Sabtu, 28 Jun 2014

369: senarai buku terbaik yang sudah aku baca setakat ini untuk tahun 2014.

Bukan dalam sebarang senarai khusus, cuma senarai buku terbaik yang sudah aku baca setakat ini.

=)

  1. This Is How You Lose Her - Junot Díaz
  2. Five Star Billionaire - Tash Aw
  3. The Fault in Our Stars - John Green
  4. Survivor - Chuck Palahniuk
  5. Invisible Monster (Remix) - Chuck Palahniuk
  6. Republik Kutu (edisi cetakan semula dari PiBiBi)
  7. The White Castle - Orhan Pamuk
  8. The Lake - Banana Yoshimoto
  9. The Luminaries - Eleanor Catton
  10. The Stand (Complete & Uncut Edition) - Stephen King (okay, yang ini sebenarnya aku sudah baca, tetapi naskah yang aku ada hilang dan aku beli yang baru dan baca kembali kerana ini antara naskah nukilan beliau yang terbaik pernah aku baca setakat ini)
... dan ini pula senarai buku yang sedang aku baca (dan entah bila hendak habiskan):
  1. And the Mountains Echoed - Khaled Hosseini
  2. Infinite Jest - David Foster Wallace (yang ini pula sebenarnya aku baca dari pertengahan November tahun lepas tetapi masih belum-belum habis kerana ia setebal 1079 halaman dan aku tidak sebegitu gigih hendak baca dalam kadaran yang konstan selalu)
... dan  ini senarai buku yang aku harap akan boleh perolehi dan baca tidak lama lagi:
  1. Colorless Tsukuru Tazaki and His Years of Pilgrimage - Haruki Murakami (aku sudah pra-pesan naskahku dari mphonline yang baru-baru ini telah membuat promosi diskaun untuk buku-buku pra-pesan terpilih. Aku memang tidak sabar untuk membaca tulisan terbaru daripada salah seorang penulis kegemaranku ini) [EKSTRA: Kalau kalian pra-pesan SEKARANG di mphonline.com, ada diskaun 30% untuk buku ini.]
  2. Mr. Mercedes - Stephen King (khabarnya edisi kulit keras sudah terbit tetapi aku sanggup bersabar dan menantikan edisi kulit lembutnya kerana aku tidak sebegitu kaya untuk beli yang kulit keras)
  1. Frog Music - Emma Donoghue (selepas teruja dengan berita bahawa novel beliau yang terdahulu bakal diadaptasi ke layar perak, aku agak optimistik untuk membaca tulisan terbaru dari penulis hebat ini)

Bagaimana pula dengan anda? Beritahu aku di ruang komen di bawah.

Jumaat, 27 Jun 2014

368: [siri haiku merepek] #09 - ulang tahun.

menjelang esok
musimnya akan beda
berseronoklah!

menjelang esok
usiaku tambah satu
hampiri maut

menjelang esok
tiada cuak dan ragu
hanya optimisme

menjelang esok
kapkek, donat dan soda
sebelum puasa

Ahad, 15 Jun 2014

367: [siri ulasan buku] #41 - kumpulan cerpen 40 karya arif zulkifli.

Buku kecil edisi terhad Kumpulan Cerpen 40 hasil nukilan sepenuhnya saudara Arif Zulkifli ini dilancarkan secara rasminya pada Pesta Buku Antarabangsa 2014 di PWTC tempoh hari, di mana atas sebab-sebab peribadi, aku tidak dapat hadiri. Walaubagaimana pun, aku amat berterima kasihkepada penulisnya kerana menyimpankan satu naskhahkomplementer buat aku yang terlepas peluang untuk membelinya kerana kalau tidak salah, masuk sahaja hari keempat PBAKL14, buku tersebut telah pun selesai habis terjual. Aku agak berbangga kerana pernah dua kali berkongsi antologi cerpen Fixi (BOLA dan juga KLCC), makanya secara tidak langsung sedikit-sebanyak aku sudah disediakan dengan bentuk penulisan yang dipersembahkan oleh ArifZulkifli ini. Jangan ditanya kenapa kulit buku ini merupakan sepasang rahang gigi manusia kerana aku sendiri tidak tahu (mungkin penulisnya ada maksud yang tersirat?).

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015