380: the friend zone, cool atau tidak?

Mula-mula sekali, tengok video ni:


Kemudian.... bersedia untuk membaca bebelan aku.

Thanks.

Now... to be honest, aku mengaku yang topik kali ni memang dekat dengan diri aku sebab aku sendiri pernah mengalaminya beberapa kali. Believe me, this zone... its not an interesting and/or nice place to be with. Especially bila kau dah lama sangat berada dalam zon tu sampai kau sendiri tak sedar.

Its tricky, being in an friend-only-zone sebenarnya. One side, kau berharap yang persahabatan itu kekal menjadi hanya suatu sahabat; one side lagi, kau berharap yang ianya akan berkembang menjadi sesuatu yang lebih konkrit (baca: bercinta).

Kau mula berfikir; "We literally know each other well, what could possibly go wrong if we started dating, amirite?"
Itulah ayat tanya yang akan merosakkan sesebuah persahabatan sebenarnya IMHO. Bagi aku, tiada yang lebih tricky daripada membuat transisi daripada berkawan, menjadi kawan baik kepada pasangan bercinta.

I know, ada juga yang akan cakap yang mereka dulunya berkawan dulu, kemudian baru bercinta, tapi berapa kerat je sebenarnya yang berjaya dalam transisi ini, betul tak?

TBH, aku pernah berada dalam situasi ini atau pernah meletakkan seseorang dalam situasi ini (baik secara sengaja ataupun secara tidak aku sedari).

Bagi aku, ini adalah ciri-ciri yang kau perlu tahu kalau kau dah campakkan kawan kau dalam kategori friend zone adalah seperti berikut:
  1. Kau selalu ajak dia untuk lepak bersama (usually just the two of you) dan kau buat aktiviti yang kau (atau dia pun) suka (cthnya lepak kedai kopi, tengok wayang, mencuba dessert kat mana-mana kafe)
  2. Kau selalu consult dia untuk semua past relationships kau, lepas tu kau most of the time kau akan ikut nasihat dia, dan kau akan cakap benda ni: "I know you always say the exact right thing, you're the best!" (atau lebih kurang macam inilah).
  3. Unconsciously, kau layan dia macam kau layan kekasih kau (cthnya kau willingly nak jemput dia kat rumah kalau kau nak ajak lepak, tolong bukakan pintu kereta, ambil berat secara melampau, rajin contact dia untuk bertanya khabar, dll).

Seriously... being friend-zoned ni tak ada yang indahnya. Sama ada kau atau kawan kau tu, salah seorang daripada kalian pasti akan end up terluka dan merisikokan kondisi di mana persahabatan kalian musnah begitu sahaja.

Nasihat aku mudah je, kalau kau mula rasa yang kau dah treat kawan kau extra special sehingga dia mungkin boleh rasa yang kau syok kat dia, kurangkan atau lebih baik hentikan je terus. Sebab takut kau terbagi wrong signal kat dia.

Kalau kau yang mula rasa something terhadap kawan kau... come clean. Bagi tahu dia point blank. Setidak-tidaknya lebih awal kalian clear the things between you guys, the better.

Tbh, there's no easy way out from this predicament sebab at the end of the day, mesti akan ada yang paling tidak terasa sikit. But then again, that's life, kan?

Ulasan

Raz berkata…
sabar lah... x pon confess je... mana taw ade rezeki dapat lah