Membaca MANGSA membuat aku senyum sendiri tatkala nama beberapa watak di dalam novel ini muncul. Hani dan Iqbal contohnya, kerana mereka berdua merupakan rakan se-FIXI. Jadinya setiap kali dua watak ini muncul, aku tidak boleh tidak daripada membayangkan mereka berdua. Watak Rosmah pula mengingatkan aku tentang you-know-who.
Apa-apapun, MANGSA merupakan sambungan kepada NGERI walaupun pada amnya kedua-dua novel ini boleh dibaca secara berasingan kerana MANGSA secara teknikalnya adalah sebuah stand-alone sequel kepada NGERI.
Plotnya disusun kemas, teratur dan masih lagi mengekalkan stail dan naratif yang serupa seperti NGERI. Namun jujurnya pada hemat aku, aspek perincian watak yang aku kira agak lemah masih lagi ketara dalam MANGSA. Aku ambil contoh watak Inspektor Rashid yang mengepalai Pasukan Orang Hilang (POH) yang separuh cerita akhirnya terheret sama turut harus ke Kampung Terenggun kerana mahu menjejaki anaknya (Rosmah) yang hilang. Bayangkan, anaknya hilang, namun aku tidak langsung dapat merasai resah, sengsara, panik dan juga keterdesakan yang semestinya timbul (sebagai seorang manusia biasa, seorang ayah yang kehilangan satu-satunya anak kesayangan) tatkala dia sampai ke kampung itu untuk menyiasat kehilangan anaknya. Sebaliknya, dia masih lagi tenang dan seperti kehilangan anaknya itu langsung tiada apa-apa impak terhadap peribadi dan perwatakannya. Itu aku kira agak menghampakan. Namun, aku juga terfikir mungkin sekali Inspektor Rashid itu memang berperwatakan sebegitu kerana let's face it, dia seorang inspektor polis pula. Mana mungkin akan mencampur-adukkan emosi dan perasaannya ketika sedang bertugas? Ya, mungkin juga.
Begitu juga dengan Detektif Hema yang masih lagi meneruskan semangat beliau untuk menyudahkan kes NGERI yang masih lagi tertunggak ternyata seperti sekadar watak tempelan yang aku tidak dapat rasa keterdesakan dan kebersunguhannya untuk menjejaki pembunuh yang terlepas dari kes NGERI tersebut.
Tetapi aku benar-benar suka akan kemistri yang wujud antara dua watak lain iaitu Natalia dan Nazwan. Introduksi di awalan naskah ditulis dengan cemerlang sekali, dan penulis berjaya mengetengahkan isu-isu penting di tempat kerja seperti etika kerja, gangguan seksual di tempat kerja dan juga tatacara berkomunikasi dengan pihak atasan. Suatu hal yang aku kira ramai pembaca FIXI (sebab aku kira kebanyakan mereka masih belum habis belajar di universiti, kolej, poli atau sekolah?) patut tahu. Namun begitu, konsistensi dinamis dua watak itu mulai longgar dan menyurut apabila konflik benci-tapi-cinta yang berulang-ulang timbul di antara mereka yang membuatkan Natalia untuk melenyapkan diri, membawa diri ke Kampung Terenggun dan sekaligus memaksa Nazwan untuk menjejaki Natalia.
Abaikan perincian watak-watak dalam naskah ini yang pada pendapat aku agak underdeveloped dan tumpukan fokus pada ceritanya sahaja. MANGSA ternyata suatu naskah bacaan yang pantas, mudah dan berpotensi untuk menjadi lebih baik jika lebih banyak tumpuan diberikan kepada aspek 'mencerita' dan bukan sekadar 'memberitahu'.
Apa-apapun, klimaksnya menerujakan dan seperti NGERI, peyudahnya juga sesuatu yang tidak akan disangka-sangka; tatkala semua watak-watak yang diperkenalkan sedari awal akhirnya disatukan di lodge di tengah-tengah hutan, masing-masing dengan objektif dan motif tersendiri yang akan membuat pembaca tertanya-tanya dan tidak sabar mahu lekas habiskan baca untuk mengetahui siapa MANGSA dan siapa yang menjadi peMANGSA yang sebenarnya.
Syabas buat Gina! Satu lagi naskah FIXI yang tidak jemu untuk diulangbaca.

Ulasan
Tapi kalau baca Ngeri dulu pun cool juga :D
=)
Rasanya pasti perkara yang sama masih lagi dijamukan dalam MANGSA. HMmmm