394: 14 buku terbaik untuk 2014.

Selamat tahun baru! 

BONG! CHENG! BOM! CHENG! 
*fireworks* 
*fireworks* 
*fire...*

Anyways, memandangkan ni hari pertama untuk tahun 2015, rasanya molek benarlah kalau aku recap balik 14 of the best books that I have read for 2014. You know... in case you're interested ke, or you just curious of what sort of books that I have read, or maybe you're just so damn kepoci you wanted to stalk me and have some idea on what to buy me as presents. Hahahaha...

Just so you know, this list is not in any particular orders, cuma senarai buku-buku (most of them are not published last year, mind you that) yang benar-benar meninggalkan kesan kepada diri aku baik secara peribadi atau secara keseluruhannya.

All right folks, without further ado... let's get the ball rollin'!

1. The Leftovers - Tom Perrotta
Sebenarnya aku langsung tak tahu pasal kewujudan novel ni sehinggalah aku dapat tahu yang HBO bakal jadikan ia sebagai drama rantaian. Aku terpanggil untuk membacanya selepas menonton teaser drama tersebut di YouTube. Jadi, aku mula cari novel ini. Masa tu kebanyakan toko buku tak jual buku ini (hairan!) jadinya aku end up memesan atas talian di Book Depository. Premis buku ini agak menarik. Mengisahkan suatu kejadian hipotetikal di mana apa akan jadi kepada masyarakat apabila suatu ketika, entah kenapa tidak semena-mena sejumlah besar daripada populasi manusia tiba-tiba lenyap begitu sahaja; dan buku ini menjejaki bagaimana mereka yang tertinggal di sebuah pekan kecil bernama Mapletown harus bangkit semula daripada tragedi aneh ini, dan mereka tidak hanya berdepan dengan masalah runtunan emosi kehilangan orang yang disayangi, malah terpaksa bersemuka dengan permasalahan lain seperti politik dalaman, kultus ajaran sesat dan juga keruntuhan sistem sosio-ekonomi yang saban hari kian meruncing. Bacaan yang agak perlahan pada mulanya, tetapi sebaik sahaja di pertengahan plot mulai merancak dengan baik. Naskah ini harus dibaca terlebih dahulu sebelum kalian berhajat untuk menonton drama bersirinya.   

2. Colorless Tsukuru Tazaki and His Years of Pilgrimage - Haruki Murakami
Satu-satunya buku dalam senarai ini yang aku pra-pesan dari MPH kira-kira tiga bulan sebelum tarikh ia dilancarkan. Kisahnya mudah: bagaimana Tsukuru Tazaki mengembara menjejaki rakan-rakannya yang terpisah dalam ekspedisi eskapisme mencari diri sendiri, mencari solidariti, mencari makna hidup dan semestinya mencari sebab-musabab mengapa dia dan rakan-rakannya yang dulunya amat akrab tiba-tiba sahaja merenggang tanpa suatu sebab yang munasabah. Satu pembacaan dari Murakami yang aku kira paling mudah dari beliau setakat ini.

3. The Stand - Stephen King
Buku ini tebal. Sangat tebal sehinggakan aku berhenti membaca berkali-kali kerana agak letih untuk meneruskan pembacaan. Namun begitu aku puas. Kisah pasca-apokaliptik tentang sebaik sahaja seorang lelaki berjaya meloloskan diri daripada pusat persediaan (?) senjata biologi, dia bukan setakat secara tidak langsung telah mencetuskan suatu efek domino, menyebarkan sejenis wabak penyakit yang telah menghapuskan sebahagian besar populasi dunia, malah telah memecah-belahkan mereka yang tersisa dalam perjuangan survival tentang 'good versus evil'.

4. Infinite Jest - David Foster Wallace
Buku yang aku mula baca pada penggal akhir 2013 akhirnya habis aku baca di tahun 2014. Sangat-sangat lama atas beberapa faktor. Pertama, ia sangat tebal (lebih kurang 1000 halaman termasuk nota kaki); kedua, ia sangat-sangat kompleks dengan sejumlah watak berselirat dan ditambah pula dengan teknik naratif yang tidak mempunyai suatu plot khusus. Jika hendak disimpulkan plotnya sekalipun, aku barangkali boleh beritahu yang Infinite Jest ini mengisahkan tentang sejumlah penghuni di Ennet House yang sedang merancang untuk menjejaki dan mencari sebuah salinan asal filem berjudul 'Infinite Jest' yang dikhabarnya mempunyai kuasa psikedelik yang mampu mengawal aluran fikiran manusia. Naskah berat ini semestinya bukan untuk pembaca biasa-biasa kerana anda bakal disajikan dengan kosa kata yang amat-amat ekstensif dari penulis, heretan naratif berjela-jela yang terkadang dibaca agak membosankan tetapi pada masa yang sama amat-amat mempesonakan kerana memperlihatkan kebagusan penulis tersebut.

5. And the Mountains Echoed - Khaled Hosseini
Pembaca akan dibawa merentasi Afghanistan, ke Kabul dan beberapa tempat magistik lainnya sebelum ke Amerika, dipersembahkan dalam kaca mata Abdullah, Pari dan beberapa watak lain yang mengheret durasi 60 tahun kisah suka-duka persahabatan, kekeluargaan, peperangan, konflik emosi dan semestinya cuplikan cara hidup warga Timur Tengah yang (bagi aku) amat terasing dari ruang lingkup pengetahuanku.

Ya, aku bersetuju dengan ulasan Ira Nadirah di Goodreads; separuh awal buku ini bergerak agak perlahan dan plotnya mulai terungkai dengan baik dan cemerlang sekali pada separuh kedua buku ini, dan aku amat-amat terkesan pada bab-bab terakhir di buku ini. Salah-satu naskah dari penulis yang semestinya akan aku ulang-baca di masa akan datang.

6. The Fault in Our Stars - John Green
Buku berkategori Young Adult yang telah diangkat sebagai filem pada tahun lepas. Mengisahkan tentang Hazel Grace yang menghidap kanser paru-paru, hampir putus asa dengan hidup, bertemu dengan Augustus Waters, seorang survivor kanser yang telah meragut sebelah daripada kakinya. Pertemua ringkas mereka di sesi rapat-kenal support group penghidap kanser itu seterusnya membuahkan bibit-bibit cinta atas dasar kesamaan mereka terhadap pertarungan mereka tentang penyakit yang dihinggapi, dan juga kecintaan dan (mungkin?) obsesi mereka terhadap buku berjudul 'An Imperial Affliction' nukilan Peter van Houten yang akhirnya membawa mereka berdua ke tanah Amsterdam dalam misi untuk mencari suatu konklusi ke atas buku yang mereka sifatkan tidak habis yang mereka berdua boleh persetujui.

Aku paling terkesan bagaimana John Green bijak menggunakan ayat-ayat puitis namun tidak berat dan menyesakkan, menyebabkan pembacaan menjadi lancar, laju dan watak-watak yang dibangunkan terasa dekat dan relatable (terutama sekali kedua-dua ibu-bapa Hazel dan Gus yang aku kira sporting habis!). Nah, beginilah sepatutnya kalau hendak menulis buku Young Adult.

Okay?
Okay.

7. Invisible Monsters (Remix) - Chuck Palahniuk
Asalnya buku ini diterbitkan pada tahun 1999, sebuah suksesor kepada Fight Club yang telah memacu nama Chuck Palahniuk sebagai salah seorang penulis genre transgressive yang bagus. Naskah ini diterbitkan semula pada tahun 2012 dengan menggunakan stail naratif asal yang telah direncanakan oleh penulis, berbeza daripada edisi sebelumnya yang menggunakan naratif linear. Edisi remix ini dipersembahkan dalam naratif tidak tersusun, dengan arahan di penghujung setiap bab untuk ke secara literalnya 'mencari' sendiri halaman untuk bab berikutnya, di samping sisipan beberapa bab tambahan dan juga ada beberapa bab yang sengaja ditulis secara mirror image yang memerlukan pembaca membacanya dengan bantuan cermin.

Gila? Semestinya.

Invisible Monster mengisahkan tentang seorang narrator tidak bernama dalam ekspedisi menjejaki siapakah yang telah menembak mukanya sehingga menjadi hodoh, di samping membawa pembaca menelusuri apa sebenarnya yang telah terjadi ke atasnya.

8. Babyrina - Ridhwan Saidi
Sukar untuk meletakkan Babyrina dalam kategori apa kerana awalnya aku kira ini kisah penyiasatan noir tentang seorang polis menjejaki siapakah sebenarnya identiti pembunuh bersiri SMS-Killer yang dikaitkan dengan Babyrina, seorang figura terkenal di alam maya pada circa pertengahan 90-an. Sila Google nama tersebut untuk tahu lebih lanjut.

Nyatanya aku (agak) silap. Pembaca akan dibawa untuk mencuba menjebak siapakah sebenarnya dalang utama dalam siri pembunuhan tersebut, dilatari dengan watak-watak kisch yang 'hidup' dan tersendiri seperti Inspektor Johari dan Detektif Zain Jantan dan beberapa watak warna-warni lain. Laras bahasanya lancar, lancang, dan sengaja dibiarkan agak raw, dan di situlah sebenarnya kualiti penulisan Ridhwan Saidi paling cemerlang sekali.

9. The Luminaries - Eleanor Catton
Novel dari penulis yang memenangi Man Booker Prize 2013 ini membawa pembaca ke tanah kecil New Zealand pada tahun 1866, di mana ada beberapa siri kejadian (paranormal?) dan aneh berlaku. Ada beberapa bahagian dalam buku ini yang bergerak amat perlahan, dan ada yang bergerak dengan kelajuan yang amat laju sekali, namun diimbangi oleh naratif yang amat-amat cemerlang. Tidak hairanlah buku setebal lebih 800 halaman ini dimenangi oleh Eleanor Catton, penerima anugerah Man Booker Prize termuda setakat ini (beliau hanya berusia 28 tahun ketika menerima anugerah ini!).

10. Sputnik Sweetheart - Haruki Murakami
Ini buku lama. Ini buku kisah cinta lesbian tak kesampaian. Ini buku tentang muzik, tentang harapan, tentang hancur hati. Sumire bertemu dan jatuh hati pada Miu yang jauh lebih berusia daripadanya. Sumire mengharap, Miu... entahlah.

Ada rasa kecewa yang amat sangat di dalam buku ini, dan rasa kecewa itu diindahkan oleh gaya bahasa Murakami yang manis seperti secangkir latte.

11. The Zombie Survival Guide: Complete Protection from the Living Dead - Max Brooks
Hendak katakan ini bukan fiksyen, tidak, hendak katakan ini buku fiksyen, juga bukan. Ini buku separa jenaka-serius-informasi-seram tentang bagaimana hendak mempersiapkan diri sekiranya bumi tiba-tiba diserang zombi.

12. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - Hamka
Aku sudah banyak kali disuruh membaca novel ini, baik oleh rakan-rakan, cikgu sekolah, para pensyarah, termasuklah arwah datukku. Namun entah kenapa aku tidak terpanggil untuk membacanya sehinggalah lewat tahun 2013 apabila aku dapat tahun yang Indonesia sedang mengusahakan adaptasi ke layar perak berdasarkan novel ini.

Nah. Menangis tak sudah sebaik sahaja membaca buku ini, dan aku berasa sedikit menyesal tidak membacanya lebih awal.



Kisah tragis cinta Zainuddin-Hayati yang terpisah dek darjat dan keturunan yang mengheret mereka merentasi bumi Nusantara, hanya untuk dipisahkan, dipertemukan semula dan dipisahkan kembali.

Ada usulan yang berkata edisi bahasa asalnya jauh lebih indah daripada terjemahan ke Bahasa Melayunya. Nanti akan aku usahakan untuk mencarinya.

13. Bagaimana Anyss Naik ke Langit - Faisal Tehrani
Nah. Satu lagi tulisan Dr. Faisal Tehrani yang khabarnya turut diharamkan (bersama-sama dengan Perempuan Nan Bercinta). Novel (atau mungkin novela?) pendek setebal 112 halaman ini usah dipandang sebelah mata kerana isinya jauh lebih berat dan mendalam daripada durasi ceritanya. Lebih bersifat factual-oriented, novel ini mengisahkan tentang isu hutan, pembalakan, orang asli dan percakaran politik.

Terlalu ringkas pada pendapat aku, mungkin kerana penulisnya hendak sesuaikan dengan konsep terbitan DuBook Press barangkali. Apa yang pasti, jangan abaikan nota kaki yang tersedia kerana ia sedikit-sebanyak membantu pemahaman keseluruhan cerita ini. Antara buku minimalistic terbaik untuk 2014 pada pendapat aku.

14. Revival - Stephen King
Aku membuat keputusan executive decision untuk tidak membaca Mr. Mercedes, novel pertama dari Stephen King yang terbit untuk tahun 2014 ini dan terus membaca Revival kerana terpancing hanya berdasarkan cuplikan summary yang aku baca di Goodreads sahaja.  Pembaca diheret untuk mendalami lipatan kurang-lebih 50 tahun kisah hidup dua individu yang amat-amat berbeza: Jamie Morton dan Charles Jacobs yang akan mendedahkan konspirasi kultus, percanggahan ideologi, cara hidup dan juga pandangan mereka tentang seks dan agama.

Antara buku tulisan Stephen King terbaik setakat ini, pada pendapat aku.

___


Ulasan

Razfira berkata…
Banyaknya buku yang habis! good2

saya dapat habiskan 2 buku je.. huhu

Tertarik dgn buku zombie tu
shandye. berkata…
@Razfira: tahun lepas saya tak capai target di Goodreads pun. saya aim utk baca 45 buah, tapi cuma mampu baca setakat 31 buah je. ni cuma 14 judul terbaik yang saya baca utk tahun lepas. oh, ya... buku manual zombi tu memang kelakar. tapi lagi sesuai dibaca sebagai compendium-reading utk 'World War Z' tulisan penulis serupa.

(Y)
Amirah Fathiyah berkata…
The Leftovers sounds a little like Gone by Michael Grant (tang yang orang tiba-tiba hilang tu je la).
shandye. berkata…
@Amirah Fatiyah:

"In the blink of an eye, everyone disappears. Gone. Except for the young.

There are teens, but not one single adult. Just as suddenly, there are no phones, no internet, no television. No way to get help. And no way to figure out what's happened.

Hunger threatens. Bullies rule. A sinister creature lurks. Animals are mutating. And the teens themselves are changing, developing new talents—unimaginable, dangerous, deadly powers—that grow stronger by the day. It's a terrifying new world. Sides are being chosen, a fight is shaping up. Townies against rich kids. Bullies against the weak. Powerful against powerless. And time is running out: On your birthday, you disappear just like everyone else..."

wow... sounds like an interesting premise! nanti kalau saya ketemu di kedai buku, saya pasti akan dapatkannya. terima kasih sebab berkongsi!