208: rambang mata di Big Bad Wolf Aftermath Sales.

Ini cerita semalam. Ya, sudah basi. Tapi biarlah. Ini blog aku, bukan coolblog kau... goblok!

Semalam aku ke The Big Bad Wolf Books (TBBWB) Aftermath Sale di South City Plaza. By the time entri ni dikeluarkan, rasanya sempat lagi kalau korang serbu sebab hari ni last day dan event ni berakhir jam 10pm nanti.

Ok. Teruskan membebel.

Orang terlalu ramai. Buku bertimbun-timbun di atas meja-meja beralaskan kain putih. Kotak-kotak dihulur oleh staff TBBWB. Pengunjung yang datang banyak yang sudah mengelek buku-buku yang usai dipilih, mengendong  kotak sarat buku atau menarik/menyepak kotak-kotak yang sudah penuh benar dengan buku (dek kerana malas atau tidak larat benar. whatever). 

Betullah kata rakan-rakan yang pernah bertandang sebelum ni. Jangan taruh apa-apa ekspaktasi tinggi terhadap The Big Bad Wolf Books Sale ni. Kebanyakan buku-bukunya...

  1. kulitnya ada yang sudah rosak/koyak/langsung tiada
  2. yang berkulit keras, sampul luarnya sudah koyak/tiada
  3. banyak buku-buku yang tulangnya sudah rosak seperti dihiris dengan pisau lipat or something
  4. ada halaman-halaman yang tercerai dan/atau hilang
  5. susah benar hendak cari buku yang benar-benar elok


Berpadananlah dengan harga runtuh yang ditawarkan oleh TBBWB, iaitu serendah RM5. Puas membelek, letak semula, belek lagi... aku peluk kemas empat judul. Ini yang aku beli.


Revolutionary Road karya Richard Yates. Filemnya bagus. I wonder kalau novelnya sebagus filem. [RM5]

Koleksi antologi cerita pendek Magnetism karya F. Scott Fitzgerald. [RM3]

Tell-All karya Chuck Palahniuk. Novel dari penulis kegemaran aku! Kondisi buku agak menyedihkan (kulitnya berkedut dek terlipat) tetapi aku tetap beli sebab sudah tidak ketemu dengan naskah lain yang lebih elok. [RM5] 

Novelet The Kreutzer Sonata karya Leo Tolstoy. Yang ini pemilihan rawak yang agak adventurous kerana aku tahu tulisan-tulisan Tolstoy agak berat untuk didaiges. [RM3] 

Jadi jumlah keseluruhan aku hanya membelanjakan RM16 untuk empat judul. Memang berbaloi. Rakanku yang menjadi teman memborong berbelas-belas judul dengan jumlah RM55. Dia juga angguk setuju bilang berbaloi sebab kebanyakannya kalau dibeli di toko-toko buku arus perdana memang tak mampu dapat semurah RM5 untuk buku berkulit keras.

Ok. Itu sahaja nak cakap. Ha, terkemaskini juga blog ini, kan?

=)

Ulasan

mknace unlimited berkata…
:) :) :)
i'm back
terbaeekkk!!!!
jengjalan dari mknace unlimited