Petang itu dia lewat lagi. Aku macam biasa, tak kisah pun menunggu sebab aku tahu dia lewat bersebab. Aku silang kaki sambil duduk di sofa empuk one-seater di Starbucks itu, sedang membelek komen-komen twitter di telefon, membiarkan java-chip frappucino di meja itu berpeluh bukan sebab panas. Di sisi aku ada sebuah beg kain (kain ke? entah...) warna hitam dengan tulisan sepatah empat huruf. Di dalamnya, novel aku. Masih berbalut plastik. Dia yang hantar SMS tadi bilang jangan lupa senaskah novelku, kerana katanya ia agak sukar untuk diperoleh di kota singa (benarkah?).
Dia datang sekitar sepuluh minit selepas itu. Aku dongak dan nampak dahi dia berpeluh-peluh. Dia senyum, aku ikut senyum. Dia tidak terus duduk, sebaliknya terkedek-kedek ke barista dan pesan satu mug besar kopi. Lepas itu baru dia duduk. Dia sandar dan dia nampak penat. Aku biarkan dia sambut nafas-nafas tak terkaitnya dahulu sementelah aku habiskan me-reteweet entah apa entah aku sendiri sudah lupa.
"Maaf lambat, I datang naik cab tadi," dia bilang sebelum cicip sedikit kopi dari mug. Hari itu dia pakai shorts warna putih dengan jalur-jalur halus warna hijau, dipadankan dengan kemeja yang tidak disisip ke dalam warna biru pucat dengan lengan berlipat hingga ke siku. Ada jam tangan Fossil di pergelangan kiri dan itu sahaja aksesori yang dipakai. Ringkas.
"Cab? Kereta mana?"
"La, tinggal kat rumahlah. I datang naik flight kot."
Lupa. Dia yang tinggal di kota singa memang jarang memandu. Iyalah, memang tak berbaloi kalau hendak pandu berseorangan dari hujung semenanjung ke hujung lagi satu semata-mata untuk satu hujung minggu. Tapi kalau naik kapal terbang pun kosnya tentu mahal. Ah, persetankan. Dia punya duit, dia punya pasallah.
Untuk hampir setengah jam berikutnya kami bersembang, bertukar-tukar cerita dan masing-masing mahu isikan masing-masing dengan apa yang telah berlaku ke atas diri masing-masing. Iyalah, kali terakhir aku bertemu dia adalah bulan Februari lepas ketika aku baru sahaja keluar dari wad gara-gara jangkitan paru-paru. Sesungguhnya aku tidak nafikan yang aku teramat selesa apabila bersama dia. Mana tidaknya, sudah berkenalan sejak tahun 1999, sudah hampir 13 tahun berkenalan. Kalau berkahwin anak sulung sudah masuk sekolah rendah.
Kemudian, dia tanya aku soalan cepu-cemas; "Sudah ada yang baru?"
ini bukan penulis walaupun penulis feeling2 nak jd dia. |
Aku gumam perasaan yang meronta mahu terbit. Aku mahu bilang yang aku masih lagi punya secarik perasaan pada dia tetapi aku takut bertepuk sebelah tangan. Aku mahu katakan pada dia yang walaupun antara aku dan dia sudah terkubur sejak 2006, tetapi aku amat sukar untuk tangkis perasaan itu daripada menyusup kembali.
Aku lorekkan satu senyum, tahan nafas dan geleng.
"You know me, right? Mana ada orang nak kat I..."
"Nonesense-lah. A great person macam you mesti ramai orang nak. You je yang tak perasan..."
"Ke I yang perasan ada orang syok kat I?"
Atau mungkin sebenarnya aku...
Ya, mungkin juga! Eh.
Aku pandang java-chip frappucino yang sudah separuh habis. Masih berpeluh. Jadi aku dakap ia dalam genggaman tangan kiriku. Sengaja. Aku tidak mahu dia nampak tangan aku menggigil sebenarnya.
"Anyways, come... I nak tunjuk kat you something..." dia gamit aku untuk berpindah tempat duduk dan duduk di sebelahnya. Dia keluarkan telefon bimbitnya, sebuah Samsung Galaxy S2 warna putih. Dia ke opsyen galeri gambar.
Apa yang dia minta aku lihat seterusnya memang membuat aku seperti mahu makan hati. Sungguh, aku tidak tipu. Aku benar-benar geram dan rasa semahunya lari lekas-lekas keluar dari kafe francais kopi mahal itu dan pulang ke rumah.
Dia, bekas kekasih pertamaku itu...
Menunjukkan gambar anak kucingnya yang baru lahir.
=)
Ulasan