298: terkadang kita harus jatuh cinta lekas-lekas untuk kita tahu dia bukan untuk kita, faham?

Selasa lepas aku selamat menerima ijazah sarjana muda yang selama empat tahun terkebelakang giat aku usahakan. Maka dengan itu, bolehlah aku ibaratkan aku mahu tutup buku kisah aku di bumi UKM dan simpan jauh-jauh. Perjalananku (aku harap) masih jauh di USM dan aku harap berlayar semudah samudera yang kugagahi di UKM.


Apapun, kembali kepada tajuk entri merapu-rapik yang panjang dan sesungguhnya sedikit pretentious di atas, aku berkesempatan untuk bertemu seseorang yang sudah agak lama aku intai (dan mungkin juga suka) dari jauh. Orangnya ramah dari tanggapanku dan aku kira satu seliratan yang dinamakan persahabatan mulai terikat antara aku dengan dia. Aku suka.

Tetapi ada juga bait-bait kata-katanya yang membuat aku mahu menjauh. Ternyata bintang zodiak yang menaungiku sekali lagi menggagalkan aku kerana dengan sebegitu enteng aku jatuh hati pada dia. 

Lesung pipitnya, lengannya, tawanya, matanya, ulas bibirnya, petah tuturnya, cara dia cicip air dari gelas dan entah seribu satu hal remeh tentang dia terus-terusan membuat aku terpesona dalam diam. Hatiku meracik laju kerana aku tahu aku bukan setarafnya. Dia seterang-terangnya jelaskan padaku yang dia gemar yang sekian-sekian. Tembok ego dan harapanku terhakis secepatnya.

Senyum hambarku, sentuh-pegangku, gelak-tawaku pada jenakanya, susun kata-kataku ternyata aku paksakan dalam pura-pura. Dia tidak mungkin akan jadi milikku.

Tak apalah. Eh, agak-agak dia yang aku sebut-sebut dalam entri ini baca blog aku tak?

Bak kata orang; you lost one to gain one.

Aku mungkin masih lagi gagal untuk mencari pengganti HIM, tetapi setidak-tidaknya aku memperoleh seorang kenalan baru. Ada untungnya aku jatuh cinta padanya dalam tempoh sesingkat itu. Sekurang-kurangnya luka yang berbekas cepat tersembuh dan mengeruping sebelum berparut dan terhakis dek masa.

Oh, harapanku untuk bertemu HIM (sengaja aku awalkan kedatanganku ke UKM untuk konvokesyenku sebenarnya, kerana separuh berharap dapat bertemu dengan HIM) tinggal harapan kerana HIM seakan enggan (dan tidak beriya benar) untuk bertemu denganku. Lagipun jarak antara aku dan HIM tidak memungkinkan untuk kami bertemu walau hanya untuk kopi dan rokok.

Pathetic betul kadang-kadang aku rasa - menaruh harapan pada orang yang terang-terangan tak sudi.

=(

Ulasan

.ciknoey. berkata…
Hi..jln2 kt blog ni.btw suke penulisan awk..

Sesungguhnya menyimpan perasaan amatlah seksa, utk meluahkan perlu ada kekuatan menerima apapun jwpn.. Berdoalah..jika benar dia utkmu, Allah akan permudahkan.. :)