244: keluar date dengan orang baru tak kurang 24 jam selepas kau break dengan orang lama, cool atau tidak?

Aku punya seorang kenalan. Biarlah aku kenalkan dia sebagai Mahmud untuk melindungi identiti sebenar dia kerana aku yakin benar dia juga rajin baca blog ini kalau dia kelapangan. Oh, maaflah kerana kebelakangan ini aku jarang kemaskini, sibuk sikit. Lagipun praktikal aku di Melaka masih bersisa 6 minggu dan aku punya banyak hal yang harus aku bereskan segera kalau aku mahu bergraduasi pada tahun ini. Ya, mudah-mudahan...

Anyways, hendak dijadikan cerita kenalanku si Mahmud ini punya seorang kekasih. Mari kita namakan dia Sofea (juga bukan nama sebenar walaupun aku agak yakin dia tidak baca blog aku). Aku dan teman-teman lain sudah sedia maklum yang Mahmud dan Sofea bercinta dan tahap keseriusan mereka agak tinggi sehingga kami mula membuat spekulasi yang kad harum berupa undangan ke majlis perkahwinan mereka sememangnya tidak mustahil. Mereka berkenalan dan bercinta selama hampir setengah tahun lamanya.

BUKAN lokasi yang dimaksudkan oleh penulis.
Baru-baru ini aku dihubungi Mahmud, katanya dia mahu minum petang bersamaku. Suatu kemujuran ketika itu aku berada di KL (ada hal di PBAKL) dan aku pantas bersetuju dan meminta dia datang ke Starbucks dekat dengan lokasi aku berada. Dia pula lekas bersetuju kerana katanya elok benarlah lokasi tersebut. Tanpa fikir panjang kami berdua bersetuju untuk bertemu. Sekitar sejam selepas itu kami akhirnya bertemu empat mata dan duduk menghadap kopi terlebih harga di kafe francais berlogo mermaid hijau itu.
"Aku dah clash dengan Sofea," mula Mahmud. Terus sahaja ke topik utama tanpa selindung-selindung. Aku terdiam seketika, cuma untuk hadam maklumat yang baru aku perolehi.

Bila aku tanyakan kenapa, dia bilang hubungan antara dia dengan Sofea sudah tawar. Dia salahkan Sofea dalam hal ini sebab sudah tidak lagi memberikan perhatian kepadanya seperti dahulu mula-mula kenal. Biasalah, tipikal jantan sangat. Egonya rendah sedikit daripada KLCC. Mestilah dia enggan tuding jari ke batang hidung sendiri kalau satu-satu perhubungan itu menemui jalan buntu atau kegagalan.

Bila aku tanyakan bila kalian putus dengan selamba dia jawab awal pagi tadi. Hubungan mereka dia yang putuskan lewat satu panggilan telefon ketika menunggu lampu merah trafik bertukar hijau dalam perjalanannya ke kantor. Semudah itu!

"Oh, lupa aku nak kenalkan," Si Mahmud menyambung setelah meletakkan gelas plastik java chip frappucino saiz grande miliknya ke meja. "Aku nak kenalkan kau dengan Miera, awek baru aku!"

Dia gamit seorang perempuan bertudung bertubuh kecil untuk mampir ke mari. Aku hairan. Minah mana pulak ni?

Perempuan yang namanya Miera itu duduk di birai sofa di sisi Mahmud. Dia tersenyum-senyum sumbing, seperti memohon untuk ditampar. Aku tambah hairan.

"Miera ni on duty kena jaga booth Ana Muslim kat dalam tu," Mahmud tuding ibu jarinya ke arah bangunan PWTC, bangunan yang menempatkan berlangsungnya PBAKL pada ketika itu. "By the way, she's my girlfriend. Kenalkan..."

mereka bertiga ternyata BUKAN awek baru si Mahmud
Aku dan si Miera bersalaman. Hairan kuasa dua. Cepat benar si Mahmud cari pengganti walhal dia sendiri yang bilang dia baru sahaja putuskan hubungan dengan si Sofea.

Jadinya salah siapa sekarang ini?

Apa benar si Sofea itu yang telah kasi tawar hubungan mereka berdua?

Atau memangnya si Mahmud ini dasar buaya darat tidak boleh dipercayai dan wajar disepak-sepak?

Cool atau tidak tindakan si Mahmud ni, sila komen...

=)

Ulasan

SUDUT MATA SAYA berkata…
peerrggh! aku yg baca ni pun sentap gak. boleh jadi macam ni :

mungkin benar bhwa sofia dah tak brpa in dgn hubungan mereka.dan mahmud seboleh-bolehnya melakukan sesuatu utk baiki semula hubungan itu.bila dah terlalu mencuba dan tak dpt kesan yg diinginkan. mahmud jadi bosan dan ubah angin.

ATAU

mahmud sememangnya buaya darat.
Cik Bambam berkata…
aku rasa nak tampar mahmud nie..sila tamparkan beliau utk saya.. =.='
shandye. berkata…
@Cik Bambam: err.. biarkan lelaki dgn egonya?