Isnin, 26 Mei 2014

366: [siri ulasan buku] #40 - kacau karya ariff adly

Tajuk: KACAU

Siapa penulisnya?
Ariff Adly (@kiddkiid)

Tajuk lain yang aku kira lebih ampuh:
KAOK (bahasa Indonesia untuk ‘berteriak)

Genre:
Psychological/horror/mysticism. Fiction.

Baca novel ini jika anda gemar:
Siri Suangi tulisan H.M. Tuah Iskandar. (sila Google kalau tak pernah dengar)

Latar tempat: logik vs. merapu?
Typically logic. Ada sekitar Cheras, Seremban, Semenyih dan lain-lain. Kawasan bangunan tinggal dan sewaktu dengannya.Jadi, secara amnya agak relatable-lah.

Petikan paling meninggalkan kesan:
“You put a smile on your face, while inside you feel like dying. You wear a smile, for the sake of supporting others, and that, THAT Al, is strength,” – Jimie, bab 12, halaman 167.

Ulasan aku:
Aku mempunyai perasaan yang berbelah bahagi sesudah membaca KACAU ini. Ada beberapa perkara yang aku benar-benar suka tentang novel setebal 327 halaman ini, ada juga yang aku tidak begitu suka dan ada juga yang aku langsung tidak berkenan. Jadi, untuk memudahkan pembacaan ulasan aku (yang aku rasa mungkin bakal panjang berjela-jela ni) aku bahagikan kepada tiga seksyen. Selamat sakit mata tenung skrin lama-lama. Kthanxbye.

Pros:
1.
1  aku suka langgam bahasa yang digunakan oleh penulis dalam KACAU ni. Ia terasa segar, ada semangat urban, berbau remaja dan semestinya relatable. Aku tak ada masalah dengan code-switching yang sangat-sangat berleluasa dalam lontaran dialog watak-watak dalam novel ini kerana itulah lumrah kita sebagai seorang rakyat Malaysia, tak gitu?
2.
2  plot-pace yang baik. Tak terlalu meleret-leret (*batuk* novel sendiri *batuk*) dan tidak pula terlalu laju. Sedang-sedang saja. Just nice. Kelajuan pacing plot dalam KACAU ini seimbang, memberi ruang untuk perasaan suspens dan cuak itu membengkak sebelum meletus dan menyusut, hanya untuk dibengkakkan semula. Bagus!
3.
3 dari skala 1 hingga 5, aku beri 3 setengah untuk nuansa seram dan psiko yang terhasil. Penulis nyata bijak membengkakkan babak suspens dan membiarkan pembaca tidak sabar-sabar untuk terus membaca untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya.
4.
4 aku suka apabila penulis bijak memanipulasikan teknik epistolary (walaupun tidak secara menyeluruh) ke dalam naratif cerita. Petikan tweet, SMS dan diari yang dipaparkan sebagai naratif sedikit-sebanyak berjaya memberikan unsur realisme kepada naratif yang digarap oleh penulis. Rasanya kalau diperbanyakkan pun lebih baik kerana ia boleh membuka lebih banyak dimensi kepada perkembangan watak-watak yang dibangunkan.
5.
5 kudos kepada penulis kerana mengangkat genre yang boleh aku klasifikasikan sebagai psychological/horror/mysticism ini. Aku yakin, penulis banyak membuat kajian tentang Ulek Mayang dan juga elemen-elemen seram yang diwujudkan dalam KACAU. Nampaknya novel ini bukanlah sekadar tulisan remeh kerana bukan senang hendak takutkan orang sebenarnya.
6.
6  penyudah dan epilog epilog yang perfect. Serius. Semacam klu awal kepada pembaca yang bakal ada sekuel KACAU menyusul selepas ini. Paling tidak pun aku kira mesti penulis sedang merencanakan suatu spin-off. Betul, tak?#kekening

Cons:
1.
1  onomatopeia sangat-sangat berleluasa digunakan dalam naratif kadang-kadang membunuh mood tegang yang ditimbulkan oleh penulis. Contohnya pada halaman 84, efek bunyi kuku mencakar itu pada hemat aku tidak diperincikan dengan baik dan penulis seolah-olah agak malas dengan sekadar menzahirkannya dalam bentuk bunyi (baca: Sreeaattt… kreeeaatt.. kreaaaaatt) sedangkan efek onomatopeia itu telah dizahirkan tidak sampai 15 baris sebelumnya. Ada juga beberapa bahagian dalam novel ini yang menggunakan onomatopeia untuk menggantikan kesan bunyi yang terhasil, tetapi kesannya tidak begitu efektif.  Contohnya pada halaman 40, bunyi ‘DOOOOM!’ yang menandakan ada objek berat jatuh dari tingkat tiga itu semacam kelakar. Sepatutnya elemen onomatopeia ini menjadi ‘perencah’ untuk menyedapkan naratif dan bukannya dikhususkan sebagai sebahagian besar daripada naratif.
2.
2. KACAU ini seram memang seram. Tetapi kebanyakan babak yang dimunculkan seakan ‘been there, done that’ dan macam suatu saduran daripada novel atau filem seram Hollywood. Kadang-kadang ada beberapa babak yang agak klise bagi aku. Contohnya babak ada salah satu watak sedang berada di dalam bilik air dan ternampak kelibat perempuan berambut panjang di belakangnya itu bagi aku agak biasa-biasa (overkilled by Japanese horror flicks if you ask me). Tetapi aku respek bahagian ketika Syira dirasuk dan mula meracau-racau tak tentu hala (oh, dan bahagian dekat-dekat nak habis dalam novel ini). Itu seram. Serius.
3.
3. Perincian watak agak lemah. Setiap satunya bagi hemat aku tidak begitu menonjol kerana tiada ciri-ciri istimewa yang membuatkan watak itu menonjol. Dialog yang digunakan lebih kurang sahaja gayanya, baik watak lelaki mahupun perempuan, menjadikan pembaca agak sukar untuk membuat pemetaan dan mengisi ciri-ciri setiap satu watak yang dibangunkan oleh penulis.Physical attributes watak-watak juga agak kabur. Jujur aku jelaskan, yang (ya, mungkin aku yang terlepas pandang, jadi maafkanlah aku) bahawa ada salah satu watak bernama Al dalam novel ini mati-mati aku sangka merupakan seorang lelaki, sehinggalah ke halaman 92 baru aku sedari yang Al ini seorang perempuan. Mungkin disebabkan namanya yang agak androgynous menyukarkan lagi untuk aku membuat kesimpulan awal terhadap perincian watak tersebut. Watak-watak dalam KACAU ini aku ringkaskan sebagai tidak begitu berjaya untuk menyampaikan pathos yang perlu disampaikan dan hanyalah sekadar logos kepada pergerakan naratif.
4. Point of view yang kurang jelas. Ya, KACAU ditulis dalam 1st person POV (I do this, I see that, I kicked the ball, etc…) serupa seperti apa yang aku sering guna dalam BISIK dan KOYAK. Namun masalahnya di sini adalah di mana apabila setiap bab dipotong kepada sub-bab dan setiap sub-bab tersebut digantikan dengan POV watak yang berlainan. Ia bagus kalau dilaksaknakan dengan bijak, tetapi bagi aku dalam KACAU ia menjadikan pembacaan sedikit huru-hara dan menyusahkan. Aku acap kali harus mengulang-baca beberapa sub-bab untuk mengetahui POV watak mana yang sedang menyuarakan naratif. Mungkin itulah sebab utama penulis sengaja berbuat sedemikian. Entahlah, hanya tuan penulis yang tahu.
5.
5  aku tak suka ‘Prolog’ novel ini. Semacam tak ada fungsi. Aku kira lagi afdal kalau penulis tulis bab berasingan sebagai prolog ataupun petik naratif pada baris akhir halaman 123 dan 124 sebagai prolog kerana bagi aku, itulah katalis yang lagi ampuh sebagai pembuka tirai untuk KACAU. But then again, ini hanyalah pendapat aku semata-mata. Penulis mungkin ada sebab lain kenapa dia memilih bahagian prolog itu ditulis sedemikian.
6.
6. Part cinta muda-mudi, tulis lirik lagu bagi kat gf/bf. Itu klise, bai. #muntahhijau

Last verdict:
Aku suka novel ini, nuansa seramnya sampai. Cumanya aku agak terganggu dengan laras bahasa yang bagi aku terlalu santai dan ditaburi profaniti yang tidak perlu sehinggakan sedikit mengganggu mood pembacaan aku. Overall, aku suka dan semestinya aku syorkan buku ini untuk dibaca oleh semua penggemar genre seram. Syabas buat penulis kerana berjaya menghasilkan suatu bentuk penulisan yang jelas sekali nampak kebersungguhan beliau dalam membuat kajian awal sepanjang proses menulis naskhah KACAU ini.


=)

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015