Ahad, 17 Jun 2012

251: tayangan perdana KOPI THE DVD.

Ingat pelawaan aku untuk ke Pelancaran 3 Filpen dan Antologi KOPI bulan Mac lepas? Siapa pergi sila angkat situ sekarang! Hehehe...

Well, untuk pengetahuan semua ketika entri ini ditulis antologi KOPI ni dah pun habis dijual. Sold out. Illek!

dah habis. kau ada??!!

Kepada yang sudah ada naskah KOPI, 정말 감사합니다!

Kepada yang belum ada, bh000000ttt!!! Too bad lah sebab sekarang kepada whomever yang ada extra copies tu semestinya akan jual di pasaran gelap pulak. Pandai-pandailah korang cari. Hahahaha...

Anyways, kali ni aku nak jemput korang ke Tayangan penuh filpen KOPI THE DVD yang akan berlangsung pada 24 JUN 2012 di The Annexe Gallery, Central Market (lokasi yang sama macam event sebelum ni, cuma yang cunnya its three months after that).

Kali ni bukan hanya 3 filpen yang akan ditayangkan tetapi 8 filpen yang diadaptasi daripada cerpen-cerpen yang terkandung dalam antologi KOPI tersebut. Berikut adalah senarai penuh filpen yang akan ditayangkan.

1. KOPI 3 RASA
(Pengarah: Nazri M Annuar. Cerpen Asal: Shaz Johar)

2. KOPI & DIA
(Pengarah: Fikri Jermadi. Cerpen Asal: Syaihan Syafiq)

3. LUWAK & KRETEK
(Pengarah: Aidil Rusli. Cerpen Asal: Ridhwan Saidi)

4. KOPI, DONAT & BAYANGAN GADIS BERAMBUT HIJAU
(Pengarah: Bebbra Mailin. Cerpen Asal: Adib Zaini)

5. CINTA KOPI
(Pengarah: Sheryl Chong. Cerpen Asal: Gina Yap Lai Yoong)

6. KOPI JULIA
(Pengarah: Tan Bee Thiam. Cerpen Asal: Faizal Sulaiman)

7. KOPI JANTAN KAW
(Pengarah & Cerpen Asal: Nik Adam Ahmad)

8. KOPI PERCIK
(Pengarah: Azizulhakim Salleh. Cerpen Asal: Amal Hamsan)

Masuk adalah, as usual percuma. Jadi kepada pemilik antologi KOPI atau penggemar/penggiat/penagih filpen sudi-sudikanlah datang. Heret sekali teman wanita/lelaki/suami/isteri/skandal/simpanan/bekas/whatever untuk datang memeriahkan event yang bermula sekitar jam 4 petang dan usai jam 6 petang. InsyaAllah ramai (kot?) penulis KOPI yang akan hadir. Yelah, pelancaran DVD filpen KOPI kot...

Untuk maklumat lanjut boleh klik pada Tayangan penuh KOPI THE DVD. Sekali lagi, acara ini adalah sebahagian daripada event KL ALTERNATIVE BOOKFEST + ART FOR GRABS 2012.

Jadi lapangkanlah jadual korang untuk hujung minggu berkenaan. Mana tahu boleh bersua dan berkenalan. Eh.

Rabu, 13 Jun 2012

250: waiting.

The view from down here is fascinating...
Breathless I am, while staring at the clouds
Patiently I am, while waiting for you...

The view from down here is amazing...
Captivated I am, while inhaling its beauty
Desperately I am, while drowning in you...

The view from here is wonderful...
Intoxicating I am, while looking at the hills
Lonely I am, while longing for you...

It's such a wast to let this pass us by...
It's such a drag you are late here...


[09|10|2004 -saturday- 12:59PM]

Ahad, 10 Jun 2012

249: butterfingers - mati hidup kembali.



Empat minggu lagi bersisa.
Aku harap aku mampu bertahan.
Aku harap aku sempat usai.
Aku harap sangat-sangat...


=)

notakaki: lagu ini sangat ohsem. ktnxbai.

248: tangis.

Aneh. Padahal ini bukan pertama kali aku menghantar dia pulang ke negara permastautinannya. Tetapi hari itu, berdirinya aku di atas lantai lapangan terbang itu, melihat dia menyeret bagasi berodanya yang berona putih bersih (gila, tinggal di Pulau Pinang hanya untuk tiga hari tetapi dia bawa baju seperti mahu pindah negara) membuat hatiku meruntun hiba. Mataku bergenangan air gratis yang terbit secara biologi dari pelupuk.

Mungkin perpisahan kali ini buat selamanya. Itu sering berlegar di benakku. Ya, ajal sememangnya di tangan Tuhan. Mungkin hari ini aku masih bernafas, makanya aku mampu melihat, menyentuh, mengucup dan mengusap dia. Tetapi mungkin esok aku sudah tiada.

Aku tidak tunggu sehingga kapal terbangnya berlepas. Usai dia melepasi gate berlepas, aku cepat-cepat keluar dari terminal, menuju ke deretan teksi-teksi cekik darah. Aku jalan lagi. Sehinggalah langkahku secara automatis terhenti di satu pintu gelongsor automatik yang menghala ke perut terminal. Aku kenal tempat ini. 

Di situlah pertama kali aku dan dia berpelukan saat dia mahu berangkat ke selatan semenanjung untuk mengusahakan diplomanya. Maklumlah, pertama kali berpisah ketika itu. Tahun 2003, bulan lima, tarikhnya aku sudah lupa. Cuaca pada ketika itu cerah secerah-cerahnya sehingga amat menyilaukan mata kalau kau mendongak. Aku ingat hari itu kami sama-sama pakai baju kotak-kotak rona biru yang kami beli di KBJ dua-tiga hari sebelumnya. Aku ingat dia pakai minyak wangi Versace yang aku pilihkan untuk dia ketika kami jalan-jalan ke Feringghi sebulan sebelumnya. Aneh sekali aku tidak ingat perincian-perincian sebegitu sebelum ini, tetapi fragmen memori itu akan datang sendiri pada ketika yang paling tidak terduga.

Dan hari ini dia sekali lagi berpisah denganku. Dan aku menangis lagi. 

Sabtu, 9 Jun 2012

247: makan hati.

Petang itu dia lewat lagi. Aku macam biasa, tak kisah pun menunggu sebab aku tahu dia lewat bersebab. Aku silang kaki sambil duduk di sofa empuk one-seater di Starbucks itu, sedang membelek komen-komen twitter di telefon, membiarkan java-chip frappucino di meja itu berpeluh bukan sebab panas. Di sisi aku ada sebuah beg kain (kain ke? entah...) warna hitam dengan tulisan sepatah empat huruf. Di dalamnya, novel aku. Masih berbalut plastik. Dia yang hantar SMS tadi bilang jangan lupa senaskah novelku, kerana katanya ia agak sukar untuk diperoleh di kota singa (benarkah?).

Khamis, 7 Jun 2012

245: [siri salah dengar] #07 - beli softlan.

Suatu petang di kedai runcit.

AKU: Tauke, ada pelembut softener tak?


TAUKE: Apa??


AKU: Pelembut softener.


TAUKE: You mau angkat apa?


AKU: Pelembut softener. Eh...

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015