Ahad, 24 Februari 2013

334: [siri certot!] #06 - vanished.

Ini percubaanku untuk kontes KL NOIR di Facebook. Tak menangpun. Mungkin sebab cerita aku biasa-biasa saja. Lagipun aku akui, menulis dalam Bahasa Inggeris nyatanya bukan kekuatanku.

Tak apalah.

Melihat kepada 4 yang terpilih, memang kosa kata dan kreativiti mereka yang menang jauh meninggalkan aku.

Tahniah untuk semua yang menang.

=)

***

I remember my first morning here. “Welcome to Labuan!” you gave me a decent SMS a few minutes after my flight had landed, I thought I slipped into a dream.
I remember holding your hand while you drive me around town. We went around the semi-busy streets of Labuan, passing the famous War Memorial Park, had a quick stop at the Pancur Hitam Beach, seeing everything and finding it hard to believe that I am here. Most importantly, I saw the one face that I am dying to see in this island, right here next to me.
I remember the breakfast, lunch, dinner and sometimes late supper we had; Western, Laksa Sarawak, nasi campur. It does not really matter, as long as it was with you.
I remember us heading to the airport’s McDonald’s for supper after we went karaoke-ing with your friends. I said I am not hungry, which is obviously a lie, when the fact is that I lost my appetite while watching you getting comfy with one of your so-called friends.
I remember the kisses we shared in your car, at your couch, in the bedroom. You always blame me for leading you on in getting your load off but I know deep down you actually wanting more.
I remember nesting my head in your chest while the crazy neon of Popin dance floor makes me slightly dizzy.
I remember the morning of my departure. You deliberately mentioned no tearful goodbyes, no hugging and definitely no kissing. I held on my tears up until when the plane leaves the island. As the plane taxied onto the runway, I imagined you waving at me from the departure hall.
I remember sucking on the Daim chocolate you gave. Its taste rapidly vanished, but my feelings for you never do.

Rabu, 13 Februari 2013

332: [siri ulasan buku] #31 - son complex karya kris williamson.

Ada kenalanku beritahu yang aku harus segera habiskan baca mana-mana novel Fixi yang terbaru kerana dia hanya akan beli dan hadam novel tersebut berdasarkan ulasan dan usulanku. Son Complex karya Kris Williamson merupakan novel berbahasa Inggeris pertama terbitan FIXI di bawah imprint FIXI NOVO, diterbitkan bulan lepas dan merupakan novel yang paling pantas aku habiskan (aku selesai baca kurang dari tempoh 48 jam) setakat ini untuk tahun 2013.

Membaca sinopsis yang ada di laman Facebook-nya benar-benar membuat aku tergiur untuk segera habiskan, tetapi usai aku khatam novel setebal 248 halaman itu, apa yang aku boleh simpulkan adalah ia merupakan satu karya yang biasa-biasa saja tentang pencarian, tentang identiti, tentang konflik diri yang watak utama itu cari sendiri, tetapi gagal untuk mencari sebarang solusi yang berketepatan dan memuaskan hati dirinya dan juga pembaca.

Aaron, seorang lelaki berbangsa Inggeris berusia 23 tahun dari Amerika, merantau beribu-ribu kilometer jauhnya dan datang ke Malaysia dalam usaha untuk menjejaki ayahnya setelah dia kematian ibunya, hanya berbekalkan beberapa pucuk surat obskur yang ditinggalkan oleh mendiang ibunya. Ia ditulis dalam perspektif Aaron, makanya pembaca dibawa bersama untuk sama-sama keliru di tengah-tengah kota yang amat asing buat Aaron, dalam usaha Aaron mencari sekelumit maklumat daripada keluarga dan individu yang dia fikir boleh membantunya menjejaki siapakah ayahnya yang sebenar.

Aku nyaris tertipu sebenarnya tatkala melihat kulit depan novel ini. Ada siluet seseorang yang memakai topi dan memegang helmet, dan serta-merta mindaku melompat dan separa berharap ada babak menaiki jet pejuang (terus terbayang Tom Cruise dalam filem Top Gun) namun harapanku meleset kerana siluet lelaki itu adalah si Aaron dalam cubaannya untuk menyelami hidup seorang mat rempit (walaupun dia tidaklah memandu, sekadar membonceng). Apa-apapun, Son Complex berjaya membenarkan pembaca (khususnya yang memangnya berasal dari sini) seolah-olah merasai apa yang dirasai oleh seseorang yang berada di luar ruang-lingkup selesanya. 

Jurang bahasa adalah antara permainan utama yang diketengahkan. Bahasa Malaysia Aaron nyata amatlah minumum, makanya timbul pelbagai senario lucu yang kita sendiri ambil mudah seperti memesan makanan di warung dan memberikan lokasi kepada pemandu teksi, tetapi mungkin sekali boleh membikin seorang bangsa asing berpeluh dahi (dan ketiak) apabila dirinya disalahertikan. 

Jujurnya tiada apa yang menarik sangat akan novel Son Complex ini (yang mana judulnya aku kira diadaptasi daripada sebuah kelab yang dimasuki oleh Aaron, yang pada hemat aku novel ini lebih cocok dijudulkan sebagai 'The Journey' ataupun 'Being Foreign' berbanding judulnya yang aku fikir bukanlah suatu representasi  spesifik kepada perkisahan yang dipaparkan). Aaron mencari kebenaran tentang identiti ayah kandungnya di negara yang serba asing buatnya, dan dalam proses itu dia melalui pelbagai pengalaman yang mungkin menarik buatnya, tetapi tidaklah sedahsyat atau menarik mana bagi kebanyakan rakyat tempatan. Ada salah guna dadah, mat rempit, cebis-cebis informasi tentang kepentingan kuasa dan susun-atur politik tempatan, dan juga tempat-tempat makan sekitar Kuala Lumpur.

Aku kira perkaitan antara surat-surat peninggalan Nora (mendiang ibunya si Aaron itu) nyata tidak begitu kuat dan meyakinkan untuk dia datang dan terpanggil mencari ayah kandungnya. Ini adalah kerana walaupun aku sudah ulangbaca beberapa kali segmen surat-surat yang diutuskan itu, aku sepertinya tidak tergerak untuk kurius mahu tahu lebih lanjut. Semacam hampir tiada misteri yang wujud di situ. Aku agak kecewa di situ. Alangkah bagusnya kalau penulis merungkaikan misteri identiti sebenar (atau separa merungkaikannya) lewat surat-surat yang dibaca, didedahkan kepada para pembaca sepucuk demi sepucuk agar pembaca terus berteka-teki akan siapakah ayah kandung Aaron yang sebenarnya.

Ahad, 3 Februari 2013

331: untuk kamu yang berada 1000 kilometer dari saya. ya, kamu!

ya. aku mungkin bodoh, dangkal dan jahil untuk terus-terusan mempunyai perasaan ini. tetapi percayalah bahawa hati ini tidak termampu untuk menolak, menidak dan menafikan apa yang terselit, terpalit, terpateri di dalam hatiku.

ya, aku mungkin tidak akan dapat memilikimu, tetapi katakanlah aku bodoh, dangkal dan jahil untuk terus-terusan menunggu dan menyimpan perasaan ini buatmu.

kerana hatiku tertinggal di dalam genggammu.

itu aku berani jamin.



jauh kau pergi beribu batu
ku harap lancar perjalananmu
jangan dilupa asal-usulmu

cuba kau renung ke dalam mataku
moga kau tembus pintu hatiku
bukti cintaku ada di situ

selama-lamanya
walau dah terputus jalannya
kau pergi
ku di sini tetap ada ikut sama

teguh kau pegang janjimu dulu
di tanah orang tunduk selalu
jangan dibuang budi ajarmu

bila kau rindu hangat kasihku
pejamkan saja harap bertemu
jauh pun mana aku di situ

selama-lamanya
walau dah terputus jalannya
kau pergi
ku di sini tetap ada ikut sama

Jumaat, 1 Februari 2013

330: ahad ini aku ke sini.



329: ada apa dengan labuan?

aku biarkan gambar-gambar berbicara.
gembira, ya.
sedih, semestinya.
mahu kembali, kalau umurku masih bersisa.

beberapa minit sebelum berlepas. jantung rasa seperti mahu gugur.
langit lazuardi membatasi awan dan bumi


laksa sarawak @ Cassiopeia Riverside Restaurant
pasir nan putih @ Papaya's Beach Lounge
air kelapa entah di mana. sudah lupa nama tempatnya.
puncak tertinggi di Labuan.
War Memorial Park - tempat bersemadinya lasykar dan mereka yang terkorban di Borneo dan kawasan sekitarnya.
















entah siapalah dua makhluk di kejauhan itu.
 

redupnya Labuan di pagi keberangkatanku. seredup hatiku yang enggan pulang.

kembali ke realiti semenanjung

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015