Isnin, 30 Mei 2011

092: [siri tak ada kerja] #10 - apa cerita adik-beradik hanson sekarang?

Ingat lagi tak kat kumpulan trio adik-beradik Hanson? Ala... yang famous dengan lagu hits 'MMMBop' sekitar tahun 1997 dulu tuh... Ingat tak?

Dari kiri: Zac, Issac dan Taylor.

Ni ha video klip dia aku gigih cari kat YouTube untuk freshen up korang punya ingatan. Kuikuikui...







Comel, bukan?

Teringat masa kecik-kecik dulu, belum masuk sekolah menengah lagi tuh. Lagu ni dah famous gila.

Sekarang ni diorang dah ada single terbaru, tajuknya 'Give A Little' daripada album terbaru diorang 'Shout It Out'.






Diorang punya sound pun dah matang gila dan bergerak ke arah modern pop dah. Tak macam dulu-dulu teensy-teenage pop yang ala-ala comel gittew. Hahaha...

Jom kita usyar sket apa perkembangan diorang sekarang ni, one by one...


Zac Hanson
Korang mesti ingat dia sebagai drummer untuk band Hanson ni, kan? Ingat tak masa dulu-dulu set drum tu lagi besar dari dia! Ngee... sekarang dia dah berumur 25 tahun dan pada tahun 2006 yang lalu dia dah berkahwin dengan awek lama dia Kate Tucker (tak ada kena-mengena dengan Chris Tucker kot...) dan dah dikurniakan 2 orang anak iaitu John dan Junia.

Taylor Hanson
Dia mungkin paling dikenali sebagai vokal utama dalam kumpulan ni, disamping tukang main keyboard, gitar dan tambourine. Rasa-rasanya dia yang paling orang ingat kot sebab dulu-dulu rambut blond dia panjang dan aku pernah mati-mati ingat dia ni perempuan dulu! Selain kumpulan Hanson, dia ni ada band sendiri nama Tinted Windows. Si Taylor ni pun dah kahwin dengan Natalie Ann Bryant pada tahun 2002. Masa tu dia baru berumur 19 dan minah tu umur 18. Masa diorang kahwin tu si Natalie dah dekat lima bulan hamil dengan anak pertama diorang, Ezra. Sekarang ni famili ni dah ada 4 orang anak. Pitamssss!!!

Issac Hanson
Abang sulung kepada adik-beradik Hanson ni sebenarnya bernama Clarke. Tapi tu dia punya first name lah. Mamat ni pun dah kahwin pada 2006 dengan Nicole Dufresne, marka lama dia. Sama kes macam si Taylor tu jugak, si Issac dengan Nicole ni kahwin masa minah tu tengah 3 bulan mengandung. Katanya diorang ni bertemu masa si Nicole tu tengah hadiri salah satu daripada konsert band ni. Daripada peminat, terminat, terus tersangkut. Wakakaka...

Dahsyat jugak adik-beradik Hanson ni eh. Tambah-tambah lagi dalam bab-bab kahwin. Hahaha...

Jumaat, 27 Mei 2011

089: [siri ulasan filem] #04 - karak.

Saya terpanggil untuk menonton ‘Karak’ atas satu sebab tunggal: mahu lihat apa lagi yang telah dikeluarkan oleh KRU Studios selepas filem bajet besar ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ begitu berjaya di persada perfileman tanah air. ‘Karak’ dibintangi oleh wajah-wajah baru: Shahir AF8, Sheera Ayob (dia ni tunang Zaharil Adzhim, kan?), Along Eyzendy, Kilafairy (anak Rohana Jalil kalau tak salah) dan juga Sidek Hussain. Terdetik di hati saya; bolehlah Shahir berlakon? Soalan itu saya biarkan tergantung terlebih dahulu buat masa ini.



‘Karak’ dimulakan dengan bijak: sebuah kereta rosak di bahu jalan, seorang wanita sedang meriba bayinya di tempat duduk pemandu dan suaminya sedang mencuba untuk melihat apa yang tidak kena pada kereta tersebut. Seterusnya anda yang masih belum menonton harus saksikan sendiri. Memang memeranjatkan! Jalan cerita ‘Karak’ mudah. Empat anak muda yang masih menuntut di universiti dalam perjalanan entah dari mana hendak pulang ke Kuantan. Kereta yang mereka naiki tersangkut di kepala sebuah lebuh raya dan sudahnya mereka membuat keputusan untuk memintas masuk ke sebuah jalan pintas kerana mahu mengejar masa.

Sedikit latar-belakang tentang lebuh raya Karak. Ia merupakan sebuah jalan berturap tar sepanjang 60 km dan siap dibina pada tahun 1979. Lebuh raya ini meghubungkan Gombak Utara, Selangor dengan kawasan Karak, Pahang.  Keceluparan mulut si Jack (lakonan Along Eyzendy) dan Nik (Shahir AF8) ternyata membawa padah kerana mereka mulai diganggu oleh makhluk halus ketika mereka berhenti rehat di sebuah pekan pencil. Tiada apa yang menarik sebenarnya dalam filem ‘Karak’. Momentum plotnya terlalu mendatar untuk terus-terusan menimbulkan situasi saspens dan seram seperti kebanyakan filem bergenre serupa.

Terkadang ada beberapa babak seperti terlalu redundant dan menggunakan formula element of surprise yang sudah terlalu banyak kali dirisaikel sehingga menjemukan kerana audiens sudahpun boleh mengagak apa yang berlaku. Transisi cerita yang turun-naik ini sekaligus memberi gambaran bahawa kisah sebenar yang hendak disampaikan sebenarnya masih belum tiba. Hampir empat puluh minit penonton disajikan dengan babak-babak terkejut yang agak klise dan slapstik, disusuli dengan plot-plot serpihan yang dirasakan tidak perlu.

‘Karak’ mulai menjadi sedikit menarik apabila mereka berempat meninggalkan pekan pencil yang berhantu itu dan meneruskan perjalanan, hanya untuk diganggu pula oleh Volkswagen kuning yang, you guessed it right, berhantu. Jack mulai panik, Ida (lakonan Kilafairy) ternampak sesuatu, dan akhirnya kereta yang dipandu terbabas ke dalam gaung. Mereka berempat ditemukan pula oleh Tok Malam (lakonan Sidek Hussain) yang bertutur sepenuhnya dalam dialek orang asli dan dibawa bermalam di rumahnya sementara menanti hari esok. Mujur ada sarikata disediakan kerana walaupun kedengaran seperti bahasa Melayu, ada beberapa butir perkataan yang dituturkan oleh Tok Malam memang tidak difahami. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Zura (lakonan Sheera Ayob) seakan ‘terpanggil’ untuk menyarungkan kalung aneh yang ditemuinya di rumah Tok Malam.

Apa yang bakal terjadi kepada mereka berempat? Apa hubungkait kalung aneh itu, Tok Malam dan Zura? Siapa nenek tua bermuka hodoh yang sering menjelma tanpa cue sepanjang filem ini? Itu saya serahkan bulat-bulat kepada anda untuk pergi menonton sendiri filem ‘Karak’. Untuk menjawab soalan awal saya tadi tentang adakah Shahir boleh berlakon, jawapan saya sudah semestinya. Bagi saya, dia punya potensi besar dalam bidang lakonan (walaupun ada juga beberapa babak yang nampak seperti dipaksa dan dibuat-buat) dan berharap agak Shahir terus mengasah bakat lakonannya dengan mencuba memegang watak yang berbeza di lain waktu.



Kepada sesiapa yang terlepas baca nota sticky kat atas tu, saya nak mintak tolong korang semua untuk singgah kejap ke link kat bawah ni....


... dan tekan 'LIKE' pada page tersebut.

Ini adalah pertandingan anjuran Nikon Asia & saya menyertainya dengan menghantar gambar kucing peliharaan saya, Aboo. Anda juga boleh turut serta. Caranya teramatlah mudah, apa yang perlu adalah akaun Facebook dan juga gambar yang anda fikir menarik.

Kerjasama korang amat-amat saya hargai.

Kthnxbai.

<3 you guys so much!

Khamis, 26 Mei 2011

088: [siri tak ada kerja] #08 - bagaimana nak elakkan rumah korang supaya tidak diganggu hantu atau makhluk halus.

Semua orang mahukan kediaman yang bebas daripada hantu. I mean, lets get real... siapa yang mahu tinggal di sebuah rumah di mana ada hantu atau makhluk halus berkeliaran walaupun rumah itu besar nak mampus mengalahkan rumah agam Dato' Siti Nurhaliza.

Makanya, di sini aku perturunkan ilmu bagaimana untuk membuat kediaman anda bebas daripada hantu dan makhluk halus. Boleh cuba, tetapi tak dijaminlah keberkesanannya.

Lets cekidaut!


#01 - Bina bumbung berlengkung ala Cina tradisional.
Bukan rumah agam Bracho.

Apa yang terlintas di fikiran korang apabila tengok gambar kat atas? Senibina tradisional Cina mempunyai ciri-ciri yang agak spesifik: siling tinggi, ruang pintu yang tidak terlalu tinggi dan semestinya bumbungnya yang unik melengkung ala-ala pagoda seperti dalam gambar di atas.

Pagoda yang ini sedap untuk dimakan. LOLZ....

Sebab-musabab mengapa masyarakat Cina cenderung untuk membina rumah-rumah mereka dengan bumbung sebegitu rupa adalah untuk mengelak diganggu hantu. Menurut fahaman masyarakat Cina, hantu atau makhluk halus hanya boleh bergerak lurus. Ala, macam hantu Cina yang lompat-lompat tu... diorang mana boleh turn-turn... perasan tak?

Apek, jaga-jaga ada longkang!

Sebab tu bagi sesiapa yang pernah pergi jenjalan ke Tanah Besar China mesti perasan yang jalan-jalan kat sana stok berliku-liku ala-ala corner baring punya! Sure mat rempit tak suka sebab tak boleh nak buat skill Superman.

Ko mampoo nak drift lelaju kat sini?

Jadi apa kena-mengena jalan berliku-liku dengan bumbung berlengkung? Mudah je. Sebenarnya sebab mengapa diorang bina rumah dengan bumbung macam tu adalah untuk mengelakkan daripada rumah diorang didatangi hantu atau makhluk halus.

Cuba uols bayangkan, elok je hantu tu landing terus tergelincir sebab salah landing atas bumbung camni sambil jerit; "Weeeeeee...."

#02 - Cat rumah anda dengan warna biru.
Mesti ramai antara korang yang pernah cat sendiri bilik atau bahagian-bahagian lain kat rumah korang, kan? Tambah-tambah lagi masa dekat-dekat nak raya atau Krismas. Kalau pergi kedai cat tu pulak, sure rambang mata nak pilih warna, melainkan korang adalah Eric Leong yang expert giler tuh.

Percaya atau tidak, kaum Gullah dari Selatan Amerika percaya bahawa hantu atau makhluk halus tidak boleh menyeberangi air (termasuklah tasik, sungai, laut, perigi, dsb). Kaum Gullah ni mana la mampu nak drop by ke kedai Nippon Paint atau mana-mana kedai cat. Makanya diorang akan campurkan limau, susu dan pigmen ke dalam kendi untuk hasilkan cat berona biru yang kelihatan seperti air. Cat ini pula mereka akan sapukan ke rumah mereka yang seterusnya akan meyakinkan hantu-hantu ni bahawa rumah diorang 'ditutupi' sungai. Cuba tengok contoh kat bawah ni:

Biar rumah ala-ala nak runtuh asalkan frame pintu menten santek.

Bukan setakat frame pintu atau dinding je yang diorang cat, kadang-kadang tu sampai ke siling diorang cat warna biru! Ada satu kisah mengatakan yang siling yang dicat biru adalah sebagai indikasi imitasi untuk kelihatan seperti langit yang terbuka, memanggil-manggil roh ini untuk naik ke syurga.


Oleh itu, hantu-hantu ni datang bertenggek depan rumah korang, dengan niat mahu mencemar duli mengganggu-gugat hidup korang, tertengok pulak siling warna biru dan berkata; "Oh, hei! Aku nampak syurga!" dan terus je lompat ke atas dan tak turun-turun dah sebab macam #01 tadi dah terangkan, diorang ni hanya boleh bergerak lurus.

To infinity, and beyond!

Atau mungkin jugak diorang yang cat siling warna biru ni sebab malu kat jiran-jiran kalau jiran diorang nampak pintu atau tingkap diorang berwarna biru. Yela, dah sah-sahlah kantoi yang diorang ni tengah cuba nak elakkan hantu (atau memang rumah diorang dah berhantu, kot?). Choi!!!


#03 - Bentukkan bucu 'Kimon' ala masyarakat Jepun.
Hai, nama saya bucu 'Kimon'!

Berbeza daripada masyarakat Cina yang percaya bahawa roh-roh hanya boleh bergerak lurus, masyarakat Jepun percaya bahawa semua roh sebenarnya berasal dari satu arah sahaja, iaitu daripada arah timur laut, atau dalam bahasa Jepunnya dipanggil 'kimon' dan langsung tak ada kena-mengena dengan pusat tuisyen Kumon tuh.

Ha, bagi yang tak berapa nak lulus Geografi tu... timur laut adalah arah yang bertanda 'NE'.
'Kimon' ni maksudnya 'demon gate', dipercayai sumber dari mana semua makhluk halus dan roh berkeliaran datang (ala-ala pintu suka-hati Doraemon gittew). Sudah semestinya kawasan ini tak sesuai untuk dibina pintu, tingkap atau apa-apa bentuk laluan la pendek cerita.

"Berjaya atau tidak, potong saja dinding itu!"

Walaubagaimana pun, kawasan ni sangat sesuai untuk dibina suatu menara pengawal. Contoh paling awesome sekali adalah Istana Hiji di Hyogo yang dekat dengan Osaka. Sebuah menara dibina di kawasan timur laut istana tersebut untuk mengusir roh-roh jahat daripada menghampiri istana tersebut. Yang cool-nya, pada menara pengawal tu jugak diorang akan potong dan sengetkan bucu bahagian timur laut, just to be sure...

Maaf kualiti gambar kurang memuaskan, guna kamera phone 1.3 megapixel je nok.

Bijak juga sebenarnya sebab Abg Iz skandal aku yang belajar senibina kat UTM pun setuju bahawa bucu di mana dua hujung dinding bertemu pada amnya merupakan struktur yang lemah, makanya kalau ia dipotong dan disengetkan secara tidak langsung ia akan mengukuhkan struktur tersebut. Oleh itu, lagi susah lah roh-roh jahat tu nak datang robohkan, tak gitu?

Ha, macam ni uols...
Kalau ada rumah sendiri bolehlah renovate sesuka hati, tapi macam mana pulak dengan orang yang menyewa apartment atau kondo? Bagi warga Jepun, ada solusi untuk perkara itu. Pemaju perumahan di Jepun bertanggungjawab untuk memastikan bahawa lot-lot apartment yang hendak dibina dan seterusnya disewakan bukan sahaja mesti memastikan bahawa ia selamat daripada 'Kimon' bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam dengan memastikan ia juga selamat dari dalam dengan tidak membina bilik air di kawasan timur laut lot apartment tersebut. Ini adalah mereka percaya bahawa roh juga boleh bergerak melalui sistem perpaipan (jangan tanya kenapa!).

Kalau tak ada bilik air kat kawasan 'kimon' tu, makanya takbley la roh tu nak masuk. Genius tak?

Tak ada sorang pun nak tinggal di apartment berhantu, tapi rasa-rasanya mengetahui bahawa blok apartment yang sudah semestinya dilengkapi sistem perpaipan berselirat mampu menjadi laluan trafik para hantu-hantu bukankah lebih menyeramkan?

Terus posing ala-ala ANTM. Ko ade???

#04 - Elakkan tingkat ke-13 (dan juga tingkat 4)
OK. Rasanya yang ini semua orang dah tahu kot. Masyarakat Barat khususnya percaya bahawa nombor 13 sebenarnya membawa nasib malang, begitu juga dengan perkaitannya dengan elemen spiritual. Kebanyakan bangunan, contohnya One Canada Tower tidak mempunyai tingkat ke-13.

Selamat datang uols...

Pemaju bangunan itu juga melangkah setapak kehadapan lagi dengan tidak menyediakan lot bernombor 13 untuk disewa pada semua aras. Jadi susunannya akan jadi 11, 12, 14, 15 dan seterusnya. Tingkat 13 pada bangunan itu wujud tetapi ia tidak boleh diakses melalui lif.

Ada juga bangunan lain yang tetap mengekalkan akses kepada tingkat ke-13 tetapi tidak melabelkannya sebagai 13 tetapi 14 juga. Takpun pemaju akan menggantikan label tingkat itu sebagai "-1".

Pernah masuk lif yang ada tingkat "-1" mcm ni?

Nombor 4 pula kalau dalam Chinese bunyinya mirip macam maksud 'mati', oleh sebab itulah masyarakat Cina memang pantang dengan nombor 4. Makanya ada juga bangunan yang tidak akan ada tingkat 4, 14 dan semua nombor yang ada nombor 4. Macam dalam gambar kat atas ni. Gila, bukan?

Tengok, mana ada tingkat nombor 4.

Satu tips yang ayah aku selalu pesan, orang Cina selalunya akan jual kereta/rumah diorang yang ada nombor plet atau nombor rumah yang ada nombor 4. Serius! Pak saudara aku beli Mercedes baru dengan separuh harga sebab pemilik asalnya superstitious gara-gara nombor plet keretanya PAK444. Tapi orang Cina sekarang dah ramai yang tak percaya kepercayaan ni. Huhuhu....


#05 - Susunan tangga menurut kepercayaan masyarakat Filipina.
Kalau orang Jawa ada "siji, loro, telu", orang Filipina percaya kepada "oro, plata, mata" (emas, perak, mati). Orang Filipina percaya bahawa elemen arkitektur di dalam rumah, khususnya tangga, tidak boleh dalam kombinasi bertiga-tiga.

Agak-agak lepas ni ramai tak yang nak stay kat KIZ?

Oleh itu kebanyakan penyewa akan mengira anak tangga yang perlu didaki untuk ke rumah yang bakal mereka sewa dengan kiraan "oro, plata, mata" dan dikira berulang-ulang hingga sampai ke atas/bawah, bergantung dari mana anda mula mengira. Jika anak tangga terakhir adalah "oro", anda masih lagi selamat, jika berhenti di "plata" juga masih lagi selamat. Tetapi kalau berhenti di "mata", cepat-cepatlah cari rumah lain. Takpun tambah satu lagi anak tangga untuk mengelakkan sial tersebut.

Jadi apa kena-mengena "oor, plata, mata" ni dengan hantu atau makhluk halus? Entahlah... benda ni untuk elak sial je kot...


#06 - Bina rumah khas untuk roh.
Kalau tak boleh renovate rumah nak tukar bumbung atau tambah anak tangga, dan tak mahu cat rumah dengan warna biru sebab tak matching dengan langsir baru untuk raya tahun ni, bina je satu lagi rumah khas untuk roh-roh datang tinggal dan tak ganggu korang dah. Ini apa yang warga Thai lakukan.

Hamek nyehh. Siap ada door-gift air Fanta lagi. Kao ade??

Yang kelakarnya, ketika pembinaan Grand-Hyatt Erewan di Bangkok, pemaju buatlah rumah roh ni macam biasa. Dengan harapan roh-roh ni takkan kacau sepanjang proses pembinaan hotel tu berlangsung la. Nan hadoo!!!

Agak-agak ada bucu 'Kimon' tak?

Banyak kecelakaan berlaku ke atas mereka yang sedang giat bekerja di situ. Makanya diorang pun consult la dengan sami-sami dan akhirnya bina sebuah rumah roh yang lagi grand. Cerewet jugak roh-roh ni sebenarnya, kan? Yela... dah nak bina hotel kot. Wajarlah buat rumah roh yang ala-ala setaraf. Wakakakaka...

Juga BUKAN rumah agam Bracho.

So there you have it, enam langkah untuk diambil oleh korang supaya rumah tidak diganggu hantu atau makhluk halus. Hahaha... selamat mencuba!



Kepada sesiapa yang terlepas baca nota sticky kat atas tu, saya nak mintak tolong korang semua untuk singgah kejap ke link kat bawah ni....


... dan tekan 'LIKE' pada page tersebut.

Ini adalah pertandingan anjuran Nikon Asia & saya menyertainya dengan menghantar gambar kucing peliharaan saya, Aboo. Anda juga boleh turut serta. Caranya teramatlah mudah, apa yang perlu adalah akaun Facebook dan juga gambar yang anda fikir menarik.

Kerjasama korang amat-amat saya hargai.

Kthnxbai.

<3 you guys so much!

Rabu, 25 Mei 2011

087: [siri ulasan buku] #04 - dendam karya affifudin omar.

Membaca Dendam hasil nukilan Affifudin Omar mampu membuat pembaca menyelami sisi gelap dunia perniagaan, konspirasi dalam perundangan dan keadilan, dan semestinya konflik pergolakan perasaan manusia. Tidak dilupakan elemen mistik dan spiritual yang kuat menjadi tunjang utama kepada intipati novel ini. Usai membacanya sekitar jam 3.30 pagi tadi, Dendam dapat dikonklusikan kepada dua poin yang utama, iaitu:

  • Ia hampir seperti membaca sebuah manual tentang all things evil (teknik menginterogasi, perancangan menyeludup dan memanipulasi wang, bagaimana hendak merompak bank dalam tempoh kurang dua minit dan oh banyak lagi!).
  • Menyiksa dan mendera tidak mampu menyelesaikan segala-galanya.


Kita diperkenalkan dengan Khalil Gibran, seorang lelaki berkumis yang punya daya penarik yang tersendiri; berkarisma dan pintar. Dari awal introduksi novel lagi kita ditambat dengan rentetan bagaimana dendamnya terhadap perlakuan orang di sekelilingnya secara tidak langsung telahpun memberikan foreshadowing tentang apa yang bakal berlaku ke atasnya dan juga orang-orang di sekelilingnya pada masa akan datang. Khalil Gibran menjadi saksi kekejaman berlaku ke atas ayahnya sendiri. Secara tidak langsung, Khalil Gibran sebenarnya sudah dipupuk dengan perasaan dendam yang menebal sejak kecil lagi, dan perasaan itulah yang mengheret dirinya menjadi seorang manusia yang kejam dan sadis. 

Plot cerita terungkai dengan baik, pembaca didedahkan dengan sedikit imbas muka oleh watak utama, mencukupi untuk mengekalkan momentum cerita. Permasalahan berpenjuru yang terdiri daripada dilema menjugel cinta, keluarga, harta, pangkat dan pendirian berbaur dengan agak baik dan konsisten sepanjang pengupasan plot. Namun hakikatnya Dendam merupakan novel yang sudah boleh dijangka. Separuh jalan membaca aku sudahpun dapat menghidu akan berlakunya happy ending yang klise. Aku akui, ini merupakan pertama kali aku membaca novel dalam Bahasa Malaysia yang bergenre sedemikian, makanya aku ada menaruh satu tahap ekspaktasi yang agak tinggi terhadap novel Dendam.

Walaubagaimana pun, aku amat menggemari bagaimana penulis amat bijak dan kreatif menceduk elemen dan kisah realiti yang benar-benar terjadi (seperti kes pegawai polis yang menembak mati seorang remaja yang memandu kereta, kisah VIP yang ditangkap menyimpan perempuan simpanan, rompakan bank bersenjata dengan menggunakan van sekuriti dan banyak lagi). Kesemua cuplikan kisah ini dirombak dan dipergunakan dalam penceritaan dan dimuatkan dalam Dendam, menjadi naratif yang berkronologi dan menarik untuk dibaca. Pembaca terpanggil untuk mengingat kembali kisah-kisah realiti itu kerana pembaca akan berkata; “Macam pernah baca kat surat khabar dan tengok kat TV.”

Rentetan hidup Khalil Gibran selama lebih dua dekad dipersembahkan dalam naratif yang sarat dengan informasi tentang hal-ehwal dunia kepolisian, ekonomi dan serba-sedikit tentang Asia Tenggara. Ini membuktikan bahawa penulis seorang yang berpengetahuan luas, kuat membaca dan mempunyai kuriusiti yang tinggi. Aku bersetuju dengan pemerintah kuku besi, pujian harus diberi kerana turut memasukkan fahaman Karl Marx dan Friedrich Nietzsche (antara nama yang aku ingat). 

“… Greek myth panggil orang-orang jahat – subhumans. Saya pun dulu kira subhumans la,”
- Khalil Gibran: bab 40, halaman 242

Seperti novel Pecah, aku berharap benar agak Dendam lekas-lekas difilemkan (atau mungkin dijadikan rantaian drama?) kerana aku dapat lihat potensi ia dizahirkan kepada bentuk visual bakal mampu menarik minat audiens untuk menonton. 

Selasa, 24 Mei 2011

086: [siri kuotasi hari ini] #08 - cita-cita.

“Every day, in the mirror, on the stage, in interviews, to go to sleep, to finish that chorus, I’m always in the boxing ring. But I have a one-two punch: ambition and drive.”

Ahad, 22 Mei 2011

084: usah selindungi cintamu.

083: [siri sekadar cuci mata] #08 - bernado velasco.

Bernado Velasco




Asal: Niteroi, Brazil
Umur: 24
Pendidikan: Ijazah dalam Pendidikan Fizikal dari UFRJ (Rio de Janeiro Federal University)
Tinggi: 5’10″
Pinggang: 31
Dada: 39
Saiz sut: 38M
Saiz kasut: 41
Rambut: Perang
Mata: Perang
















and last but not least...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kthnxbai!

Sabtu, 21 Mei 2011

082: jenny suk - si peroket [cover]



Lajukan ke minit ke 02.54 utk melihat kechomelan amoi ni. Aww...

081: [siri tutorial blogger] #04 - cara tambah butang reply pada ruangan komen.

Komen pada setiap entri dalam blog aku takdelah berlambak-lambak, tapi alhamdulillah ada la jugak. Thank you so much to those yang pernah singgah dan tinggalkan komen. Maklum sajalah, aku baru je buat come-back ke arena blogging ni jadinya aku amat-amat hargai sokongan korang semua.


OK, tak mahu melalut panjang... kali ini aku nak kongsi satu tutorial ringkas yang aku ambil dari blog Asrol Mania ni tentang macam mana cara nak tambah butang reply pada ruangan komen. Ala... butang reply yang macam ni:





  • Pergi ke Design -> Edit HTML
  • Klik pada kotak 'Expand Widget Template'
  • Cari kod ini:

<data:commentPostedByMsg/>

  • Masukkan kod di bawah ni selepas kod di atas.

<span><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=YOUR-BLOG-ID&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=450,height=450&quot;); return false;'>[Reply]</a></span>

  • Lepas tu, korang kena bukak Dashboard korang pada Tab baru dan pilih New Post pada blog yg korang tengah edit ni dan salin nombor blog ID korang. Ni contoh ID blog aku, jangan salin yang ini pulak! Hahaha...






  • Salin dan gantikan nombor itu pada YOUR-BLOG-ID pada kod di atas. Kalau korang nak gantikan teks [Reply] tu dengan perkataan korang sendiri pun boleh jugak.




  • Nak gantikan perkataan [Reply] tu dengan imej pun boleh jugak tapi pastikan imej tu tak besar gedabak. Gantikan perkataan [Reply] tu dengan kod di bawah.

<img src="http://url_gambar@butang"/>

  • Gantikan HTML yang warna merah tu dengan URL butang/imej yang anda mahukan.

Jangan lupa SAVE dan PREVIEW dahulu. Mudah, kan? Selamat mencuba!

080: [previu] #01 - The Adventures of TinTin.


Masa di sekolah rendah dulu aku gemar sangat-sangat pergi ke Pusat Sumber (yep, pada sekitar awal 90-an dahulu SK Bukit Gelugor belum lagi mempunyai perpustakaan) dan baca koleksi novel grafik TinTin yang dialih-bahasa ke dalam Bahasa Melayu.

Kini Steven Spielberg dengan gahnya mengarahkan filem animasi 3D TinTin yang bakal dilungsurkan ke panggung wayang sekitar penghujung tahun ini. Di bawah adalah trailer kepada filem TinTin (yang semestinya aku tidak sabar untuk tonton!). Aku dapat tahu bahawa filem ini menggunakan teknologi CGI yang sama seperti filem Avatar.

Tetapi aku agak kecewa kerana trailer ini langsung tidak memberikan gambaran yang jelas tentang plot dan penceritaan kisah pengembaraan TinTin kali ini. 

But whatever, I'm gonna watch it anyways...

079: [siri ulasan buku] #03 - kougar karya shaz johar.

Jujur aku bilang ketika aku berada di gerai Fixi di Pesta Buku Antarabangsa 2011 tempoh hari, Kougar adalah naskhah pertama yang aku capai. Aku terpanggil untuk membelinya bukan kerana kulit depannya menampilkan separuh wajah wanita sedang mahu menggigit sebiji ceri dengan gaya penuh suggestive, tetapi kerana judulnya. Aku penggemar siri Cougar Town lakonan Courteney Cox, makanya aku separuh berharap agar novel ini juga mempunyai intipati yang serupa: wanita berumur yang jelita, lincah dan menggenggam lelaki di hujung jemarinya yang cantik dimanikur.

Kougar hasil nukilan Shaz Johar ini mengisahkan tentang Kisha, wanita bujang sekitar awal 40-an yang tinggal di bandar dan menjalani hidup sebagai seorang wanita moden yang berkerjaya. Dalam menelusuri hidupnya yang tidak terikat dengan mana-mana lelaki, dia terkait dengan Azril, anak muda yang mulanya diintip di dalam tren LRT dan akhirnya menjadi kekasihnya pula. Kisha juga bertemu dengan Emir, duda lanjut usia yang hanya mahukan keseronokan temporari tanpa sebarang ikatan. Di kampung halamannya pula, ibu Kisha telahpun mengatur strategi untuk menyatukan anak daranya yang sudah hampir ‘tarikh lupus’ dengan imam muda bernama Razif. Perlahan-lahan plot Kougar terlerai dengan setiap satu watak berkaitan antara satu sama lain dan kompleksiti mulai timbul dan mengusutkan perjalanan hidup Kisha.

Malangnya Kougar gagal menepati ekspaktasi aku. Ia bermula dengan baik, bab satu merupakan introduksi yang amat menggoda pembaca untuk terus membaca dan menyelak halaman demi halaman sehingga selesai ke kulit belakang. Bagi aku, apa yang kurang bukannya dari segi penceritaannya. Shaz Johar merupakan story-teller yang cemerlang, tetapi aku kurang berpuas hati dengan bagaimana watak Kisha dan Azril dibentuk dan dikembangkan. Terasa flat dan two-dimentional. Pembaca tidak disajikan dengan ciri-ciri penggoda dan si kaki 'ambil kesempatan' Kisha. Wataknya seperti kurang ‘perisa’. Terkadang aku seperti merasakan BFF Kisha iaitu si Suraya pula yang ter’overdeveloped’ dalam cerita ini.  Perkaitan antara Azril dan Kisha aku rasa seperti tidak cukup kuat untuk membuat mereka terus bersatu menjadi sepasang kekasih.

Aku juga kurang menggemari bagaimana watak Emir dikembangkan. Bagi aku alangkah baiknya kalau wataknya dikembangkan lagi untuk menjadi lebih ‘jahat’ dan kompleks seperti arketaip seorang Don Juan, pesaing paling cocok untuk Kisha. Aku agak kecewa apabila watak Emir mati beransur-ansur begitu sahaja apabila sepertiga daripada novel ini selesai. Aku tahu Kisha pada amnya tidak menyukai Emir dan mempunyai situasi ‘love-hate relationship’ dengan lelaki itu. Mungkin juga Emir pada dasarnya hanya mahu ‘geli-geli’ dengan Kisha dan enggan sesuatu yang lebih konkrit dan serius, menyebabkan dia tidak begitu bersungguh dalam mengejar dan merebut hati Kisha.

Separuh perjalanan novel ini adalah antara hubungan Kisha dan Azril dan separuh lagi adalah antara hubungan Kisha dan Razif. Fokus cerita agak terjejas selepas itu. Bagi aku, plot antara kerumitan Kisha dan Azril baru sahaja mahu sampai ke klimaksnya apabila momentum keseluruhan cerita seolah-olah ‘ditarik’ balik dengan memperkenalkan plot baru iaitu kisah Kisha-Razif. Rasanya kalau saudara Shaz Johar diberi kelonggaran untuk menulis menjangkaui sekitar 60, 000 patah perkataan (atau mungkin juga menghasilkan sekuel atau trilogi, mungkin?) Kougar boleh menjadi lebih baik.

Namun apa yang aku benar-benar suka tentang Kougar adalah penulis nampaknya benar-benar faham dan mendalami gaya hidup seorang wanita moden di kota. Tutur-kata watak dalam Kougar, bagaimana mereka berinteraksi antara satu sama lain dan dengan situasi sekeliling di samping mentaliti dan perlakuan wanita (khususnya Suraya dan Kisha) mampu membuat pembaca menyelami watak tersebut dan ‘bersatu’ dengan mereka. Walaubagaimana pun, seperti yang aku ulas tadi, seperti ada sesuatu yang masih lagi kurang terhadap watak Kisha. Tidak cukup “Uumph!”.

Lagu satu yang aku benar-benar suka tentang Kougar adalah peleraiannya. Penyudah kisah Kisha dalam novel Kougar merupakan sesuatu yang tidak aku jangka-jangkakan; bukanlah sesuatu yang tipikal atau stereotaip walaupun aku akui agak klise. Aku benar berharap agar saudara Shaz Johar menyambung kisah Kisha dalam novel sophomore beliau. Aku mahu tahu apakah… oh, tidak mahu dedahkan spoiler di sini. Kepada sesiapa yang masih belum membaca Kougar atau bercadang untuk membacanya, aku amat-amat alu-alukan kerana walaupun ia suatu bahan bacaan yang agak santai (tidak rumit seperti Cekik dan tidak fast-paced seperti Pecah) tetapi Kougar mampu membuat kita terfikir dan mengevaluasi kembali hidup kita.

“Pelik betul orang KL ni kan? Dah tak tahu nak bezakan mana satu kawan, mana satu kekasih agaknya. Masa awak nak larikan diri dulu tu, awak anggap saya ni kawan jugak ke, Kisha? Macam mana pula masa kita main dulu? Semua tu atas dasar kawan je ke?”
- Bab 39, halaman 317.

Adakah kita sebenar-benarnya puas dengan pilihan yang kita buat, atau adakah kita membuat pilihan itu hanya untuk memuaskan hati orang lain?

Khamis, 19 Mei 2011

078: cemburu? oh. saya sudah semestinya tidak!



Maaf. Entri ini dalam Bahasa Inggeris. Deal with it.

To be honest, I am not a jealous person. Really. Its gonna take more than a heart-lash for me to start being jealous about something.

Tell me the truth, when is it OK for a gay (or straight) best friend of yours to hit up on the guy that you have told your gay BFF that you like that guy and thinks that there is a possibility of a relationship blooming in the picture?

TELL ME??!!

Well, a little back-story so to speak: I got to know this one guy via Facebook. We chatted n replies each other comments and whatnot before moving to texting. We texted kinda frequently over a period of few weeks and something started to build up within me. I'm starting to like this person.

Eager to share this new man-catch, I told about this guy to one of my gay BFF in campus. You know, that undeniably 'rush' feeling that you get that you wanna share with somebody, proclaiming that you might have fallen in love with the man of you dream. That kind of feeling. Anyways, A few days after that I got to know that my so-called BFF had added my guy in Facebook and they have been commenting back and fourth. The comments was not serious at first. You know, good morning wishes and replies on status kind of thing. Nothing fishy whatsoever.

But then I got a little bit curious. What is he trying to implement here? That he can just snoop in and snatch my man-catch? Why are you so damn shallow and desperate that you have to go after some other guy's guy?

Whatever.

I know for a fact that I might be on the losing end here. I mean, lets face it. I never actually PHYSICALLY met this man-catch of mine just yet (because he is in Penang and I am like 350 kilometers away from him), but that does not mean that he is out for grabs. Especially NOT FROM MY VERY OWN BFF!!!

Then a couple of weeks ago, I went back to my hometown (in Penang y'all!) for study leave and finally I got the chance to meet my man-catch. It was a simple lunch. Just talk and good eat. Nothing more, nothing less. But I find him charming. I find that I really wanna get to know him more.

At the same time, I got to know that my so-called BFF is also planning to meet my man-catch. You see, he is having his practical here in Penang. So you get the picture, right? How "perfectly convenient" it is to know the fact that he is having his practical in Penang, whilst knowing that my man-catch is also in Penang. Smell the drama yet?

Last Tuesday I read a status update on the Facebook from my so-called BFF, saying that he is getting ready to go out on a date. He texted me and say that he is going out with my man-catch.

WTF??!!


Fereals?

I feel like I wanna faint at that time. I felt betrayed, abused. Annoyed, mostly. I spend the entire night crying and felt worthless. I really really don't think that my so-called BFF could just do that kind of thing to me. I mean, you don't go after some other people's dibs yanow? Its wrong!

Later that night my so-called BFF texted me spilling the details of the date. Girl, I ain't wanna know how your mother-fuckin' date went. I ain't stinkin' care! I never replied the text. I was hurting too much.

So yeah. I ain't jealous. I am just hurt.

You get me?

077: [siri kuotasi hari ini] #07 - kehidupan.

The world is there guys, I mean, you should just go for it, you know. You really are the only shadow standing in your own sunshine.

Fabio Viviani (Top Chef Seasons 5 & 8)

076: Nak Join Bloglist Yaya Azura.

Kak Yaya, nak join bloglist boleh tak? Ngee...

Saya pilih (A) Abang Wafiq.


Kthnxbai.

075: lady gaga - penghujung kegemilangan, rambut & fesyen cintanya.

Mungkin menyifatkan single 'Judas' sebagai terlalu provokatif dan gagal dihadam oleh khalayak umum, Lady GaGa tampil gagah dan berani dengan melungsurkan tiga, yep... TIGA single dalam tempoh terdekat sebagai pertaruhan.

1. Edge Of Glory - lagu ini diilhamkan oleh mendiang datuk Lady GaGa yang katanya telah banyak menjadi inspirasi kepada beliau dalam penghasilan muzik yang bermutu. Jelasnya lagi lirik dalam lagu ini adalah agak peribadi dan hampir-hampir tidak mahu dimasukkan oleh GaGa sendiri atas sebab-sebab peribadi.


2. Hair - lagu ini punya kisah yang agak lucu. Lady GaGa menjelaskan bahawa dia terinspirasi untuk menulis Hair berdasarkan pengalaman peribadinya ketika remaja bahawa ibu bapanya akan menegur dan mengarahkannya untuk menukar pakaian kepada yang lebih sopan (d'oh... fesyennya agak keterlaluan, bukan?) dan bagaimana dia menjustifikasikan betapa pentingnya gaya rambut sebagai sebahagian daripada pendedahan identiti tersendiri.


3. Fashion of His Love - lagu ini eksklusif hanya untuk album Born This Way (Deluxe Edition) dan merupakan antara lagu yang paling awal ditulis dan siap dirakam untuk Born This Way, album susulan kepada album The Fame yang amat berjaya sebelum ini. Aku bersetuju dengan Perez Hilton, mendengar lagu ini membuatkan kita akan terpanggil untuk membayangkan Whitney Houston zaman pra-dadah, mirip lagu I Wanna Dance With Somebody.


p/s: - maaf kerana dua daripada tiga klip yang dimuatkan dalam entri ini tidak boleh dimainkan terus di sini dan hanya boleh dimainkan lewat YouTube. ngee...

074: [siri sekadar cuci mata] #07 - alexander skarsgard.

Lambat betul nak tunggu premier True Blood musim keempat. 26 Jun depan baru mula. Aku sebenarnya memang mengantisipasikan penyambung siri vampir kegemaran aku ini.

OK, OK... tipu. Sebenarnya aku tak sabar nak tengok Alexander Skarsgard lagi dalam siri tersebut.

Yummeh! Hahahahaha....







Rasa-rasanya majalah GQ kena belajar-belajar buat nude photoshoot pulak kot. Oopps... haha...

Anyways, ni ada sneak-peak sikit trailer True Blood musim keempat.

Enjoice!

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015