256: [siri certot!] #02 - murtad.

Ini certot percubaan aku untuk kontes memenangi novel 'Murtad' karya Hasrul Rizwan, novel terbaru terbitan Fixi. 

Sayangnya tak terpilih.

klik SINI untuk beli secara online!

Ah well... you can't win them all, right?

Apa-apapun... enjoy reading!

Julia atau nama sebenarnya Jailani mendongak apabila terdengar bunyi pintu kamar dibuka. Sialan, kuku-kuku kakinya masih belum selesai dimanikur. Seorang lelaki berbadan macam badak sumbu berbaju duduk di sebelahnya.

“Sayang dah ready?” soal si badak sumbu berbaju itu.

Julia geleng. Dia malas hendak turut serta si Michael kekasih itu untuk ke gereja. Makanan yang dihidang tidak sedap, dan apa yang dibicarakan saban pagi Sabtu itu juga membosankan. Selama ini Julia cuma menurut atas nama cinta. Sebab Michael tidak pernah melarang untuk dia bersolat. Malah saban Jumaat Michael begitu taat menghantar dan menunggu Julia untuk solat Jumaat. Kadang-kadang Julia rasa seperti sudah tergelincir dari agamanya tetapi dia masih lagi yakin dan berpegang pada lima rukun yang dipelajari di sekolah dahulu.

“I belum mandi lagi. Can you just go without me?” Julia menoleh dan mengedip-ngedipkan kelopak matanya, dengan harapan Michael akan termakan pujuk. Namun Michael hanya tarik muka serius.

“We’re gonna be late. Kita nak pergi ambil kawan-kawan I lagi kat Bangsar,” keluh Michael. Lelaki Amerika itu fasih berbahasa Melayu kerana sudah tiga tahun bersama Julia. Mereka bertemu ketika Julia bekerja di Padini kerana Michael mahu membeli beberapa pasang kemeja. Julia yang bertubuh langsing, berambut lurus panjang melepasi bahu dan punya sepasang buah dada (buatan doktor Siam) mekar secara automatis membuat Michael keras pelir dan mahu memiliknya.

Akhirnya dek kerana bosan dengan leteran Michael, Julia lompat keluar katil dan terus ke kamar mandi. Julia keluar semula dengan badan separa lembap. Dia sarung jeans, sisir rambut dan capai baju randum dari dalam almari.

“Sejak bila you murtad?” soal Michael.

“Sejak Jerman menang game semalam,” Julia pandang jersi yang terpaut di tubuhnya. Harimau Malaya. Tidak sedondon Michael yang memakai jersi putih di mana runtuhnya Tembok Berlin. Dia sudah kalah betting. Makanya petang ini dia harus belanja makan Michael dan rakan-rakannya sekali selepas ke gereja. 

Ulasan

tira berkata…
Nice one encik bisik ! :)
shandye. berkata…
@tira: thanks. mungkin idea pusatnya iaitu elemen 'murtad' itu kurang menyebabkan juri tidak memilih certot ini. ah, well... seronok juga kalau harus berkarya menurut deadline dan tertakluk kepada hanya 300 patah perkataan. hehehe... =)