238: [siri ulasan buku] #13 - kumpulan cerpen kopi.

Rasanya tidak lengkap kalau tidak membuat ulasan tentang Kumpulan Cerpen KOPI keluaran Fixi kalau tidak memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih kepada seluruh warga penerbitan, rakan-rakan penulis dan semestinya para pembaca sekalian.

Okay, introduksi yang skema.

Anyways, Sabtu lepas (24/03/2012) merupakan pelancaran rasmi buku Kumpulan Cerpen KOPI ini. Ia berlangsung di Annexe Gallery, memperlihatkan 13 daripada 19 penulis KOPI, 3 filem pendek adaptasi daripada cerpen-cerpen KOPI yang terpilih, hidangan kopi percuma, jualan buku dan macam-macam lagi. Walaupun pada hemat aku majlis pelancarannya santai-santai sahaja, tetapi itulah buat pertama kalinya aku didedahkan kepada umum sebagai salah seorang penulis KOPI dan juga penulis novel debut BISIK (yang turut dijual pada majlis yang sama).

Cakap banyak tidak guna, mari baca ulasan serba ringkas aku tentang cerpen-cerpen yang termuat di dalam KOPI. Awas, entri ini agak panjang dan mungkin membosankan.

=)

dengar cerita stok untuk belian online dah lama habis.
siapa yang nak grab a copy kena pakat-pakat serbu events-lah lepas ni...
=)

KOPI 3 RASA – Shaz Johar
Penulis kacak ini tidak perlu sebarang introduksi lagi. Dua novel beliau (Kougar dan Tabu) mengintai sisi pandangan seorang wanita dan aku mulai merasakan yang beliau sebenarnya seorang pejuang feminism dalam selimut (mungkin?).

Cerpen ini bermula dengan agak normal namun plotnya terungkai sebaik sahaja misteri kenapa orang gaji itu diarahkan untuk menyediakan tiga jenis kopi yang berlainan rasa. Penyudahnya benar-benar buat pembaca akan senyum sendirian dan bilang; “Ini memang cerpen trademark Shaz Johar.”

Kopi 3 Rasa adalah salah satu cerpen yang telahpun diterjemahkan ke dalam filem pendek dan dipersembahkan buat pertama kalinya di Annexe pada Sabtu lepas. Sekalung salutasi dan syabas kepada tenaga kerja produksi filem ini kerana dengar khabar sudah meraih tempat ketiga dalam pertandingan Malaysian Shorts.


BERSAKSI KOPI – Dayang Noor
Kak Dayang yang amat ramah dan murah senyuman tampil dengan cerpen santai selepas novelnya Jerat terbit sekitar penghujung tahun lepas. Tahniah kepada Kak Dayang kerana Jerat sudah memasuki cetakan kedua.

Kalau Jerat lebih berkisar tentang kancah konspirasi IT dan manipulasi maklumat, Bersaksi Kopi pula lebih terarah kepada suatu rungkaian peristiwa demi peristiwa Armin yang sedang berusaha mencari apakah sebenarnya definisi cinta yang dia sedang cari. Pembaca dibawa menyelami kehidupan Armin sehingga ke kota Eropah, hanya untuk dikejutkan oleh suatu penyudah yang aku kira genius.


KOPI KOLA – Nadia Khan
Satu lagi penulis Fixi yang uber-famous dengan novel debutnya yang paling tebal dalam senarai novel terbitan Fixi iaitu Kelabu. Tahniah kepada Nadia kerana dengar khabar Kelabu sudah memasuki cetakan ketiga.

Cerpen Kopi Kola ini boleh dirumuskan dengan satu perkataan – comel. Pembaca dibawa mengimbau kenangan ketika kanak-kanak, diperkenalkan dengan setting desa/kampung yang aku rasa dekat benar dengan diri sendiri (kerana masa aku kecil dulu sering pulang ke kampung di Kota Bharu, Kelantan).

Tajuknya sendiri sudah cukup untuk menjadi foreshadow tentang apakah yang bakal menjadi penyudah kepada cerpen ini. Suatu pembacaan yang segar dan menyeronokkan dan aku kira tidak akan jemu dibaca berulang-ulang kali kerana aku yakin pembaca akan terpanggil untuk mengingat memori yang berbeza-beza pada setiap sesi ulang-baca mereka.


KOPI, DONAT DAN BAYANG GADIS BERAMBUT HIJAU – Adib Zaini
Kisah obsesi luar kawalan seseorang terhadap seseorang dipersembahkan dalam gaya penuh santai dan cheeky oleh Adib Zaini. Penulis Zombijaya (yang kini sedang giat menjalani perfileman dengan nama KLZombi) ini kekal dengan identitinya menulis sebuah cerita yang pembaca akan fikir mungkin sekali diceduk daripada pengalaman peribadinya sendiri.


CINTA KOPI – Gina Yap Lai Yoong
Aku berkesempatan bertemu dengan Gina sebelum tayangan filem-filem pendek bermula pada majlis yang sama. Penulis novel Ngeri terbitan Fixi ini ternyata seorang wanita yang mudah didekati dan banyak celoteh orangnya.

Cinta Kopi jauh berbeza daripada Ngeri. Kalau pembaca mengharapkan Gina menulis tentang sesuatu yang ganas, gory mahupun sadistik, tajuk cerpen ini sahaja sudah memadai untuk menidakkan andaian tersebut. Cerpen Cinta Kopi mengisahkan tentang pertemuan secara tidak dirancang oleh dua hati yang akhirnya tidak mungkin boleh bersama oleh kerana ketentuan hakiki.


LUWAK DAN KRETEK – Ridhwan Saidi
Abaikan perkataan ‘luwak’ yang ada pada tajuk cerpen novelis Cekik ini kalau anda tidak tahu maksudnya. Suatu bonus (atau mungkin mini-spoiler) kalau anda tahu apa itu luwak. Cerpen ini kekal sebagai trademark Ridhwan Saidi yang gemar menyuntik elemen surreal dan fantasi dalam karya beliau.

Kalau anda (seperti aku pada mulanya) akan garu kepala (seperti aku selepas membaca Cekik dan Amerika buat pertama kalinya dahulu), usai membaca Luwak dan Kretek bikin aku senyum kepuasan. Cerpen ini paling tidak mungkin sekali merupakan suatu self-promotion terhadap novelnya yang berjudul Cekik yang kebanyakan penggemar novel Fixi sedia maklum mungkin sekali paling kontroversi gara-gara toko buku arus perdana Popular enggan untuk menjualnya kerana ia dilabelkan sebagai ‘kurang sesuai’.

Namun, aku rasa pengikut blog ini sudah sedia maklum bahawa Cekik merupakan novel Fixi kegemaranku setakat ini. But enough about Cekik. Apa yang menariknya, dalam cerpen Luwak dan Kretek ini penulisnya sendiri juga membuat kemunculan (yang aku rasa bersifat semi-parodical). Aku yakin, mesti ramai pembaca KOPI di luar sana yang akan anggap cerpen ini nonsense dan syok sendiri tetapi percayalah bahawa pada pendapat aku ini antara karya ‘mudah’ Ridhwan Saidi yang aku suka.


KOPI PERCIK – Amal Hamsan
Kejutan terbesar buat aku apabila mendapati yang Amal Hamsan seorang gadis genit yang malu-malu kucing. Ini adalah kerana selama aku mengetahui line-up penulis KOPI, mati-mati aku sangka Amal Hamsan seorang lelaki.

Kopi Percik juga sudahpun diangkat menjadi filem pendek dan ditayangkan pada majlis pelancaran KOPI dan aku akui sedikit-sebanyakan menonton filem pendek itu sebelum membaca cerpennya sudahpun memberikan spoiler kepada keseluruhan cerita.

Sekali lagi penulis yang bijak kerana meletakkan foreshadowing pada tajuk cerpen tersebut. Kopi Percik. Kalau fikir lama-lama sebelum membaca cerpennya apa agak-agak yang kalian akan bayangkan? Aku enggan ulas dengan lebih lanjut. Bagi aku, Amal Hamsan harus lekas usahakan manuskrip dan terbitkan novelnya kerana aku sudah ‘jatuh’ pada gaya penulisannya.


KAU KOPIKOKU – Deepan Pranthaman
Penantian itu suatu penyiksaan. Cerpen cinta antara dua bangsa yang disudahkan dengan kekecewaan. Penulis ternyata bijak bermain dengan flashbacks dan mempersembahkan suatu jalan cerita yang ringkas tetapi tetap menawan.

Oh ya, aku masih lagi kurius ingin tahu apa maksud ‘nan unnai kadhaliriken’. Ada siapa-siapa yang tahu berbahasa Tamil?


KOPI JANTAN KAW – Nik Adam Ahmad
Uncle si peminta sedekah ternyata mencuit hati dan meraih simpati si penulis sehingga berjaya membikin penulis mengekori dan mengintai sisi lain uncle yang tidak disangka-sangka. Satu-satunya cerpen yang paling pendek dan disisipkan dengan gambar, aku hanya mampu tersenyum tatkala membaca penyudahnya.


CETHU – Nabila Najwa
Mungkin satu lagi cerpen yang agak sukar untuk dibaca (selepas Luwak Dan Kretek karya Ridhwan Saidi), penulis membawa pembaca menelusuri kota Yogyakarta dan mendampingi Cethu, sejenis kopi bercampur ketul arang.

Jujur aku katakan yang walau sudah masuk tiga kali aku ulang baca, aku masih lagi kurang faham dengan kisah yang hendak dipaparkan dalam Cethu. Apakah ia kisah sebuah cinta sisa tempat yang jauh? Apakah ia kisah suatu soliloki perasaan yang tidak kesampaian? Atau adakah ia suatu fragmen mimpi orang yang lagi sedang high?


BARISTA CINTA – Shafaza Zara Syed Yusof
Cerpen tulisan satu-satunya penulis yang mendapat sorakan dan tepuk tangan ketika namanya disebut di Annexe sebelum tayangan filem pendek di Annexe bermula ini sebenarnya terlingkar dengan kontroversi. Aku ada baca beberapa ulasan blogger lain (dan juga dari mulut beberapa pembaca KOPI yang ditemui di Annexe sendiri) yang menyuarakan pendapat bahawa Barista Cinta ini agak lucah.

Bagi aku, deskripsi adegan senggama itu biasa sahaja. Tiada apa yang erotik, malah aku rasa ia dikarang dengan penuh kreatif dan sinis. Kalau setakat itupun sudah ada pembaca yang labelkan cerpen ini lucah, aku terfikir apalah pula reaksi pembaca kelak apabila membaca beberapa bahagian tertentu dalam novel BISIK aku nanti?

Apa-apapun, Barista Cinta dipersembahkan dalam segmen-segmen kecil yang disusun lewat perspektif individu yang berbeza yang bertemu secara tidak disengajakan. 


HARI INDITIH – Asyraf Bakti
Kalau ramai yang sebulat suara menyatakan yang cerpen Barista Cinta itu lucah, aku kira cerpen Hari Inditih karya Asyraf Bakti ini sepuluh kali ganda lebih lucah. Hari Inditih mengisahkan tentang bagaimana sebuah restoran mamak yang tampak inesen pada luarannya menyimpan seribu satu rahsia sulit.


MALAM, DI MEJA TEMPAT KAU TERLENTOK – Hafiz Hamzah
Gabungan mimpi, cuplikan novel yang tidak siap dan khayalan seorang penulis yang sedang tenggelam dalam tidurnya yang didadahkan secangkir kopi. Bagi aku cerpen ini bijak. Sekali baca aku sendiri yang garu kepala tidak faham.

Malam, Di Meja Tempat Kau Terlentok pada hemat aku merupakan monolog seorang penulis yang separa kecewa kerana novel yang sedang diusahakan tidak begitu progresif. Bagi aku, tarikh-tarikh yang menjadi sub-tajuk kepada cerpen itu hanyalah indikasi bila serpihan novel yang sedang penulis itu usahakan ditulis. Selebihnya merupakan monolog yang membuat kita berfikir apakah kopi itu yang sedang ‘bercakap’ dengan sang penulis atau apakah itu hanya suara-suara di dalam kepala penulis itu sendiri?


RITUAL – Luc Abdullah
Kebagusan laras bahasa Luc Abdullah memang tidak dapat disangkal. Tulisan-tulisan dari blognya sendiri sudah cukup untuk buat kau rasa malu mengaku bahasa Melayu merupakan first language kau. Mulanya aku fikir Ritual merupakan kisah klise sepasang pacar bersekedudukan dan akhirnya si perempuan itu hamil. 

Rupa-rupanya Ritual seperti berjengket-jengket secara senyap dari belakang pembaca dan melucutkan seluar yang sedang kau pakai dan biarkan kau terperanjat dan tidak tersangkakan yang begitulah penyudahnya.

Brilliant. Aku harap di masa akan datang Luc Abdullah akan hasilkan novel untuk Fixi kerana aku sudah pastinya akan beli. 


TANGAN BERULAT – Fadli Al-Akiti
Cerpen fiksyen dramatik daripada Fadli Al-Akiti ini membuat kau benar-benar seperti dapat rasakan pasir dan tanah yang ditelan oleh watak utama dalam cerita ini yang ditanam hidup-hidup. Kenapa dan siapa yang tergamak untuk membuat dia sebegitu?

Semuanya terungkai dan akhirnya pembaca akan sedikit tercengang dek ketergamakan watak utama dalam cerpen ini.


VENTI – Redza Minhat
Kisah cinta bukan konvensional budak skinhead yang dipersembahkan tanpa sebarang tapisan bahasa. Aku suka bagaiman Redza Minhat mengintai sisi psikologi sub-budaya budak-budak skinhead ini seolah-olah sang penulis ada menghabiskan hujung minggunya mengekori dan mengamati perilaku golongan  tersebut. Paling tidak mungkin juga penulis ada kenalan yang merupakan seorang skinhead yang boleh ditemuramah.

Mungkin penyudah ceritanya agak tidak masuk akal tetapi jukstaposisi pertembungan budaya dan fahaman di bawah naungan aliran konsumerisma membuatkan cerpen ini menonjol daripada yang lain.


KOPI JULIA – Faizal Sulaiman
Agak kelakar apabila penulisnya si blogger tegar mengomel memberitahu yang dia agak terkilan ramai pembaca membuat konklusi segera yang cerpennya ini merupakan kisah vampir/pontianak ala filem Twilight.

Aku enggan untuk ulas dengan lebih lanjut tentang cerpen ini, khuatir terlepas banyak spoiler. Apa yang pasti, penulis memang seorang yang bijak berkarya dan punya kosa kata yang amat luas. Bahagian paling disukai; gurindam ringkas di akhiran cerpen ini.

Tulis sendiri atau ceduk dari mana-mana, ya tuan penulis?


SECANGKIR KOPI BERSAMA DIA – Syaihan Syafiq
Eh, cerpen sendiri pula. Secangkir Kopi Bersama Dia sebenarnya sudah lama ditulis, sekitar tahun 2008 mungkin (atau boleh jadi lagi lama daripada itu?). Cerpen ini sebenarnya dalam bahasa Inggeris dan dihantar dengan harapan ia terpilih untuk dimuatkan dalam antologi Body2Body keluaran Matahari Books. Namun begitu aku mendapat tahu daripada pihak penerbitan bahawa cerpen ini, walaupun layak untuk dimuatkan, terpaksa ditolak kerana kuota cerpen sudahpun penuh.

Setahun selepas itu ketika Matahari Books mengumumkan yang antologi cerpen Orang Macam Kita pula mahu diterbitkan, aku berusaha sekali lagi. Kali ini aku alihbahasakan ke bahasa Melayu. Namun rezeki masih lagi belum berpihak kepada diriku apabila sekali lagi cerpen ini ditolak kerana pihak penerbit bilang kuota entri sudahpun penuh.

Makanya cerpen ini tersadai lama di dalam folder dalam laptop aku buat kesekian kalinya sehinggalah ada hujung November 2011 lepas aku mendapat pelawaan untuk menulis cerpen dengan bertemakan KOPI. Terus sahaja aku teringat akan cerpen ini yang sudah lama ‘bersawang’. Dua-tiga klik, pautkan pada emel dan hantar.

Sehari selepas itu aku terus diberitahu yang cerpen ini terpilih untuk dimuatkan dalam koleksi cerpen KOPI. Tambah memeranjatkan apabila tidak lama selepas itu aku juga diberitahu oleh pihak Fixi yang cerpen ini telahpun terpilih untuk diangkat sebagai filem pendek.

Secangkir Kopi Bersama Dia merupakan konflik dalaman seorang lelaki beristeri yang pada masa yang sama punya seorang kekasih gelap. Apa yang aku kira menarik tentang cerpen ini adalah oleh kerana ambiguiti jantina kekasih gelapnya itu membuka ruang interpretasi yang amat luas kepada para pembaca. Ada dua-tiga pembaca yang aku temui di Annexe tempoh hari bilang mereka mati-mati menyangkakan yang kekasih gelap lelaki itu mungkin sekali seorang pondan, khunsa, lelaki mahupun perempuan. Seorang pembaca yang aku temui juga berspekulasi yang kekasih gelap lelaki itu mungkin juga seorang makhluk halus.

Dahsyat bukan? Well, terpulanglah apa yang pembaca mahu fikir. Apa yang pasti aku amat-amat berpuas hati terhadap filem pendek arahan Fikri Jermadi yang aku tonton buat pertama kalinya di Annexe tempoh hari. Beliau berjaya menzahirkan essence dan permasalahan utama cerpen ini dengan gaya yang amat unik. Syabas dan terima kasih aku ucapkan kerana memilih cerpen ini untuk difilemkan.


KOPI MIMPI – Raja Faizal
Ketika rebiu ini ditulis, aku masih lagi belum memiliki naskah novel sulung Raja Faizal yang berjudul INVASI yang berkongsi tarikh pelancaran dengan novel debut aku iaitu BISIK. Kopi Mimpi kekal menjadi trademark Raja Faizal yang gemar menulis kisah-kisah sai-fai.

Cerpen ini berlatarkan sebuah lokasi yang tidak dispesifikasikan (dan aku kira Malaysia sebab ada watak Melayu dalam cerita ini) selepas Perang Dunia Ketiga kira-kira berpuluh atau beratus tahun dari sekarang. Kisah kehidupan sepasang pengawal yang cuba menangkis dingin suhu sejuk kesan sampingan kesan nuklear memang membuat pembaca harus berimaginasi tinggi.

Membaca Kopi Mimpi seakan suatu introduksi ampuh kepada apa yang mungkin kita boleh jangka dalam novel debut penulis iaitu INVASI.

Ulasan

nanawrote berkata…
Cethu tu rokok dia la, bang :p

Rokok yang dihias hampas kopi.

Thanks for reviewing Cethu as well, memang open interpretation tu pujian bagi saya :D

- Nabila Najwa
FaizalSulaiman berkata…
suka cerpen cethu lepas 2 kali baca :)

hehe

mengomel ye syai?? haha


guridam itu kita buat sendiri lepas dua jam memikirkannya
Ala.
Ala.
Pendek je komen.
Sentap I u~

hahahaha.
RazFiRa berkata…
bagusnye review awk. kena baca ni!
hanaahmad berkata…
Aku sudah hampir menghabiskan Kopi. Enak dan berlemak. Dari setiap helaian yang aku baca, setiap darinya punya rasa tersendiri. Tahniah untuk semua penulis. Lepas ni mahu baca Bisik pula. :)

*Aku ada masa di Annexe, rugi tak dapat jumpa kau, mahu minta tandatangan. haisyh.
shandye. berkata…
@nanawrote: ohyeke? kan dah dibilang interpretasi terbuka cerpen cethu yg bikin aku fikir ia kopi bercampur arang. hehe... anyways, mmg suka cerpen tersebut. sukar, tetapi mendalam. congrats. =)
shandye. berkata…
@FaizalSulaiman: bahasa melayu i so-so je. tak reti nk bergurindam bagai. lolz.
shandye. berkata…
@♛ LORD ZARA 札拉 ♛: oklettew pendek tetapi padat. klu berjela-jela mengampu tapi tak critically discussed the shortie watpe. hehehe..
shandye. berkata…
@RazFiRa: thanks. jgn lupa dapatkan taw. dengar cerita pembelian online dh tak boleh sbb dh takde stok.
shandye. berkata…
@hanaahmad: eh, ada di annexe ke? tak perasan la pulop.. =)