Selasa, 28 Februari 2012

236: boyce avenue - aku mencarimu.

 
Kadang-kadang kita harus mempunyai rasa syukur.
Sebab sebagai manusia kita kadang-kadang punya kebarangkalian untuk lupa diri.
Benda-benda yang kita sendiri nampak remeh sebenarnya merupakan sesuatu yang amat berharga.
Cuma kita, sebagai manusia kadang-kadang terlepas pandang.

Betul tak?

=)

Isnin, 27 Februari 2012

235: benda-benda tak realistik yang aku jumpa dalam drama Pretty Little Liars.

Budak-budak Lawa Kaki Kencing.

Rasa-rasanya tak perlu la cheq karang panjang-panjang intro pasai cerita Pretty Little Liars ni. Drama bersiri omputeh yang dah masuk musim kedua ni cerita pasai empat anak dara yang dok kena kacau oleh seorang individu nama A yang dok pi hantaq SMS la, video la, apa haram la kat bebudak empat ekor tu. So la ni empat anak dara tu dok ketaq lutut la tak tau sapa la malaun hak nama A yang musibat dok kacau depa tu.

Cerita panjang tak guna, la ni meh aku nak story sikit pasai the realistic lessons learned from the show Pretty Little Liars (hatuuudiah tetiba jah cheq cakap omputeh! hangpa ada? hahaha...)

Ahad, 26 Februari 2012

234: melawak kasar.

I gotta admit.

Aku tahu ada a few of my friends yang sebenarnya tak selesa dengan cara aku melawak. Aku melawak sarkastik. But then again it doesn't mean that I am rude or being ignorant. Aku tahu batas-batasnya. Kalau that person is someone that I am close with and I know that he/she can tolerate with my so-called "pedas" words, then let it be. Kalau aku berada dalam lingkungan orang yang tak berapa aku nak rapat atau baru nak kenal tak adalah aku nak bodohkan diri sendiri untuk melawak kasar dengan orang tu.

So that brings back to the original question: sejauh manakah sebuah lawak atau gurauan itu akan dianggap kasar?

Ahad, 19 Februari 2012

233: bagaimana BISIK mula berbisik.

Alhamdulillah.

Seperti tidak mahu percaya akhirnya novel sulungku akhirnya bakal menemui pembaca tidak lama lagi. Novel berjudul BISIK ini bakal dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Jujur aku nyatakan yang aku sendiri tidak mahu percaya yang aku punya kudrat dan kemampuan untuk siapkan manuskrip dan akhirnya berjaya untuk diterbitkan. Menjadi seorang published writer memang sesuatu yang aku idam-idamkan sejak dulu lagi tetapi aku tangguhkan kerana tidak begitu yakin dengan kemampuan diri sendiri. Oleh itu, peluang yang diberikan oleh FIXI kepadaku ini merupakan sesuatu yang benar-benar tidak aku duga.

sneak peak kulit belakang novel BISIK. hehehe...

Idea untuk menulis BISIK sebenarnya datang secara tidak sengaja. Aku sedang menonton siri filem Saw secara marathon dan entah macam mana ilham untuk menulis datang. Enggan untuk kehilangan idea tersebut, aku segera tuliskan ia dalam program notepad di dalam komputer riba. Esoknya aku hadap kembali nota tersebut dan mula menggambarkan senario-senario 'what ifs' yang berbeza.

BISIK mengambil masa kira-kira enam minggu untuk disiapkan, suatu jangkamasa yang agak singkat aku kira memandangkan aku mampu menulis kira-kira dua hingga tiga jam sehari. Kalau lebih daripada itu aku akan mula bosan dan terggiur untuk buat kerja lain seperti melayan Facebook dan sebagainya. Dengan berpandukan contengan ringkas pada dua-tiga helai kertas aku kosongkan otak dan biar jari-jari aku mengambil-alih dan sedar tidak sedar sudah hampir 20 ribu patah perkataan terhasil.

Pada ketika itu aku mula terfikir yang matlamat untuk menzahirkannya menjadi sebuah manuskrip novel yang lengkap adalah tidak mustahil. Sudah tiga puluh peratus siap, amat berat untuk aku tinggalkan begitu sahaja. Lagipun aku benar-benar terpanggil dek kata-kata keramat Amir Muhammad sewaktu aku bertemu beliau di Pesta Buku Antarabangsa PWTC tahun lepas.

"I'm looking forward to read your first two chapters, tau!"

Mungkin separa sedar kata-kata itu sendiri menjadi pendorong untuk aku selesaikan manuskrip BISIK dan akhirnya pejam celik pejam celik pejam celik...

Naskah BISIK ini bakal menemui pasaran tidak lama nanti. Penghujung April semestinya.

Resah menunggu reaksi pembaca.
Gementar pun ada.
Takut dan risau pun berbelit.

Tapi harap-harap para pembaca dan peminat FIXI khususnya bakal disajikan oleh sebuah BISIKan yang berbeza.

InsyaAllah.

Eh, datanglah beramai-ramai ke launching novel BISIK dan 5 judul FIXI yang lain di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2012 pada 27 April nanti.

=)

P/S:- sudi-sudikanlah LIKE fan page BISIK, ya? Thanks.

Sabtu, 18 Februari 2012

232: Secangkir Kopi Bersama Dia akhirnya ke...



One word: Alhamdulillah.

Cerpen yang aku kira entah apa-apa yang sudah aku peram agak lama (setahun lebih, mungkin?) setelah ia gagal untuk disenaraipendekkan dalam antologi Orang Macam Kita akhirnya bakal menemui para penggemar kopi dan penagih cerita-cerita pendek dalam...



Ha.

Ni cheq nak habaq mai sikit. Syukur alhamdulillah sebab cerpen aku terpilih antara sembilan belas (19, eh... tajuk album debut Adele??) cerpen-cerpen karya mereka-mereka yang jauh lebih dahsyat, terdiri daripada geng kaki pukul dan kaki pau yang... ehem... boleh tahan la ganasnya.

Antaranya...

Ada Shaz Johar, penulis Kougar dan Tabu yang dua-dua mengancam...
Ada Redza Minhat alias abam gigi besi dalam cerita Pisau Cukur tu...
Ada Nadia Khan, penulis novel Kelabu yang best-seller giler ittew...
Ada Faizal Sulaiman, blogger tegar yang rajin hapdate blog dia tuh...
Ada Adib Zaini, abam botak yang gojes... penulis Zombijaya yang best tuh...
Ada Fadli al-Akiti, pengulas buku/filem yang pedas ittew...

Ah. Ramai lagilah. Pokoknya harus dibeli, nanti rugi!

Dan aku... hanya ikan bilis kecil di lautan pasifik rasa bersyukur sangat (dey berapa kali mau rasa gratitude, daa?) bila cerpen aku terpilih.

Yang special-nya nak habaq mai sikit ni... antologi KOPI ni hanya ada 1,500 salinan ja dan takkan diulang cetak. Ya... very the limited edition, bebeh. Kira siapa cepat dia dapat. Dahlah rare, tak dijual kat mana-mana toko buku arus perdana pulak tu. Currlast kau Jah!

Abes cemano pakcik nak beli ni ha?

Ha... poie ajo kek SINI dan pre-order sekarang uols... Takpun simpan duit ngam-ngam dan pakai mai serbu jah Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2012 yang bakal bermula 27 April nanti.

Leh camwhore dengan 19 penulis-penulis lain, mintak sain... nombor telefon ke, belanja makan ke, tips mengurat ke, petua awet muda ke ape ke. Eheh.

Jangan lupo taw LIKE fenpej KOPI tu. Pastu order la siap-siap. Pastu lehla eksyen tayang kat anak ketua kampung uols yang uols ada buku antologi KOPI yang menggiurkan macam Inul ittew.

Ahaks.

=)

belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli.belijgntakbeli. 

Jumaat, 17 Februari 2012

231: empat belas februari dalam kenangan.

Aku rasa aku akan kenang tanggal 14 Februari 2012 sampai bila-bila kot. Sebabnya, hari itulah hari aku dimasukkan ke wad Hospital Kepala Batas selepas didiagnos dan disuspek menghidap tibi.

Yep, you heard me right folks. Tibi. Also known as tuberculosis.

Cerita panjang tak guna, aku masuk wad jam 10.30 malam 14 haribulan tu dan esoknya terus jalani diagnosis rapi untuk kesan sama ada aku ni sah ada tibi ke tak.

Diagnosis dia simple je. Doktor akan suntik semacam kuman kat bawah epidermis kulit lengan kita dan within two days kalau sah ada tibi akan naik red or black flaky rashes kinda thingie. Whateverlah.

Pada masa yang sama aku pun kena undergo diagnosis lain-lain sebab doktor suspek macam-macam kemungkinan lain jugak. Contohnya, jangkitan kuman kat paru-paru, paru-paru berair dan entah ape entah lagi entah aku pun dah lupa sebab asyik lalok je kena injek dengan antibiotik.

Well... aku belajar yang if ever you guys are gonna (tapi mintak-mintak dijauhkanlah, yek?) be warded, here are a few tips yang aku dapat sepanjang beberapa hari 'berkampung' kat wad Hospital Kepala Batas tu.

1. Bawak baby wipes. Menatang alah ni gila crucial especially during the early days korang masuk wad. Ini adalah nanti of course-lah korang akan nak mandi, and of course-lah korang akan tak larat untuk drag yourself to the shower (well, unless kalau your parents or whoever teman mungkin diorang leh tolong. tapi kalau korang duduk sana sorang-sorang then how?). Inilah gunanya baby wipes. Takyah beli yang branded-branded. Beli yang murah-murah sudeyh! Lap-lap je badan korang tu. Wangi dan buang daki jugak. Hehehe...

2. Kalau bawak baju spare, bawak yang berbutang depan dan kolar biar luas. Senang nak sarung nanti. Percayalah. Kalau korang gedik-gedik nak bawak jugak baby-t lantak la tapi for sure akan struggle bila nak pakai especially bila tangan korang ada IV drip dan berbalut segala bagai. Betul tak?

3. Wajib bawak botol air spare sebab wards selalunya ada bilik pantri dan kalau korang dah gagah sikit leh refill air masak sendiri. Takpun kenyit-kenyit mata je kat akak-akak misi atau abam-abam misi mintak diorang refill-kan. Orang sakit kena minum air masak banyak so its essential to keep one full of plain water at all time.

4. Vaseline. Hak ni mustahak untuk korang yang senang kena chapped lips macam aku. Enough say-lah about vaseline ni. It works like magic! Korang nak tido malam-malam, kasi sapu sikit (of course lepas dah makan ubat and all that-lah) dan tidur la. No more dry and chapped lips. Bibir korang akan kekal supple and luscious so korang leh flirt dengan abam misi yang cando ittew. Ahaks.

5. Peanut butter. Hak ni korang leh makan sambil-sambil tunggu time makanan hospital yang tak best langsung tu sampai. Tips ni aku dapat sendiri daripada one of the nurses working there. Tapi bagi yang alah kacang mintak maaflah. Hehehehe...

Tu ajela kot nak syer. Aku pun alhamdulillah dah keluar wad petang tadi. So sekarang ni tengah recuperate kat rumah dan tunggu tarikh nak follow up je. Alhamdulillah aku tak kena tibi tapi doktor still suspek ada mild germ infection kat paru-paru aku.

Doa-doakan ye?

=)

Ahad, 12 Februari 2012

230: [siri sekadar cuci mata] #17 - disney heroes [NSFW].

Dah lama tak buat 'siri sekadar cuci mata' ni. Hehe... kali ni aku ada stumbled upon this great artist named David Kaweena.

Klik SINI untuk usyar profil Facebook dia dan SINI untuk usyar profil DeviantArt dia.


owh... gambar-gambar lepas ni agak NSFW, so proceed with your own care bebeh... 

=)

Isnin, 6 Februari 2012

229: hal yang wajib anda tahu jika mahu kembali bersama bekas kekasih.


Manusia tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Itu lumrah. Makanya kita seharusnya punya toleransi terhadap cela tersebut kerana lets face the fact, kita sendiri pun ada pernah membuat salah. Begitu juga dengan kegagalan sesebuah perhubungan percintaan. 

Semua orang mahukan bahagia, namun ada di antara kita yang putus di tengah jalan. Ada yang terus tidak berhubung, ada juga yang bermusuh dan ada segelintir yang aku kenal masih lagi mampu bersahabat dengan bekas kekasih masing-masing.

Aku juga tidak terkecuali.

Namun pernahkan anda terfikir yang anda berkemungkinan bakal menyambung kembali perhubungan yang putus itu?

Kalau anda menjawab ya, ini adalah sebahagian daripada hal yang anda wajib tahu dalam mempersiapkan diri menelusuri perhubungan yang ‘baru’ ini.

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015