Sabtu, 29 September 2012

291: doubting myself.

Have you ever felt as if you're like studying or working on the wrong course or jobline?

Like seriously. 

Have you ever consider that what you're working on right now is like not suitable for you?

Well... I have... like a bazillion (is this an actual word?) times, in fact. 

First of all, there are some times during my four years studying TESL in UKM I have doubted myself and asking if I ever can actually pull it off. I mean, four years studying for your degree is indeed four years that you'll never get back.

Period.

I wonder what I can do with that four years if I don't study for my degree. Hurm...

To be honest, I have always wanted to be an art or literature student, you know... the one that always dressed in hipster-esque clothings, trotting DSLRs or Lomo cameras everywhere and be awesome with playing with ukulele or guitar or shit. Haha, I would probably get a lot of hate comments regarding my stereotypical characterization of what an art or lit students are. 

But whatever.

But then again I always reminds myself that the degree that I will get at the end of the day will be so effing worth it because a lot of people claimed that having a TESL degree can branch you out in like a bazillion (again, is that even a word?) other things in life.

Like scriptwriting, copywriting, advertising, legal, journalism and whatnot. There are tonnes of job you can do after you graduated with a TESL degree. Seriously. I am not kidding. You got to have to expand your horizon and have that extra something in order to make yourself marketable.  

Well... maybe I consider myself slightly lucky because I got my writing (academically and also commercially) published even before I graduated, which is awesome on my resume. I got the right amount of exposure due to the publication of BISIK, and there are some companies came up to me and telling me that they're interested in hiring young ambitious writers like me. But at that particular moment, I was like... not now I guess... I wanted to push myself as farther as I can before I even consider jumping both feet into the working world. No kidding.

So during the arduous and effing long 16-weeks practical in a small hellish place called Melaka, I was like... screw working, this is effing hard. I am not wanting to work yet, not until I got my Masters (or PhD?) done. So I apply the Masters of Arts program for Literature in USM, thinking that I would never got in, not in a million years since I am (at that moment) is studying TESL and is not exactly focusing on literature per se. I also tried applying for the position of RA there too, just for fun (and slightly for backup, in case I can't land a proper job after graduating later onwards).

And guess what?

I got in.

A lecturer replied my RA application by saying that I am actually overqualified for the RA position and would be far suitable for the Masters program. I was like, "Are you fereals?"

So fast forward to about two months after the hellish practical, here I am studying for my Masters in Literature at USM.

The big question pops back in mind: AM I HAPPY HERE?

The answer is: "Ehn... ierno. Really. I don't know."

I am not really enthusiastic about my other classmates, about the class or about the environment. I'm not kidding. Including me, there are about twelve other people in the running of completing our Masters Degree in (hopefully) three semesters time, but what really really frustrated me is that my classmates is nothing like my degree-time classmates. They're this bunch of boring farts. Seriously. They are too full of themselves, they're a bit selfish (most of the times) and they're very, and I repeat... very... not that friendly.

In a group THAT small, I was half-hoping that we'll be close-knit and helping each other out at all times. But then again I think maybe when you're studying for your Masters, everybody was like thinking that they're better than the other; hence, the snobbish attitude. Thank God the lecturers aren't as mean and hard to approach as what I have experienced in UKM.

I have been studying in USM for about a month now and all I can say that I felt more and more alone. I eat lunch alone, goes to prayer alone, studying my notes at PHS (thats Perpustakaan Hamzah Sendut for non-USM) alone too. Its frustrating.

Its not as if I do not tried to make friends. I did. I went out of my comfort zone by talking to my classmates more but all I got was shot down by them over and over again.

Thank God I only have to see them for three times per week. *breath out*

So yeah... I am starting to fell like studying for my Masters in USM is a sight mistake. Maybe I am still adjusting myself with the new environment, maybe I am overanalyzing all those petty details or maybe I need to get out more, get a job, and then consider to further my studying later.

But then again, like what I have gone through in UKM... I am going to push myself and complete my Masters in time. SERIOUSLY.

Urgghh... sorry. This is a rambling post a tad too long I suppose. At this time of day, how I missed 

Imma hit the sack now. Too tired. Got a pile of stuff to read and write for class and I am planning to hit on that tomorrow.

For tonight, its zzz time.

Khamis, 27 September 2012

290: "Psst... Jangan lupa rembat antologi BOLA yang bakal terbit tak lama lagi, okay?" BISIK aku kepada kalian sebelum mencicip secangkir KOPI.


bakal terbit dari FIXI.
menampilkan 19 cerpen bertemakan BOLA, padang, rumput dan sewaktu dengannya.
oh, ada juga cerpen aku.
mohon rembat sebelum gigit kuku sebab ini juga edisi terhad (hanya 1500 dicetak)

senarai cerpen yg terpilih:
10 LANGKAH - Adib Zaini
RODONG - Hasrul Rizwan
LIGA MANDREM - Dayang Noor
DIARI- Raja Faisal
SESAAT KE GAWANG - Faizal Sulaiman
BOLA API - Arif Zulkifli
SATU SAMA - Asyraf Bakti
MENJADI TUHAN - Fikri Misti
BURGER BOLA SPECIAL - Hani Amira Suraya
RUSDI, PEMAIN SIMPANAN SK PARIT KERING - Mim Jamil
KEYCHAIN BOLA BERBAJU PINK - Zulaikha Sizarifalina Ali
AKU BOOKIE BOLASEPAK - Nama Nami
JERSI BOLA 7 - Shafaza Zara Syed Yusof
OLEH BIR DAN BOLA- Mohd Azmen
MISI BOLA GILA - Julie Anne
BUKAN SEBAB BOLA - Nadia Khan
AKU YANG KEGERSANGAN - Syaihan Syafiq
SEPAK BOLA - Ridwan Saidi
BAHLUL VS BEAUTIFUL - Shaz Johar

pra-pesan katanya mulai 1 Oktober. hehehe...


ada yang hantar emel/poke aku di fesbuk minta aku kalau-kalau masih ada beberapa salinan KOPI edisi rare yang sudah tidak dicetaksemula itu.

maaf. the only copy yang aku ada adalah yg bertandatangan beberapa penulisnya, maka nilai novelty-nya semestinya lebih mahal (itupun kalau aku hendak jual)

oh, juga dari aku...

http://fixi.com.my/bisik/

kthnxbai.

=)

Isnin, 24 September 2012

289: rindu kawan lama.

Sebenarnya aku sudah lama tidak ketemu dengan kau. Terlalu lama. Hakikatnya apabila aku tinggalkan kota Shah Alam sekitar enam tahun sudah, kita seperti tiada peluang untuk bersua muka. Beberapa bulan selepas itupun kau sudah tukar nombor telefon dan khabarnya sudah tukar tempat kerja.

Aku tambah sedih.

Bukan aku tidak pernah mahu hubungi kau, tetapi sebenarnya aku tidak tahu hendak mula di mana. Aku tanyakan pada Farid, rakan serumah kau itu dan dia sendiri yang cakap kau sudah balik kampung di Pahang. Itu kisah dua tahun sudah. Sebenarnya aku hendak cari kau semula sebab aku rindu. Rindu dengan keletah selamba kau dan ketidakpedulian kau terhadap dunia. Rindu atas keberanian kau mencabar dunia dengan sepasang tangan lincah kau.

Ternyata Tuhan seperti mahu yang baik-baik sahaja berlaku ke atas aku. Alhamdulillah, aku bakal bergraduasi hujung Oktober nanti dan sekarangpun aku sedang mengerjakan ijazah sarjana di USM. Berkat usaha gigih aku ternyata berbaloi. Mungkin apa yang kau bilang pada aku saat kita berkongsi Coke dan fries di McDonald's beberapa tahun sudah itu ada benarnya.

Masin betul mulut (atau patutkah aku sebut tangan?) kau.

Kau cakap aku bakal dikenali oleh sebab tulisan aku. Kau cakap aku ada sesuatu yang istimewa. Kau cakap aku boleh pergi jauh dengan hanya keletak-keletuk di papan kekunci. Kau cakap kau akan beli apa yang aku tulis. Nah, syukur aku sudah bergelar penulis kini dan aku tahu di manapun kau ini kau pasti bangga.

Apapun... emel kau kelmarin bikin aku senyum tak sudah-sudah.

Aku dapat tahu kau ada di Putrajaya kini dengan kerja baru di bawah suatu kementerian. Baguslah. Setidaknya gaji kau tetap tidak seperti komisyen dan wang sara hidup yang kau dapat dari meniaga dulu. Aku tidak mahu tengok kau susah. Kita sama-sama susah terlalu lama. Sejak sekolah lagi aku sudah susah bersama kau.

Boleh tahan juga ligat kau. Ya, aku tidak segan menyatakan yang aku menyelongkar gambar-gambar Facebook-mu, liking-liking semahunya. Tak salah, kan? *gelak nipis* Eh... ingat tak yang aku pernah koyakkan beefburger McD separuh dan berikan pada kau usai kita meniaga dulu? Itu kisah lama, tapi aku tahu kau mesti takkan lupa.

Ah, tak sabarnya mahu ketemu kau nanti!

Cepat-cepatlah ponteng cuti kerja dan datang sini!

Aku rindulah pada kau, Suffian!

Aku janji akan belajar video di bawah ini dan kita ikut sama-sama, ya?

288: [siri sekadar cuci mata] #19 - chaiwat thongsaeng.

Chaiwat Thongsaeng.

Famous for Bangkok Love Story.

Enough said. Just enjoy the pictures... =P


Ahad, 23 September 2012

287: [siri ulasan buku] #23 - suami karya s. mara gd.

Terjemahan, dalam erti kata lain adalah menukar struktur/lenggok ataupun bahasa itu sendiri kepada bahasa lain. Menurut pembelajaran aku, ada tiga peringkat terjemahan kesemuanya; terjemahan literal/verbatim, terjemahan maksud dan terjemahan bebas. Terjemahan literal/verbatim bermaksud menterjemahkan sesuatu ayat tersebut secara perkataan demi perkataan atau frasa demi frasa, dalam bahasa Inggerisnya, word by word. Terjemahan maksud pula merujuk kepada suatu proses terjemahan ayat (contohnya daripada bahasa Indonesia ke bahasa Malaysia) dan tidak mengekalkan essence asal ayat itu sendiri dan sebaliknya menyuntik essence ayat terjemahan yang diminta. Dalam erti kata lain, penterjemah bebas menterjemah ayat yang dirujuk, asalkan masih dalam struktur dan konteks yang sama. Yang ketiga iaitu terjemahan bebas pula merujuk kepada suatu bentuk penterjemahan yang dalam erti kata longgarnya: bebas. Si penterjemah tidak terikat dengan struktur ayat atau apapun, asalkan maksudnya difahami oleh pembaca. Sebagai contoh, kalau ayat asalnya dalam bentuk dialog tetapi telah diterjemahkan dalam bentuk huraian dalam perenggan juga tidak apa kerana masih lagi menetapi ciri-ciri terjemahan bebas.

Itu serba-sedikit apa yang aku belajar tentang terjemahan. Kalau ada yang kurang/lebih mohon dijelaskan lagi di ruang komen.

Lelaki adalah lelaki. Dia bukan malaikat, dia cuma seorang manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan ego.
- Bibi Kus, bab 8, halaman 65.

SUAMI merupakan novel terjemahan dari FIXI yang kedua yang aku baca selepas Dosa. Sebenarnya bukan apa, aku mulakan ulasan novel SUAMI ini dengan membebel tentang terjemahan disebabkan pada hemat aku, terjemahan yang dilakukan dalam novel SUAMI agak sloppy dan terkadang rasa seperti mahu lekas habis dialihbahasa tanpa menitikberatkan struktur ayat dan keseragaman perenggan kerana terus-terang aku hendak jelaskan di sini, alihbahasanya bagus sehingga sebelum bab 20 sahaja, selepas itu ia mula terasa seperti langsung tidak diterjemah. Terlalu banyak perkataan/frasa dalam bahasa asal seolah-olah dibiarkan begitu sahaja tanpa diterjemah. Ya, tidak terganggu pun pembacaan aku sebenarnya (tidak seperti membaca DOSA yang banyak sekali perkataan/frasa yang dikekalkan tidak diterjemah tetapi aku suka pula ia begitu). Terus terang aku rasakan walaupun namanya novel terjemahan, tetapi aku tetap rasa seperti membaca sebuah novel Indonesia. Tiada bezanya. Dalam kotak minda aku, kalau sesebuah naskah itu sifatnya diterjemahkan, ia harus diterjemahkan menurut salah satu daripada tiga jenis terjemahan yang aku terangkan di atas. Itu pada pandangan aku. Bukannya aku hendak menyelar Nabila Najwa tidak membuat terjemahan yang baik, tetapi aku yakin dia punya pendirian dan sebab-musabab yang tersendiri.

Apa-apapun, SUAMI adalah sebuah novel Indonesia, makanya kita letakkan saja bahasanya sebagai itu. Dan aku juga mahu angkat topi kepada saudari penterjemah kerana sedia maklum, bukan sukar untuk menterjemah sesebuah karya, apatah lagi kalau karya asalnya diterbitkan buat pertama kali pada 1986.

End of discussion.

SUAMI dimulakan dengan agak menarik tetapi hambar, seperti makan megi yang sudah mahu sejuk. Pembaca dibawa untuk berkenalan dengan Maryati yang hendak dijodohkan dengan Supriyadi, anaknya Puan Cokronegoro yang digambarkan sebagai amat tampan dan berharta. Aku sebenarnya seperti mahu give up  baca dan angkat novel lain sebenarnya kerana hanya setelah sampai ke bab 15 di halaman 152 baru pembaca diperkenalkan dengan Kapten Polis Kosasih. Sampai di situ aku hampir-hampir sudah mahu tutup SUAMI dan fikir aku hanya akan angkat semula setelah bosan benar sebab tidak tahu apa misteri/tragedi/insiden yang bakal berlaku.

Ternyata aku silap.

Keterpaksaan aku untuk terus membaca membuatkan aku menemui suatu insiden yang menjadi titik-tolak kepada penyiasatan Kapten Polis Kosasih. Apa yang berlaku, itu aku biarkan lompong. Kalian harus beli dan baca sendiri.

Mentang-mentang menganggap dirinya berdarah biru, kita semua ini cuma seperti setengah kera di matanya.
- Gozali, bab 23, halaman 223.

Penulisnya bijak mengatur plot yang berjarak dengan baik walaupun kalau plot yang sama diangkat dan digerakkan pada masa sekarang terasa seperti kelakar dan tidak relevan. Pembaca harus ingat, SUAMI berlangsung pada latar pertengahan 1980an. Tiada telefon pintar, internet mahupun monorel. Plot yang bergerak perlahan pantas menjadi a quick page-turner apabila ada suatu insiden yang berlaku di kebun epal di belakang kediaman elit Puan Cokro. Apa, mengapa, siapa yang terlibat - itu aku serahkan sepenuhnya kepada kalian untuk baca dan temui sendiri.

Aku berikan SUAMI tiga daripada lima bintang atas beberapa kekurangan. Kalau tidak mungkin sekali aku beri empat atau empat setengah bintang:

  • Kompleksiti dan komposisi plot bergerak agak perlahan dan hanya mula rancak dan bersifat investigative pada bab 20 dan seterusnya. Makanya pembaca (atau mungkin hanya aku?) mulanya agak bosan untuk teruskan membaca.
  • Aku kira peleraiannya bijak namun agak predictable walaupun penyudahnya sebenarnya tidak puas aku baca. Beberapa soalan seperti 'kenapa?' dan 'ya, jadinya itu sahaja motifnya?' asyik berlegar seusai aku habiskan SUAMI. Agak kecewa sebenarnya.
  • Sebenarnya pada hemat aku, Kapten Polis Kosasih itu bukanlah bijak sangat dalam crime-solving investigation. Kalau bukan kerana sidekick-nya si Gozali itu rasanya misteri pembunuhan dalam SUAMI sampai sudah tidak akan selesai.
Apapun, SUAMI amat aku syorkan kepada semua lapisan pembaca. Gaya bahasanya, walaupun pada beberapa bahagian agak sukar untuk difahami (kerana nuansa bahasa Indonesianya masih lagi tebal) tetapi itu tidak bermakna ini suatu novel yang payah untuk dibaca dan difahami.

286: nah. faham-faham sendirilah.

Jumaat, 21 September 2012

285: dia tidak mahu jarak jauh, jadi apa lagi yang kau mampu buat?

Terkadang aku terfikir, sejauh mana kau sanggup pertahankan rasa cinta dan kasih kau terhadap seseorang sedangkan kau sendiri sedia maklum yang di pihak sebelah sana masih belum menjawab rasa cinta yang kaulontarkan padanya.

Pernah terjadi kepada seorang kenalanku, dia menunggu sang girlfriend yang sedang menuntut di Russia walhal dia menyambung pengajian secara lokal sahaja. Penantiannya penuh hazab kerana saban musim rakan-rakan bakal 'menguji' dengan menyuarakan rasa bimbang mereka terhadap sang girlfriend yang jauh di mata tetapi dekat di hati itu. Hendak dijadikan cerita, sepanjang mereka berjauhan, dari kaca mata seorang sahabat aku sendiri merasakan yang hanya dia yang bersungguh dan beriya mahu terus kekal dan berada dalam ruang-lingkup perasaan kasih dan cinta terhadap sang girlfriend sedangkan yang perempuan sekadar whatever sahaja.

Sungguh.

Kalau ber-Skype, kenalanku siap belajar main ukulele dan nyanyikan lagu hari jadi untuk dia. Hantar ole-oleh dari sini ke sana kerana tidak mahu sang girlfriend ketinggalan merasa apa yang dia sedang makan sempena apa-apa perayaan. Tak cukup dengan konversasi gaya pantas, poskad dan entah berapa kajang kertas dalam pucuk-pucuk surat bersampul segiempat tepat dihantar walaupun yang berjawab hanya satu -dua.

Alasannya, sang girlfriend sibuk orangnya.

Lajukan empat tahun kemudian, sang girlfriend tamat pengajian, kembali ke tanah air dan mereka selamat diijab-kabulkan beberapa bulan yang lalu. Semuanya atas dasar dia yang percaya dan bersungguh atas cintanya. Sang girlfriend sebenarnya memang bersifat sebegitu, jenis ambil mudah mungkin kerana merasakan sudah selesa dirinya dipuja dan dijulang seseorang di semenanjung.

Itu kalau keduanya sudah terikat sebagai kekasih.

Kalau yang kes bertepuk sebelah tangan sepeti aku ini bagaimana?

Beberapa hari berselang yang lalu telahpun aku unjurkan (buat kesekian kalinya) rasa hatiku padanya dengan harapan agar dia tahu. Rakan-rakan fikir aku tolol, mengharap suatu keajaiban terjadi buat kali kedua. Biarlah. Bagi aku, the heart wants what the heart wants.

Biarpun sebelum ini hatiku pernah remuk redam gara-gara dia. Biarpun aku pernah menyalahkan diri sendiri (atas putusnya hubungan aku dengan dia, walaupun hakikatnya hingga ke hari ini aku tidak tahu aku dan dia putus sebab apa) kerana melepaskan dia.

Mungkin nuansa misteri aku tidak tahu kami putus sebab apa yang menyebabkan hatiku masih lagi lekat kuat padanya. Walaupun aku tidak nafikan ada yang lain yang tidak kurang menariknya, hanya dia yang aku mahu.

Ya.

Dia.


Kenalanku yang baru bernikah hanya mampu berdiri di sisi kaki lima perjalanan hidupku dan doakan yang terbaik. Dia bilang dia sudah saksikan betapa remuknya aku saat awal ditinggalkan dia dan dia tidak mahu itu berulang kembali.

Aku hanya senyum tawar.

You're like an Indian Summer in the middle of winter
Like a hard candy with a surprise center
How do I get better once I've had the best?
You said there's tons of fish in the water, so the waters I will test

Verse kedua lagu 'Thinking of You' itu seperti suatu mokeri kepada diriku. Sial.

Aku tidak mahu yang lain kerana aku hanya mahu kamu. Tolonglah faham.

Apa-apapun, aku harap Oktober ini datang dengan magis.

Aku harap sangat.

Khamis, 20 September 2012

284: [siri certot!] #04 - pwtc.

Ini pula percubaan kedua aku untuk kontes yang sama, merebut senaskah CERPEN NADIA KHAN

Eh, sangkut pula terpilih untuk menang.


Alhamdulillah.

=)


Nohman Affifudin seluk poket jeans. Yang keluar hanya gumpalan benang dan kertas lunyai entah apa. Wangnya sudah habis. Dompetnya kosong. Poket lagi satu berisi kunci motor, Nokia butterfly  dan sekotak rokok. Dia tidak tahu hendak buat apa. Masa semakin suntuk sebenarnya. Matahari semacam sudah tidak berapa nampak di sebalik KLCC.
         Ketika itu dia terkenangkan restoran masakan Melayu miliknya di perdu bandar. Tak begitu maju, tapi lebih dari hidup segan mati tak mahu. Ramai juga yang puji masak lemak tempoyaknya menggiurkan. Dia senyum hambar. Air liur terasa payah hendak ditelan, sepayah dilema yang bergumpal dalam hatinya kini. Dia tahu dia tidak punya banyak masa. Gelap sikit nanti datanglah mereka dan semuanya bakal berakhir. Dia dulu adalah masuk TV nyanyi sikit-sikit, keluar Mangga. Tapi itu kisah sebelum nikah. Sekarang dia kelesa mahu terhegeh-hegeh cari publisiti. Perutnya sudah mancung dan kugirannya sudah lama bubar. Rakan yang lain-lain menghala objektif masing-masing menjauh dari mahsyur. Bininya pula jadi tukang masak, tukang kasir dan tukang sapu restoran yang taat.
         Sekarang Farid hendak laptop baru, Farhah mahu basikal untuk ke sekolah, Fasyah perlu ditadikakan, Farihin harus disusukan. Semuanya butuh wang. Objek yang Nohman tiada.
         Di kaki lima yang menghadap KFC itu dia terjelepuk duduk. Orang hilik-mudir langsung tidak pedulikannya. Dari tingkap kaca restoran ayam segera itu Nohman nampak seorang pondan sedang duduk sendirian, meratah ayam goreng sambil tangan kirinya terpegang senaskah novel Bisik. Farhah merajuk semalam sebab novel itu tidak dibelinya.
Entah macam mana dia teringat akan sekeping kad yang terselit dalam peti suratnya kelmarin. Kad ringkas warna kuning pucat dengan nama dan nombor telefon. Iklan sebenarnya. Hatinya bolak-balik, antara mahu telefon atau tidak. Dalam keterdesakan dan kesuntukan masa ini Nohman tahu dia tidak punya banyak opsyen.
         PWTC.
Pinjaman Wang Tanpa Cagaran.
         Dengan jari-jari yang terketar-ketar, Nohman Affifudin dail nombor yang tertera pada kad tersebut.
         Panggilan berjawab.


KOMEN dari juri tunggal, Wani Ardy yang sehingga ke hari ini aku masih belum pernah bertemu empat mata apatah lagi mahu dia menurunkan signatur pada naskah Langit Vanilla yang aku ada (yang separa lunyai sebab kerap benar aku ulang-baca) :
Ada tiga perkara yang saya suka tentang cerpen ini. Pertama, watak Nohman Affifudin sebagai bekas artis suam-suam kuku yang sudah berkahwin, beranak-pinak, dan memulakan perniagaan sendiri bila tidak popular lagi. Fenomena ini biasa berlaku namun watak sebegini jarang-jarang diterokai oleh para penulis. Kedua, saya suka bagaimana penulis kreatif mendefinisikan PWTC sebagai Pinjaman Wang Tanpa Cagaran dan bukan PWTC yang kebanyakan kita jangkakan. Ketiga, saya suka penghujung cerita yang membenarkan pembaca bebas berfikir sendiri tanpa membuatkan pembaca itu berasa marah dengan cerita yang tergantung.

283: [siri certot!] #03 - cikgu din.

Ini certot percubaan aku untuk kontes memenangi senaskah CERPEN NADIA KHAN. Tak menang tapi aku saja letak kat sini, nak kongi dengan korang...

=)




Seluruh warna MidValley di bawah kakinya tampak kecil benar, seperti sebesar botol deodorant. Kakinya bergantungan sedang tangannya terpaut pada palang besi di atasnya. Tiada yang gempar. Mungkin yang tahu mahukan situasi ini diuruskan setenang yang mungkin, takut pengunjung lain gawat dan gesa-gesa tinggalkan nawaitu untuk leburkan wang mereka.
Hari itu dia tidak sempat salin baju, dari tempat kerja terus saja ke mari. Dia mahu tugas ini segera selesai. Teringat pula buku tulis murid-murid yang bersusun-susun di tempat duduk belakang kereta Kancilnya. Kalau tugas ini berjaya, tak sempatlah dia pulangkan buku tulis itu kepada mereka. Dia senyum lagi lantas tunduk. Sekeping tanda nama bertulis NAQIUDIN warna putih latar hitam tersemat di kocek kemejanya. Sebatang pen biru jumpa juga ada di dalam kocek tersebut.
Sebenarnya sejak kelmarin dia berperang dengan diri sendiri, sama ada mahu teruskan tugas ini atau tidak. Tapi memandangkan ganjaran yang disogok dan keselamatan keluarganya bakal dijamin, dia pantas sahaja bersetuju untuk mengerjakannya.
“Lapaq la pulak,” ngomelnya. Mujur dia sudah tapau seketul burger dan segelas coke dari McDonald’s sebelum ke mari. Masih hangat dalam beg kertas dalam gengaman tangan kirinya. Hairannya yang sedang berjaga-jaga masih tidak berkata apa-apa setelah hampir setengah jam dia duduk di situ.
Dia tunduk lagi, kali ini pen tadi menggelungsur jatuh ke bawah. Sipi-sipi hendak terkena kepala seorang amoi yang ralit membelek sehelai blaus di ruang legar di bawah. Berkelentangan di lantai, menyebabkan beberapa kepala mendongak. Ada yang mula menjerit ketakutan.
“Ada orang nak bunuh diri!” Jerit seseorang dari bawah. Ramai juga yang keluarkan telefon pintar dan rakam dia yang sedang tercokoh di alang tinggi itu. Sekejap lagi pasti masuk YouTube. Pasti!
            “Encik, mari ikut saya.”
“Kejap,” dia rengek ikut lenggok suara budak dalam iklan Carrie Junior. “lagi sepuluh saat saya ikut. Lepas bom dalam jaket ni meletup. Okay?” Dia senyum lagi.
Ragu-ragu campur takut.

Ahad, 16 September 2012

282: apa bezanya degree dan masters. perspektif pelajar baru di tempat baru.

Minggu lepas secara rasminya bermulalah kuliah aku sebagai seorang siswazah kesusasteraan di USM. *yay*

Sebenarnya tak banyak yang aku hendak kongsi sebab tak ada apa yang menarikpun hendak dikongsi. Walaupun semester ini aku ambil tiga subjek dan perlu hadir tiga kuliah sahaja seminggu (Khamis dan Jumaat sahaja) tetapi penat pasca kuliahnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bagi yang fikir menjadi siswazah ini hanyalah sekadar suatu expansion daripada apa yang dilalui zaman ijazah sarjana muda dulu.

THINK AGAIN!

Isnin, 10 September 2012

281: [kontes] #05 - "Curi-Curi Suka" Giveaway!

So...

Abang Eqbal Zack had reached more than 6K followers today. Can you imagine, 6K followers? I wished I have THAT many followers too. Hahaha...

The last time I joined any contest whatsoever is from Abang EZ's blog as well. Remember the Domo pencil case that I have won?

=)

So he is doing (yet) another giveaway, which is EXTREMELY simple to do and participate.

Since I am a follower of his blog already, this entry is just gonna be a simple announcement that YOU too can participate in the giveaway.

Just hit...


... and follow the instruction. Simple.

Two random first prize winner will receive a copy of 'Curi-curi Suka' novel by Liyana Zahim as well as Abg EZ's fridge magnet, and 10 consolation prizes will receive Abg EZ's fridge magnet each.

Good luck, people!

Ahad, 2 September 2012

279: yang sudah itu, sudahlah. aku tidak sudi!


Hendak dijadikan cerita, aku rasa bekas kekasihku seorang psikopat tak tahu malu yang terdesak dan tersedak, mungkin.

Beberapa hari sebelumnya tidak semena-mena dia menelefonku kembali, bertanyakan khabar dan sewaktu dengannya. Klise. Aku jawab dengan respons suam-suam teh tarik sahaja. Bukan apa, sudah namanya pun berlabel bekas kekasih. Makanya perlukah aku beriya-iya dan terloncat-loncat gembira apabila dia hubungiku kembali? Nombornya juga sudah lama aku lupuskan dari telefonku.

Mulanya aku langsung tiada klu tentang motif dia menelefonku kerana aku kira dia memang sekadar mahu bertanya khabar dan memohon kemaafan. Iyalah, kitakan masih berada di bulan Syawal. Afdhal kalau bermaaf-maafan.

Malangnya maafnya itu datang satu tahun lewat dari yang sepatutnya. Aku dan dia putus dengan cara yang kurang baik dan sepanjang kira-kira tiga bulan selepas putus aku masih lagi berdendam secara aman. Namun masa dan perubahan persekitaran membuat aku sudahpun melupakan dia dan memaafkan apa yang dia buat walaupun tidak secara verbal bersemuka.

Whatever-lah.

Konversasi sekitar lima minit di telefon itu akhirnya membelok kepada nawaitu sebenar sang pemanggil. Aku dapat rasakan ada ura-ura seperti dia mahu rujuk kembali.

Motifnya?

Kekasihnya selepas aku baru sahaja meninggalkan dia dan dia ingin kembali kepadaku.

Like, what the forks?

Aku bilang pada dia agar dia cerminkan dulu apa yang dia sudah buat sehingga kami putus dahulu dan berikan satu alasan kukuh yang memungkinkan aku tutup kisah lama itu dan (mungkin) mulakan buku baru bersama dia. Ya, mungkin. Nah, jawapan habis berlapik daripadaku.

Walaupun hakikatnya pergi jahanamlah dengan kau dan tawaran rujuk kembali kau itu.

=)


Sabtu, 1 September 2012

278: [siri ulasan buku] #22 - murtad karya hasrul rizwan.


Membaca MURTAD karya Hasrul Rizwan membuatkan aku acapkali teringat akan filem-filem aksi Hong Kong ataupun Taiwan (Replacement Killer, A Better Tomorrow, dan entah berapa judul filem Chow Yun-fat yang lain) – banyak benar aksi tembak-menembak dan bergocoh di sana-sini. Di Twitter, kalau menurut kicau-kicau yang ber’hashtag’ #MURTAD, banyak yang memuji dan mengatakan bahawa novel sulung karya penulis yang lebih dikenali di Twitter sebagai @MatGorn ini wajar dijadikan filem. Melihat kepada kejayaan berlambak-lambak filem-filem aksi sepak-terajang dan tembak-menembak yang menyemak di panggung tempatan, tidak sukar untuk membayangkan kejayaan yang serupa untuk novel Murtad kalau ia difilemkan. Memang ternyata selera penonton filem Malaysia gemarkan filem aksi yang santai (lihat sahaja KL Gangster) atau jenaka separa slapstik (Adnan Sempit), maka kalau gabungan kedua-duanya merupakan resepi untuk sebuah plot cerita yang bakal digemari oleh kebanyakan penonton filem tempatan.

Murtad memperkenalkan dua watak utama, Adam dan Akhil, pasangan kembar seiras (eh, sama macam dalam novel Hilang karya Dayang Noor!) dari Kedah yang datang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru setelah kematian ibu mereka. Rentetan demi rentetan kejadian yang berlaku pada awal novel membawa mereka berdua bertemu dengan Mr. T yang akhirnya memberikan mereka jawatan sebagai seorang pembunuh upahan yang ditugaskan untuk membunuh mereka yang keluar dari agama Islam. Ya, tidak dinafikan elemen teras dalam novel ini agak berat sebenarnya. Namun penulis ternyata bijak untuk mengimbangkan fahaman beliau terhadap topik tersebut dengan mengambilkira kesemua sudut pandangan sebelum mengembangkan plot cerita dengan berteraskan konsep hukum hudud iaitu ‘mereka yang murtad dan enggan kembali ke Islam haruslah dibunuh’.

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015