku tinggalkan begitu sahaja. Lagipun aku benar-benar terpanggil dek kata-kata keramat Amir Muhammad sewaktu aku bertemu beliau di Pesta Buku Antarabangsa PWTC tahun lepas.

"I'm looking forward to read your first two chapters, tau!"

Mungkin separa sedar kata-kata itu sendiri menjadi pendorong untuk aku selesaikan manuskrip BISIK dan akhirnya pejam celik pejam celik pejam celik...

Naskah BISIK ini bakal menemui pasaran tidak lama nanti. Penghujung April semestinya.

Resah menunggu reaksi pembaca.
Gementar pun ada.
Takut dan risau pun berbelit.

Tapi harap-harap para pembaca dan peminat FIXI khususnya bakal disajikan oleh sebuah BISIKan yang berbeza.

InsyaAllah.

Eh, datanglah beramai-ramai ke launching novel BISIK dan 5 judul FIXI yang lain di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2012 pada 27 April nanti.

=)

P/S:- sudi-sudikanlah LIKE fan page BISIK, ya? Thanks.

Ulasan

Liz berkata…
OMG, Syai! Congratulations! That is absolutely AMAZING! And yes, 6 weeks is freakin' short! How on earth... =.= Ahaha, truly hebat lar! Maybe I can get a copy from you? ;) And all the best, I'm sure you'll get good reviews :)
shandye. berkata…
@Liz: come over to the launch at PWTC on the 27th of April and you might not only grab the copy but snap a picture and get your book signed by yours truly! ahaks... =)
FaizalSulaiman berkata…
kagum dengan enam minggu u leh siapkan manuskrip tu as well i nak signature dari u okey!hehehe
SUDUT MATA SAYA berkata…
tahniah! gila tak sabar nak tunggu buku kau ni. tp malangnya,aku tak dpt dtg launching buku ni. TT.TT
Pingu Toha berkata…
OMAIGOTOMAIGOTOMAIGOTOMAIGOTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
nizamsani berkata…
hebat.
tahniah.
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: actually since the initial idea dh ada dalam kepala otak, menulis draf pertamanya takdelah susah sangat. cuma kadang2 tu the occasional hiccups ada jugak la... hehehe... =)
shandye. berkata…
@SUDUT MATA SAYA: thanks. takpe. jgn lupe beli taw? ahaks.
shandye. berkata…
@Pingu Toha: hehehe. kenapa ni? =P
shandye. berkata…
@nizamsani: hehehe... terima kasih! =)
can't wait for whispering with you :P

haha
shandye. berkata…
@A T I K A H L A T I F F: thanks. do LIKE the fan page to keep yourself updated with all the important 'whispers' about the book, ya? hehehe....
Cik Bambam berkata…
genre citer apa weh? kalau seram terbantut aku nak beli!!! ahhahaha.. ehhh.. aku nk yg ada signature penulis!

#okbai
book seller berkata…
kalau tak salah, stok terbaru yang kami terima, novel anda turut ada sekali... :)
Julie Anne berkata…
Congrats!
Sekarang sila doakan buku saya dapat sertai senarai 5 yang lain sama-sama launch pada tarikh tersebut! *pray pray pray*
Tanpa Nama berkata…
aku dh baca bisik.. thniah bro

aku bg rating 3.5 dr 5..hehe

xsangka ko orangnya, budak kerismas dlu..ekeke
Qim akuro berkata…
BISIK best ..!! complicated but nice huh :)
TAHNIAH <3