390: putus sahabat.



There is not a single word in the whole world
That could describe the hurt
The dullest knife just sawing back and forth
And ripping through the softest skin there ever was

How were you to know?
Oh, how were you to know?

And I, I hate to see your heart break
I hate to see your eyes get darker as they close
But I've been there before
And I, I hate to see your heart break
I hate to see your eyes get darker as they close
But I've been there before

Love happens all the time
To people who aren't kind
And heroes who are blind
Expecting perfect scripted movie scenes
Who wants an awkward silent mystery?

How were you to know?
Well, how were you to know-oh-oh?

And I, I hate to see your heart break
I hate to see your eyes get darker as they close
But I've been there before
And I, I hate to see your heart break
I hate to see your eyes get darker as they close
But I've been there before

For all the air that's in your lungs
For all the joy that is to come
For all the things that you're alive to feel
Just let the pain remind you hearts can heal

Oh, how were you to know? (How were you to know?)
Oh, how were you to know?

And I, I hate to see your heart break
I hate to see your eyes get darker as they close
But I've been there before
And I, I hate to see your heart break
I hate to see your eyes get darker as they close
But I've been there before



***


Terkadang kita seringkali berada di sebuah persimpangan yang memaksa untuk kita menjadi matang dan sekaligus meninggalkan persahabatan sedia ada yang tidak lagi memberikan sebarang impak signifikasi ataupun menguntungkan diri sendiri baik secara mental atau fizikal. Terkadang, meninggalkan itu lebih baik daripada terus bergantung dan berharap pada sesuatu yang tidak pasti. Terkadang kita masih lagi bergantung pada sesuatu itu atas dasar selesa, dan atas dasar tidak mahu lupakan jasa atau pengorbanan si dia yang terdahulu.

Aku juga tidak terkecuali daripada merasakan semua ini, dan begitu banyak sekali individu yang datang di dalam hidupku yang akhirnya melarut pergi begitu sahaja walau aku berusaha sedayanya untuk mempertahankan hubungan tersebut. 

Seringkali aku mempersalahkan diri sendiri dalam hal ini. Namun begitu, apabila semakin menginjak usia, aku menyedari bahawa melepaskan itu lebih baik daripada terus berharap.

Ini adalah kerana...

1. melepaskannya kerana tidak lagi sehaluan
Entah berapa ramai kenalan yang aku kenal dan pupuk sedari di bangku sekolah tidak lagi menghubungiku, dan aku juga tidak berusaha untuk menghubungi mereka. Ini adalah kerana faktor masing-masing sudah tidak lagi sehaluan, sealiran fikiran ataupun tidak lagi saling mengenali antara satu sama lain.

Lumrah hidup telah menjelaskan bahawa manusia sifatnya berkembang dan sering berubah. Jadinya tidak mustahil jika sahabat rapat yang kita kenal di sekolah/kolej/universiti dahulu tidak lagi berkongsi minat yang sama, tidak lagi memahami diri kita dan tidak lagi mempunyai kemahuan untuk terus berhubung.

Memang payah untuk melepaskan mereka yang pernah hadir di dalam hidup kita, tetapi aku sering beringat bahawa kita sebenarnya ditakdirkan untuk bertemu dengan puluhan, malah mungkin ratusan insan lain di sepanjang perjalanan hidup kita yang (mungkin) masih lagi jauh ke hadapan. Mereka inilah yang mungkin boleh mengembalikan kegembiraan, keperitan dan nikmat bersahabat yang dicari-cari.

2. melepaskan kerana tiada lagi kepercayaan di antara kalian
Aku akui memang sakit apabila dilukai mereka yang digelar sahabat. Standardlah kalau bersahabat kalau tidak bergaduh. Sedangkan adik-beradik, sesama mak-ayah pun kita boleh bermasam muka, apatah lagi dengan sahabat handai. 

Makanya jika sudah disedari bahawa si dia sudah tidak lagi mampu kau percaya, dan tiada kemaafan kedua buatnya, tanyalah pada hati apakah tujuan asal si dia berada di dalam hidup kau. Kepercayaan dan kesetiaan adalah dua kunci utama kejayaan sesesbuah persahabatan. Jika salah satu daripada tidak wujud, ia boleh meleretkan kepada kekecewaan, ketegangan dan kemarahan yang sepatutnya tidak wajar disimpan di dalam hati kerana semua itu bukan sahaja destruktif, malah merugikan diri sendiri.

Carilah seseorang yang sudi dan bersedia untuk berkongsi apa jua yang kau ingin kongsikan, dan yakin bahawa jika berjauhan sekalipun si dia mampu untuk menutup mulut dan tidak membocorkan rahsia tersulit tersebut. Carilah seseorang yang sedia untuk setia berdasarkan tingkahnya dan bukan sekadar omongan kosong. Mudah-mudahan persahabatan sebegitu akan kekal lama.

3. melepaskan kerana diri sendiri tidak pasti akan hala tuju persahabatan tersebut
Kita bersahabat atas pelbagai sebab. Mungkin si dia kita kenal kerana satu tempat kursus, duduk pula sebelah-sebelah, jadinya kau tidak boleh tidak daripada memulakan bicara dan dari situ kalian mula bersahabat. Mungkin juga kalian bersahabat kerana mempunyai minat yang sama iaitu sama-sama kaki perempuan bola.

Apa-apapun, persahabatan yang bersebab akan menentukan hala tuju persahabatan tersebut. Jadi, apabila kita tidak pasti atas dasar apakah kita bersahabat dengan seseorang itu, makanya ia akan menimbulkan kekeliruan kerana kau tidak tahu apakah signifikasi diri kau terhadap dia, itupun jika ia wujud. Jadi, tanyalah balik apakah sebab kalian bersahabat.

Jadilah sahabat kepada seseorang yang dia dan kau sendiri boleh bangga dan deklarasikan pada dunia yang kalian bersahabat. Kekalkan mereka yang tidak akan memperkotak-katikkan persahabatan tersebut dan benar-benar menghargai masa dan tenaga yang dicurahkan untuk persahabatan itu.

Kalau hal ini tidak wujud, tidak rugi kalau diputuskan sahaja persahabatan itu kerana kelak ia tidak akan menyerabutkan fikiran (dan juga phonebook telefon kau).

4. melepaskan persahabatan yang merosakkan diri sendiri
Ramai di antara kita agak payah untuk melihat dengan jelas impak seseorang itu terhadap diri sendiri, sehinggalah sudah terlewat. Lantaran itu banyak kisah yang pernah kita dengar anak muda yang rosak (terjerumus ke kancah dadah, contohnya) kerana sahabat.

Oleh itu, ambil beberapa langkah ke belakang dan evaluasi persahabatan kau dengan si dia. Jika dia membuatkan kau tidak keruan, tidak gembira, barangkali sudah tiba masanya untuk ucapkan selamat tinggal kepada dia. Usah biarkan diri sendiri terperangkap dan dipergunakan atau dilayan acuh tidak acuh dalam kehidupan.

Kalau ada di antara sahabat kita yang sering mencuba untuk menjatuhkan kita, berlumba-lumba dengan kita, tidak memberikan perhatian sewajarnya kepada kita, tidak hiraukan kita, membuli, memalukan kita di hadapan orang lain, membuatkan kita mempersoalkan diri sendiri atau langsung tidak mempedulikan tentang hal-ehwal kita, tinggalkan sahaja parasit sebegitu kerana kita layak bersahabat dengan orang yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam bersahabat.

Hormati diri sendiri dahulu, sebelum hormati orang lain. Hargai masa dan tenaga yang kau curahkan terhadap seseorang agar ia benar-benar berkualiti dan menguntungkan kedua-dua pihak.

5. melepaskan kerana tidak lagi sehaluan
Ramai juga kenalan (aku gunakan perkataan 'kenalan' kerana ada individu yang aku sekadar kenal dan tidak bersahabat, harap maklum) yang aku tidak lagi hubungi kini kerana mendapati bahawa kami tidak lagi sehaluan. 

Banyak persahabatan terjalin atas sebab yang tidak disangkakan, dan seringkali kita tidak akan bertemu dengan seseorang yang benar-benar sehaluan. Itu lumrah kerana setiap manusia diciptakan berbeza. Namun ia tidak bermaksud persahabatan itu tidak boleh berlangsung.

Tetapi jika didapati terlalu banyak ketidaksamaan di antara kalian, ia mungkin suatu indikasi bahawa persahabatan itu tidak wajar untuk dikekalkan lagi.

6. melepaskan jika kau saja yang berusaha untuk mengekalkan persahabat tersebut
Jika merasakan hanya kita sahaja yang berusaha untuk meneruskan sesebuah persahabatan tersebut, membazirkan sebegitu banyak masa, tenaga dan perasaan untuk hal itu, mungkin sudah tiba masanya untuk muhasabah diri dan timbal semula hala tuju persahabatan tersebut. Jika seseorang itu jujur dan ikhlas menyayangi dan menghargai kita, orang itu tidak akan membiarkan kita sendiri untuk berusaha mengekalkan persahabatan tersebut.

Aku ada seorang sahabat yang boleh dikategorikan sebagai 'pak sanggup' dalam persahabatan. Dia bekerja di Singapura, dan rakan-rakan rapatnya kebanyakannya ada di Semenanjung Malaysia (Pulau Pinang dan Kuala Lumpur). Aku acapkali menyedari yang hanya dia sahaja yang gigih naik pesawat atau memandu untuk bertemu sahabat mereka ini andai mereka ada membuat janji temu, dan sahabatnya tidak pernah pula merasakan keperluan untuk turun ke Singapura untuk bertemu dengannya. Salah seorang rakannya baru-baru ini berkahwin di Kedah, dan dia tidak fikir panjang terus sahaja mohon cuti dan terbang ke sana semata-mata untuk menghadiri majlis tersebut. Dua rakannya bergraduasi di Kuala Lumpur, dan dia langsung tidak berkira untuk datang meraikan kejayaan sahabatnya itu.

Suatu hari, dia kemalangan dan dimasukkan ke hospital (di Singapura). Hanya aku dan seorang kenalan sahaja yang datang menjenguknya. Rakan-rakannya yang lain langsung tidak kelihatan. Ada kecewa terzahir di mukanya. Aku jelaskan hal ini dan dia tidak lagi berhubungan dengan sahabat-sahabatnya di semenanjung. Dia kini hidup lebih bahagia dan gembira walau kehilangan sejumlah rakan yang lain, asalkan sahabat yang sedia ada bersedia dan sanggup untuk luangkan masa, tenaga dan perasaan untuk kelangsungan persahabatan yang sudah terbina lebih belasan tahun ini.

7. melepaskan mereka yang tidak pernah memberikan galakan atau kepercayaan kepada diri kita
Ada sesetengah individu yang hanya bersahabat atas dasar keperluan dan kepentingan peribadi dan langsung tidak mempedulikan akan hati dan perasaan orang yang lagi satu. Orang sebegini seringkali tidak memberikan sokongan atau panduan, kerana merasakan bahawa ia tidak menguntungkan dirinya. Yakinlah bahawa kita tidak memerlukan orang sebegini dalam hidup kita kerana sewajarnya kita memerlukan individu yang bukan sahaja ikhlas malah bersedia untuk memberikan galakan dan kepercayaan terhadap kita dan mempercayai bakat dan kebolehan kita dan bukannya sekadar pandai mengkritik.

8. melepaskan kita persahabatan itu tidak membuahkan sebarang hasil yang diingini
Sesekali tanyalah kepada diri sendiri, apa yang diinginkan dalam sesebuah persahabatan yang sedang diusahakan itu, sama ada ia merupakan sesuatu yang memberikan hasil positif yang membawa ke arah kebaikan untuk anda bersama ataupun tidak. Seringkali kita mungkin akan dianggap 'terlalu banyak songeh' dalam mencari-cari apa yang diinginkan dalam hidup, namun begitu kita seharusnya bertanyakan kembali, apakah kita sekadar mahukan persahabatan yang sekadar wujud sebagai sahabat atau lebih daripada itu. Maksud saya, sahabat yang lebih dari sekadar bersahabat merujuk kepada hubungan akrab yang mampu berkongsi jiwa dan raga, susah-senang dan juga kebahagiaan hidup namun masih lagi dalam ruang-lingkup bersahabat.

Abaikan saja persahabatan yang tidak membawa ke mana-mana ataupun apabila kita menyedari bahawa kita berada di posisi terlalu berharap dan meminta-minta dalam sesebuah persahabatan kerana sesebuah persahabatan dinamis yang unik sewajarnya memiliki toleransi, sokongan, bersedia untuk saling menasihati, saling boleh dipercayai, setia dan mempercayai bakat dan kebolehan yang kita ada. Pendek kata, carilah seseorang yang boleh menerima diri kita seadanya, dan juga bersedia untuk menyokong dan membantu kita untuk menjadi lebih baik.

Ulasan