001: Percubaan Pertama.

Sebenarnya kalau hendak diikutkan hati, aku tidak mahu berblogging lagi. Serik. Apa yang aku tulis, orang lain baca dan seribu satu interpretasi terhadap aku mulai bercambah.

Hubungan merenggang dan akhirnya terputus dek salah faham. Semuanya oleh sebab entri-entri di belog lama. Aku jadi serba-salah.

Tetapi setelah kira-kira setahun tidak menulis, jari-jari terasa gatal dan otak tak henti-henti mencernakan kisah-kisah yang aku kira wajar aku kongsi.

Makanya aku mulakan semula belog baru. Tetapi kali ini dalam edisi lebih privasi.

Ulasan