Ahad, 30 November 2014

390: putus sahabat.



There is not a single word in the whole world
That could describe the hurt
The dullest knife just sawing back and forth
And ripping through the softest skin there ever was

How were you to know?
Oh, how were you to know?

And I, I hate to see your heart break
I hate to see your eyes get darker as they close
But I've been there before
And I, I hate to see your heart break
I hate to see your eyes get darker as they close
But I've been there before

Love happens all the time
To people who aren't kind
And heroes who are blind
Expecting perfect scripted movie scenes
Who wants an awkward silent mystery?

How were you to know?
Well, how were you to know-oh-oh?

And I, I hate to see your heart break
I hate to see your eyes get darker as they close
But I've been there before
And I, I hate to see your heart break
I hate to see your eyes get darker as they close
But I've been there before

For all the air that's in your lungs
For all the joy that is to come
For all the things that you're alive to feel
Just let the pain remind you hearts can heal

Oh, how were you to know? (How were you to know?)
Oh, how were you to know?

And I, I hate to see your heart break
I hate to see your eyes get darker as they close
But I've been there before
And I, I hate to see your heart break
I hate to see your eyes get darker as they close
But I've been there before



***


Terkadang kita seringkali berada di sebuah persimpangan yang memaksa untuk kita menjadi matang dan sekaligus meninggalkan persahabatan sedia ada yang tidak lagi memberikan sebarang impak signifikasi ataupun menguntungkan diri sendiri baik secara mental atau fizikal. Terkadang, meninggalkan itu lebih baik daripada terus bergantung dan berharap pada sesuatu yang tidak pasti. Terkadang kita masih lagi bergantung pada sesuatu itu atas dasar selesa, dan atas dasar tidak mahu lupakan jasa atau pengorbanan si dia yang terdahulu.

Aku juga tidak terkecuali daripada merasakan semua ini, dan begitu banyak sekali individu yang datang di dalam hidupku yang akhirnya melarut pergi begitu sahaja walau aku berusaha sedayanya untuk mempertahankan hubungan tersebut. 

Seringkali aku mempersalahkan diri sendiri dalam hal ini. Namun begitu, apabila semakin menginjak usia, aku menyedari bahawa melepaskan itu lebih baik daripada terus berharap.

Ini adalah kerana...

1. melepaskannya kerana tidak lagi sehaluan
Entah berapa ramai kenalan yang aku kenal dan pupuk sedari di bangku sekolah tidak lagi menghubungiku, dan aku juga tidak berusaha untuk menghubungi mereka. Ini adalah kerana faktor masing-masing sudah tidak lagi sehaluan, sealiran fikiran ataupun tidak lagi saling mengenali antara satu sama lain.

Lumrah hidup telah menjelaskan bahawa manusia sifatnya berkembang dan sering berubah. Jadinya tidak mustahil jika sahabat rapat yang kita kenal di sekolah/kolej/universiti dahulu tidak lagi berkongsi minat yang sama, tidak lagi memahami diri kita dan tidak lagi mempunyai kemahuan untuk terus berhubung.

Memang payah untuk melepaskan mereka yang pernah hadir di dalam hidup kita, tetapi aku sering beringat bahawa kita sebenarnya ditakdirkan untuk bertemu dengan puluhan, malah mungkin ratusan insan lain di sepanjang perjalanan hidup kita yang (mungkin) masih lagi jauh ke hadapan. Mereka inilah yang mungkin boleh mengembalikan kegembiraan, keperitan dan nikmat bersahabat yang dicari-cari.

2. melepaskan kerana tiada lagi kepercayaan di antara kalian
Aku akui memang sakit apabila dilukai mereka yang digelar sahabat. Standardlah kalau bersahabat kalau tidak bergaduh. Sedangkan adik-beradik, sesama mak-ayah pun kita boleh bermasam muka, apatah lagi dengan sahabat handai. 

Makanya jika sudah disedari bahawa si dia sudah tidak lagi mampu kau percaya, dan tiada kemaafan kedua buatnya, tanyalah pada hati apakah tujuan asal si dia berada di dalam hidup kau. Kepercayaan dan kesetiaan adalah dua kunci utama kejayaan sesesbuah persahabatan. Jika salah satu daripada tidak wujud, ia boleh meleretkan kepada kekecewaan, ketegangan dan kemarahan yang sepatutnya tidak wajar disimpan di dalam hati kerana semua itu bukan sahaja destruktif, malah merugikan diri sendiri.

Carilah seseorang yang sudi dan bersedia untuk berkongsi apa jua yang kau ingin kongsikan, dan yakin bahawa jika berjauhan sekalipun si dia mampu untuk menutup mulut dan tidak membocorkan rahsia tersulit tersebut. Carilah seseorang yang sedia untuk setia berdasarkan tingkahnya dan bukan sekadar omongan kosong. Mudah-mudahan persahabatan sebegitu akan kekal lama.

3. melepaskan kerana diri sendiri tidak pasti akan hala tuju persahabatan tersebut
Kita bersahabat atas pelbagai sebab. Mungkin si dia kita kenal kerana satu tempat kursus, duduk pula sebelah-sebelah, jadinya kau tidak boleh tidak daripada memulakan bicara dan dari situ kalian mula bersahabat. Mungkin juga kalian bersahabat kerana mempunyai minat yang sama iaitu sama-sama kaki perempuan bola.

Apa-apapun, persahabatan yang bersebab akan menentukan hala tuju persahabatan tersebut. Jadi, apabila kita tidak pasti atas dasar apakah kita bersahabat dengan seseorang itu, makanya ia akan menimbulkan kekeliruan kerana kau tidak tahu apakah signifikasi diri kau terhadap dia, itupun jika ia wujud. Jadi, tanyalah balik apakah sebab kalian bersahabat.

Jadilah sahabat kepada seseorang yang dia dan kau sendiri boleh bangga dan deklarasikan pada dunia yang kalian bersahabat. Kekalkan mereka yang tidak akan memperkotak-katikkan persahabatan tersebut dan benar-benar menghargai masa dan tenaga yang dicurahkan untuk persahabatan itu.

Kalau hal ini tidak wujud, tidak rugi kalau diputuskan sahaja persahabatan itu kerana kelak ia tidak akan menyerabutkan fikiran (dan juga phonebook telefon kau).

4. melepaskan persahabatan yang merosakkan diri sendiri
Ramai di antara kita agak payah untuk melihat dengan jelas impak seseorang itu terhadap diri sendiri, sehinggalah sudah terlewat. Lantaran itu banyak kisah yang pernah kita dengar anak muda yang rosak (terjerumus ke kancah dadah, contohnya) kerana sahabat.

Oleh itu, ambil beberapa langkah ke belakang dan evaluasi persahabatan kau dengan si dia. Jika dia membuatkan kau tidak keruan, tidak gembira, barangkali sudah tiba masanya untuk ucapkan selamat tinggal kepada dia. Usah biarkan diri sendiri terperangkap dan dipergunakan atau dilayan acuh tidak acuh dalam kehidupan.

Kalau ada di antara sahabat kita yang sering mencuba untuk menjatuhkan kita, berlumba-lumba dengan kita, tidak memberikan perhatian sewajarnya kepada kita, tidak hiraukan kita, membuli, memalukan kita di hadapan orang lain, membuatkan kita mempersoalkan diri sendiri atau langsung tidak mempedulikan tentang hal-ehwal kita, tinggalkan sahaja parasit sebegitu kerana kita layak bersahabat dengan orang yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam bersahabat.

Hormati diri sendiri dahulu, sebelum hormati orang lain. Hargai masa dan tenaga yang kau curahkan terhadap seseorang agar ia benar-benar berkualiti dan menguntungkan kedua-dua pihak.

5. melepaskan kerana tidak lagi sehaluan
Ramai juga kenalan (aku gunakan perkataan 'kenalan' kerana ada individu yang aku sekadar kenal dan tidak bersahabat, harap maklum) yang aku tidak lagi hubungi kini kerana mendapati bahawa kami tidak lagi sehaluan. 

Banyak persahabatan terjalin atas sebab yang tidak disangkakan, dan seringkali kita tidak akan bertemu dengan seseorang yang benar-benar sehaluan. Itu lumrah kerana setiap manusia diciptakan berbeza. Namun ia tidak bermaksud persahabatan itu tidak boleh berlangsung.

Tetapi jika didapati terlalu banyak ketidaksamaan di antara kalian, ia mungkin suatu indikasi bahawa persahabatan itu tidak wajar untuk dikekalkan lagi.

6. melepaskan jika kau saja yang berusaha untuk mengekalkan persahabat tersebut
Jika merasakan hanya kita sahaja yang berusaha untuk meneruskan sesebuah persahabatan tersebut, membazirkan sebegitu banyak masa, tenaga dan perasaan untuk hal itu, mungkin sudah tiba masanya untuk muhasabah diri dan timbal semula hala tuju persahabatan tersebut. Jika seseorang itu jujur dan ikhlas menyayangi dan menghargai kita, orang itu tidak akan membiarkan kita sendiri untuk berusaha mengekalkan persahabatan tersebut.

Aku ada seorang sahabat yang boleh dikategorikan sebagai 'pak sanggup' dalam persahabatan. Dia bekerja di Singapura, dan rakan-rakan rapatnya kebanyakannya ada di Semenanjung Malaysia (Pulau Pinang dan Kuala Lumpur). Aku acapkali menyedari yang hanya dia sahaja yang gigih naik pesawat atau memandu untuk bertemu sahabat mereka ini andai mereka ada membuat janji temu, dan sahabatnya tidak pernah pula merasakan keperluan untuk turun ke Singapura untuk bertemu dengannya. Salah seorang rakannya baru-baru ini berkahwin di Kedah, dan dia tidak fikir panjang terus sahaja mohon cuti dan terbang ke sana semata-mata untuk menghadiri majlis tersebut. Dua rakannya bergraduasi di Kuala Lumpur, dan dia langsung tidak berkira untuk datang meraikan kejayaan sahabatnya itu.

Suatu hari, dia kemalangan dan dimasukkan ke hospital (di Singapura). Hanya aku dan seorang kenalan sahaja yang datang menjenguknya. Rakan-rakannya yang lain langsung tidak kelihatan. Ada kecewa terzahir di mukanya. Aku jelaskan hal ini dan dia tidak lagi berhubungan dengan sahabat-sahabatnya di semenanjung. Dia kini hidup lebih bahagia dan gembira walau kehilangan sejumlah rakan yang lain, asalkan sahabat yang sedia ada bersedia dan sanggup untuk luangkan masa, tenaga dan perasaan untuk kelangsungan persahabatan yang sudah terbina lebih belasan tahun ini.

7. melepaskan mereka yang tidak pernah memberikan galakan atau kepercayaan kepada diri kita
Ada sesetengah individu yang hanya bersahabat atas dasar keperluan dan kepentingan peribadi dan langsung tidak mempedulikan akan hati dan perasaan orang yang lagi satu. Orang sebegini seringkali tidak memberikan sokongan atau panduan, kerana merasakan bahawa ia tidak menguntungkan dirinya. Yakinlah bahawa kita tidak memerlukan orang sebegini dalam hidup kita kerana sewajarnya kita memerlukan individu yang bukan sahaja ikhlas malah bersedia untuk memberikan galakan dan kepercayaan terhadap kita dan mempercayai bakat dan kebolehan kita dan bukannya sekadar pandai mengkritik.

8. melepaskan kita persahabatan itu tidak membuahkan sebarang hasil yang diingini
Sesekali tanyalah kepada diri sendiri, apa yang diinginkan dalam sesebuah persahabatan yang sedang diusahakan itu, sama ada ia merupakan sesuatu yang memberikan hasil positif yang membawa ke arah kebaikan untuk anda bersama ataupun tidak. Seringkali kita mungkin akan dianggap 'terlalu banyak songeh' dalam mencari-cari apa yang diinginkan dalam hidup, namun begitu kita seharusnya bertanyakan kembali, apakah kita sekadar mahukan persahabatan yang sekadar wujud sebagai sahabat atau lebih daripada itu. Maksud saya, sahabat yang lebih dari sekadar bersahabat merujuk kepada hubungan akrab yang mampu berkongsi jiwa dan raga, susah-senang dan juga kebahagiaan hidup namun masih lagi dalam ruang-lingkup bersahabat.

Abaikan saja persahabatan yang tidak membawa ke mana-mana ataupun apabila kita menyedari bahawa kita berada di posisi terlalu berharap dan meminta-minta dalam sesebuah persahabatan kerana sesebuah persahabatan dinamis yang unik sewajarnya memiliki toleransi, sokongan, bersedia untuk saling menasihati, saling boleh dipercayai, setia dan mempercayai bakat dan kebolehan yang kita ada. Pendek kata, carilah seseorang yang boleh menerima diri kita seadanya, dan juga bersedia untuk menyokong dan membantu kita untuk menjadi lebih baik.

Jumaat, 28 November 2014

389: frust tak dapat beli KOPI? kecewa sebab tak ada orang nak jualkan kat kau BOLA? makan hati bila tengok kawan kau ada KLCC? rasa macam nak terjun jambatan sebab tak ada CERPEN40? lunaskan segala amarah dan dendammu dengan buku edisi terhad Fixi kali ini!

Ohai.

Hamek kau. Tajuk nak kemain panjang sebatu. But who cares, its my blog so whatevv...

Apa-apapun, saja je nak kabar yang Buku Fixi sekali lagi datang dengan buku edisi terhad bersaiz comel yang kau boleh sumbat dalam purse, poket atau beg, dan keluarkan untuk baca pada waktu senggang (atau curi-curi ngelat baca waktu kuliah atau di tempat kerja!) yang diberi nama MALAM.

Edisi kali ini super-eksklusif sebab hanya dijual di BBW.

Yep. BBW.

Big. Bad. Wolf.

Alah... pesta buku murmur segals yang selalu buat kat Mines (dan ada jugak pernah buat kat tempat-tempat lain merata lokasi *batuk* Times Square Penang *batuk*) yang ramai gila umat manusia selalu pergi sebab diorang jual buku paperback atau hardcover dengan harga gila babi murah sampai babi pun cemburu tengok harga macam tu.

Ni cover luar dia. Comel tak?
 
Cak! Ni pulak sebelah dalam dia. Comel macam Teletubbies gittuh!

Khabarnya buku comel kaler hitam-kuning ni bakal dijual kat BBW pada hari Sabtu (06/12/14), ada lah launching serba makneka pada tengah malamnya dan ada of course-lah akan ada penampilan penulis-penulis dalam antologi MALAM ni.

Kau nampak cerpen #6 tu? NAMPAK?! Tak nampak aku tumbuk muka kau!
Sadly, saya tak dapat hadir sebab saya berada di luar kawasan (gitu!) pada tarikh berikut. Kalau tak of course saya tak lepaskan peluang ni untuk jumpa uols semua. Eh.

Tak apalah. Tak ada rezeki, nak buat macam mana, ye tak? Anggap saja tiada jodoh di antara kita (macam lirik lagulah pulak!)

Anggap saja cerpen ni pengubat rindu kalian akan tulisan saya untuk tahun ini yang saya sendiri akui agak tandus tanpa sebarang karya baru. Tapi okay-lah kan sebab tahun ni saya ada rilis 4 cerpen baru untuk kau orang. Kira not bad-lah tu...

Kepada mereka yang tak putus-putus tanya bila sambungan KOYAK nak keluar, Insya-Allah... saya dahpun hantar manuskrip ke Fixi. Sekarang ni tengah tunggu tuan/puan/cik editor belek dan kemaskini kasi power sikit. Bila nak keluar, wallahualam sebab saya sendiri tak boleh janji bila. Semua ni kerja Tuhan dan juga kerja penerbit. Bahagian saya dah beres.

In fact, FYI... saya dah hantar dua, ya... DUA manuskrip ke Fixi, dan salah satu daripadanya adalah sambungan kepada KOYAK. Jadi jangan nak main tuduh yang tahun ini saya tak produktif dan hanya lepak-lepak chill main dengan kucing je (*menjeling beberapa orang tertentu yang selalu carut saya dalam group WhatsApp*), dan sekarang ni tengah giat menulis manuskrip baru yang sadly tak sempat saya siapkan untuk NaNoWriMo.

Target asal nak cuba siapkan dalam tempoh sebulan, tapi disebabkan saya ada banyak urusan lain (saya juga mahu bergraduasi dan cari kerja, okay!) yang mesti saya dahulukan selain menulis. Jadinya tak sempatlah nak siapkan manuskrip baru ni untuk bulan November. Lajak sikit tak apa, asalkan kualitinya terjamin, tak gitu?

Kepada mereka yang kurius nak tahu inspirasi tentanng cerpen 'Hubungan Berhipotesis' dalam MALAM ni...

Ehm...

Macam mana nak jawab, eh?


Kalau 'E-mel Dari Seberang' dalam antologi percuma #MF2014 (yang ramai puji cakap sweet-sweet gitu! Thanks! #angkatbakulsendiri) saya dah kasi tahu yang ia loosely-based on a legit true event yang berlaku kat salah seorang kenalan saya...

Untuk 'Hubungan Berhipotesis' ni boleh jadi ala-ala spin-off kepada cerpen itulah (kot?). Tapi kali ni tak berdasarkan mana-mana true event. Saya main petik inspirasi dari observasi saya dan selebihnya repekan saya sendiri.

Cakap banyak tak guna, buku antologi MALAM ni menurut Fixi hanya akan dicetak 3000 naskah, dan dijual dengan harga RM8 seunit. Murmur segals uols!

Jadi pergilah beli, simpan elok-elok, lepas tu bawak ke Pesta Buku Antarabangsa PWTC tahun depan. Mana tahu kat sana nanti boleh jumpa dan laga-laga pipi sambil bergambar bagai. Ahaks.

Cheerio!

Selasa, 11 November 2014

388: persiapan diri untuk menulis sempena NaNoWriMo (dan apa yang aku lakukan sebelum, semasa dan selepas proses menyiapkan manuskrip [bahagian #3]

Ini merupakan bahagian terakhir dalam siri artikel tiga bahagian sempena NaNoWriMo. Bahagian pertama boleh dibaca di sini, dan bahagian kedua boleh dibaca di sini.

Kali ini kita akan bersembang tentang bagaimana hendak mengekalkan momentum untuk menulis, tips untuk memotivasikan diri dan juga hal-hal yang berkaitan.

Baiklah.

*cicip teh*

Pilih satu masa khusus, tetapkan masa tersebut, tetapi beri ruang untuk tidak terlalu terikat pada jadual tersebut.
Kebanyakan daripada kita tak punya kelebihan khusus untuk menulis secara sepenuh masa sebab ramai penulis yang aku kenal ada kerja tetap yang berbeza daripada minat dan kebolehan menulis mereka. Namun ini tidak menjadi batu penghalang kepada mereka untuk menjadi ekstra bijak dalam pembahagian masa, masih sempat menyiapkan manuskrip di samping melangsaikan kerja-kerja harian dan juga rutin-rutin lain.

Pendek kata, bagi aku kunci kejayaan menyiapkan sesebuah manuskrip ada 2, iaitu:

  1. Konstan menulis
  2. Tahu waktu yang paling sesuai (dalam perkataan lain: optimum) untuk menulis dan bersedia untuk membuat komitmen terhadap penjadualan tersebut.

Bagi aku, tak perlu suatu rutin rigid untuk menulis. Memadailah kalau kita sekurang-kurangnya luangkan paling tidak sejam ke dua jam sehari untuk menulis. Kurang lebih, jumlah patah perkataan bakal bertambah, dan juga ini untuk memastikan bahawa plot, watak dan latar tempat/masa yang kau dah sediakan tu sentiasa segar dalam fikiran kau.

Sebab itulah program tahunan macam NaNoWriMo ni bagi aku merupakan suatu platform yang paling sesuai untuk kau konstruk suatu displin waktu menulis dan mampu menulis secara konstan dan sentiasa ada iltizam untuk terus menulis dan akhirnya menyiapkan manuskrip tersebut.

Ada orang mampu menulis separuh hari sehari, mencecah ribuan patah perkataan sehari. Ada orang cuma boleh tulis seribu-dua sebelum mula berasa bosan atau ketiadaan idea. Tak kisahlah berapapun, yang penting kau kena tahu kemampuan sendiri dan stick to that.

Macam aku, kalau aku dah ada rangka asas untuk sesebuah manuskrip, aku akan cuba untuk menulis sekurang-kurangnya dua jam sehari (selalunya pada waktu malam selepas jam 11 malam) dan cuba untuk kekal menulis dalam kadaran sebegitu. Kalau dalam dua jam tu aku boleh tulis sekitar 2 ribu patah perkataan, 2 ribu kali 6 hari dah 12 ribu perkataan. Pejam celik, tiga empat bulan dah siap 1 manuskrip.

Tapi word count aku tak menentu. Kadang-kadang dalam dua jam tu boleh cecah lebih dari dua ribu. Kadang-kadang, aku bukak manuskrip dan cuma betulkan tanda baca sikit-sikit, simpan dan tak sentuh dah untuk hari tersebut. Tak kisah. asalkan manuskrip disentuh setiap hari.

Itu penting.

Tulis hari-hari, tapi beri ruang untuk otak rehat.

Ini juga penting.

Perasan tak yang aku cuma menulis 6 hari seminggu, dan bukannya setiap hari?

Ini adalah kerana aku akan 'hadiahkan' 1 hari berehat untuk aku tidak menulis. Selalunya hari rehat ni aku gunakan untuk keluar dengan kawan-kawan, pergi settle-kan urusan peribadi atau habiskan masa dengan membaca buku.

Dengan cara ini, secara tidak langsung aku akan termotivasi dengan sendirinya bila aku tahu yang dalam seminggu ada waktu menulis 6 hari, dan aku akan look forward for that 1 hari 'bercuti' tu.

Tapi terpulanglah. Ada orang tak kisah dengan 'hari senggang' ni dan boleh je menulis setiap hari tanpa henti. Ikut suka hatilah. Ini cara aku, sebab aku rasa kalau hari-hari menulis aku rasa lemas dalam cerita yang tengah aku bangunkan tu, dan akhirnya akan burnout. Pernah jugaklah beberapa kali rasa macam nak give up sewaktu tengah menulis KOYAK dulu sebab aku cuba untuk push diri sendiri menulis tiap-tiap hari. Nampak gayanya metode 1 hari cuti bagi aku itu jugak yang paling efektif bagi aku. Jadi, aku amalkanlah untuk diri sendiri.

Yang penting harus ada motivasi, dan jangan pulak paksa diri sendiri. Ada hari-hari yang kita super-productive, ada hari-hari yang kita tepu tak tahu nak tulis apa. Yang penting, asalkan manuskrip bersentuh itu sudah cukup bagus bagi aku.

Beri ganjaran-ganjaran untuk teruskan motivasi
Aku selalunya pecahkan manuskrip aku kepada beberapa bahagian 'kecil' terlebih dahulu. Sebagai contoh, kalau dalam fikiran aku rancang nak tulis sesebuah manuskrip yang mungkin berdurasi sekitar 60-70 ribu patah perkataan, aku akan bahagikan sususan rangka plot kepada tiga bahagian kecil, setiap satunya sekitar 20 ribu patah perkataan.

Jadi, setiap kali aku sampai ke patah perkataan 20 rib pertama aku akan bagi ganjaran kepada diri sendiri. Tak kisahlah apapun, asalkan kita beri ganjaran sebagai motivasi untuk teruskan menulis. Selalunya aku akan belanja diri sendiri pergi makan tempat sedap-sedap, atau mungkin beli baju baju atau pergi buat rawatan rambut dan muka. Apa-apalah. Asalkan kita dapat raikan kejayaan menulis setakat itu.

Usah rasa rendah diri dan cemburu dengan 'kepantasan' menulis rakan-rakan lain
Menulis ni suatu kerja yang membosankan sebab kita akan bekerja secara sendirian untuk sejumlah waktu yang panjang. Hanya diri sendiri, komputer, tangan dan otak yang ligat berfikir.

Jadi sesekali lepas menulis, molek jugalah kalau kita bersosial dengan orang lain. Menerusi media sosial aku dah jumpa ramai rakan-rakan penulis lain. Ada di antara mereka yang tak suka berkongsi progress penulisan yang sedang mereka usahakan. Ada yang rasa bangga letak teaser kat Instagram, Twitter atau Facebook.

Pernah jugalah aku rasa demotivated bila terbaca news feed salah seorang rakan penulis ni yang sakan dok upload gambar word count buku barunya selang beberapa waktu.

Nasihat aku: usah hiraukan orang yang macam ni.

Biarlah kita dengan kerja kita. Jangan cuba nak bersaing dengan orang lain sebab kita sendiri yang tahu kemampuan dan kelajuan kita untuk menulis. Jadi, tak perlulah rasa iri hati dengan progress report rakan penulis lain. Itu urusan mereka. Yang penting, kau ambil masa kau sendiri untuk siapkan manuskrip kau.

*

Baiklah, cukup sahaja setakat ini. Artikel ini bakal bersambung (lagi, kot?) di bahagian seterusnya.

Selamat menulis semua!

=)

Rabu, 5 November 2014

386: tubuh.

Ok.

Ini merupakan topik yang agak serius.

Aku tak tipu. Sebenarnya sudah lama benar aku nak tulis pasal benda ni, tapi entah kenapa sampai sekarang secara jujurnya aku belum dapat keberanian untuk bincangkan tentang topik ini.

Baiklah.

*cicip teh*

Sebelum kita mula pergi jauh, harap korang dapat luangkan masa dan tonton video kat bawah ni terlebih dahulu:


Ramai yang pernah jumpa aku secara peribadi dah sedia maklum macam mana rupa fizikal aku yang sebenarnya.

Kalau nak diikutkan, aku akui memang aku struggle dengan isu body confidence ni sejak dari dulu lagi. Bukannya aku tak usaha nak naikkan berat badan, tapi dah macam-macam benda aku cuba. Aku try telan supplement, buat cardio, try main besi (walaupun atas usulan doktor aku tak elok angkat besi sebab takut akan beri beban ekstra pada jantung aku yang memang dari dulu lagi problematic). Kawan-kawan rapat pun ramai yang supportive ajak bersenam sambil make sure yang aku selalu makan (walaupun hakikatnya aku tak ada masalah dengan selera makan, percayalah!) on time dan makan benda-benda yang berkhasiat dan juga boleh naikkan berat badan.

Tapi entah macam mana badan aku tak jugak-jugak naik. Dengan ketinggian 172cm, aku cuma seberat 50-55kg (banyak bergantung kepada pos-Ramadhan dan pasca-Aidilfitri). Nak cari seluar yang padan memang susah tahap nak matilah. Pinggang padan, tapi singkat kemain. Pinggang tak padan, tapi labuhnya aku suka. Baju pun problem. Kalau beli kemeja saiz XS memang padan, tapi lengannya senteng macam aku pakai baju yang dah pre-shrunk.

Zaman sekolah menengah adalah 5 tahun gelap yang aku tak ingin ulang kembali. Aku tak suka. Banyak kenangan tak indah daripada yang menarik. Aku pergi sekolah yang all-boys, jadi ejek-mengejek dan buli di kalangan pelajar memang lagi serius kalau nak dibandingkan dengan sekolah yang campur jantina (rasanyalah). Oleh sebab susuk tubuh aku yang tak serupa macam manusia, aku jadi sasaran mudah budak-budak sekolah. Macam-macam nama tak sedap diorang bagi. Tak perlulah aku cerita, buat sakit hati je.

Habis SPM, aku lega sangat-sangat bila dapat keluar daripada 'neraka dunia' tu. Jujurnya, the teasing and bullying (verbal/physical) were so severe, aku banyak kali jugaklah sebenarnya nak contemplate untuk bunuh diri.

Yep. You read it correctly.

Aku tak tipu.

Tapi rasanya aku bertuah campur bersyukur punya rakan baik yang memahami. Aku tak pasti sama ada diorang ni betul-betul ikhlas nak berkawan dengan aku ataupun semata-mata berkawan dengan aku sebab kesian. Itu aku tak pasti dan aku tak pernah (dan tak ingin ambil tahu). Pokoknya, dengan adanya mereka setidak-tidaknya kewarasanku kekal dan aku tak adalah buat benda-benda bodoh macam toreh tangan atau cuba untuk bunuh diri (walaupun keinginan tu memang selalu ada).

Sekarang bila dah menjangkau usia dua puluhan, aku akui masalah body confidence ni masih lagi menjadi suatu isu utama (walaupun perlahan-lahan aku dah boleh terima hakikat yang aku tak mungkin boleh dapat bentuk tubuh normal macam orang lain). Aku dah mula terima hakikat dan amalkan prinsip:

"Fuck them, it's their loss if they do not want to be my friend."

Dan nampaknya it works sebab sekarang aku tahu siapa sebenarnya kawan aku yang sebenarnya sebab aku ada juga dapat tahu yang ada di kalangan kenalan (aku labelkan kenalan sebab aku kenal diorang ni) aku yang katanya berkawan dengan aku tapi kat belakang aku sakan dok kutuk dan kritik tentang rupa-paras dan badan aku. Lantaklah. Seriously, tak rugi pun tak kawan dengan orang macam tu.

Apa yang penting:

  1. jaga kesihatan (fizikal/mental)
  2. jaga pemakanan
  3. jaga pengisian rohani
  4. jaga hubungan dengan mereka yang ikhlas dengan kita.


Bagi aku, empat hal ini jauh lebih mustahak daripada contemplating on what that person is talking about you behind your back.

Entahlah.

Aku rasa langkah aku untuk menerima tubuh badan aku masih lagi jauh. Masih banyak lagi hal yang aku tak tahu (atau enggan untuk terima dan tahu) tentang tubuh aku yang aku perlu ketahui. Tapi setidak-tidaknya aku dah ambil langkah untuk menerima kehidupan pinjaman Tuhan ini seadanya dan make a full use of it.

Betul tak?

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015