Isnin, 28 November 2011

208: rambang mata di Big Bad Wolf Aftermath Sales.

Ini cerita semalam. Ya, sudah basi. Tapi biarlah. Ini blog aku, bukan coolblog kau... goblok!

Semalam aku ke The Big Bad Wolf Books (TBBWB) Aftermath Sale di South City Plaza. By the time entri ni dikeluarkan, rasanya sempat lagi kalau korang serbu sebab hari ni last day dan event ni berakhir jam 10pm nanti.

Ok. Teruskan membebel.

Orang terlalu ramai. Buku bertimbun-timbun di atas meja-meja beralaskan kain putih. Kotak-kotak dihulur oleh staff TBBWB. Pengunjung yang datang banyak yang sudah mengelek buku-buku yang usai dipilih, mengendong  kotak sarat buku atau menarik/menyepak kotak-kotak yang sudah penuh benar dengan buku (dek kerana malas atau tidak larat benar. whatever). 

Betullah kata rakan-rakan yang pernah bertandang sebelum ni. Jangan taruh apa-apa ekspaktasi tinggi terhadap The Big Bad Wolf Books Sale ni. Kebanyakan buku-bukunya...

  1. kulitnya ada yang sudah rosak/koyak/langsung tiada
  2. yang berkulit keras, sampul luarnya sudah koyak/tiada
  3. banyak buku-buku yang tulangnya sudah rosak seperti dihiris dengan pisau lipat or something
  4. ada halaman-halaman yang tercerai dan/atau hilang
  5. susah benar hendak cari buku yang benar-benar elok


Berpadananlah dengan harga runtuh yang ditawarkan oleh TBBWB, iaitu serendah RM5. Puas membelek, letak semula, belek lagi... aku peluk kemas empat judul. Ini yang aku beli.

Khamis, 17 November 2011

207: Takdir Ilahi, MAKUM dalam kenangan.



Semalam Kelab Teater Rimba UKM selesai mementaskan Takdir Ilahi di Panggung Eksperimen UM. Keterujaan, tekanan, takut, seram. Semuanya bersatu menjana adrenalin dalam tubuh tatkala hari demi hari berganti jam dan seterusnya berkisar ke minit sehinggalah malam semalam pentas itu milik kami.

Segala lelah dan kudrat yang tertumpah sepanjang proses persediaan nampaknya membuahkan hasil. Elok sahaja lampu babak akhir padam, audiens bersorak bertepuk dan berteriak. Aku senyum.

Puas.

Beban di pundak terangkat sudah. Empat tahun mengintai peluang untuk beraksi di pentas MAKUM. Baru sekarang apabila aku menginjak ke tahun akhir pengajian aku beroleh peluang.

Ucap syabas kepada tenaga produksi dan para pelakon Takdir Ilahi kali ini. Semua gelak tawa, tangis dan drama swasta antara kita semua akan menjadi dukungan dan bekalan pengalaman yang tidak mungkin aku boleh peroleh di mana-mana. Di situ jugalah aku menemui sahabat baru.

cuba cari yang mana satu aku. mwuehehehe... =)
keluarga bahagia #EhYeke.
dari kiri: Ain (teraju utama), Makcik Ayu, Ismail (pengarah Takdir Ilahi), Makcik Iffah & Sham

Makcik Ayu posing maut depan rumah usang. #KauAda???

Oh, rindu pula walaupun baru sehari tidak berkumpul. Itulah magis berproduksi yang aku kecapi.

Rabu, 9 November 2011

206: [siri ulasan buku] #10 - zombijaya karya adib zaini.


Sukar untuk pandang Zombijaya, novel sulung karya Adib Zaini sebagai suatu karya yang serius. Novel yang menampilkan multiple characters dan multiple plots yang secara amnya berkisar tentang serangan pandemik wabak zombi dengan berlatarbelakangkan Kuala Lumpur (secara amnya) merupakan bacaan santai yang amat adiktif. Dengan penceritaan yang agak linear (ada beberapa bahagian di dalam novel menginjak masa ke belakang hanya untuk menceritakan perihal yang berlaku beberapa jam sebelumnya), pembaca akan terpanggil untuk meneruskan pembacaan dalam hanya sekali duduk. Aku sendiri habis membaca Zombijaya dalam tempoh 24 jam.

Menurut Adib Zaini, beliau mengakui bahawa menulis dalam Bahasa Melayu bukanlah forte beliau. Namun aku berani menafikan bahawa percubaan sulung beliau dalam Zombijaya merupakan sesuatu yang amat-amat dibanggakan. Tidak dinafikan naratif dan bahasanya agak longgar, dengan kesalahan penggunaan perkataan di sana sini (contohnya pada halaman 142, perkataan ‘memaparkan’ dalam ayat ‘Nora menanggalkan bajunya yang kotor, memaparkan coli hitamnya.’ kedengaran amat janggal sekali) tetapi ia tidaklah begitu penting. Lagipun, tidak hip dan urbanlah kalau terlalu menurut nahu tatabahasa ala DBP, tak gitu?

Harap maklum ulasan ini MUNGKIN mengandungi spoiler. Makanya bagi mereka yang belum habis baca atau mahu dapatkan novel ini barangkali mahu skrol laju-laju hingga ke perenggan terakhir untuk melihat konklusi ulasan novel ini.

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015