011: hujung minggu randum yang (pada pendapat aku) menarik!

Hujung minggu yang baru berlalu ini, walaupun tiada sebarang perkhabaran daripada Shah (makanya tidaklah aku dapat bertemu dengan dia seperti mana yang aku harap-harapkan), tetap terisi dengan aktiviti merepek yang menguntungkan aku.

Pertama, aku mahu ucap terima kasih kepada Saintis Muda kita yang sudi membelanja aku dan rakan-rakannya di William’s. Hari Jumaat malam Sabtu yang randum itu aku ingat aku dan rakan-rakan yang lain akan pergi makan di kawasan dekat-dekat sini saja. Terperanjat besar aku bila aku dibawa ke William’s. Mewah juga menu malam itu. Arrabiata (betul ke aku eja ni?) spaghetti yang penuh dengan segala macam siput dan sewaktu dengannya. Sos tomatonya agak pedas dan kurang menepati citarasa aku. Black pepper chicken with butter sauce noodle. Ha, yang ini sedap. Menurut pekerja di situ, ini menu baru. Ayam dipanggang dengan sos lada hitam dan dihidangkan dengan mi sanggul separa masak lengkap dengan sos panggang mentega yang lemak-lemak manis. Burger ayam tiga lapis dengan injection mayonnaise. Ha, menu ini aku tahu daripada abang aku yang sering datang ke mari. Memang puas hati. Minum pula macam biasa ribena longan, mango longan dan mango blend. Semuanya terbaik!

Kedua, hari Sabtunya terisi dengan aku dan set rakan-rakan teater aku berkunjung ke HUKM, melawat rakan kami Iqbal yang usai menjalani pembedahan otak mengeluarkan sisa-sisa tumor. Kami beruntung kerana tidak perlu tunggu lama. Sampai di wad itu sekitar 1 tengah hari, dia baru sahaja didorong masuk, diiringi oleh mak ayah dan ahli keluarganya. Mereka benarkan kami luangkan masa dengan Iqbal terlebih dahulu. Sumpah aku sebak tengok keadaan dia. Rasa macam baru saja kelmarin aku baring-baring dengan dia di bilik kolej salah seorang rakan kami, bergelak ketawa menonton ulangmain ANTM di laptop aku. Aku gembira sebab bila aku genggam tangan dia, dia cam kami semua. Dia siap boleh berborak-borak macam biasa dan dia ingat yang Khamis sebelumnya ada perjumpaan teater yang dia tidak boleh pergi kerana diingatkan oleh salah seorang rakan teater kami yang lain. Serius kelakar! Sejujurnya aku kurang selesa berada di hospital. Cukup-cukuplah tiga bulan dihospitalkan ketika aku darjah tiga, dan hampir sebulan menjalani physiotherapy pada tahun 2007. Aku sudah jelak mencium bau ala-Dettol hospital.

Ketiga, aku lepaskan rindu terhadap rumah dan mak apabila salah seorang rakan aku ajak makan nasi dagang di rumahnya. Memang terbaik! Masakan maknya hampir mirip nasi dagang yang mak masak. Cuma bezanya dia tak guna beras nasi dagang yang sebenar.

Ok, sebenarnya hujung minggu aku tidaklah semenarik mana. Kerja aku tetap tak jalan-jalan. Draf tesis aku yang sepatutnya aku submit hari Selasa depan masih tak termateri lagi. Buka dokumen Word untuk kemaskini dokumen tersebut, otak terus rasa semak. Bangun. Keluar. Hisap rokok sebatang. Hantar SMS randum dua tiga das. Masuk. Duduk. Otak masih semak.

Kerja-kerja lain laju saja aku bereskan. Draf tesis ini juga yang sangkut.

Chee-bye betul! 

Ulasan