Isnin, 29 Oktober 2012

300: jemputlah datang event ni, buat macam bukan kedai buku sendiri.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Oh, skema gila introduksi aku tapi peduli apa aku memandangkan ini blog aku. Suka hati akulah hendak buat intro macam manapun. *gelak jahat*

Apa-apapun, sebenarnya aku hendak buat a quick shout-out and thank you kepada semua makhluk Tuhan paling seksi yang sudahpun beli Antologi Cerpen Bola keluaran FIXI ni sebab di dalamnya terkandung cerpen aku jugak.

Plus, ini merupakan edisi terhad; jadi kau boleh nampak gila awesome bila baca buku ni masa dalam LRT dan awek hijabster kat seat sebelah cuba jeling-jeling curi baca (masa tu pulak kau tengah baca cerpen aku yang tajuknya *ehem* 'Aku Yang Kegersangan'), terus sahaja awek hijabster itu hulur cebis kertas bertulis nombor telefon dia dan sebut; "So call me, maybe?" sebelum turun di hentian UKM.

Ok, cukup-cukuplah merepek.

Sebenarnya aku tulis entri ni dengan bertujuan hendak promo tentang event pelancaran rilek-rilek sudeyh Antologi Cerpen Bola ni yang akan diadakan pada Sabtu ini (03/11/2012).

Mana: Silverfish Books @ Bangsar Baru, KL (jangan tanya dekat dengan apa, macam mana kalau nak pergi guna public transport and whatnot sebab aku sendiri pun tak pernah jejak kaki ke sana. lulz)
Bila: Sabtu, 03/11/2012
Jam Berapa: 3.00 petang sampai 4.30 petang.
Pakaian: chillax hipster (ok, aku propa je. korang pakai la apapun asal jangan datang pakai kostum halloween sudeyh)

Khabarnya event yang ala-ala lepak-lepak santai gelak kuki-kuki ni akan dihoskan oleh muka-muka yang uber-glamour kot. Antaranya adalah Zara Syed, Shaz Johar, Nadia Khan, kak Dayang Noor (OMG, rasa macam nak bawa HILANG dengan JERAT dan minta dia turunkan autograph je...) dan Faizal Sulaiman (famous ke dia? *larikkk*). Ha, rasanya kau orang punya sebab yang utuh untuk lapangkan hari Sabtu kau orang dan datang menjengah ke situ.

Sedangkan aku yang duduk nun jauh di utagha pun merancang untuk menyibuk turun, takkan la you all yang duduk sekitar KL dan sezon solat dengannya tak mahu turun, ye tak? Karang aku suruh Zara si cikgu yang garang itu rotan sedas dua baru tahu. Hehehe...

gambar dicilok dari sini.
Selain boleh mingle around, gedik-gedik camwhoring dengan penulis-penulis BOLA yang berapa kerat je datang tu, kau orang bolehlah feeling-feeling omputeh sebab event ni katanya berkonsepkan tea party gittew. 

Ok, aku propa je... tapi ada la makan-makan kudap-kudap bagai. Hehehehe....

Nah, kat sebelah ini pula ulasan serba cinonet dalam Utusan Malaysia pada 27/10/2012 yang lepas. Kalau rabun mohon right click pastu papar pada tab baru. Besar sikit (kot?).

Sudahlah kot. Aku nak sambung tulis esei yang entai bila nak siap ni. Deadline dah dekat tapi masih dok terkial-kial cari bahan. Siapa kata jadi student Sarjana sepenuh masa ini kerja enteng mohon heret ke depan aku, biar aku pulas telinga dia. Struggle ok? Walaupun kelas tak packed tapi ya rabbi beban assignments dan tugasan mingguannya banyak nak mam--

Oklah, jumpa Sabtu nanti. Mohon tegur-tegurlah kalau kenal sebab saya ni muka sahaja kekwat tapi sebenarnya ramah. Percayalah.

=)

Sabtu, 27 Oktober 2012

299: jeans ini ohsem. serius.

Aku jarang, diulangi... jarang sekali beli sepasang jeans. Dalam almari aku, aku hanya ada 3 pasang jeans yang aku ulang-pakai hingga lusuh benar dan koyak-koyak sebelum aku pasang niat untuk beli yang baru.

Aku ada Levi's Squarecut 533 (yang ini aku beli pada tahun 2006, duit gaji aku kerja part-time sebagai waiter di J.W. Marriot Bukit Bintang. Masih muat walaupun sudah rabak-rabak di bahagian lutut dan aku harus tarik nafas dan agak sendat di bahagian celah kangkang), Padini Skinny fit dan Uniqlo Regular Fit. Kesemuanya berpinggang 28. Mohon cemburu, ya?

Masalahnya bukan sebab aku tak mampu atau tidak mahu tetapi masalah aku adalah susah benar mahu cari yang sedap dan padan dengan saiz tubuh aku yang mirip Gisele Bundchen ini. Serius!

Petang tadi aku temankan seorang kenalan dari jauh yang datang ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Kadang-kadang aku bersimpati terhadapnya, bekerja dengan syarikat antarabangsa kadang-kadang menuntut kau untuk korbankan perayaan agama kau demi tuntutan kerja (secara teknikalnya dia bercuti hari ini tetapi harus juga datang mesyuarat kerana syarikat tempat kerjanya tidak mengiktiraf Aidiladha sebagai suatu perayaan yang harus disambut. Keji!). Usai mesyuaratnya, dia kutip aku di jeti dan aku pantas arahkan dia ke Gurney. Kami jalan-jalan sambil kemaskini tentang hal masing-masing.

Kami masuk ke gedung Levi's dan aku jatuh hati pada jeans Levi's Commuter. Koleksi Levi's yang sudah sedia terjual sejak Julai 2012 lagi.


Aku cuba beberapa pasang. Muat. Sedap. Selesa. Sayangnya wang masih belum kunjung-tiba.

Fuck.

Jumaat, 26 Oktober 2012

298: terkadang kita harus jatuh cinta lekas-lekas untuk kita tahu dia bukan untuk kita, faham?

Selasa lepas aku selamat menerima ijazah sarjana muda yang selama empat tahun terkebelakang giat aku usahakan. Maka dengan itu, bolehlah aku ibaratkan aku mahu tutup buku kisah aku di bumi UKM dan simpan jauh-jauh. Perjalananku (aku harap) masih jauh di USM dan aku harap berlayar semudah samudera yang kugagahi di UKM.


Apapun, kembali kepada tajuk entri merapu-rapik yang panjang dan sesungguhnya sedikit pretentious di atas, aku berkesempatan untuk bertemu seseorang yang sudah agak lama aku intai (dan mungkin juga suka) dari jauh. Orangnya ramah dari tanggapanku dan aku kira satu seliratan yang dinamakan persahabatan mulai terikat antara aku dengan dia. Aku suka.

Tetapi ada juga bait-bait kata-katanya yang membuat aku mahu menjauh. Ternyata bintang zodiak yang menaungiku sekali lagi menggagalkan aku kerana dengan sebegitu enteng aku jatuh hati pada dia. 

Lesung pipitnya, lengannya, tawanya, matanya, ulas bibirnya, petah tuturnya, cara dia cicip air dari gelas dan entah seribu satu hal remeh tentang dia terus-terusan membuat aku terpesona dalam diam. Hatiku meracik laju kerana aku tahu aku bukan setarafnya. Dia seterang-terangnya jelaskan padaku yang dia gemar yang sekian-sekian. Tembok ego dan harapanku terhakis secepatnya.

Senyum hambarku, sentuh-pegangku, gelak-tawaku pada jenakanya, susun kata-kataku ternyata aku paksakan dalam pura-pura. Dia tidak mungkin akan jadi milikku.

Tak apalah. Eh, agak-agak dia yang aku sebut-sebut dalam entri ini baca blog aku tak?

Bak kata orang; you lost one to gain one.

Aku mungkin masih lagi gagal untuk mencari pengganti HIM, tetapi setidak-tidaknya aku memperoleh seorang kenalan baru. Ada untungnya aku jatuh cinta padanya dalam tempoh sesingkat itu. Sekurang-kurangnya luka yang berbekas cepat tersembuh dan mengeruping sebelum berparut dan terhakis dek masa.

Oh, harapanku untuk bertemu HIM (sengaja aku awalkan kedatanganku ke UKM untuk konvokesyenku sebenarnya, kerana separuh berharap dapat bertemu dengan HIM) tinggal harapan kerana HIM seakan enggan (dan tidak beriya benar) untuk bertemu denganku. Lagipun jarak antara aku dan HIM tidak memungkinkan untuk kami bertemu walau hanya untuk kopi dan rokok.

Pathetic betul kadang-kadang aku rasa - menaruh harapan pada orang yang terang-terangan tak sudi.

=(

Ahad, 14 Oktober 2012

Khamis, 11 Oktober 2012

296: [siri ulasan filem] #07 - looper.

Setelah banyak benar rakan-rakan di Facebook yang merekomendasikan agar aku tonton Looper, akhirnya lunas juga petang tadi aku tontoni bersama seorang teman. Aku yang memang secara rutin dan sengajanya akan mengugel dan membaca halaman wikipedia berkenaan dengan filem yang bakal aku tontoni (terutama sekali filem luar) kerana mahu punya 'idea kasar' tentang sesebuah filem yang bakal menjadi jamu mataku, buat kali ini enggan untuk berbuat sedemikian. Cukuplah dengan berbekalkan cuplikan seorang rakan Facebook yang memberitahu bahawa Looper mengisahkan tentang seorang pembunuh upahan yang diupah untuk membunuh seseorang dari masa akan datang, dihantar ke masa sekarang agar identiti mereka lenyap di masa sekarang dan mendatang.

Bagi mereka yang pernah melihat Brick, filem arahan pertama Rian Johnson, pastinya akan dapat merasakan kesamaan dari segi teknik penceritaan dan sinematografinya yang boleh dianggap sedikit noir walaupun Looper ini merupakan sebuah filem bajet besar untuk arus perdana. 

I work as a specialized assassin, in an outfit called the Loopers. When my organization from the future wants someone to die, they zap them back to me and I eliminate the target from the future. The only rule is: never let your target escape... even if your target is you.


- Joe  

Looper, diarahkan oleh Rian Johnson, bermula pada tahun 2044, berlatarkan Amerika yang kacau-bilau setelah ekonomi dan undang-undang mulai goyah. Ditambah pula dengan peratusan kecil rakyatnya yang mengalami mutasi genetik dan mempunyai kebolehan telekinesis, Amerika pada masa itu digambarkan tidak jauh bezanya dengan sekarang. Cuma ada kenderaan terbang dan kebanyakannya menggunakan tenaga solar ataupun elektrik, dan bangunan pencakar langit yang mengagumkan. 30 tahun akan datang, pada tahun 2074, time travel merupakan suatu kenyataan tetapi ia segera dianggap sebagai melanggar undang-undang dan suatu jenayah. Joe (Joseph Gordon-Levitt) bekerja sebagai seorang 'looper', agen yang ditugaskan oleh sebuah kumpulan penjenayah untuk menghapuskan orang yang dikehendaki di masa akan datang. Kumpulan penjenayah ini akan menggunakan time travel sebagai suatu medium untuk menghantar orang yang hendak dihapuskan ke masa sekarang agar orang itu dapat dibunuh dan kesannya tidak dapat dijejak pada masa akan datang (2074). Namun apabila durasi kontrak si looper ini akan ditamatkan oleh ketua kumpulan tersebut, dirinya sendiri dari masa akan datang akan dihantar untuk dibunuh oleh si looper itu sendiri untuk 'menutup kontrak' tersebut.


Hendak dijadikan cerita, Seth (Paul Dano) rakannya si Joe ini gagal untuk 'menutup kontrak'nya sendiri dan mengakibatkan dirinya dari masa akan datang terlepas di masa sekarang. Sebelum si Seth itu mati dikerjakan oleh konco-konco kumpulan penjenayah senaungan mereka, dia sempat memberitahu tentang The Rainmaker, sekumpulan manusia dari masa akan datang yang bertindak untuk mengawal dan menutup kesemua 'loop' yang bersisa. Gara-gara informasi tersebutlah yang menyebabkan Joe ragu-ragu untuk menyelesaikan kontrak terkininya (yang sebenarnya merupakan dirinya sendiri dari masa akan datang, lakonan Bruce Willis). Joe dari masa akan datang ini pula datang ke masa semasa untuk menjejaki tiga Rainmakers (yang sekarang masih lagi kanak-kanak) dan berusaha untuk menghapuskannya agar masa depannya terjamin.

Menuju ke penghabisan cerita, Joe dari masa akan datang telahpun menghapuskan dua daripada tiga Rainmakers yang berjaya dijejakinya dan yang tinggal hanyalah Cid, seorang anak kecil yang tinggal serumah dengan Sara (Emily Blunt) yang menumpangkan Joe masa sekarang yang berjaya bertemu mereka terlebih dahulu. Ketika Joe masa sekarang bertemu dengan pasangan Cid-Sara inilah baru penonton tahu keberkuasaan the Rainmakers yang sebenarnya. Mereka ini adalah orang-orang terpilih yang mempunyai kuasa telekinetik luar biasa kuatnya dan bakal menjadi sangat berkuasa di masa akan datang. 

Jalan cerita Looper agak mengelirukan dengan imbas hadapan dan imbas kembali yang disisip secara rawak, namun penonton tidak tergaru-garu kepala kerana ia dipersembahkan dengan naratif dari kaca mata Joe dengan sangat baik sekali. Ya, Looper memang bertunjangkan konsep time travel tetapi ia tidaklah menjadi persoalan utama seperti dalam filem Primer (yang pada hemat aku hingga ke hari ini sebuah filem saifai bajet rendah tentang time travelling paling awesome setakat ini!). Sepanjang menonton Looper, begitu banyak persoalan moraliti yang berlegar di benak. Seharusnya penonton mesti tinggalkan sisi agama dan nikmati tema konflik etika dan moraliti yang diketengahkan dalam filem saifai ini.

Aku rasa pengarahnya tidak ketinggalan mahu selitkan tribut kepada filem-filem (yang pada hemat aku beri pengaruh besar ke atas beliau) seperti Pulp Fiction dan Natural Born Killers dengan memasukkan babak-babak krusial awalan introduksi Joe dan pertembungan epik Joe sekarang dan Joe masa depan di sebuah kafe tepi jalan. Cuma aku harus akui aku agak terganggu dengan mekap tebal yang pada mata aku agak fake pada Joseph Gordon-Levitt untuk membuatkan dia tampak mirip seperti wajah Bruce Willis. Aku sudah terbiasa dengan wajahnya yang segar dan jambu dalam Inception, Dark Knight Rises dan 50/50, terasa seperti melihat orang lain dan bukannya dia yang sebenarnya.

Looper bukan sekadar filem saifai enteng yang sarat dengan kesan khas seperti kebanyakan filem bergenre serupa. Ia mengheret penonton untuk berfikir apa yang wajar dan apa yang tidak dalam keterdesakan yang tidak disengajakan.

Isnin, 8 Oktober 2012

295: untuk kau, aku sanggup!

Untuk kau, aku sanggup saja berdarah buat kali kedua, atau ketiga, atau entah berapa kalipun. Bodoh, bukan? Walaupun sudah banyak teman-teman yang melarang, aku yang jahil ini tetap mahu terus tunggu kau sebab hati ini begitu kuat berbisik yang ia hanya dambakan kasih dan sayang daripada kau. 

Ah, itupun kalau kalau kau masih sudi menerima hati pathetic ini. Aku ulangdengar lagu Yuna ini entah berapa puluh kali, dan setiap kali mendengarnya hatiku tambah terhiris. Sakitnya lagi perit daripada terhiris jari sendiri ketika sedang kupas bawang. Analogi seumpama itu tiada ekuivalennya sama-sekali! 

"I sure don't mind getting hurt again," momok sang suara merdu Yuna kepadaku. Ya, ternyata aku tidak kisah terluka lagi sebab itulah masa kau tanya aku laju saja bilang yang aku sanggup tunggu.

Aku ini penunggu yang tolol, tahu tak? Bergantung kepada seutas benang harapan yang halus benar, aku sendiri tidak yakin wujud atau tidak. Minggu hadapan aku sebenarnya sengaja datang beberapa hari awal untuk graduasiku kerana jauh terselit di sudut hatiku, aku berharap benar agar kau hubungi aku dan ajak ketemu, biarpun hanya untuk secawan kopi murah dan dua-tiga batang PallMall. Asalkan aku dapat bertemu kau.

Sekali lagi aku ulang, pathetic sungguh... bukan?




You make me sick in a lot of ways
Make me smile always
I'm just really into
Having this chase
Kept my eyes open everytime
Falling for you is a crime
We let sparks go off
This time

Chorus:
Oh oh
I've been here before
Not long ago
With someone just as beautiful
Just as doubtful
I sure don't mind
Having you
This time

I see it in the steps you take
I hear it in the sounds you make
I'm just really into
Having a taste
Remind me how we got this far
Remind me how we fell apart
Oh I can't give you
That space in my heart

[Chorus]

And then we fall asleep

I'm the one
Whos always in the way
But you got me
Hoping for more more more
I'm here to stay
As though I am always there
As though I had never left

Oh oh
I've been here before
Not long ago
With someone just as beautiful
Just as doubtful
I sure don't mind
Spendin time


I've been here before
Not long ago
With someone just as beautiful
Just as doubtful
I sure don't mind
I sure don't mind
I sure don't mind
Getting hurt again

294: [siri salah dengar] #08 - skyfall.

Suatu malam menghampiri Subuh di tepi jalan, dua orang makhluk nokturnal sedang melahap sundae coklat di tepi jalan yang baru dirembat dari McD.

Salah seorang daripada makhluk berdua itu mohon pinjam iPhone makhluk yang satu lagi dan segera mainkan video di bawah sambil layan perasaan yang tak berapa nak berperasaan sangat. 

DIA: Lets eat sky's roll... and eat crumbles... we eat stand tall...
AKU: Salahlah lirik dia! (sambil tunjuk skrin iPhone)
DIA: Pffpptttt... (tersebur sundae)

Khamis, 4 Oktober 2012

292: [siri ulasan buku] #24 - cerpen karya nadia khan.

Novelis bestseller FIXI yang berjudul KELABU, Nadia Khan, diberi penghormatan untuk mengumpulkan 17 cerpen dan 3 skrip filem penden karya beliau dalam koleksi yang secara kreatifnya dinamakan CERPEN.  Apa yang menarik tentang buku ini ialah bagaimana (hampir) setiap satu cerpen dan skrip filem pendek yang ditulisnya itu disusun secara progresif, bermula dari cerpen 'Mana Dia Pergi' yang katanya dihasilkan pada Oktober 2009 sehinggalah ke cerpen 'Nakahari' yang aku kira paling terkini (sebelum cerpennya dalam antologi BOLA, mungkin?). Dari situ kita sebagai pembaca dapat lihat perkembangan Nadia Khan sebagai seorang penulis yang berbakat besar dan berjiwa muda, daripada bertatih menyertai sebuah Bengkel Penulisan Cerpen sehinggalah dikenali ramai oleh penggemar novel-novel FIXI dan novel cinta bukan arus perdana.

Terkini, beliau terjebak pula dengan pembikinan drama 'Aku, Dia dan Tong Sampah' yang baru kelmarin ditayangkan di TV9. Syabas buat Nadia! Mana tahu lepas ini mahu cuba-cuba bikin skrip untuk filem pula, mohon calling-calling lah ye? (Ceh, macamlah dia ada nombor telefon aku).

Di bawah aku sediakan ulasan serba ringkas untuk setiap cerpen dan skrip filem pendek yang terkandung dalam koleksi CERPEN ini.

1. Mana Dia Pergi (ditulis pada Oktober, 2009)
Terus terang kalau pernah baca novel KELABU atau cerpen-cerpen beliau yang terkini, cerpen ini akan terasa agak raw dan penulis seperti masih lagi tercari-cari ritma atau stail penulisan beliau yang tersendiri. Tetapi, sejujurnya dalam banyak cerpen yang termuat dalam koleksi CERPEN, aku paling suka yang ini.

Kisah yang bertunjangkan konsep penyakit Alzheimer ini mungkin tidak begitu menggigit, tetapi cukup terkesan. Naratifnya digarap kemas dan tidak meleret-leret (macam satu cerpen yang bakal aku ulas kemudian). Pendek kata, straight to the point. Apa-apapun, aku ada belajar satu terma baru dari cerpen ini, iaitu delayed grief reaction, suatu hal yang sebenarnya agak dekat dan peribadi buat aku.

2. Puaka Pak Jaha (diterbitkan di Mingguan Malaysia, 27/12/2009)
Aku mengetahui yang Nadia Khan merupakan seorang graduan jurusan perubatan agak lewat sebenarnya. Selepas menulis ulasan untuk KELABU dan selepas bertemu beliau buat pertama kali ketika launching antologi KOPI dulu pun aku masih tidak tahu. Hanya selepas event itu selesai dan aku berborak santai dengan tauke FIXI barulah aku tahu yang Nadia Khan seorang graduan jurusan perubatan.

Membaca cerpen ini membuatkan pembaca akan menaruh harapan dan gambaran yang amat-amat terpesong daripada klimaks dan penyudahnya. Ternyata penulis memang menggunakan pengalaman dan ilmu tentang perubatan yang beliau ada dengan sebaik mungkin dalam cerpen ini (dan hampir semua karya beliau sebenarnya ada nuansa perubatan kalau diteliti dengan baik).

Apapun, aku bersimpati dan tabik hormat pada Pak Jaha. Bukan senang hendak cari lelaki sebegitu di Malaysia sekarang, ye tak?

3. Pinjam Masamu, Kak (diterbitkan di majalah Tunas Cipta, Mac 2010)
Aku sebagai antara pengunjung tetap hospital sudah sedia maklum yang kalau menerima suntikan intramuscular kebasnya menjengkelkan hingga dua-tiga hari lamanya. Cerpen yang mengisahkan cuplikan hidup seorang doktor muda di wad kanak-kanak ini antara cerpen yang meninggalkan kesan kepada aku sebagai pembaca, untuk menilai sejauh mana sebenarnya kerelaan kita untuk berbuat sesuatu.

Adakah kita melakukannya atas rela hati atau sebenarnya, disuruh atau apakah itu sekadar memenuhi kehendak masyarakat? Renung-renungkanlah apa yang aku tulis ini.

4. Lara Di Hati (diterbitkan di Mingguan Wanita, 5-11 Mac 2010)
Aku, seperti penulis, juga tidak berpuas hati kenapa tajuknya harus ditukar menjadi sebegitu sedangkan pada hemat aku tajuk asalnya (Baliklah, Cik Su) rasanya lebih sesuai dan harus dikekalkan sebegitu. Aneh. Mungkin pihak penerbitan majalah berkenaan mahu sesuaikan ia dengan tema kewanitaan yang menyebabkan tajuknya ditukar kepada Lara Di Hati.

Sekali lagi aku hairan dan bertanya; "Celah mana yang lara dalam cerpen ni?"

Tentang isu cinta tak kesampaian yang disampaikankah? #garukepala

5. Cikgu Din (diterbitkan di Berita Minggu, 21/03/10)
Selepas menamatkan praktikal selama 16 minggu di Melaka, aku punya perspektif yang amat berbeza tentang para pendidik yang kita panggil cikgu sekolah. Benar. Hakikatnya beban yang mereka galas tidak tertanggung oleh manusia biasa.

Di sekolah, menurut observasi aku, ada dua jenis cikgu sebenarnya: yang sekadar mahu lekas habiskan silibus dan yang mahu bukan sahaja kejar silibus tetapi mengajar manusia menjadi manusia. Aku rasa Cikgu Din dalam cerpen ini tergolong dalam kategori yang kedua.

6. Teleportasi (diterbitkan di Dewan Kosmik, Mei 2010)
Percubaan Nadia Khan dalam menulis cerpen bergenre fiksyen sains yang pada hemat aku cukup bagus dan boleh diperkemaskan lagi untuk menjadi lebih baik. Penyudahnya macam agak hambar dan aku fikir kalau beliau duduk dan tulis semula cerpen ini sekarang pastinya ia akan mempunyai penyudah yang lebih sempurna.

Mungkin juga boleh dikembangkan untuk dijadikan plot asas sebuah novel saifai. Siapa tahu.

7. Janji Kak Long (diterbitkan di Mingguan Wanita, 25 Jun - 1 Julai 2010)
Ini merupakan antara cerpen kegemarakanku dalan koleksi CERPEN ini walaupun pada mata aku lenggok bahasanya tidak se'Nadia Khan' yang aku kenal. Ceritanya mudah, tentang pengorbanan seorang wanita yang sanggup 'membakar dirinya' membesarkan seseorang yang bukan anaknya. Ya, agak klise kalau difikir-fikirkan. Telah banyak drama dan sinetron yang berteraskan konsep cerita sebegini sebenarnya.

8. Nasi Putih Daging Cincang (diterbitkan di Mingguan Malaysia, 10/10/10)
Aku tak pasti sama ada ini memang typo atau apa sebab dalam naskah yang aku ada tajuknya 'Nasi Putih Dagang Cincang' tetapi hakikatnya watak di dalam cerita ini tidak pula makan nasi dagang (ataupun nasi putih yang didagangkan sebelum dicincang?) sebab aku separuh yakin tajuknya adalah seperti apa yang aku tulis di atas (sebab aku pernah baca cerpen ini dalam akhbar, masa itu haram tak kenal siapalah Nadia Khan itu sebenarnya dan tidak tahu bakal berkongsi bumbung penerbitan).

Menggunakan konsep 'ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu jua' cerpen ini berputar tentang keluarga yang terpisah dan kemudiannya (mungkin?) bersambung semula gara-gara sepinggan nasi putih daging cincang. Pintar!

9. Epilog Damak
Faizal Sulaiman menggambarkan cerpen ini sebagai sebuah mock up. Ini bukan sebuah cerpen mock up ye saudara Faizal. Ini adalah sebuah fictitious parallel story yang ditulis dalam laras bahasa ala-hikayat yang dimodenkan. Aku akui tidak tahu banyak tentang cerita Sri Mersing kerana setelah sejak aku mula pandai membaca aku mendapat tahu yang prosa klasik dan segala macam hikayat ini bukan citarasa aku (walaupun di rumah tersusun naskah-naskah klasik seperti Sri Rama dan Hikayat Merong Mahawangsa yang dikumpul oleh ayah aku ketika di menuntut di UM dulu) jadinya cerpen Epilog Damak ini aku baca sepintas lalu sahaja. 

Kisah penerokaan cinta dari kaca mata Melur. Aku rasa sebab ia tidak disiarkan di Majalah Harmoni mungkin sekali kerana ceritanya biasa-biasa sahaja (atau mungkin juga terlalu 'klasik' untuk majalah tersebut?).

10. Anak Dinihari
Aku sendiri kenal beberapa blogger yang menjana pendapatan (baik yang tetap mahupun secara sampingan) melalui blog mereka. Ya, kebanyakan mereka ini (yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan utama/tetap) beritahu aku sebenarnya resepi untuk berjaya dalam hidup hanya dua iaitu minat dan rajin. Serius. Kalau kau minat sesuatu tapi kau malas hendak usahakannya, ia tidak akan datang terjelepuk ke ribaan kau (melainkan kalau kau main nombor ekor, itu haram okay?). Kalau kau rajin macam kerbau bajak tetapi mengerjakan benda yang kau tidak minat pun lama-kelamaan kau akan alami burnout dan akhirnya mula mahu buat kerja lain atau putus asa begitu sahaja.

11. Cili (tempat pertama Pertandingan Menulis Skrip 'kategori filem pendek' FINAS 2009, tetapi keputusannya diumumkan pada 2011)
Pak Rabu, si pengusaha kedai makan di mana gerai nasi lemaknya dibuka hari-hari yang akhirnya terpaksa juga tidak meniaga sehari gara-gara kehabisan cili. 

Short and simple.

12. Kopi Tiga Suku (tempat ketiga Pertandingan Menulis Skrip 'kategori filem pendek' FINAS 2009, tetapi keputusannya diumumkan pada 2011)
Shah dan Hana sepasang suami isteri. Shah dan Hana bahagia dengan kopi mereka. Tetapi bahagia mereka selesai, seperti kopi yang masih bersisa suku di dalam gelas itu.

13. Budak Baru (2011)
Kitaran hidup seorang individu (yang selalunya teruk dibambu dan terasa terbeban) gara-gara dirinya seorang freshie di tempat kerja, belajar untuk lebih banyak telan daripada bersuara jika mahu kekalkan survivability dirinya dan akhirnya kitaran itu lengkap apabila si freshie itu (setelah sekian lama menapakkan diri di tempat kerja tersebut) melihat ada 'budak baru' di tempat kerja tersebut. Tipikal. Mana-mana tempatpun berlaku hal yang sama sebenarnya.

Aku kira mungkin agak menarik kalau diolah untuk dibangunkan menjadi sebuah naskah untuk pementasan teater (tetapi setting-nya harus minimalis) dan diubah senarionya daripada tempat kerja ke tempat belajar. Tentu ada penggiat teater yang mahu cuba, bukan?

14. PWTC (2011)
Cerpen bertujangkan futuristik 50 tahun ke hadapan tentang gambaran bagaimana bangunan PWTC salah satu ikon Kuala Lumpur masih lagi di situ, sedangkan rakyat di sekitarnya telah membangun dan maju. Masih lagi menggunakan Amir dan Jun dari novel KELABU sebagai watak, namun menurut penulisnya ini bukanlah definitive ending untuk novel (yang pernah menjadi perdebatan hangat antara aku dengan seorang kenalan aku) tersebut.

15. Kopi Kola (2012)
Sudah diulas di SINI. Pergi baca. Aku malas ulas dua kali. Hahaha....

16. Kopi, Adele dan  Bubur Ayam McD
Cerpen yang menurut penulis diilhamkan selepas membaca cerpen Adib Zaini yang termuat dalam antologi KOPI, juga telah diulas di SINI. Tetapi kali ini dari kaca mata seorang perempuan. 

17. Cinta Sekeping Tisu (2003)
Lenggok bahasa slanga yang banyak diguna dalam forum internet atau blog ternyata digunakan dalam cerpen yang paling 'tua' dalam koleksi CERPEN ini dan ternyata inilah sebenarnya trademark Nadia Khan yang (pada hemat aku) menyebabkan novel KELABU menjadi sangat-sangat bestseller antara novel-novel FIXI yang lain. Pertama, temanya ialah cinta. Kedua, bahasanya dekat benar dengan demografik pembaca iaitu muda-mudi yang masih di universiti atau sekolah. Campur kedua-duanya dan (pada hemat akulah) itulah ramuan untuk sebuah novel yang laku.

Cakaplah apapun, tetapi itulah hakikat. Novel Melayu kalau temanya saifai, psychological thriller, atau apapun selain cinta memang agak liat hendak bergerak dari rak buku ke tangan pembaca. Serius. Ini diakui oleh beberapa pekerja Borders/MPH yang aku sibuk-sibuk tanya di awal kemunculan BISIK dulu.

Aku harap novel susulan Nadia Khan selepas ini masih lagi mengekalkan lenggok bahasa yang sama sebab bagi aku itulah kekuatan beliau untuk pancing lebih banyak pembaca yang mahukan bahan bacaa yang santai dan tak perlu serabutkan kepala sangat. Ye tak?

18. Ada Apa Dengan Kina
Ini antara cerpen kegemaran aku. Kisah si tunangan orang yang punya peluang kedua untuk menentukan hala tuju hidupnya sebelum bergelar milik orang.

19. Aku, Kesesatan dan Kelab Penari Bogel
Menurut cuplikan intro sebelum cerpen ini, aku jebak pastinya ia berdasarkan pengalaman peribadi si penulis sesat di kota asing. Betuk tak, Nadia Khan?

20. Nakahari
Kisah tentang kebimbangan seorang rakan tentang sebuah wabak fiktif bernama 'Nakahari' dan bagaimana dia bertemu cinta (ye ke?) yang akhirnya mungkin tidak akan berakhir dengan kebahagiaan.

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015