Aku ketepikan novel 1Q84 yang setebal Kamus Dewan itu untuk beri laluan habiskan baca kompilasi cerpen nukilan Khairul Nizam Bakeri (KNB) ini kerana tidak tertahan oleh ulasan Cik Zara di Goodreads. PECAH merupakan novel karya KNB di bawah publikasi FIXI yang pertama aku baca buat tahun 2011 dan dua tahun selepas itu, aku memulakan tahun 2013 dengan buku FIXI yang pertama iaitu CERPEN. Maaf, aku masih lagi belum baca MANGSA dan MENTAL (oh, dan ISTERI juga tertangguh entah di bab mana sebenarnya).
Harus aku tegaskan di sini, aku akui antara kebanyakan penulis FIXI yang lain, vocabulary KNB adalah antara yang paling luas. Dalam naskah PECAH yang kubeli dulu pun banyak benar perkataan Bahasa Melayu yang baru pertama kali aku temui digunakan oleh beliau. Ah, aku dengar beliau sendiri seorang pembahas tersohor dan nama beliau meniti di bibir-bibir alumni UiTM. Makanya tidak hairanlah kalau beliau punya kosa kata paras tinggi (pada hemat akulah). Banyak kali juga aku hentikan bacaan dan layari laman sesawang PRPM semata-mata mahu mencari maksud beberapa perkataan yang ditemui. =P
Apa yang pasti, KNB ternyata seakan tidak terlepas daripada memutar kisah-kisah dengan rencam kepolisian, jenayah, orang gila (?) dan juga ada cubaan beliau berjenaka dalam sinikal yang tajam.
Jika ditanya kispen yang mana satu menjadi kegemaran, amat sukar untuk aku jawab kerana setiap satunya punya kekuatan yang tersendiri. Ada beberapa kispen yang aku kira amat sesuai kalau dikembangkan untuk mendasari plot sebuah novel yang bagus. Itu aku berani jamin. Ulasan kali ini tidak satu persatu seperti ulasan Cerpen Nadia Khan kerana aku rasa agak sukar untuk membuat ulasan satu-satu kispen kerana khuatir ia akan meleret-leret panjang (dan semestinya pembaca blog ini akan bosan?). Ada dua-tiga daripada kispen yang tersiar sebenarnya sudah pernah aku baca di tempat lain sebelum ini, makanya aku langkau saja dan baca mana yang aku belum baca.
Yang pastinya aku setuju dengan Zara. Kispen 'Hanya Sepuluh' yang menutup kompilasi ini harus diulangbaca dan aku yakin benar akan ada yang menyentuh sanubari sang pembaca. Bagi mereka yang tidak putus-putus menjengah ke blog Salah Taip rasanya pasti akan berasa sensasi deja vu kerana ada yang pernah termuat di situ. Kispen ini mempamerkan kehandalan penulis dalam menyusun ayat-ayat, eh, perkataan-perkataan yang hanya terdiri daripada sepuluh, ya, SEPULUH patah perkataan sahaja untuk menjadi sebuah kispen yang bermakna. Semacam #CerpenTwitter pun ada juga, cuma aku rasa ini jauh lebih sukar dan puitis. Ada yang dibaca hampir seperti haiku, ada monolog dan ada tempelak kepada tajuk akhbar atau berita semasa yang berlaku. Ternyata beliau seorang pemerhati, pentafsir dan penulis yang handal.
Salutasi dan sekalung syabas buat Khairul Nizam Bakeri. Aku tak sabar mahu tonton filem Pecah nanti. Insya-Allah, kalau masih bernyawa.
Nah. Ulasan (rasanya) paling pendek dalam siri ulasan buku di blog ini.
Selamat malam/pagi dunia.
Assalamualaikum.

Ulasan