008: yang dikejar tak responsif, yang mengejar kurang menyengat.

Pernah terfikir kenapa lelaki yang kita minat kita tidak pernah dapat, tetapi lelaki yang tidak kita kejar selalu ada bersama kita?

Aneh, bukan?

Aku juga tidak terkecuali. Sepanjang semester ini (dan mungkin juga mulai pertengahan semester sudah) aku sedang berusaha untuk mendapatkan hati seorang lelaki. Orangnya sedang-sedang, tinggal di Shah Alam. Oklah aku terus-terang. Namanya Shah. Aku pernah cerita tentangnya di SINI. Itupun kalau kalian mahu baca sedikit cuplikan back-story tentang dia.

Terus-terang aku cakap sehingga ke hari ini aku tidak nafikan yang aku masih lagi berharap agar terjadilah suatu mirakel antara aku dengan Shah agar kami disatukan. Ya, jujur aku tidak tipu! Aku suka campur sayang campur berharap dan bercita-cita mahu bahagiakan dia. Oh, hati tipikal seorang bottom yang hopelessly romantic.

Baiklah. Berbalik kepada persoalan pokok tadi. Sebenarnya dalam masa yang sama aku bukanlah jatuh ke dalam kategori ‘seriously tak laku’ seperti apa yang kalian (mungkin) anggap. Ada beberapa lelaki yang hadir dalam hidup aku. Hakikatnya aku tidak mencari tetapi mereka ini seperti ‘terjatuh’ elok pada masanya. Hei, lauk depan mata usah ditolak, tak gitu?

Salah seorangnya biarlah aku panggil Edd saja. Dia biasa-biasa. Umur tak jauh beza dengan aku. Aku tidak tertarik dengannya pertama kali kami bertemu. Masa keluar janji temu sulung sebelum ini laju saja aku kotakkan si Edd ini sebagai TTM (Teman Tapi Monyet) – kawan yang boleh diajak keluar bersiar-siar kerana dia menghiburkan tetapi bukanlah husband-material. Jahat, bukan?

Tetapi si Edd ini sangat konsisten. Punya semua ciri-ciri lelaki yang aku idamkan yang aku harap ada pada Shah. Edd sangat responsif, balas SMSku dengan kadar yang segera, penyabar, kelakar dan yang paling penting bebas hanky-panky. Dia jujur dan tidak berselindung. Kalau dia bilang dia keluar main boling sama teman-teman, silalah percaya kerana memang dia keluar main boling. Kalau dia beritahu yang ada seorang hadek-hadek desperate hubungi dia untuk ajak teman shopping kasut di Pavilion, lepaskanlah dia kerana dia memang keluar dengan mamat gedik itu. Aku pula tidak begitu ambil pusing kerana aku anggap hubungan aku dengan Edd hanyalah (dan aku ulang sekali lagi!) TTM dan tidak lebih daripada itu; sehinggalah suatu petang remang-remang senja ditemani satu gelas kertas McD berisi Coke dan dingin pendingin hawa dari MyVi putih miliknya, dia bersuara:

“Awak rasa hubungan kita ni apa?”

Aku tidak punya jawapan konkrit. Mahu bilang yang aku dan dia hanya bersahabat, terkadang aku juga cemburu kalau dia bilang tidak punya masa untuk bersamaku kerana keluar bersama orang lain. Mahu bilang aku mahu serius dengannya, aku masih lagi berharapkan agar Shah menerimaku.

Lantaran itu, apa kurangnya Edd sehingga aku masih lagi berbolak-balik?

Tidak sekacak Shah? Mungkin.

Apa yang pasti, setiap kali aku bersama Edd, aku tidak rasa ‘getar’ perasaan sepertimana aku rasa ketika aku dan Shah keluar ke IKEA dulu. Serius!

Itu saja bezanya yang bikin aku masih lagi terkoyak dalam membuat pilihan. Bencilah perasaan ini!

Lambat-lambat aku respons: 

“Kawanlah. Tapi saya sayang kat awak. Percayalah.”

Gila!

Oh, BTW, kemungkinan besar hujung minggu ini aku bakal keluar untuk janji temu sophomore aku bersama Shah. Wish me luck!

Ulasan