251: tayangan perdana KOPI THE DVD.

Ingat pelawaan aku untuk ke Pelancaran 3 Filpen dan Antologi KOPI bulan Mac lepas? Siapa pergi sila angkat situ sekarang! Hehehe...

Well, untuk pengetahuan semua ketika entri ini ditulis antologi KOPI ni dah pun habis dijual. Sold out. Illek!

dah habis. kau ada??!!

Kepada yang sudah ada naskah KOPI, 정말 감사합니다!

Kepada yang belum ada, bh000000ttt!!! Too bad lah sebab sekarang kepada whomever yang ada extra copies tu semestinya akan jual di pasaran gelap pulak. Pandai-pandailah korang cari. Hahahaha...

Anyways, kali ni aku nak jemput korang ke Tayangan penuh filpen KOPI THE DVD yang akan berlangsung pada 24 JUN 2012 di The Annexe Gallery, Central Market (lokasi yang sama macam event sebelum ni, cuma yang cunnya its three months after that).

Kali ni bukan hanya 3 filpen yang akan ditayangkan tetapi 8 filpen yang diadaptasi daripada cerpen-cerpen yang terkandung dalam antologi KOPI tersebut. Berikut adalah senarai penuh filpen yang akan ditayangkan.

1. KOPI 3 RASA
(Pengarah: Nazri M Annuar. Cerpen Asal: Shaz Johar)

2. KOPI & DIA
(Pengarah: Fikri Jermadi. Cerpen Asal: Syaihan Syafiq)

3. LUWAK & KRETEK
(Pengarah: Aidil Rusli. Cerpen Asal: Ridhwan Saidi)

4. KOPI, DONAT & BAYANGAN GADIS BERAMBUT HIJAU
(Pengarah: Bebbra Mailin. Cerpen Asal: Adib Zaini)

5. CINTA KOPI
(Pengarah: Sheryl Chong. Cerpen Asal: Gina Yap Lai Yoong)

6. KOPI JULIA
(Pengarah: Tan Bee Thiam. Cerpen Asal: Faizal Sulaiman)

7. KOPI JANTAN KAW
(Pengarah & Cerpen Asal: Nik Adam Ahmad)

8. KOPI PERCIK
(Pengarah: Azizulhakim Salleh. Cerpen Asal: Amal Hamsan)

Masuk adalah, as usual percuma. Jadi kepada pemilik antologi KOPI atau penggemar/penggiat/penagih filpen sudi-sudikanlah datang. Heret sekali teman wanita/lelaki/suami/isteri/skandal/simpanan/bekas/whatever untuk datang memeriahkan event yang bermula sekitar jam 4 petang dan usai jam 6 petang. InsyaAllah ramai (kot?) penulis KOPI yang akan hadir. Yelah, pelancaran DVD filpen KOPI kot...

Untuk maklumat lanjut boleh klik pada Tayangan penuh KOPI THE DVD. Sekali lagi, acara ini adalah sebahagian daripada event KL ALTERNATIVE BOOKFEST + ART FOR GRABS 2012.

Jadi lapangkanlah jadual korang untuk hujung minggu berkenaan. Mana tahu boleh bersua dan berkenalan. Eh.

Ulasan

Sobs.
Sentap tak dapat pergi ok?
:(
nn berkata…
teringinnya nak pergi tapi macam clashing dengan event lain je T_T

anyway, dah lama ada KOPI tapi tak sempat-sempat baca lagi haha
shandye. berkata…
@♛ LORD ZARA 札拉 ♛: i still kecewa u tak dapat pg n berjimba dgn i. huhu... =(
shandye. berkata…
@nn: ala. habiskan exam n all the other stuff dulu. free2 karang amek la baca KOPI tuh. hehehe...
aida berkata…
nanti jumpa ye. kehkeh.
SUDUT MATA SAYA berkata…
fine! i tak dapat pegi. exam punya pasal. grrr!
Faizal Sulaiman berkata…
warghhh

kita bakal berjejimba:)
shandye. berkata…
@aida: mohon tegur saya kalau jumpa nnt. =)
shandye. berkata…
@SUDUT MATA SAYA: kecewa. habis kapan boleh bertemu? =(
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: jmp kat tbs dulu yek. nk bergossip sakan. hahahahaha....