Selasa, 27 Ogos 2013

Sabtu, 17 Ogos 2013

358: [siri ulasan buku] #35 - katarsis karya anastasia aemilia.



KATARSIS ditakrifkan sebagai 

1. kelegaan emosi (perasaan), kelega­an drpd ketegangan dan pergolakan batin;
2. (Ubat) proses pengubatan yg digunakan utk meluahkan perasaan pesakit berhubungan dgn pengalaman buruk yg terpendam dgn mengulangi pengalaman itu melalui pertuturan atau perbuatan. 

merupakan merupakan novel ke-41 terbitan Buku Fixi yang diterjemahkan daripada Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia. Anastasia Aemilia selaku penulis asalnya dengan judul yang serupa. Terjemahannya pula dilakukan oleh novelis sensasi, Julie Anne yang terkenal dengan novel duet beliau bersama Sham Hashim yang berjudul LICIK.

Aku berpeluang untuk membaca naskah awal Katarsis yang siap diterjemahkan oleh Julie Anne dan apa yang aku boleh simpulkan adalah novel setebal 261 halaman ini berjaya membuat aku sakit kepala dan berasa sedikit mual apabila membaca beberapa bahagian ngeri yang dijelaskan secara agak explicit di dalam novel ini. Melihat kepada kulit novelnya saja sudah cukup untuk membuat pembaca mencetuskan spekulasi tersendiri. Apa perkaitan kotak perkakasan yang berkunci itu dan tangan siapakah yang kelihatan menyelinap di celahan bukaan kotak perkakasan itu?

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015