207: Takdir Ilahi, MAKUM dalam kenangan.



Semalam Kelab Teater Rimba UKM selesai mementaskan Takdir Ilahi di Panggung Eksperimen UM. Keterujaan, tekanan, takut, seram. Semuanya bersatu menjana adrenalin dalam tubuh tatkala hari demi hari berganti jam dan seterusnya berkisar ke minit sehinggalah malam semalam pentas itu milik kami.

Segala lelah dan kudrat yang tertumpah sepanjang proses persediaan nampaknya membuahkan hasil. Elok sahaja lampu babak akhir padam, audiens bersorak bertepuk dan berteriak. Aku senyum.

Puas.

Beban di pundak terangkat sudah. Empat tahun mengintai peluang untuk beraksi di pentas MAKUM. Baru sekarang apabila aku menginjak ke tahun akhir pengajian aku beroleh peluang.

Ucap syabas kepada tenaga produksi dan para pelakon Takdir Ilahi kali ini. Semua gelak tawa, tangis dan drama swasta antara kita semua akan menjadi dukungan dan bekalan pengalaman yang tidak mungkin aku boleh peroleh di mana-mana. Di situ jugalah aku menemui sahabat baru.

cuba cari yang mana satu aku. mwuehehehe... =)
keluarga bahagia #EhYeke.
dari kiri: Ain (teraju utama), Makcik Ayu, Ismail (pengarah Takdir Ilahi), Makcik Iffah & Sham

Makcik Ayu posing maut depan rumah usang. #KauAda???

Oh, rindu pula walaupun baru sehari tidak berkumpul. Itulah magis berproduksi yang aku kecapi.

-----------

KEMASKINI.

Sabtu lepas (19/11/11) keluarkan keputusan Festival Teater Makum 2011. Ha, kat sini korang boleh tengok keputusan penuh pertandingan ni...


Anugerah Pelakon Harapan Terbaik
- watak: Kiah & Minah (UTHM), Miss P...ape entah (UM), Ain (UKM), Abg Bad (UKM) & Siah (UMT).
Anugerah Skrip Terbaik
- 'Sesudah Subuh' (USM)
Anugerah Set & Props Terbaik
- 'Opera Primadona' (UM)
Anugerah Tatabusana & Tatarias Terbaik
- 'Nur' (UMS)
Anugerah Tatabunyi & Tatacahaya Terbaik
- 'Sesudah Subuh' (USM)
Anugerah Kesan Teknikal Terbaik
- 'Opera Primadona' (UM)
Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
- watak Melly ('Nur'-UMS)
Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
- watak Hamzah ('Opera Primadona'-UM)
Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
- watak Nur ('Nur'-UMS)
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
- watak Tuan Pedro ('Opera Primadona'-UM)
Anugerah Arahan & Adaptasi Terbaik
- 'Opera Primadona' (UM)
Kumpulan Harapan/Anugerah Khas Juri
- 'Sesudah Subuh' (USM)
Tempat Ketiga
- 'Takdir Ilahi' (UKM)
Naib Johan
- 'Nur' (UMS)
Johan
- 'Opera Primadona' (UM)

Walaupun hanya menang untuk dua kategori dan meraih tempat ketiga... tapi untuk pengetahuan semua, Takdir Ilahi tercalon untuk SEMUA kategori kecuali Anugera Set & Props Terbaik.

Hebat tak?

Apa-apapun... aku sayang sangat-sangat kat semua tenaga kerja produksi Takdir Ilahi...

MMUUAAAHHHH!

=)

Ulasan

FaizalSulaiman berkata…
mcm best la berteater neh:)
SUDUT MATA SAYA berkata…
tahniah!
kan best klu aku dpt tgk ko perform..
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: minat berteater hanya tersemat sejak melangkah masuk ke ukm. sebelum ni aku langsung tak ambil pusing. rasanya kalau aku tak ke mari sampai ke sudah aku tidak akan berminat dalam dunia teater. huhuhu...
shandye. berkata…
@SUDUT MATA SAYA: oh. terima kasih. aku hanya pembantu pengarah dan juga pengurus bahagian busana. peranan aku picisan semata-mata. hehehe...
Cik Bambam berkata…
eh noks... ai dulu pon kelab teater masa study! kih3.. sama lak kita ek.. :P
shandye. berkata…
@Cik Bambam: uols blaja katner dulu?
Cik Bambam berkata…
@shandye.
i olls blajar dkt UUM jek noks.. join Ko-k Teater.. hahahaha.. merasa lar jugak buat teater 2 sem.. :P
shandye. berkata…
@Cik Bambam: UUM takde hantar wakil ke MAKUM kali ni. hurm...
Cik Bambam berkata…
@shandye.
sbb dorg saje2 jek..bukan professional mcm u olls.. kalau ai ada..ai jd wakil ek..kekeke
shandye. berkata…
@Cik Bambam: hello! UKM mana ada fakulti seni persembahan mcm uni lain! we're competing against uni yg mmg ada fakulti dan students yg mmg betul2 belajar pasal teater dan fine arts, mcm UM and USM... hurm... weouls bknnya professional mna pn.. kitorang just a group of students yg passionate about theater sahajork... =)