Jumaat, 26 April 2013

351: [siri ulasan buku] #33 - asrama karya muhammad fatrim.

ASRAMA mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dahlia yang nekad mahu berpindah sekolah dan tinggal di sebuah asrama di mana penghuni-penghuni sedia adanya semacam menyimpan 1001 kisah lampau yang perlahan-lahan terungkai. Aku membaca ASRAMA dengan suatu mind-set dan pengharapan yang agak tinggi sebenarnya atas beberapa sebab. Pertama, kerana ini bukan karya Muhammad Fatrim yang pertama. Kedua, kisah yang dipaparkan berkisarkan latar asrama, sesuatu yang aku sendiri boleh kaitkan dengan pengalaman peribadi. Ketiga, rasanya ini merupakan genre psikologi-seram pertama buat FIXI (walaupun ramai yang beranggapan bahawa novel sulung aku, BISIK itu merupakan satu cerita seram). Keempat, ini merupakan genre kegemaranku sebenarnya; melihat kepada variasi bahan bacaanku di Goodreads sudah cukup memadai untuk menyerlahkan yang aku gemarkan sisi seram karya Stephen King, Anne Rice atau psychologically challenging seperti Chuck Palahniuk.

Apa-apapun, nyatanya aku meletakkan satu benchmark yang agak tinggi sebenarnya terhadap novel ASRAMA ini kerana usai membaca karya Muhammad Fatrim yang setebal 287 halaman ini, aku meletakannya ke sisi, dengan pelbagai rasa tidak puas hati yang membungkam.

350: jauh. dan kali ini mustahil aku boleh kejar.


Kau pernah keluar dengan seseorang yang kau rasa teramatlah selesa, sepertinya kau keluar bersama rakan baik kau sendiri? Dia yang sedang berjalan beriringan di sisi kau, tangan di dalam kocek, mata pandang tanah, mulut tergumam tidak tahu mahu cakap apa sedangkan hati meronta mahu beritahu dia yang kau sudah suka pada dia?

Entahlah.

Apa istimewanya diapun aku tidak tahu.

Apa lebihnya diapun aku tidak pasti.

Senyumnya, tawanya, pintarnya, diamnya, cemburunya, hormatnya, patuhnya.

Dan apa istimewanya aku di matanyapun aku tidak tahu.

Apa lebihnya aku berbanding mereka yang terdahulu di hatinyapun aku tidak pasti.

Kau pernah duduk di tepi jalan, berkongsi sundae, bicara tentang apa entah, lihat apa entah, dengar apa entah, berjam-jam lamanya sehingga kau tidak sedar subuh semakin menyingsing dan kau langsung tidak berasa kantuk bila bersama dia.

Kemudian dia genggam tangan kau, pulangkan kau ke kereta, dudukkan kau di tempat duduk penumpang dan beritahu - 

Isnin, 22 April 2013

349: [siri ulasan buku] #32 - antologi cerpen klcc.

Aku sebagai salah seorang penulis yang menyumbang cerpen di dalam Antologi Cerpen FIXI ketiga ini mungkin sekali antara mereka yang paling lewat memiliki buku kecil berwarna ungu dengan kulit dihiasi lilin-lilin comel ini.

Apa-apapun, berikut merupakan ulasan serba ringkas untuk kesemua cerpen yang dimuatkan dalam naskah edisi terhad ini.

Mohon kepada sesiapa yang masih belum mendapatkannya boleh segera membelinya di Pesta Buku Antarabangsa 2013 nanti, khuatir ia habis kerana seperti 2 antologi FIXI yang terdahulu, KLCC hanya dicetak sebanyak 1,500 salinan sahaja.

Jumaat, 5 April 2013

346: "Kau tak sempat beli KOPI dan BOLA sebab sudah sold out? Jangan sepak bontot sendiri dan dapatkan KLCC dengan segera!" BISIK anak kucing comel itu kepada kau.


Rasanya dah ramai yang tahu tentang antologi edisi khas ketiga FIXI iaitu KLCC yang bakal dilancarkan secara rasminya pada 17 April nanti. Aku tengok kat twitter dengan facebook pun dah ramai yang cakap dah pra-pesan, ada yang dah habis baca dan ulas di Goodreads.

Alhamdulillah, salah satu cerpen aku turut termuat dalam antologi ni, jadinya bertambah-tambahlah resume koleksi karya aku yang dah diterbitkan; dimulakan dengan BISIK, selepas itu koleksi cerpen KOPI, antologi cerpen BOLA, koleksi cerpen UNTUK SEPARA TUHAN (yang ini bawah terbitan Buku Hitam Press) dan yang terkini, semestinya KLCC.

Nah, senarai penuh barisan penulis dalam antologi edisi khas yang hanya dicetak 1,500 naskah ini:


1. Jangan Terjun : Nadia Khan
2. Ground Zero : Khairul Nizam Khairani
3. Mata : Shaz Johar
4. Ripuk :  Hazrul Rizwan
5. Nyawa : Raja Faisal
6. Warisan : Julie Anne
7. Dalam Tangan Papa : Adib Zaini
8. Takdir : Hani Amira Suraya
9. Gadis dan Dua Menara : Faratira Aimiza
10. 2 Tiang 1 Jambatan: Shafaza Zara Syed Yusof
11. Empat: Mim Jamil
12. Kalau Lapar Cari Chomet : Syaihan Syafiq
13. Serikandi Malaysia : Arif Zulkifli
14. Izzaq : Faizal Sulaiman
15. Penjaga : Dayang Noor
16. Jemput Makan : Zulaikha Sizarifalina Ali
17. Gerbang Neraka : Ridhwan Saidi
18. Nek Som, KLCC dan Kucing Bernama Zorg : Azrin Fauzi
19. Koc Lampu Capai Cakerawala: Azura Mustafa


Melihat kepada line-up kali ini, aku bersyukur sebab dapat bersama-sama dengan mereka yang aku kira jauh lebih handal menulis berbanding aku. Terasa kerdil benar berdiri sebaris dengan nama besar seperti Nadia Khan, Khairul Nizam Khairani, Shaz Johar, Hazrul Rizwan, Raja Faisal, Julie Anne, Adib Zaini, Shafaza Zara Syed Yusof (yang ini paling aku gerun sebenarnya), Faizal Sulaiman, Dayang Noor (my personal idol) dan semestinya Ridhwan Saidi. Penulis-penulis lain pun tak kurang hebatnya dan aku memang tak sabar mahu ketemu yang lain-lain masa pelancaran antologi ni nanti.

Peringatan awal: khabarnya antologi ini sedang ligat dipesan di atas talian. Jadinya jangan ulangi tragedi gagal mendapatkan KOPI dan BOLA (yang kini sudahpun sold-out) dan dapatkan KLCC dengan segera.

Ini halaman pertama cerpen aku, loosely inspired daripada kisah benar yang terjadi kat salah seorang kenalan aku masa aku belajar kat UiTM Kedah dulu.


Apa yang menariknya kali ni adalah pelancaran KLCC ni akan dibuat di Stor DBP pada 17 April nanti. Tengok kat bawah ni utk details lebih lanjut.


Insya-Allah aku akan turun beri sokongan kepada pelancaran antologi ini dan juga persembahan teater tersebut. Cuma aku sedikit gusar sebab ia mula jam 8.30 malam, hendak pergi tak ada masalah, hendak balik ke UKM tu yang masalah sedikit. (melainkan kalau ada sesiapa yang sudi tumpangkan... hihi...)

Tiket untuk menonton tak mahalpun, cuma RM25. Khabarnya ramai penulis KLCC yang akan turun (termasuklah aku, mungkin).

Aku mahu pakai warna ungu, cocok dengan warna kulit antologi buku ini. Hiks.

Jadi, jumpa di sana nanti, ya?

=)

Khamis, 4 April 2013

345: [siri sekadar cuci mata] #20 - kenapa babak ni tak ada dalam filem g.i. joe yang baru tu? KENAPA??!!

Baru-baru ini aku berpeluang menonton G.I. Joe: Retaliation lakonan abam-abam sasa The Rock, Channing Tatum dan D.J. Cotrona.

Cerita boleh tahan, merapu-rapik, tembak-tembak, bergocoh tak kira lokasi dan jalan cerita yang... ehnn... lets just say aku terlelap juga beberapa minit tengah-tengah filem ini.

Yang pastinya, kecewa bila aku dapat tahu babak 'ini' (lihat gambar bawah) dipotong gara-gara dengan alasan penerbitnya berpendapat babak ini "gagal menterjermahkan persahabatan antara kedua-dua watak Channing Tatum dan The Rock.

Wadefarts?!


REALLY??!!


Rabu, 3 April 2013

Selasa, 2 April 2013

343: dua puluh hal yang semua penulis patut tahu tentang naratif penceritaan.


Baiklah. 

*teguk kopi*

Memandangkan aku berasa agak akademik dan ala-ala ilmiah hari ini, mari kita belajar serba-sedikit tentang naratif penceritaan dalam sesebuah penulisan fiksyen.

Mana-mana yang rasa entri kali ini agak berat sila beredar cepat, sebab aku rasa entri ini agak panjang sebenarnya.

Kau telah diberi amaran.

Seperti yang sedia maklum, naratif adalah suatu susunan kejadian yang dilaporkan (atau dipersembahkan) sama ada mengikut kronologi kejadian itu berlaku ataupun tidak. Info selebihnya sila gugel sendiri sebab ini bukan kuliah Kesusasteraan 101.

*ehem*

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015