Isnin, 29 Ogos 2011

179: cabaran 30 hari berpuasa - hari #29.

nampaknya berjaya jugak aku update buat siri cabaran 30 hari berpuasa ni. bukan apa... ni sebenarnya motivasi kepada diri sendiri untuk sentiasa kemaskini blog.

makin hari, aku tak nafikan terasa makin malas nak update blog. bila tekan new post pada dashboard, jari-jari jadi kaku. entahlah...

lagipun lately aku agak sibuk. dengan persiapan nak kemas rumah untuk raya lagi, tolong mak settle-kan order kek dgn coklat lagi... ye... agak sibuk ye di situ...

ditambah pulak dengan malam-malam aku spend sekitar 2 jam untuk projek penulisan aku. saja suka-suka. tak ada pasang cita-cita pun nak ia diterbitkan. tapi atas dorongan kawan-kawan (Abg Nazs, Abg Iz, Firdsz dan ramai lagi) tak salah rasanya kalau mencuba, ye tak?

oklah. bebel panjang pulak.

kali ni aku takde snap gambar juadah berbuka sebab betul-betul tak sempat nak snap. hehe.

di kesempatan ini juga aku nak ucapkan:
selamat hari raya, maafkan segala khilaf yang ada sepanjang aku bertindak sebagai blogger dan korang sebagai pembaca. mana nak tau kot-kot ada yang korang terasa, termakan hati ke hapa ke.... maklumlah... kita tak tahu, ada tulisan kita tu akan offend sesiapa....

oklah uols... nak pergi gosok baju melayu pulak.

babai.

=)

Ahad, 28 Ogos 2011

178: cabaran 30 hari berpuasa - hari #28.

sate. terliur. makanya terbeli.

gulai itik. mom's favorite.

gulai ikan masin gerai makcik yg best gilerr ittew. TERBAEK. i am so gonna miss her gulai ikan masin. hahaha...

rendang daging pemberian jiran sebelah yang esoknya nak chow balik jitra dah.

karipap gergasi sehengget je satu. 

raksasa gemok yang bising time orang bukak puasa.

177: [siri haiku merepek] #06 - kitar semula.

resaikel, resaikel
takde orang peduli
sendirilah!

Sabtu, 27 Ogos 2011

176: cabaran 30 hari berpuasa - hari #27.

muka makhluk tension tgg berbuka puasa.


gulai kawah. must have.

gulai ikan. home-made punyerr....

ayam masak apentah. 

ketupat. gedik-gedik beli sbb nk feeling-feeling mood raya uols.

Jumaat, 26 Ogos 2011

175: cabaran 30 hari berpuasa - hari #26.






hari ni takde caption.
malas. internet slow.
owh... btw, rumah meriah sbb semua adik-beradik ada.
lolz.

=)

Khamis, 25 Ogos 2011

174: cabaran 30 hari berpuasa - hari #25.

hari ni special sikit.

berbuka puasa di Black Canyon Coffee & International Thai Cuisine di Jusco Banda Perda bersama my bff & fellow blogger, Sham.

klik kat gambar ni klu nak pg kat blog dia.
anyways, ni apa yang kitorang makan...

enjoice!

black pepper steak, medium rare. Sham punye. sedap gak.

iced green tea. pun sedap. totally recommending it.

6 pieces of spring rolls as appetizer. finished in mere seconds lepas masuknya waktu berbuka. hehehe...

spicy spaghetti cooked in chinese-style fryer. not the best i must say. too pedas for my taste. i gotta say, agak menyesal sbb can't finish the whole thing sbb pedas sangat.

iced chocolate milk. HIGHLY RECOMMENDING THIS. sedap glerr...
my verdict:
since restoran ni berkonsepkan fusion antara thai cuisine dan a little bit of western, you kinda have a variety of choices when it comes what you can eat. you have the staple choices of various nasi (fried in so many different ways), soup, western dishes (fish & chips, steak, sandwiches, blablabla) and some fusion food like the spicy spaghetti that i just had.

the prices are kinda moderate, food ranges from rm4.50 (the salad) up to rm26 (the steaks).

however, i highly recommend you guys utk go through diorang punya extensive drinks menu and try them out.

kitorang try both the iced green tea & iced chocolate milk and had fallen in love with those. sedap gilerr.... i bet the rest of the drink choices in the menu were as tasty as what we have ordered. rambang mata sebab semua nampak sedap (especially the chocolate drink section). prices started from rm3 up to rm9 for drinks.

thanks to Sham sebab sudi belanja. walaupun otw balik hujan lebat, i really enjoy our outing. sempat jugak berbuka puasa sekali. hehehe...

=) 

173: 須藤元気 (Genki Sudo) WORLD ORDER in New York.





Walaupun aku sepatah haram tak faham apa diorang ni cakap. Tapi men in suits are hawt. So f*cking sexy. Setuju tak?

Rabu, 24 Ogos 2011

172: cabaran 30 hari berpuasa - hari #24.

gulai puyuh. weirdly manis tapi sedap.

gulai kepah dan apentah... mom's favorite.

home-made karipap & cucur. since my mom tak kerja hr ni dia decide  utk buat karipap dgn cucur. lolz.

Selasa, 23 Ogos 2011

171: cabaran 30 hari berpuasa - hari #23.

karipap & popia basah. not bad. cuma sos popia tu pedas gilerrrr......

gulai ikan masin yang hampeh. nan hado sedap.
okay, pangkah gerai makcik tu.
esok jangan beli dah kat gerai dia.

daging masak ape ntah. pun dari gerai makcik yg jual gulai ikan masin tadi.
pun tak sedap jugak. ok, sah2 la aku akan double pangkah gerai makcik tu...

170: bercinta dengan bekas kekasih kawan sendiri, cool atau tidak?

Azli (bukan nama sebenar), rakan sekerja Abang Nazs datang melepak dengan kami kelmarin, menyertai grup borak-borak sambil ngopi antara aku dan Abang Nazs. Sembang punya sembang, terkeluarlah kisah tentang si Azli ini yang sedang menjalin hubungan separa serius dengan Suffiah (bukan nama sebenar). Apa yang menariknya ialah Suffiah ini sebenarnya bekas kekasih kepada Yazzif (bukan nama sebenar), seorang rakan sekerja Azli dan Abang Nazs.

Persoalannya ialah;

Bolehkah anda bercinta dengan bekas kekasih kawan sendiri?

Isnin, 22 Ogos 2011

169: cabaran 30 hari berpuasa - hari #22.

thanks for a certain someone (the same person who belanja me mcd the other day)...

i'm having


thanks awak...

terharu sangat awak sanggup redah hujan segala bagai nak bagi saya kfc sebab saya malas nak keluar pg param...

teehee...

*hugs*

168: kanak-kanak tersangkut selipar di eskalator di the gardens.

Baru lepas baca entri yang sama di NotaKosong. Sekadar ingin berkongsi. Seorang kanak-kanak tersangkut selipar Crocs yang dipakainya ketika menuruni eskalator dekat dengan Cold Storage di The Gardens semalam.

Mujur pihak pengurusan The Gardens pantas menghubungi pihak bomba dan ambulans.



Pihak bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menyelamatkan budak kecil itu dengan dibantu oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian. Sejurus selepas itu, kanak-kanak yang cedera teruk di kakinya dikejarkan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya untuk rawatan selanjutnya.



Dipercayai getah kasu Crocs yang dipakai oleh kanak-kanak tersebut adalah lembut dan menyebabkan ia mudah untuk ditarik masuk ke dalam eskalator.

Bahaya juga rupanya pakai Crocs ni. Semoga mereka yang gemar memakainya sentiasa berhati-hati dan mengawasi anak kecil masing-masing agar kemalangan sebegini boleh dielakkan.


[entri ini diambil dari SINI.]

Ahad, 21 Ogos 2011

167: cabaran 30 hari berpuasa - hari # 21.

oih.
dah 21 hari kita berpuasa.
cepat noo??

btw, hari ni makan di luar lagi.
orang jauh belanja.
teehee...

tadi ke tesco.
terserempak dengan benda ini.


korang agak-agak amende?

teehee...

=)

Sabtu, 20 Ogos 2011

166: cabaran 30 hari berpuasa - hari #20.

stuck in traffic.

buat drive-thru mcd je.

=(

[sori xde gambar. penat.]

165: silent hill downpour bakal terbit!

Aku takdelah kaki game sangat tapi aku memang super-excited bila dapat tahu yang siri survival-horror kegemaran aku iaitu Silent Hill bakal punya follow-up iaitu Silent Hill: Downpour yang bakal dikeluarkan pada penghujung Oktober nanti.


Silent Hill: Downpour akan terbit dalam kedua-dua pelantar XBox 360 dan juga PS3, jadi rasanya tak ada masalah kot sebab kat rumah ada XBox 360 (kalau teringin nak main versi PS3 kena pergi rumah along, hehehe...)






Jumaat, 19 Ogos 2011

164: cabaran 30 hari berpuasa - hari #19.

siput sedut. mom's wajib dish. aiihh...

over-fried fried chicken from sahur. ntah sape ntah goreng sampai hangus camtu. cheit...

ierno what fish is that. but the gulai is goooooooooood...

kueh kosui, right? tawaq hebiaq... takdak ghasa apa pun. ala-ala menyesal beli uols...

163: jatuh cinta pada cikgu sekolah, cool atau tidak?


Cakap-cakap pasca-Terawikh malam kelmarin bersama Abang Nazs membawa kepada satu topik perbualan yang aku kira wajar aku kongsi bersama pembaca blog semua.

Pernah jatuh cinta pada cikgu sekolah anda?
gila kau cikgu hensem camni, sape tak tergugat?

Cikgu, professor, jurulatih… mereka juga manusia biasa. Terkadang kalau ada yang kacak sedikit, atau yang manis bertudung, kita tidak dapat menolak daripada memuji. Daripada bibit-bibit pujian ini, terbit pula rasa minat. Mereka inilah yang membikin kita sukar untuk beri konsentrasi total di dalam kelas kerana lemas dalam fantasi yang hanya kita sahaja alami. Suatu euforia yang mengkhayalkan.

Aku terpanggil untuk mengingati Ustaz Roshidan. Cikgu subjek Pendidikan Islam ketika aku di sekolah menengah. Dia aku kategorikan sebagai individu yang ‘should definitely quit his actual job and be a model’. Serius!
seriously ticher, you should be a model!

Sebelum ramai yang serang aku dengan gay-bashing-slur dan macam-macam kecaman homofobik, aku bilang awal-awal… kalau tak suka baca, boleh pergi jauh-jauh.

Khamis, 18 Ogos 2011

162: cabaran 30 hari berpuasa - hari #18.

menu hr ni simple tahap gaban.
faktor utama ialah sebab malas nak ronda param lama-lama.

oh. maaf sebab lambat kemaskini. ada hal sikit tadi. teehee...

pulut ape ntah. singgit je so aku beli la.

menurut pakcik tu, ni ayam goreng bawang. whatever-lah pakcik. janji sedap dimakan bersama nasi briyani.

oh. btw, isnin depan kononnya tuan tanah dipelawa buka puasa di hotel.

kelas kau maria!

kthnxbai.

=)

161: bila penulis novel jerat balas komen aku.

Novel keenam (yep, you heard me right... keENAM) penerbit bukan arus perdana, Fixi yang berjudul 'Jerat' bakal dilancarkan secara rasminya pada pertengahan September nanti. Bagi mereka yang tidak sabar, boleh klik SINI untuk baca cuplikan bab pertama novel 'Jerat' ini.

Jujurnya aku sendiri tidak sabar untuk memiliki dan membaca jerat. Membaca sinopsisnya saja sudah memadai untuk aku tergiur untuk menyudahkan pembacaan novelnya itu.

Berbeza dengan novel-novel terbitan Fixi sebelum ini, 'Jerat' merupakan hasilan seorang penulis perempuan, bernama Dayang Noor. Jerat mengisahkan komplikasi yang timbul selepas watak utamanya yang bernama Shereen hilang ingatan selepas berlakunya sebuah kemalangan dan pembunuhan. Selepas itu Shereen harus mencantumkan kembali serpih-serpih memori di samping merungkai permasalahan yang ada. Menurut penulis, novel ini sarat dengan terminologi dan jargon-jargon IT. Aku harap ia tidaklah terlalu sukar untuk difahami.

Aku terpanggil untuk singgah di blog penulis dan mengetahui bahawa beliau mengambil masa hanya lima minggu untuk siapkan naskhah sekitar 60,000 patah perkataan.

LIMA MINGGU!

Sememangnya aku kagum dengan sesiapa sahaja yang mempunyai daya tumpuan yang tinggi sebegitu kerana bukan senang hendak kekalkan momentum untuk menulis, lebih-lebih lagi menulis secara berterusan seperti sebuah novel. Namun begitu, ini tidaklah begitu menghairankan kerana penulis tersohor kegemaranku Stephen King pernah menyatakan bahawa dia menyiapkan novel 'The Running Man' dalam tempoh satu minggu sahaja.

Apa-apapun, aku terpanggil untuk berkongsi dengan kalian semua, apa yang Dayang Noor balas pada komen yang aku tinggalkan dalam entri Jerat: How It All Started beliau.

double-click untuk paparan yang lebih besar.

Ayat ini 'Tak perlu rasa rendah diri dengan karya orang lain yang kita rasa lebih bagus sebab setiap penulis ada kelebihan masing-masing' benar-benar buat aku tersenyum, benar-benar membakar semangatku untuk menulis.

InsyaAllah... kalau ada rezeki tak ke mana. Ye tak?

160: OMFG! JUSTIN BIEBIER NAK BERKAWAN DENGAN AKU!

Seriously!

Like, seriously people!

Cuba tengok gambar kat bawah nih...

Rabu, 17 Ogos 2011

159: cabaran 30 hari berpuasa - hari #17.

maaf lambat kemas-kini.

go carried away doing something else.

hehe...

asam pedas ikan keli. johor styled. pedas nak mampus tapi sedap.

kek/puding caramel. kureng. tawar. rasa macam makan tepung je. tapi caramel dia just nice.

home-made chocolate muffin dgn chocolate ganache & almond flakes.

daging masak ape ntah. beli kat param tadi. lebihnya buat sahur karang.

oklh. nak try sambung tidur. tak syok nak blog-walking sebab kaki yang terseliuh semalam still sakit. huhu...

kthnxbai.

158: jadual waktu ketika cuti.

haha. tiru idea brader next door kejap.

anyways... rasa pelik pulak sejak dua menjak dah tak kerja ni. yela, dulu kena bangun awal, pergi kerja (kira stok, buat calculations, call supplier, layan fesbuk, tengok movie, download lagu, tidur dalam stor, kacau brader kedai henset kat depan tu, susun barang kat display, blablabla...)

jumaat lepas aku last kerja kat satu general store ala2 mydin ni. tak perlu la aku mention kat mana sebab bukannya korang tahu pun. ye tak?

since then, tiba-tiba aku rasa jadual aku jadi lain. banyak pulak masa senggang.

jadinya mulai isnin lepas, ini la benda yang aku tengok hari-hari dari pagi sampai ke lepas asar (sebab lepas asar kena escort mak pergi param* pulak).


haha.

heaven kejap rasa hidup sebab tak ada nak kena buat apa-apa selain menonton je kat laptop aku.

lolz.

=)


*param = pasar ramadhan

157: lady gaga - kamu dan aku.


Selasa, 16 Ogos 2011

156: cabaran 30 hari berpuasa - hari #16.

lampung... pelampung... lompang... lempang... whatever-lah...

akok. sejak jmp gerai makcik tuh harus singgah selalu! hahaha...

menu wajib mak saya. tak habes2 dgn siput sedut!

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015