409: bagaimana seorang penulis bergegas ke Terengganu.

Heyyo!

Rasanya semua orang dah tahu kot yang Sabtu lepas aku ke Terengganu. Aku ke sana bukan sebab saja-saja a) hendak cari inspirasi novel baru, atau b) makan angin; tetapi sebenarnya aku ke sana kerana mendapat undangan daripada @iluvnovel sempena siri #JelajahLejenFixi ke Terengganu.

Aku dapat contact dari Abg Asyraf, tauke @iluvnovel ni pada hari Khamis, dan terus sahaja bersetuju tanpa fikir panjang. Memandangkan aku memang berkelapangan pada hujung minggu lepas dan tidak punya sebarang agenda lain, jadi... why not, kan? Lagipun boleh juga bertemu dengan Fahmi Mustaffa si penulis novel #LAKNAT yang meletup tu.

Seronok memang seronok dapat jumpa orang Terengganu. Tapi tak puas sebab rasa macam sekejap sangat, tak sempat nak pusing-pusing mana.

Rasanya boleh jugak kot consider untuk datang semula nanti untuk cari inspirasi novel baru sambil-sambil makan angin sebab best jugak sebenarnya Terengganu ni.

:)






Terima kasih orang Terengganu!

Sabtu depan...

Aku ke KL pulak untuk launching serentak buku Little Basket (bukan aku yang tulis) dan Sasar di Borders, The Curve. Tengok kat FB katanya event tu start jam 1 petang.
So... jumpa kat sana nant y'all....

Dan...
Hujung bulan pula kita bakal ketemu lagi di #PBAKL2016 di MAEPS. Gosh... setiap minggu berjalan je kerja aku bulan ni. Mihmihmih...

Ulasan