Isnin, 27 Ogos 2012

277: marah dan terasa hati... itu lumrah hidup, beb!

terkadang aku tahu akan ada orang yang terasa dan seterusnya marah selepas membaca apa yang aku tulis. serius. betul-betul aku tak sangka yang entri-entri yang aku ngomelkan kat blog yang tak ada orang singgah ni rupa-rupanya terkesan juga pada beberapa orang individu. apa-apapun, kalau ada yang terasa itu, harap maklum sajalah. kebanyakan masa apa yang aku tulis memang apa yang terlintas di kepala aku tatkala itu. bak kata orang putih, it was at the spur of the moment. namun secara amnya apa yang aku mahu beritahu di sini ialah yang kebanyakan entri yang aku tulis di sini hanya terjurus kepada seseorang secara hampir spesifik, melainkan ia dinyatakan secara jelas yang entri  itu untuk umum. lihat label pada entrinya sahaja sudah boleh tahu aku cakap tentang apa dan kepada siapa. apa-apapun, aku mahu mohon maaf kepada semua yang terasa hati gara-gara entri 275 aku yang lepas. mohon kepada individu yang terasa hati itu sila baca sekali lagi dan fahamkan apa yang aku maksudkan sebenarnya. harapnya selepas bacaan kedua (atau ketiga, keempat, ke.... berapa kali suka hati engkaulah) individu tersebut akan jelas tentang apa yang aku maksudkan dan tidak tersalah faham lagi. ya, mungkin konteks dan ruang bicara aku itu terkadang tidak akuret, tidak persis, tidak jitu... tapi aku rasa kebanyakan masanya sampai sahaja maksudnya kepada pembaca blog aku (ada ke pembaca? *selit bunyi cengkerik*). jadinya aku sedar yang kebanyakan apa yang aku tulis mudah benar disalahertikan. hence, naiklah kuotasi-kuotasi ambiguous seperti entri sebelumnya. pokoknya aku tidak salahkan individu itu. sebaliknya aku salahkan diri sendiri kerana menulis dalam kekaburan sehingga entri 275 aku disalahertikan. gambarkan situasi begini: kau tulis entri dengan harapan ia berbunyi dan bermaksud seperti X tetapi pembaca membaca dan memahaminya sebagai Y. makanya ada salah faham alias kekeliruan di situ. walhal kau sedikitpun tidak mahu pembaca kau salah faham dan jauh sekali mahu membiarkan pembaca kau tersasar hingga faham seperti Z. ya, itu yang kau tidak mahu tetapi sebaliknya ia telahpun berlaku. apa-apapun, kepada individu yang terbabit, aku mohon maaf dan mohon dibaca entri 275 sekali lagi dan fahamkan apa maksud sebenar aku sebenarnya. terima kasih.

Ahad, 26 Ogos 2012

276: [siri kuotasi hari ini] #11 - luka.

"Pe(r)ca(ya)lah, mata pena tu lebih tajam dari sebilah pisau. luka ditgn nampak berdarah, tp luka dlm hati siapa yg tahu."
- HIM, 12:48PM |26.08.12

275: kamu memang bukan choi siwon, tapi aku tetap sayang kau.

Pernahkah kau berada dalam situasi di mana kau secara separa sedarnya rela melakukan sesuatu untuk seseorang hanya disebabkan jauh di sudut hati kau, kau masih sayangkan seseorang tersebut?

Entahlah.

Mungkin benar kata Lord Zara, orang yang hopelessly romantic macam aku ini terkadang terasa seperti mudah dipergunakan, namun seakan tiada kudrat untuk mengatakan tidak.

Si dia alias HIM hubungi aku pagi tadi, memohon aku untuk menyemak sesuatu (ah, tak perlulah aku huraikan apa di sini) dan aku dengan segera bersetuju. Tolol, bukan? Sedangkan aku sendiri tidak tahu letaknya aku di dalam hatinya, sudah terkinja-kinja melonjak gembira sebab si dia akhirnya hubungi diri ini setelah sekian lama diamkan diri.

Kerja yang diminta aku lakukan tidak sukar, mudah saja aku bereskan menjelang petang. Kemudian tadi dia hubungi aku lagi, mohon mahu dibayar atas kerjaan aku siang tadi.

Aku menolak. Jujurnya aku ikhlas. Kerja itu tidak sesukar mana, makanya tak perlulah diupah apapun. Cukuplah dengan ucap terima kasih sudah memadai sebenarnya.

Tetapi hakikatnya jauh di sudut hati aku, sebenarnya aku ingin benar dia sebutkan di mana sebenarnya letak aku di hatinya. Hanya dengan itu (mungkin) aku dapat berasa tenang sedikit. Mungkin.

Tapi mana mungkin. Aku seperti dapat rasakan yang dia tidak punya apa-apa rasa lagi terhadap aku. Kisah aku dan dia sudah terlalu lama terlipat, usai di tahun 2006. Jarak enam tahun bersenggang itu, masakan tiada orang lain yang mengisi lompang di hatinya walhal aku sepanjang itu meraba dalam gelap mencari secebis rasa kasih dari sesiapa yang sudi. Akhirnya, hingga kini aku melongo sendiri.

Ahad, 19 Ogos 2012

274: kawan kau yang itu, itu je sejak dulu.

Salam lebaran untuk semua pembaca (ada pembaca ke blog merapu-rapik ni?). Harap kalau ada khilaf yang aku buat, dimaafkan dan diabaikan.

Anyways, lets get to the real deal.

Sebenarnya aku malas nak bebel pasal whats up yang berlaku ke atas aku sepanjang raya. Tak ada yang menarik pun selain selang lima minit aku log-in m2u usyar baki duit dalam akaun sebab ada certain someone yang owe me some moolah cakap nak transfer.

Petangnya Nazs ajak lepak Starbucks untuk a dose of coffee di siang hari sebab dah sebulan tahan nafsu tak boleh nak nikmati hot chocolate tanpa merisikokan diri ditangkap abam pulisi dan dibawa bersiar-siar naik van mayat (rumors has it that ada abam pulisi yang buat rondaan dan tangkap jantan-jantan tak puasa di bulan Ramadhan dan parade them all naik kereta mayat... izzit true peeps?). Lagipun Qimie ada sekali so seronok la jugak layan budak kecik tu sekali.

Tengah layan sembang dengan Nazs, dia tiba-tiba tanya aku satu soalan yang agak-agak nyaris membunuh jugak la.

"Aku tengok kau memang tak ramai or tak ada kawan langsung eh? Kawan kau yang itu, itu je sejak dulu. Aku, Daniel, Iz, Firdauz, Shark. Ha, itu je kawan kau yang juga kawan aku yang aku kenal."

Aku diam. Betul juga. Aku memang tak ramai kawan sebenarnya. Sepatutnya aku ajaklah sapa-sapa datang rumah hari ni sebab mak aku ada buat makan-makan sikit tapi aku garu kepala sebab tak tahu nak contact siapa. I mean, siapa je yang ada kat Penang yang nak datang rumah aku?

Realistically, tanpa aku sedari, aku sebenarnya seorang yang gila babi amat selective in making friends. No wonder la masa kat PBAKL dan launching KOPI hari tu ada orang tegur aku sebab diorang cakap aku nampak sombong. Perhaps its true. Aku luaran memang nampak sombong, kekwat, bajet comel. Tapi sebenarnya aku insecure dan seram-sejuk untuk start a conversation dengan siapa-siapa. Aku secara unconsciously takut being rejected socially in any given social encounter.

Kiranya aku ni ada masalah a dose of pessimistic conversationalist la. Whatever that means.

Entahlah.

Tapi kau tanyalah kawan-kawan sedia ada aku, dan diorang akan cakap once dah kenal aku sebenarnya aku ni hantu jugak perangainya. Sejauh mana kehantuan aku, itu korang kena tanya diorang. Harap aku ni secomel hantu Casper ittew.

Eh, sebenarnya entri ni aku nak tulis pendek je. Tertaip panjang berjela pulak.

Kthnxbai. 

Jumaat, 17 Ogos 2012

273: [siri ulasan buku] #21 - perempuan nan bercinta karya faisal tehrani.


Membaca Perempuan Nan Bercinta (PNB) karya Faisal Tehrani tidak ubah seperti suatu odisi mencari ilmu yang sedikit mengecewakan. Mengecewakan kerana penyudahnya agak antiklimatik dan tergantung (pada hemat aku). Seperti karya-karya Faisal Tehrani yang terdahulu, novel yang menjadikan teras Islam sebagai nadi utama ternyata amat kuat aroma feminismanya. Ada yang memberitahu bahawa PNB ini merupakan kesinambungan daripada Tuhan Manusia dan aku sebenarnya harus membaca yang itu dahulu sebelum mengangkat PNB. Ada pula yang bilang PNB ini mampu berdiri sendiri tanpa perlu dibaca Tuhan Manusia terlebih dahulu untuk faham ceritanya. Entahlah. Aku belum baca Tuhan Manusia dan aku baru sahaja usai baca PNB, faham sahaja kisahnya. Cuma ulasan ini mungkin kurang ampuh kerana aku tidak baca Tuhan Manusia. Mungkin.

Faisal Tehrani masih lagi kekal dengan trademark beliau; laras bahasa yang tinggi, kupasan isu yang teliti dan semestinya jenaka sinikal tempelakan terhadap masyarakat yang disuntik secara separa sedar di dalam lembar demi lembar novelnya yang sarat dengan konten Islamik. Aku akui agak perlahan membaca PNB gara-gara kontennya yang pada hemat aku agak ‘berat’ untuk aku digest (mungkin juga kerana naïf dan kecetekan ilmu agamaku sendiri yang membuat bacaanku tersekat-sekat dan berkali-kali harus berhenti untuk mengugel beberapa hal yang disebut di dalam PNB) dan juga jalan ceritanya yang agak meleret (namun aku tidak begitu kisahkan kerana ini novel deskriptif yang meligatkan otak). Kalau ada di antara kalian yang mungkin terfikir ini novel cinta yang beralaskan tema Islamik, sila pergi ke rak PTS. Di sana mungkin boleh bertemu judul yang cocok dengan selesa kalian.

Khamis, 16 Ogos 2012

272: Wawancara Sofa Putih (ITBM) - 6 Mei 2012.

Sesi bual bicara bersama tokoh terkemuka iaitu Amir Muhammad, Raja Faisal dan Syaihan Syafiq berkenaan dunia penerbitan, isu perbukuan dan budaya keilmuan yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar pada 6 Mei 2012 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).



nota kaki: 
sebenarnya prior kepada sesi wawancara tersebut aku teramatlah gemuruh. rasa macam hendak pitam lite-lite pun ada. maaf dressing agak selekeh, saya baru kebah demam sebenarnya. oh, video ni berdurasi 54 minit. harap layan je. hahahaha....

Ahad, 12 Ogos 2012

Jumaat, 10 Ogos 2012

270: thou shalt giveth me more money if thou wants me to start vlogging.

no. that is not a glass of teh tarik. that is Siwon.
A close friend of mine asked me why I did not do the cabaran 30 hari berpuasa entries anymore since the start of this year's Ramadhan.

Well, I have been very lazy. That's why.

Anyways, a teh tarik and roti canai session with Nazs and Daniel (yep, he's in Malaysia for about 5 days last week before flying back to Hong Kong) after Terawikh one night reveals quite a revelation on what my friends think about my little blog.

"You should definitely do a vlog. You kuat mengomel pulak. I'm sure a lot of your blog readers will want to watch your vlog and subscribe to your channel. By all means, you did HAVE a YouTube channel, kan?" said Nazs.

"Yeah. A lot of bloggers now opt to vlogging and integrates their entry in Facebook and Twitter. I mean, nowadays more and more people have smartphones and most people are too lazy to read anyways," Daniel added.

"Yalor. But then again I don't have a video camera. How am I gonna start a vlog?" I asked. I must admit, I am actually tempted to start my very own vlog. Sometimes there are things or occurrences which I feel like bitch about it to someone and I think recording it as a vlog is a very good outlet. And like what Daniel said, more and more people do own smartphones that can stream videos, and in fact most people are too lazy to read blogs anyways. They wanted to get the information in a matter of minutes, and vlog seems the fastest and easiest medium to update your blog.

More and more bloggers also had opted to vlogging. Maria Elena, Hanis Zalikha, just to name a few.

269: i effing need my beauty sleep, occay?!

Lebih kurang jam tiga pagi tadi tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku yang separa mamai dan separa gersang jawab panggilan yang masuk dengan suara yang sehabis seksi.

"Babe, bukak skype sekarang. Ada hal mustahak." Ada suara makhluk tinggi bernama Abang Iz di hujung talian.

And I was like, say whaaat?

Dengan mamai-mamai dan agak sentap sebab tidurku terganggu, aku hidupkan laptop, router dan terus aktifkan program skype. Aku nampak user id mamat tu warna hijau, dan belum sempat apa-apa dia sudah video call aku. Aku accept je. Selambakodok. Dengan muka tak mandi, rambut macam singa Rapunzel, aku nampak dia dalam video call. Dengan tak berbajunya, dengan boxer hijaunya, dengan gitar.

Dalam hati aku... ah, sudah... kemaruk apa pulak orang tua ni buat pagi-pagi macam ni?

"Sorry babe, I ganggu you tidur ke?"

Seriously, seriously dude?

"Taklah. I memang pagi-pagi berjaga tunggu you sebab nak skype dengan you sampai lepas sahur."

"Amboi. Garangnya. Anyways..."

Dan dia terus petik gitarnya. Oh, walaupun aku ada rakam dia nyanyi, atas sebab-sebab privasi dan menjaga kehormatan individu, aku takkan tayang. Itu untuk tontonan peribadi. *gelak sinis*

Khamis, 9 Ogos 2012

268: selagi tidak berdarah, jangan kau akui yang kau pernah kecewa!

Aku rasa tak ramai yang tahu, sebab aku kira aku tidak khabarkan pada ramai orang. Kenalan rapatku juga tidak ramai yang tahu. Sebenarnya aku sudah selesai pengajian di peringkat jazah sarjana muda dan sedang menghitung hari untuk hari konvokesyen.

Gemuruh campur eksaited, kau bilang?

Ya, mungkin.

Tanggal 23 Oktober 2012. Mohon save the date dan datang ke majlis konvokesyen aku kalau sudi. Hadiahkan aku coklat banyak-banyak dan doakan aku gemuk sebab aku rasa jambangan bunga dan beruang disumbat kapas sangat mainstream.

Tapi sejujurnya aku lebih gemuruh menanti minggu hadapan sebenarnya. Ini adalah kerana minggu hadapan bakal terbit keputusan rasmi yang akan menentukan sama ada aku dapat menyambung pengajian ke peringkat seterusnya atau tidak.

Aku mohon agar aku berjaya sebab sebenarnya aku tiada backup plan lain selain yang ini. Betapa aku memperjudikan hidup aku.

"Bagaimana kalau aku gagal mendapatkan tempat?"

Ternyata tiada opsyen lain selain mencari kerja. Ya, mulut harus berisi, bil harus berbayar, kucing-kucing harus diselenggara.

Dan lebih penting lagi, bagaimana mahu beli...
... kalau tidak punya kerja?!
Sampai bila aku mahu tinggal secara gratis di bawah bumbung mama, ya tidak?

Makanya ada sesiapa yang mahu tawarkan aku kerja, atau tahu mana-mana syarikat yang mahu pakai seorang graduan TESL yang enggan mengajar di sekolah?

*ketawa nervous*

Sebut tentang kalau, aku terpanggil untuk teringat sahabat #TeamTBS aku, Lord Zara si Guminho berjilbab.  Perkhabaran kurang enak yang aku terima lewat SMS pagi tadi sebenarnya amat mengejutkan aku. Mana tidaknya, sebelum ini beliau amat eksaited menceritakan perihalan dirinya yang mahu membuat kontinuasi pembelajarannya ke peringkat lebih tinggi. Namun ternyata Tuhan menidakan rezeki kali in kerana mahu berikan rezeki yang jauh lebih besar dan bermakna. Baca ini, kak Zara dan percayalah!

"Selagi tidak berdarah, jangan kau akui yang kau pernah kecewa!"
- anon.

Aku juga pernah kecewa.

Dengan keluarga, (bekas) kekasih, sahabat handai, kucing belaan, diri sendiri.

Pendek kata aku sudah begitu banyak kali kecewa. Tetapi aku seringkali ingatkan diri yang tiada lain selain jalan ke hadapan yang akan membolehkan kita menemui cahaya di hujung terowong hidup ini. Makanya janganlah dipresi sangat kalau tersungkur kerana aku yakin benar Tuhan telah janjikan sesuatu yang lebih spesial dan menggiurkan kalau dia menidakkan apa yang kita dambakan.

Uhm... cukup-cukuplah mengomel, aku mahu sambung baca Perempuan Nan Bercinta.

Kthnxbai.

Sabtu, 4 Ogos 2012

267: tanpa sebarang kata, video ini untuk anda.

untuk HIM.

itu je nak cakap.


“To always love you. To defend you, even if I know you’re wrong. To surprise you. To always pick up your phone call, no matter what I’m doing. To bake you cookies at least twice a year. To kiss you wherever and whenever you want. But mostly just to make sure that you remember how perfectly imperfect you are.”Blaine

Jumaat, 3 Ogos 2012

266: [siri tutorial blogger] #08 - apa perlu buat bila Google Chrome bagi mesej 'Oops! Google Chrome could not find [name of website]'.

Kalau ada kelapangan, aku memang suka sangat-sangat untuk blog-surfing. Selain daripada singgah dan baca beberapa blog yang memang wajib aku singgah (sila usyar link-link yang aku taruk kat footer blog ni) aku akan explore link-link yang ada kat blog-blog tu jugak. Selain daripada discovering blog baru, sekurang-kurangnya boleh tambah jaringan kenalan maya baru, ye tak?

Tapi sering juga penjelajahan aku stuck gara-gara sering juga ada beberapa blog dan website yang aku cuba singgah, akan dapat 'error message' dari Google (oh, aku pakai Google Chrome... FYI) yang cakap "Oops! Google Chrome could not find [name of website] Try reloading:  [name of website]…. Or access a cached version.". 


Mulanya aku ingat line internet aku yang ada masalah, atau blog/website tu tak compliant  dengan Chrome. Bila aku cuba guna Mozilla, Opera, Safari atau IE pun masih dapat 'error message' yang sama.

Hairan bin menyampah, occay!

Jadi aku pun mulalah mengugel sana-sini untuk mencari solusinya sebab aku ala-ala geram tak boleh baca blog kegemaran aku ni.

Rabu, 1 Ogos 2012

265: this pretty much sums up why i didn't call you back.

WARNING!

This entry is full of profanity and angry tone. 
Those who wanted to kept their 'pahala' for fasting intact better skip this entry altogether

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

What, still reading? 
Well, suits yourself. 

You have been warned.

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015