044: pesta buku antarabangsa, fixi & perihal aku starstruck bertemu amir muhammad.

NOTA: Entri ini aku kopipes dari belog aku yang satu lagi. Suka hati akulah kalau aku hendak keluarkan dua entri yang serupa sekalipun, ini belog aku. (gelak nakal)


---------------------

Pagi tadi aku tiba awal di PWTC. Objektif utama; mahu lihat sendiri ‘kehangatan’ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur


Objektif sampingan; mahu cuba menang hadiah harian Fixi dan makan tengah hari bersama rakan lama. Sekitar jam 9.20 pagi. Mujur ada teman sudi hantarkan hingga ke stesen LRT Sungai Besi. OK, fakta ringkas: aku TIDAK PERNAH menggunakan LRT dari Sungai Besi. Makanya aku hampir tersesat untuk ke PWTC. Mujur ikut kata hati dan tegur abang India kacak yang berbau harum Dunhill segak berkemeja ungu pucat dan memegang kemas briefcase kulit tampak mahal. Kami berbual ringkas dan dia mahu menghadiri temuduga sebagai akauntan di KLCC, tetapi dia mahu minum pagi terlebih dahulu bersama teman lamanya.

“Old friend?” Aku tanya. Sekadar mahu memperpanjangkan perbualan sementara menanti tren yang lagi 10 minit akan tiba. Satu hal yang aku suka tentang LRT adalah ia agak menepati masa dan selesa berbanding KTM. But enough about that. 

Abang India yang hanya mahu dikenali sebagai Mark (oh, dia beragama Kristian barangkali. Bahasa Inggerisnya bagus sekalI!) tertawa. Dia angguk. “Yes, he’s a dear friend to me. We dated for a year back then when both of us are in Australia. We have broken up ever since but we still remains as friends.” Aku telan liur. Pernah ketemu lelaki/perempuan yang sebegitu selesa mendedahkan seksualitinya kepada orang asing yang baru dikenali tidak sampai setengah jam?

Tren tiba dan dia pelawa aku masuk dahulu. Kami duduk, sambung berbual. Dia graduan universiti Australia, habiskan empat tahun di sana dan dia bilang kalau mahu ke sana tolong elakkan daripada mengaku bahawa kita warganegara Malaysia. Ini adalah kerana masih ada lagi sebilangan kecil warga Australia (terutama sekali di sekitar pekan-pekan kecil sekitar Ipswitch, elakkan daripada kedai-kedai kecil di situ kerana menurut Mark pekedainya akan enggan menjual barangan mereka kalau mereka suspek kamu seorang warganegara Malaysia). Kami berpisah ketika tren tiba di Masjid Jamek. Dia bertukar tren untuk ke KLCC dan aku meneruskan perjalanan untuk ke PWTC.

Seperti yang aku ceritakan tadi, aku tiba di PWTC agak awal. Sekitar jam 9.20. Sebenarnya motif asal aku hendak tiba awal adalah aku kepingin mahu memenangi cabaran early-bird yang dikelolakan oleh Fixi. Siapa tidak tergiur untuk memenangi tiga novel sulung keluaran Fixi di samping dapat cuci-cuci mata. Betul tak? Anyways, ramai betul pelajar sekolah (baik rendah mahupun menengah) berkeliaran dengan guru pengiring masing-masing. Aku tengok kebanyakan guru pengiring semuanya stok muda-muda cantik-melaram dan kacak-menawan semuanya. Mesti baru posting. Aku senyum dalam diri.

Sambil-sambil menanti pintu masuk ke exhibition hall dibuka, aku rayau-rayau sekitar PWTC sekejap. Kali terakhir ke mari adalah bersama si saintis muda dan rakan sejenayah kami, menonton anugerah apa entah aku sudah lupa kerana 20 minit event berlangsung kami sudah berambus pergi makan di mapley. Tiket percuma, makanya lantaklah! Hahaha…

Pintu utama exhibition hall dibuka tepat jam 10 pagi dan orang ramai sudah mula berpusu-pusu masuk. Aku rasa harapan aku untuk menang agak tinggi. Aku rasa. Tapi dari kejauhan aku nampak ada seorang mamat berjersi kuning memecut laju dari pintu masuk (ya, dia secara literalnya berlari masuk) dan berkemungkinan tercari-cari gerai Fixi juga.

Setibanya aku di gerai Fixi, saudara Amir Muhammad dan pembantunya sudah tersedia di itu. Aku jadi starstruck sejenak. Ini merupakan kali kedua aku bertemu beliau. Kali pertama adalah di MAP ketika pelancaran buku Sultan Muzaffar. Bila aku sebutkan kata kunci untuk hari ini, Amir Muhammad hanya senyum dan berkata; “Sorry, you’re the fourth person.”

Dayyuummn.

Sedikit terkilan. Ah, well. Aku beli juga ketiga-tiga novel Fixi: Pecah (Khairulnizam Bakeri), Cekik (Ridhwan Saidi) dan Kougar (Shaz Johar). Nanti usai baca setiap satu novel itu pasti aku akan ulas di sini. Sempat juga berbual-bual dengan Amir Muhammad. Dia friendly rupanya. Aku cakap yang aku sudah dua kali terpilih dalam senarai-pendek dua antologi keluaran Matahari Books sebelum ini; Body 2 Body dan juga Orang Macam Kita. Namun, kedua-duanya tidak terpilih. Aku tidak terkilan, malah sudah cukup bangga kerana bagi aku terpilih untuk disenaraipendekkan sudah memadai, sudah meletakkan namaku di luar sana. Mungkin masih belum rezeki aku.

Aku ceritakan kepadanya bahawa selama tiga tahun pengajian aku di universiti, aku banyak menggunakan buku-buku dari Matahari Books dan artikel tulisannya sebagai rujukan utama. Dia bilang dia terkejut kerana tidak banyak pelajar mahu angkat mana-mana buku atau cerpen keluarannya untuk dijadikan bahan diskusi sastera. Mungkin aku antara yang pertama. Bangga sekejap. Oleh kerana aku starstruck (dan mostly gugup sebab berhadapan dengan editor dan penulis berpengalaman seperti beliau), bahasa aku agak tunggang-langgang. Sedikit memalukan.

Beliau tambah sebenarnya untuk Body 2 Body kalau boleh mahu dimasukkan semua entri yang dihantar tetapi pihak penerbitan telah mengehadkan jumlah muka surat. Tak boleh buat apa-apa. Beliau usulkan aku untuk cuba tulis novel pula dan hantar kepada Fixi. Oh, besar projek itu! Novel? Aku pegang naskhah Pecah karya Khairulnizam Bakeri. Agak tebal, sekitar 60,000 patah perkataan. Beliau bilang penulis ini ambil masa hanya 3 bulan untuk buat penyelidikan, rangka dan karang novel tersebut. Kalau seorang lelaki yang sudah berkahwin, punya kerja tetap dan keluarga mampu siapkan satu naskhah novel dalam tempoh 3 bulan, masakan aku seorang mahasiswa yang bakal bercuti (dan berkemungkinan besar hanya goyang kaki di rumah) tidak mampu untuk hasilkan novel ketika cuti semester ini.

Aku senyum. Amir Muhammad tepuk bahu aku. 

“I’m looking forward to read your first two chapters, tau!”

Ulasan

nn berkata…
nak pinjam kougar ea nanti.
shandye. berkata…
buleh2. erk... sekarang ni ke?
Rafi Samian berkata…
aku masih gagal menghadam niat lelaki india itu melapis kewarganegaraannya walhal di pekan Ipswitch itu terletaknya memorial milik seorang doktor warganegara Malaysia.
NormaLiza Mah berkata…
drop by baca entry.. dan menabung.
sama2 klik utk menabung...

pesta buku.. ya saya ke sana juga...
all the best dgn blog
daaa~
shandye. berkata…
@Rafi Samian: oh, aku juga kurang pasti. aku tidak pernah ke australia makanya aku tidak menafi mahupun mengiyakan pernyataan abang india itu. mungkin dia yg merasakan sedemikian dan itu bukanlah situasi yang dialami oleh orang kebanyakan di situ, maksud aku... perasaan itu lebih terjurus kepada peribadi dan bukannya generalization.

@NormaLiza Mah: terima kasih kerana sudi singgah!