417: [siri ulasan buku] #46 - laknat karya fahmi mustaffa.

Aku agar terlambat untuk membaca naskah yang tular di media sosial ini; walaupun hakikatnya sudah memperoleh naskahnya berbulan-bulan sudah hanya baru sekarang tergerak untuk mengangkat dan menyudahkannya.

Pada hemat aku, Laknat is a very good debut buat seorang penulis 'baru'. Aku tahu beliau bukan setahun jagung dalam arena penulisan namun ini merupakan naskah penuhnya dalam bentuk novel yang kini terjual di merata tempat.

Baiklah.

Premis naskah Laknat ini jika diteliti pada kulit-kulitnya dibaca agak berat, dan barangkali memungkinkan kebanyakan pembaca (contohnya aku) untuk mengenepikan dahulu naskah ini kerana khuatir tidak mampu hendak cerna isinya kelak. Namun hakikatnya pada mata kasar dan pembacaan sulungku, penulis semacam trying too hard  dan chewing more than he could swallow. Lambakan fakta-fakta, ideologi dan segala macam hujahan tentang agama, sains dan teologi yang diselang-selikan dengan naratif cerita secara tidak langsung menghambarkan pergerakan plot sehingga terkadang naskah ini dibaca agak meleret. Boleh dikatakan naskah ini berdiri 80% fakta/ilmu dan 20% pergerakan plot. Tiada masalah sebenarnya, namun terkadang kau tidak boleh tidak daripada merasakan membaca sebuah naskah bukan fiksyen kerana terlalu banyak fakta/info/teori/hujah yang dibariskan untuk 'menggemukkan' naratif cerita. Ada beberapa ketika aku tertanya sendiri, apakah perlu segala info ini dimuntahkan untuk 'melazatkan' cerita atau apakah segala-galanya ini hanya kosmetik?

Awalan cerita agak ampuh, dan dua-tiga bab awal membuat kau kurius dan terus membaca; walaupun aku tidak gemar bagaimana naratifnya dipotong-potong dan dipisah-pisah dengan 'page break' dan penulis menukar POV sesuka hati, dan juga menyelitkan babak yang langsung tidak menyokong asas cerita.

Simbiosis antara watak Hakim dan Amar dipersembahkan dengan baik. Amar yang digambarkan (mungkin) seorang atheist gara-gara kisah silamnya dan Hakim yang bertunjangkan agama sebagai panduan hidupnya merupakan polar opposite yang meyakinkan aku sebagai pembaca untuk terus membaca.

Begitu juga dengan struktur naratif penulis. Berdasarkan naskah ini, aku boleh sifatkan penulis memang berbakat besar. Ada beberapa ketika ada potong ayat yang dibaca begitu puitis dan bersahaja, jelas sekali menampakkan bahawa penulis seorang yang bukan sahaja gemar menulis, malah gemar membaca. Suatu kriteria wajib untuk semua penulis. Nahu bahasa dan lenggok suaranya dibaca tenang dan lancar, langsung tidak diganggu oleh ayat-ayat canggung atau 'bodoh'. Hal ini aku harus angkat topi buat penulis.

Walaubagaimana pun, separuh akhir naskah ini agak rapuh. Semacam ia tidak ditulis oleh orang yang sama kerana naratifnya bergerak dalam kelajuan yang aneh. Tiba-tiba sahaja begitu banyak hal yang tidak dibangkitkan pada awal cerita semacam wujud out of thin air dan tidak diberikan konklusi yang baik. Sedikit-sebanyak hal ini membuat aku terfikir dua faktor:

  1. Naskah ini diminta untuk disunting sebegitu kerana draf asalnya terlalu panjang dan meleret
  2. Penulis tidak tahu hala tuju sebenar watak-watak yang dibangunkan setelah melapiskan suatu foundation yang bagus pada awalan cerita
contoh carta perasaan aku ketika membaca naskah ini
Beberapa persoalan dan insiden dibiar tidak berjawab; namun ini bukanlah suatu isu besar kerana hal sedemikian membuka ruang untuk pembaca saling berdiskusi dan berdebat tentang hal-hal yang terselindung sebegini.

Disebabkan struktur naratifnya yang terpisah-pisah begitu (barangkali hal ini disengajakan oleh penulis untuk menghasilkan shock value atau plot twist), separuh kedua naskah ini menjadi agak tidak konsisten. Beberapa watak menjadi terabai dan pada beberapa bahagian akhir langsung tidak diketahui penyudahnya - ini menyebabkan aku agak kecewa dalam pembacaan.

Namun begitu, untuk sebuah naskah sulung dari penulis... Laknat sudah cukup bagus. Cumanya mungkin tidak kena dengan selera aku sebagai pembaca.

Ulasan