242: [siri ulasan buku] #16 - dosa karya nuril basri.


Aku sebenarnya kagum dengan kegigihan penulis novel DOSA ini iaitu Nuril Basri sepanjang beliau menghasilkan manuskrip novel ini. Hampir setahun dihabiskan oleh Nuril dalam membuat kajian untuk mempersiapkan diri untuk menulis sebuah penceritaan tentang persahabatan yang dipaparkan dalam novel tersebut. Menurut Nurul, beliau berjaya memperoleh akses ke sebuah sekolah pondok di Indonesia, menjalani hidup sebagai para santri (pelajar sekolah pondok) dan juga berpeluang menelurusi kehidupan sisi gelap lorong-lorong hitam yang menempatkan kelab-kelab gay dan tempat di mana banyak PSK (Pekerja Seks Komersial) bersidai.

DOSA dimulakan dengan pembaca diperkenalkan oleh Ricky, seorang pemuda yang masih menuntut di sekolah menengah yang merasakan dirinya sebagai seorang yang terasing dan dipinggirkan oleh keluarganya sendiri. Lantaran itu, Ricky membuat keputusan untuk meninggalkan rumah keluarganya dan menetap di sebuah sekolah pondok di kampung yang berlainan. Di situ dia diperkenalkan dengan Yusuf, adik kepada Bang Ali dan persahabatan mereka mulai terjalin dan berpintal-pintal menuju ke arah yang mengelirukan.

Ricky juga bertemu dengan Paris, rakan sesekolahnya yang mempunyai naluri keperempuanan. Terus-terang aku amat suka bagaimana Nuril menghurai dan mempersembahkan watak Paris. Paris dilihat sebagai seorang yang indipenden, tabah dan punya sifat take no shit from anybody. Dek kerana kesempitan wang dan tergoda dengan kehidupan serba mudah yang dicanang oleh Paris, Ricky akhirnya bersetuju untuk menjadi ‘belaan’ Paris.

Muncul pula Oskar, pelajar sekolah lawan yang mulanya angkuh namun harus meletakkan egonya ke samping setelah dia diselamatkan oleh Ricky dan Yusuf dalam suatu insiden. Makanya semakin komplekslah hubungan persahabatan Ricky-Yusuf-Paris-Oskar dalam menjalani hidup mereka yang tidak habis-habis berbaur dosa.

Novel yang tajuk asalnya Bukan Perjaka ini berjaya diterjemahkan oleh Nabila Najwa (yang turut menyumbang satu cerpen dalam antologi KOPI) dengan jayanya tanpa mengusik essence dan core elements yang ada dalam DOSA. Apa yang pasti, novel ini bukanlah untuk semua orang kerana tema yang diketengahkan oleh Nuril Basri mungkin tidak padan dengan selera kebanyakan pembaca. Namun, ini terbitan FIXI, makanya bersedialah untuk (mungkin) mencebik jijik atau tersenyum terkenangkan sesuatu/seseorang apabila anda mengangkat dan membaca DOSA.

Ulasan

Faizal Sulaiman berkata…
tak sabar nak membaca #dosa!
Izza is my name berkata…
Bila mau release? Tak sabar nk grab huhu
nanawrote berkata…
Kellleeeess review you!

Sayangnya DOSA tak akan keluar di Popular atau MPH. Sila dapatkan online/pesta buku atau mungkin nanti ada di Kinokuniya :p
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: org bizi mcm u ada masa ke utk membaca? ahaks...
shandye. berkata…
@Izza-Crystal: general bookstores mcm mph dgn popular tak amek dosa atas sbb2 tertentu. klu nk dapatkan jugak kena beli on9 atau via pesta buku...
shandye. berkata…
@nanawrote: well thank you! ngee.... =)
Izza is my name berkata…
@shandye.

dah agak dah mmg takde..hehehhe.....tak sabar nk beli kat FIXI huhuh
shandye. berkata…
@Izz Nur: ya ya. wajar dibeli dengan kadaran segera kerana novel ini keren banget!! hehehe... =)
rosdud berkata…
Tak sabar nak baca DOSA!
Sekarang tengah baca Zombijaya :)
shandye. berkata…
@Nur Fatin Nabila Zeeyan: yup. dapatkan buku2 fixi yg lain sbb novel-novel diorang ohsem. eh.