312: [siri certot!] #05 - mangsa.

Ini merupakan percubaan 'separa masak' daripada aku untuk kontes buku MANGSA dari FIXI. Aku bilang 'separa masak' sebab aku tak betul-betul duduk dan karang. Mungkin sebab penat campur bosan menghadap tugasan akademik menyebabkan aku terpanggil untuk turut serta dalam kontes ini. Tak menangpun tak apa, asalkan aku turut memeriahkan kontes tersebut, ye tak? Berdasarkan ulasan-ulasan tentang MANGSA, sekuel kepada NGERI ternyata amatlah menarik. Tak sabar mahu beli dan baca. Apa-apapun, selamat membaca certot aku yang tak menang ini.

=)


Kadang-kadang Ku nampak yang Dia menjerit minta tolong, mohon dihentikan. Kebanyakan masa Dia tak membantah. Dia diam saja kat tepi fridge tu. Ku cuba nak tolong tapi Ku tak berani. Sebenarnya kalau Ku tolong memang boleh sangat-sangat. Paling-palingpun boleh hentikan daripada Dia jadi macam tu. Ku boleh jadi penghalang daripada Dia kena lagi.

Petang itu YB (Ku panggil yang ni Yang Besar sebab dia lagi besar dari Dia) masuk dapur. Balik awal dari kerja, takpun ponteng ataupun kena buang kerja lagi. Biasalah.

YB duduk sebelah Ku, nyalakan rokok, bangun dan pergi pada fridge dan mula selongkar isi perut peti tu. YB keluarkan susu coklat dalam kotak yang sudah tinggal separuh dari poket sisi fridge tu dan teguk sampai habis. Ku tengok je. Tumpah-tumpah YB minum, habis meleleh kena baju kemeja kotak-kotak YB. Nanti mesti susah Puan Salmah nak basuh dan kasi tanggal kesan susu coklat tu. Ku tak pernah tengok YB masak. Mungkin dia jenis yang tak reti memasak kot. Buat apa susah-susah kalau Puan Salmah ada untuk buat semua tu, betul tak?

Masa YB tengah ada dalam dapur, Ku harap sangat-sangat Dia tak balik lagi. Ku diam saja kat tepi situ dan doa pada Tuhan yang Dia balik rumah lewat hari ini, lagi bagus tak balik langsung. Tapi doa Ku tak dimakbulkan sebab lima minit lepas tu Ku dengar bunyi selak pintu depan dibuka dan kasut ditanggalkan, diikuti dengan bunyi Dia berjengket-jengket mahu masuk bilik.

Ku tengok YB cepat-cepat meluru ke depan, cepuk kolar baju Dia dan heret Dia masuk dapur. Mereka terjerit-jerit entah apa. Bergelut. YB gemuk, Dia kurus kering, senang-senang YB perlakukan dia macam tu.

Tiba-tiba Ku rasa ringan. Badan ku dipegang Dia. Ku dihayun kuat ke muka YB. Menggelupur dia. Kaki Ku patah tapi tak apa. Ku puas dapat tolong Dia, mangsa keadaan si mangsa dera.

Ulasan