237: siapa belum beli KOPI lagi sila datang sini!

Seperti yang sedia maklum, cerpen Secangkir Kopi Bersama Dia karya aku akhirnya terpilih untuk dikumpulkan dalam antologi cerpen bersaiz poket suitably titled KOPI. Kumpulan cerpen KOPI ini menghimpunkan 19 aneka cerpen dengan bertemakan kopi (oh, penggemar teh dan jus oren sila pergi jauh-jauh... hehe, takdelah... gurau je!) daripada penulis-penulis FIXI, penggemar FIXI dan juga penulis tegar yang bukan sekadar rakyat marhaen biasa.

untuk membeli secara online boleh pergi ke: http://fixi.com.my/kedai/buku/fixi-kopi/
tapi dengar cerita dah tinggal 100 copies  je lagi...
jadi, siapa cepat dia dapat!
=)  

Well, the good news doesn't just stop there...

Aku nak jemput korang semua ke majlis Pelancaran & Tayangan 3 Filem Pendek KOPI yang akan diadakan pada 24 MAC 2012 di The Annexe Gallery, Central Market.

Yep, you heard me right folks... tayangan 3 filem pendek yang diadaptasi daripada salah satu cerpen-cerpen dalam KOPI ni, dan 3 filem pendek itu adalah:
  • Kopi 3 Rasa (karya Shaz Johar, arahan Nazri M Annuar)
  • Kopi Percik (karya Amal Hamsan, arahan Azizul Hakim)
  • Kopi dan Dia (karya Syaihan Syafiq, arahan Fikri Jermadi)

Cuba baca nama penulis yang paling akhir itu, kenal ke? Ahaks... *blushing*

Majlis bermula seawal 12:00 tengah hari dan usai sekitar jam 2:00 petang. Sekejap je. Kalau datang boleh mingle around dengan kebanyakan penulis KOPI yang (insyaAllah akan membuat kemunculan), boleh tanya mana dapat ilham nak tulis cerpen tu, boleh ambil gambar, peluk, cium, ajak keluar (bagi yang available, mungkin?) dan semestinya boleh kumpulkan tandatangan daripada penulis-penulis KOPI semua. Bagi yang belum dapatkan naskah mereka, kat sana pun nanti akan ada jual jugak.

Oh, lupa hendak beritahu yang event ni percuma dan akan ada kopi percuma, ditaja khas oleh Coffex Coffee Malaysia. So, bolehlah korang grab a copy of KOPI while sipping on your coffee. Hehehe...

Bagi yang (macam aku) tak ada kenderaan sendiri dan tak tahu macam mana nak pergi ke Annexe Gallery ni, jangan risau... actually senang je.

Dari KL Sentral korang naik Putra LRT dan turun kat stesen Masjid Jamek. Turun dari stesen tersebut, jalan sikit ke Central Market tu. Alah, jangan risau sebab signboard banyak nak guide korang untuk ke sana. Alah, Central Market tu bangunan warna biru muda (eh, yeke? nampak macma hijau cair je... whateverlah...) jadi tak susah nak spot dari jauh. Masuk ke dalam Central Market dan terus je sampai ke bahagian belakang bangunan tersebut. The Annexe Gallery tu ada betul-betul kat belakang bangunan Central Market, its very hard to miss it.

Jadi datanglah singgah kejap untuk memeriahkan majlis pelancaran ni. Maybe lepas tu kita boleh pergi dating jalan-jalan kat KLCC sama-sama? Ahaks...

Untuk maklumat lanjut sila klik pada Pelancaran + Tayangan 3 Filem Pendek KOPI. Acara ini sebenarnya in conjunction with ART FOR GRABS 2012: Colorful Assembly, jadi apa salahnya luangkan hujung minggu anda untuk sertai majlis ini?

Okaylah... jumpa korang kat sana nanti!

Ulasan

nn berkata…
kalau tak ada kekangan insyaAllah aku pergi. sebab tak pernah lagi pergi Central Market pun hehe. setakat ni dah ada prior engagement dengan kawan-kawan nak pergi makan-makan. huhu. frust plak. kenapa mesti 24 hb!
shandye. berkata…
@nn: dolu2 pn aku tk penah pg CM jugak. just recently je rajin singgah. hehehe... klu de masa datang la cuz aku for sure akan dtg, walaupun kena travel all the way from melaka. hehehe... =)
Datang all the way from Melaka?

Adakah kita akan berjumpa di Terminal Bas?
shandye. berkata…
@♛ LORD ZARA 札拉 ♛: yep. i gigih ye datang all the way from melaka semata2 nak kumpul sign penulis2 kopi. ahaks...
Mas Odjie berkata…
saya pingin ikut, tapi jauh.... heheheheh
reenapple berkata…
ohoooo... dah beli.. ~lalallala~

*best giler!!!~
shandye. berkata…
@reenapple: haha. im glad you like it. selamat membaca...