408: 10 perkara yang pembaca mungkin mahu tahu tentang SASAR.

"Kenapa kulit depan dia gambar burung gagak, dah tak suka kucing ke?"
"Kenapa mata burung gagak tu merah?"
"Apa kena-mengena burung gagak dengan tajuk?"
"Apa maksud 'sasar'?"
"Kenapa lama sangat tulis buku? Menyorok dalam gua, eh?"
"Kenapa dah lama tak nampak kat UKM?"
"Kenapa kulit buku warna acah-acah biru? Dah tak suka warna merah ke?"
*soalan kat caption gambar kat atas semua dari DM kat twitter & PM kat Facebook*

  1. Penulis berhabis hampir RM60 upah teksi hanya untuk mintak pakcik drebar pusing-pusing 'kawasan-kawasan sunyi' di Bangi untuk jadikan inspirasi dan latar tempat novel.
  2. Penulis pernah dikejar anjing gila sewaktu sedang mengambil gambar pangsapuri di Seksyen 3, Bangi.
  3. Draf awal manuskrip ini mula ditulis sebelum penulis mula menulis KOYAK, iaitu sekitar awal 2013, tetapi tangguhkan dulu projek ini kerana hendak sudahkan trilogi tersebut. Manuskrip ini selesai ditulis pada awal 2014, dihantar pada bulan Mac 2014. Boleh tahan lama jugak lah manuskrip ni kena peram, sampai penulis hampir lupa pernah hantar ke penerbit, dan penerbit keliru ingatkan ini manuskrip buku ketiga sambungan KOYAK, sedangkan buku ketiga (M) dihantar selepas itu.
  4. Asalnya draf pertama menjangkau lebih 100K patah perkataan, 10% disunting keluar oleh penulis, dan selebihnya dicantas lagi oleh editor dan penerbit. Tapi penulis puas hati sebab jalan cerita jadi lebih kemas dan "tersusun".
  5. Ada beberapa bab yang terkandung di dalam novel ini ditulis sepenuhnya dengan menggunakan telefon BlackBerry. Ya, penulis seorang lelaki berjiwa old-school yang masih menggunakan BB. Penulis ambil masa untuk siapkan manuskrip ini sebab cuba bermain dengan teknik pembinaan naratif yang sedikit berbeza, semacam non-linear narration sikit-sikit pun ada jugak.
  6. Novel ini sebenarnya ada dua alternative endings. Tapi penulis buat keputusan untuk pilih yang 'selamat' dan lebih terbuka (sebab berharap ramai suruh sambung ~ itupun kalau ada sambutanlah). Bab-bab interlud dalam novel ini asalnya penulis hendak jadikan spin-off dan companion reading kepada SASAR ni. Tapi akhirnya ringkaskan dan selitkan dalam manuskrip je sebab; a) tak banyak idea nak kembangkan cerita, b) penulis malas, c) penulis rasa kalau tulis pun pergerakan cerita akan tambah perlahan, dan ganggu momentum kelancaran cerita.
  7. 7. Babak dalam panggung wayang dalam novel ini berdasarkan pengalaman sebenar penulis. Gigih tengok filem KIL dua kali, tengok midnight show pulak tu.
  8. Jalan cerita novel ini merupakan adaptasi longgar hal-hal yang pernah berlaku ke atas salah-seorang kenalan penulis.
  9. Hampir 80% nama watak dalam novel ini bermula dengan huruf 'S'. Kenapa? Saja je, tak ada sebarang motif. Saja nak susahkan pembaca. *gelak jahat*
  10. Tiada sebarang haiwan dicederakan sepanjang pembikinan novel ini.



- SASAR akan mulai dijual pada 15 April 2016.
- Barangkali stok awal akan ada di Kedai Fixi dahulu sebelum muncul di toko-toko buku.
- Save the date: hujung bulan di PBAKL2016 @ MAEPS, Serdang; penulis datang buat-buat comel.

Ulasan

LD berkata…
Ok, can't wait to hunt this book. You are one of my fav fixi's writer!
Amirul Faez berkata…
Dah baca dah buku ni....susunan cerita die kemas.....cuma still X fhm fungsi gagak tu dlm cerita ni and sbb pe ek die bunuh Shark?x jelas sbb die