315: [siri ulasan buku] #27 - langit vanilla karya wani ardy.

Jujur sebenarnya aku tidak begitu mengenali wanita bernama Wani Ardy ini. Aku tahu dia seorang pemuisi, penyajak, penyair, pensyarah, perempuan, sebab aku pernah tengok dia beraksi secara langsung di beberapa pentas yang aku sendiri sudah ingat-ingat lupa (oh, maafkan aku kerana 'kemudaan' aku ingatanku kian merosot!). Kali terakhir aku pernah melihat dia adalah di KLPAC pertengahan tahun lepas. Itupun ada kenalanku yang tunding jari dan cakap, "Itulah Wani Ardy yang famous tu!" dan aku hanya jungkit bahu dan senyum. Sungguh.

Gambar diambil dari fenpej rasmi Langit Vanilla.
Aku dapat tahu yang dia ada terbitkan sebuah buku, pembetulan, sebuah himpunan puisi, prosa dan catatan peribadi di bawah terbitan Sang Freud Press yang dulunya indie, obskur dan habis hip kalau kau keluarkan naskah karya terbitan mereka dan baca dalam koc tren, tetapi tidak lagi kini sebab sudah ramai yang tahu tentang SFP. Eh.

Apa-apapun, kalau bukan ada kenalanku yang mulanya pesan padaku untuk belikannya Langit Vanilla ini (tetapi lepas itu hubungi aku lewat twitter cakap tak mahu sebab sudah beli di tempat lain, fakyew demmit!) sebetulnya aku tidak terpanggil langsung untuk angkat dan baca buku setebal 173 halaman yang berkulit belon-belon kuning mengugut mahu terbang dan dua kelibat susuk manusia tidak pasti jantina apa.

Baiklah. Memandangkan kalau kau gugel Langit Vanilla pun sudah banyak blogger lain yang buat ulasan atau setidaknya mensi tentang buku kecil ini, rasanya tak perlulah aku menceceh tak tentu pasal sehingga kau rasa hendak tutup saja blog ini.

Heh. 

Dalam satu perkataan, Langit Vanilla boleh disimpulkan sebagai jujur. Walaupun kau mungkin tidak pernah duduk semeja berkongsi dua cangkir kopi dan bertukar-tukar kata dengannya, membaca buku ini seakan sudah cukup untuk buat kau sekurang-kurangnya seperti tahu sedikit cuplikan tentang perempuan bernama Wani Ardy. Perempuan tabah yang kecundangan dek cinta, kehilangan orang tersayang, kerinduan orang jauh, kemarahan dan kemurungan dek gelodak perasaan sendiri, semuanya dibukukan dalam buku bersaiz kecil yang kau boleh sumbat dalam clutch kau dan keluarkan untuk ulangbaca sambil tunggu kawan-kawan bimbo kau usai shopping.

Aku jenis yang susah cerna sajak/puisi/syair, jadinya himpunan dalam Langit Vanilla ini hakikatnya agak sukar untuk aku betul-betul fahamkan. Kalau aku cuba pun, aku rasa maksud sebenar sajak/puisi/syair di dalamnya sama ada a) tidak sampai betul pada aku, b) flat out salah terus atau c) bukan untuk aku. Tapi hakikatnya kalau kau dapat tahu yang buku kecil ini sudahpun masuk cetakan ketiga, makanya sama ada a) tulisan perempuan ini sedap, b) ramai betul hijabster dan hipster yang minat perempuan ini atau c) kedua-dua faktor tadi digaul sebati. Seorang kenalanku pula beritahu sebenarnya Langit Vanilla ini tidak lebih daripada kompilasi yang telahpun pernah terbit di blog peribadi Wani Ardy.

Makanya, what's so special about this book?
Jawapan aku: entah.

Yang pasti, kau selaklah helaian manapun, kalau ia jatuh pada satu puisi dan kau baca (atau ulangbaca), secara bawah sedar kau akan terpanggil untuk mengasosiasikan diri kau dengan apa yang berlaku ke atas kau. Yes, buku kecil ini mampu membuat kau rasa fefeeling macam berada dalam mimpi di dalam mimpi. Mungkin disebabkan aku jenis yang tidak pandai berpuisi, jadinya aku kagum dengan orang yang mampu untuk melampiaskan kata-kata berperasaan tahap dalam walaupun hanya dalam dua-tiga baris ayat tercantas indah.

Paling aku suka (bagi yang sudah ada naskah buku ini), mohon belek ke halaman 102.

Aku seperti mahu mencarut sebab terkena atas batang hidung sendiri, tetapi sudahnya aku senyum seorang diri.

Ulasan

SUDUT MATA SAYA berkata…
i cakap dlm buku "perempuan" yg ada gambar muffin tulah.kalau u perasanlah.
shandye. berkata…
masa kauhulurkan buku inipun kau ada bilang yang kebanyakan puisi dalam buku kecil ini telah pernah kaubaca dari blog beliau. mungkin kau sudah lupa, mungkin juga aku yang silap. apa yang benar hanya dariNya, dan yang khilaf datang dari kita.

=)
SUDUT MATA SAYA berkata…
membaca ayat terakhir kau itu terus membuatkan aku rasa mahu bentangkan sejadah dan memohon ampun dengan gigihnya. eh?
Aj Abdullah berkata…
aku baca review kau pun buat aku dah yakin novel ops sebuah himpunan puisi, prosa dan catatan peribadi ni best tapi entah apsal it seem like kau nak kata lebih tapi cam ada yang membataskan komen yang tak best tu lak. hmmmmm