Terima kasih buat Cikgu Zara yang sanggup meredah lautan manusia di BBW untuk membeli kiriman buku ini, dan terima kasih buat Cik Nadia Jalal yang sudi mengeposnya ke Pulau Pinang. Jasa baik kalian akan saya kenang.
Baiklah. Untuk tidak membuat masa lagi, berikut merupakan ulasan pendek untuk setiap cerpen yang termuat di dalam antologi edisi terhad Malam ini.
Enjoice!
1. Revolusi! Revolusi! Revolusi! - Lokman Hakim
Perlambangan 'makhluk Telletubbies' dan juga jelmaan manusia mirip Bruce Lee yang dimunculkan dalam cerpen ini menimbulkan tanda-tanya kerana ia tidak dikonkritkan dengan jelas. Makanya, perlambangan yang diwujudkan dalam cerpen ini tinggal sekadar suatu simbolisme yang kabur, dan boleh diinterpretasikan secara bebasnya oleh pembaca. Mungkin itu yang diinginkan oleh penulis. Mungkin juga penulis punya maksud tersendiri dengan menggunakan dua perlambangan ini namun pada pembacaan saya, ia hilang dan tidak dapat dihuraikan dengan baik. Entahlah.
2. Janji - Dayang Noor
Kredibiliti dan kemampuan Kak Dayang memang tidak dapat disangkal dan ini sekali lagi dibuktikan dengan cerpen ringkas tentang 'janji' seorang sahabat yang diterjemahkan dengan baik sekali lewat elemen seram/mistik/supernatural yang digarap dengan urutan sekuens kejadian dan imbas kembali yang amat efisyen. Antara cerpen kegemaran saya dalam antologi ini.
3. Jemputan Makan Malam - Faizal Sulaiman
Saya tidak boleh tidak daripada terpanggil untuk teringat akan plot cerita yang hampir serupa yang pernah saya baca (atau saya tonton? saya sudah lupa...) usai membaca cerpen nukilan Faizal Sulaiman ini. Apa-apapun, cerpen ini membuatkan kita berfikir sejenak akan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik pintu terkatup di sebuah rumah milik institusi keluarga yang dari luarannya (mungkin) tampak bahagia dan normal.
4. Lost - Muhammad Fatrim
Percubaan yang baik. Namun seperti tajuknya, saya juga turut 'sesat' membaca cerpen ini dan acapkali terpaksa memicingkan sebelah mata dan mengabaikan beberapa struktur ayat yang kedengaran agak janggal dalam pembacaan saya.
*Contoh: m/s. 36: 'Saiz underwear aku sendiri pun kadang-kadang aku confuse' - ini kelakar campur mengelirukan. Pertamanya, ia langsung memberikan gambaran bahawa sama ada watak Rayqal ini masih kecil benar ataupun dia seorang yang pessimis. Kedua, secara logiknya kalaulah dia sudah berusia awal 20a-an, semestinya dia sudah sedia maklum akan saiz seluar dalamnya, dan tidak mempunyai masalah dalam hal tersebut. Lainlah kalau dia ceritakan tentang saiz kasut atau baju yang sememangnya berbeza-beza mengikut jenama dan ukuran antarabangsa. Entahlah. Mungkin saya terlalu over-analyze ayat ini.
*Contoh: m/s. 39: 'Saya ambil buku untuk 3 hari yang sepatutnya saya datang sini.' - ini benar-benar mengelirukan kerana susun-galur masa yang dipersembahkan di awal cerita tidak selari dengan ayat tersebut. Betulkan saya jika saya tersalah, dan tolonglah perjelaskan maksud ayat di atas.
5. Ah, Sudah! - Syahmi Hafizuddin
Ini cerpen yang bagus. Cumanya saya tidak berkenan dengan penyudahnya. Rasanya lebih kemas jika penulis tamatkan saja ketika Azam memberitahu rakan-rakannya yang dia telah mengulangkaji bersungguh-sungguh pada malam sebelumnya, dan kemudian menoleh ke arah cikgunya dan mengingatkan beliau akan kata-katanya di awal cerita, dan bukannya terus menjadi ala-ala babak seram-sejuk hendak mengepung cikgunya untuk mengerat jarinya itu. Apa-apapun, sekadar pendapat saya. Tidak lebih dari itu.
6. Hubungan Berhipotesis - Syaihan Syafiq
Kelakarnya cerpen ini diilhamkan setelah saya menonton salah-satu daripada episod drama sitkom Friends. Saya membayangkan bagaimanakah reaksi kedua-dua individu yang bermula sebagai sahabat, merapat, dan seterusnya salah seorang daripadanya mulai mahu hubungan itu secara hipotesisnya berkembang menjadi lebih dari sekadar sahabat. Makanya, terlahirlah cerpen ini. Saya akur, cerpen ini masih mentah dan juga ada banyak celanya daripada indahnya. =)
7. Kebayan - Neesa Jamal
Premis cerita yang baik. Gabungan fusion elemen mistik dan modernisme dalam cerpen ini menjadi, dan terkadang menzahirkan bait-bait ayat dan situasi yang melucukan. Namun saya rasa penyudahnya agak tergantung dan ditulis secara buru-buru (mungkin kerana penulis menyedari yang dia sudah melangkaui jumlah patah perkataan maksimum?)
8. Magis - John Norafizan
Saya tidak pernah bertemu dengan penulis. Saya cuma mengenali beliau lewat kemenangan saya atas pertandingan novel Hilang yang kebetulan dihakimi oleh beliau dan saya bernasib baik untuk menang. Cerpen tersebut boleh dibaca di sini.
Usai membaca Magis, saya terpanggil untuk berhenti membaca cerpen yang selebihnya dan terus meng-Google apakah senarai tulisan sang penulis yang lain. Ini adalah kerana saya sudah jatuh suka dengan naratif dan susunan ayat yang digunakan dalam cerpen ini. Dibaca berulang-kali tidak puas, saya harus baca tulisan beliau yang selebihnya.
Magisnya cerpen ini adalah ia bijak menggabungkan elemen fantasy-realisme dalam susunan ayat yang kemas dan minimum tetapi efektik. Salah-satu daripada cerpen kegemaran saya dalam himpunan antologi ini.
9. Sesudah Subuh - Mohd. Azmen
Ringkas tetapi tertib dan menarik. Saya suka bagaimana penulis bijak bermain dengan kata-kata. Tidak puas membaca Sesudah Subuh ini kerana ia bagaikan suatu introduksi (bab pertama) dalam suatu novel yang (mungkin) menarik untuk dibaca.
10. Misi Mustahil - Azura Mustafa
Kelakar. Tetapi Naratif cerita agak berterabur. Kalau diperkemaskan rasanya boleh lebih baik. Saya suka langgam bahasa yang digunakan oleh penulis yang bersifat santai dan bersahaja.
11. Pondan Di Pandan Indah - Nami Cob Nobbler
Seperti tajuknya, ini cuplikan kisah seorang pondan di Pandan Indah. Tiada apa yang istimewa. Biasa-biasa saja.
12. Malam Yang Merangkak - Azrin Fauzi
Karya metafiksyen yang bagus! Saya sampai berhenti membaca dan harus meng-Google apakah maksud di sebalik perkataan Rückenfigur yang disebut pada halaman 109 cerpen ini.
13. Kekasih Bibliophile - Shafaza Zara Syed Yusof
Tiada apa yang perlu diulas melainkan menyarankan agar penulis segera meluangkan masa untuk melebarkan sayap penulisannya kepada novel pula. Saya suka cerpen ini. Tanpa membaca siapa penulisnya sudah boleh teka nama penulis berdasarkan konstruksi cerpen ini yang dipisah-pisah oleh sub-bab kecil, suatu teknik naratif yang kini sudah menjadi trademark penulis.
14. Kelab Malam - Mim Jamil
Teknik 'menipu' pembaca atau dalam erti kata lain menggunakan unreliable narrator dalam cerpen ini menjadi. Saya suka!
15. Chempaka - Julie Anne
Nuansa seram yang cuba dipersembahkan oleh penulis membengkak dengan baik sekali. Rasanya ini ampuh sekali kalau diperkembangkan menjadi sebuah novel kerana saya ingin benar tahu apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku ke atas Chempaka dan Ruthlan (amboi, nama bukan main lagi klasik!).
16. Gelap - Saat Omar
Sebenarnya saya kurang pasti apakah penulis menggunakan teknik stream of consciousness atau monolog dalaman di dalam cerpen ini kerana menurut pengamatan saya, ia mirip seperti salah satu daripada teknik naratif sebegitu. Harap penulis dapat perjelaskan hal ini. Apa-apapun, saya suka cerpen ini. Banyak kupasan yang boleh dibuat hanya dengan bersandarkan penelitian ke atas perkataan yang disusun menjadi frasa dan seterusnya menjadi ayat yang membawa pelbagai maksud (berdasarkan pembacaan yang berlainan).
17. 10:15 - Inawza Yusof
Kecewa. Premis yang sudah cukup bagus tetapi dibagunkan seperti agak terburu-buru dan tidak berhati-hati. Naratif agak berterabur. Walaubagaimana pun, saya yakin kalau cerpen ini diberi ruang yang sepatutnya dan dikembangkan dengan baik dalam bentuk novela atau novel, ia mungkin boleh jadi lebih baik. Ini adalah kerana watak-watak yang terkandung di dalamnya agak mendatar dan tidak berkembang dengan baik di sepanjang cerita. Namun begitu, ya... ada bahagian-bahagian tertentu yang agak meremangkan. Syabas buat penulis!
18. Ya - Shaz Johar
Kemas. Ada sikit sipi-sipi kesamaan seperti cerpen saya, 'E-mel Dari Seberang'. Saya suka.
** nota untuk editor: 'samada', 'macamana' dan beberapa lagi perkataan Bahasa Melayu dieja dengan salah. tidak sukar untuk membuat rujukan di Google atau di http://prpm.dbp.gov.my/ kalau tidak pasti.

---

Ulasan