You don't want me, no
You don't need me
Like i want you, oh
Like i need you
And i want you in my life
And i need you in my life
You can't see me, no
Like i see you
I can't have you, no
Like you have me
And i want you in my life
And i need you in my life
You can't feel me, no
Like i feel you
I can't steal you, no
Like you stole me
And i want you in my life
And i need you in my life
The Pretty Reckless | You
-----
Mendengar lagu ini membuat aku terpanggil untuk mengingati Allayarham Adam. Bulan lima ini genaplah 6 tahun dia pergi meninggalkan aku dan juga ibunya. Aku rindu benar akan Adam. Dia adalah satu-satunya teman yang aku kira benar-benar mengenali diriku luar dan dalam. Dia seperti kembarku yang tidak pernah aku punya. Dia seperti kaki kiri untuk pelengkap kaki kananku. Dia emping jagung untuk semangkuk susu dingin.
Aku dan Adam saling mengenali sejak dari bangku sekolah lagi, terpisah hanya ketika masing-masing melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Aku ke UiTM Kedah, dia ke MMU Cyberjaya. Aku dalam jurusan Undang-undang, dia dalam bidang grafik. Dia memang pandai melukis. Dulu-dulu kalau kami sama-sama berhajat untuk ponteng kelas Matematik Tambahan, aku dan dia akan bertemu di luar pagar belakang sekolah dan duduk di belakang tembok sambil aku memerhati dia melukis dalam buku kulit keras warna merah yang dia sering bawa. Buku itu sarat dengan lukisan dia, puisi pendek aku, dan lagu-lagu merapu-rapik kami kalau kami bertemu lagi pada sebelah malamnya di hujung gigi pantai tambak tidak jauh dari lokasi di mana kini berdirinya Queensbay Mall.
Itu kisah lalu. Masa itu QB Mall masih lagi sebongkah bangunan tinggal yang creepy dan kawasan itu menjadi sarang bagi pasangan bercinta mahu quickie. Entah berapa kali aku dan Adam akan meronda-ronda menaiki basikal (aku di belakang, dia mengayuh) dan sengaja lalu rapat benar pada kereta yang kami sedia maklum ada pasangan sedang mengerendek.
Adam pandai menyanyi. Suara dia sedap. Si Raqib peserta AF9 punya suara mirip suara Adam. Cuma suara Adam sedikit rendah dan tidak selunak si Raqib yang comel itu. Buku merah itu kini ada pada aku. Kadang-kadang kalau aku rindu aku akan buka dan serta-merta air mata akan jatuh. Aku sentuh kertas-kertas yang sarat bercontengan dengan pensel, pen atau marker dengan tulisan tangan Adam dan serta-merta aku akan boleh ingat di mana dan jam apa ia ditulis kerana kebanyakan ketikanya aku ada di sisinya.
Aku dan Adam terlalu rapat sehingga rakan-rakannya mula menggelarkan Adam gay. Dia bukan homoseksual! Adam straight! Hanya kerana dia rakan kepadaku, orang terus melompat pada konklusi yang dia mesti turut sama gay. Bodoh! Aku bengang dengan orang otak dangkal seperti itu. Tetapi Adam tak kisah. Dia tetap peluk aku dan cium dahi aku kalau ada orang buli aku masa di sekolah dulu. Dia peduli apa. Dia kawan aku dan aku kawan dia.
Hari itu masa aku balik seminggu untuk study leave aku sempat ziarah kuburan Adam. Aku duduk lama-lama, bacakan Yasin dan cabut rumpai-rumpai yang menjalar. Lepas itu aku letak sekuntum kekwa warna kuning. Sebenarnya aku suka warna putih tapi petang itu aku tak jumpa warna putih makanya warna kuning pun jadilah. Adam suka kekwa. Dia selalu hadiahkan buah hatinya sekuntum kekwa.
Fatehah kekasihnya yang terakhir pun suka kekwa. Dia minta kalau aku ziarah kuburan Adam, aku mesti telefon dia dan cakap dengannya lewat telefon, bilang apa yang aku nampak, huraikan visual agar dia dapat bayangkan sama. Auckland jauh makanya aku yang jadi mata dan telinga untuknya di sini. Tak apalah. Fatehah bukan orang asing. Dia ada masa Adam tiada di katil cadar putih HKL. Ibu Adam ada. Aku pun ada. Aku ponteng kelas Introduction to Law II masa itu. Aku ingat lagi. Aku minta Abang Iz pecut laju-laju di lebuh raya agar aku lekas tiba. Tapi selekas manapun aku tiba, Allah lebih sayangkan Adam.
Air mata, sigaret, kopi mendingin. Itulah teman aku untuk malam ini.
=(

Ulasan