213: [siri tutorial blogger] #07 - cara hendak buat cover image yang awesome untuk timeline facebook anda.

Ok, kali ni bukan tutorial yang ada sangkut-paut dengan blogger tapi ada kena mengena dgn facebook. Rasanya ramai je kot yang ada akaun facebook dan menyedari yang homepage korang sekarang dah boleh berwajah baru, iaitu apa yang dipanggil sebagai timeline.

Whatever-lah timeline tu. Tapi perasan tak yang korang boleh edit gambar cover kat atas tu dan desainkan ia ikut sedap rasa korang?



antara contoh cover image yang aku berjaya google. cool tak?

Kali ni aku nak syer satu tutorial serba ringkas yang aku jumpa kat internet tentang macam mana nak buat cover image yang ah-may-zing untuk homepage facebook korang.

Lets cekidaut!!!

Sebenarnya tutorial yang aku jumpa ni lebih mudah kalau korang ada software Photoshop (dan ada sedikit kemahiran menggunakannya) tapi boleh je kalau korang guna software image editing yang lain-lain...

Hehehehe...

LANGKAH #1: Download file yang disediakan dan bukak file tersebut menggunakan Photoshop


LANGKAH #2: Dapatkan cover image yang anda inginkan

Dalam tutorial ni aku guna je sample gambar ikan dan kuceng yang chomel ni. LOL...


LANGKAH #3: Buka file PSD yang korang dah siap download tadi (obviously menggunakan Photoshop, d'oh!) dan klik pada Slice Tool kat toolbar tepi tu untuk lihat semua slice markers yang dah disediakan.

ha, arrow merah tu la Slice Tool. okay?

LANGKAH #4: Copy image yang anda ingin guna tadi ke dalam file PSD yang tengah terbuka tu (cara paling mudah ialah select all -> copy -> paste).

LANGKAH #5: Adjust dan resize gambar tersebut. Korang adjust dan besarkan (atau kecilkan) image yang korang nak guna tu sesedap rasa, cuma yang penting korang kena pastikan image yang korang nak jadikan gambar profile tu jatuh dalam kotak kecil kat sebelah kiri tu. Kalau nak crop sikit gambar tu pun boleh tapi kena pastikan image tu tak kurang daripada (851 x 352 px) sebab nanti gambar kat dalam kotak kecil tu tak balanced.



LANGKAH #6: Save gambar tersebut

Korang kena save dua kali sebenarnya. Gini...
  1. File -> Save As -> Select format as PNG -> Save [aku refer kat tutorial ni sebagai IMAGE 1]
  2. File -> Save for Web and Devices.. -> Save [aku refer kat tutorial ni sebagai IMAGE 2]
Pergi kat folder tang mana korang save IMAGE 2 tu dan korang akan perasan yang akan ada 5 slices untuk gambar tersebut. Korang simpan yang KETIGA sahaja, yang lain tu korang boleh delete.

LANGKAH #7: Resize gambar kecil itu!

Actually gambar ketiga (which is yang aku labelkan sebagai IMAGE 2 tu) akan jadi gambar profile kat facebook korang. Tapi facebook ni leceh sikit sebab dia tak benarkan apa-apa gambar yang kurang daripada (180 x 180 px). Korang bukak IMAGE 2 tu kat Photoshop dan resize gambar tu 

  • pergi kat Image -> Image Size dan kemudian resize daripada (125 x 125 px) kepada (180 x 180 px).

Simple sahajork!

LANGKAH #8: Upload gambar-gambar tu kat facebook & enjoy!
  • Tukar cover: Klik pada nama anda kat dashboard facebook, klik Change cover -> Upload a Photo. Tang sini korang upload la IMAGE 1 tadi.
  • Klik Edit Profile Picture -> Upload a Photo. Tang sini korang upload IMAGE 2 yang dah siap diresize tadi.

Siap! Selamat mencuba!

-------------------------

Untuk mereka yang tak ada Photoshop pulak... agak tricky tapi tak ada masalah kalau korang rajin try and error. Hehehe...

Bukak gambar yang korang nak guna tu menggunakan image editing software yang korang selalu guna (Picasa dsb...) dan potong bahagian yang korang nak jadikan gambar profile tu (ala, kotak kecik kat bawah sebelah kiri tu...)

  • Dari Kiri (X-koordinate image tersebut) - 28px
  • Dari Atas (Y-koordinate image tersebut) - 227px
  • Width -125px
  • Height - 125px
Lepas korang dah cut out part yang korang nak tu, jangan lupa resize gambar tu kepada 180x180 px kalau tak nanti facebook tak bagi korang upload gambar tersebut.

Kthnxbai! =)

Ulasan

shandye. berkata…
@ACOY PANDAMOND: thanks! let me know kalau ada apa2 masalah... =)
Faizal Sulaiman berkata…
u tuka ke syai dalam timeline. tak tuka pun sebab twitter ada timeline.

btw nice tutorial
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: cool jugak feature timeline kat facebook ni. try la usyar tgk... lgpun klu u tak tukar sekarang pn by early next year facebook akan default-kan semua homepage jd cam timeline tu jugak. huhu... btw, i beriya2 buat tutorial, homepage facebook i takde pn ikut tutorial ni. hahaha...