Manusia tidak
terlepas daripada membuat kesilapan. Itu lumrah. Makanya kita seharusnya punya
toleransi terhadap cela tersebut kerana lets
face the fact, kita sendiri pun ada pernah membuat salah. Begitu juga
dengan kegagalan sesebuah perhubungan percintaan.
Semua orang mahukan bahagia,
namun ada di antara kita yang putus di tengah jalan. Ada yang terus tidak
berhubung, ada juga yang bermusuh dan ada segelintir yang aku kenal masih lagi
mampu bersahabat dengan bekas kekasih masing-masing.
Aku juga tidak
terkecuali.
Namun pernahkan
anda terfikir yang anda berkemungkinan bakal menyambung kembali perhubungan yang putus itu?
Kalau anda
menjawab ya, ini adalah sebahagian daripada hal yang anda wajib tahu dalam
mempersiapkan diri menelusuri perhubungan yang ‘baru’ ini.
Si
dia bukanlah si dia yang anda pernah kenal dahulu (well, not exactly!)
Manusia berkembang. Baik dari segi
fizikal, mental mahupun rohani. Makanya untuk anda menetapkan bahawa si dia
tidak berubah sejak kalian berpisah merupakan suatu hal yang agak tidak bijak. Mana
tahu sepanjang perpisahan kalian si dia sudah berjinak-jinak dengan hobi baru,
bertukar tempat kerja, kematian seseorang mahupun melancong ke sebuah pulau. Makanya
sudah tentu si dia sudah mengalami perubahan dalam hidup.
Begitu juga dengan anda.
Semestinya ada sesuatu yang sudah
berubah/bertambah/berkurang dalam diri anda semenjak kalian berpisah dahulu.
Bekas kekasihku sebelum ini tidak pernah
terlintas untuk minat untuk berkebun. Kami berpisah pada tahun 2006 namun kekal
bersahabat hingga ke hari ini (mungkin faktor rakannya juga rakanku membuatkan
kami terus kekal berkawan?) dan pada awal bulan ini, kami membuat keputusan
untuk mencuba menyambung kembali apa yang pernah terputus enam tahun yang lalu.
Alangkah terkejutnya aku bila pertama
kali ke apartmentnya dan mendapati di ruang balkoni punya sayur-sayur
hidroponik, pasu-pasu bunga orkid dan kaktus mini tersusun comel membatasi
ruang balkoni. Dia sendiri akui yang dia mula berjinak-jinak untuk mencuba
berkebun setelah kami berpisah dahulu. Semacam suatu terapi minda untuknya
barangkali.
Kelmarin aku harus menemani dia ke
sebuah kedai menjual peralatan berkebun kerana dia mahu dapatkan arang, baja
dan beberapa kelengkapan lain untuk hobi barunya. Sepanjang makan tengah hari
juga dia tidak putus-putus bercerita itu ini tentang seronoknya berkebun. Ya,
aku harus terima yang dia kini kaki berkebun.
Makanya apa yang aku ingin jelaskan di
sini adalah anda harus bersedia untuk menerima perubahan yang ada pada si dia
jika anda ingin menyambung kembali hubungan kalian.
Jadikan
masa lalu sebagai panduan untuk menjadi lebih baik
Semak dan analisis kembali apakah sebab
kalian berpisah sebelum ini. Sebagai contoh, jika kalian berpisah atas sebab
sifat anda sendiri yang cemburu melulu dan menyebabkan kalian bergaduh dan
seterusnya berpisah, jadikan itu sebagai pedoman dan perbaiki diri. Cuba elak
daripada melakukan hal yang sama untuk kali kedua.
Kalian berdua sudahpun melepasi fasa awkward untuk saling mengenali diri
kerana kalian sudahpun sedia mengenali antara satu sama lain. Makanya apa yang
perlu diberi perhatian adalah hal-hal yang menyebabkan kalian berpisah dan
apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan daripada hal itu berulang.
Ambil
masa untuk lebih mengenali si dia
Memandangkan ini merupakan peluang kedua
(atau mungkin juga ketiga atau keempat bagi sesetengah individu?) kalian,
semestinya haruslah kalian ambil masa untuk lebih mengenali si dia.
Aku tahu, mesti ada yang akan cakap; “Ala,
aku dah kenal dia kot. Buat apa nak ambil masa kenali hati budi dia lagi?”
Benar. Tetapi sedarkah kalian bahawa
hati dan perasaan manusia boleh berubah-ubah?
Mungkin dahulu si dia seorang yang
penyabar tetapi setelah berpisah dengan anda, dia mungkin tidak sesabar dahulu.
Jadinya anda haruslah siasat dan kenali dia dengan lebih terperinci. Anggap sahaja
pengetahuan anda terhadap dia kembali sifar dan anda sedang berusaha untuk
mengenali individu yang ‘baru’ ini.
Cuba elak daripada berbicara tentang hal
lampau
Sejarah sewajarnya kekal dan dibiarkan
menjadi sejarah, sesuatu yang sudah berlaku. Makanya adalah elok jika kalian
cuba untuk tidak menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan hal lampau (yakni
hal-hal sebelum anda berpisah sebelum ini) kerana dikhuatiri akan menimbulkan
getar-getar perbalahan. Namun begitu, kalau ada memori yang indah yang pernah
kalian kongsi bersama dahulu, rasanya tidak salah kalau mahu diingatkan
kembali.
Aku sendiri seringkali bersama bekas
kekasihku ke Feringghi kerana di situlah tempat kami selalu lepak bersama-sama
dengan rakan-rakan yang lain. Namun, seperti ada suatu perjanjian lewat
telepati, masing-masing langsung tidak mengungkit hal-hal yang berkait dengan
punca kami berpisah dahulu.
--
Rasanya itu sahaja yang aku mahu kongsi
buat masa sekarang. Kalian pula bagaimana? Kongsikan pendapat di ruang komen.
Kthnxbai.
=)
Ulasan
I only believe in getting back together with an ex if, and only if, the issues that broke you up before are settled/can be settled. Otherwise, why go through all the drama again, right? >.<
1. kucing2 tuh comel!! :D
2. mcm mana korang boleh rujuk balik? errrr..mayb boleh jd ilmu buat aku..huhuhu