Isnin, 17 Oktober 2011

204: si domo-kun jadi teman.


jam sudah menginjak ke 3.20 pagi.
aku masih terjaga.
domo-kun masih jadi peneman setia.
aku yang gigih menelaah di saat akhir.
jam 12 nanti ada kuiz.

aih...

=)

p/s:- thanks to abg eqbalzack. hehehe.

Sabtu, 15 Oktober 2011

203: trailer paling latest Final Fantasy XIII-2.


Ok. 
Sumpah terliur. 
Tapi lambat lagi versi BI-nya nak terbit.
Hujung Januari tahun depan kot.

Stress aku.

=)

202: [siri ulasan buku] #09 - amerika karya ridhwan saidi.


Aku ambil masa kira-kira dua minggu untuk habiskan Amerika, novel terbaru karya Ridhwan Saidi. Agak lama memandangkan aku harus berhenti membaca untuk memberi ruang kepada kerja-kerja ilmiah yang lain (urrggh, menjadi mahasiswa tahun akhir sebenarnya tidak seronok ye!). Sepertiga selesai membaca, aku singgah ke blog si penulis novel, kurius ingin tahu apa pendapat beliau tentang respons pembaca yang lain.



Jujur aku ingin jelaskan di sini, Amerika ternyata kekal kepada trademark Ridhwan Saidi. Ceritanya bukan konvensional dan semestinya bukan untuk semua orang. Seperti Cekik, novelnya yang terdahulu, Amerika akan membuat pembaca terfikir tentang banyak hal-hal duniawi dan juga spiritual. Salah seorang kenalanku meminjam-baca novel ini dan selepas tiga hari dia pulangkan semula kepadaku dengan wajah yang perplexed dan menyampah.

“Tak logik dan merapu!” ujar dia ketika kami bertemu di hentian bas.

Aku hanya senyum. Sejujurnya aku gemar akan Amerika. Aku gemar efek symbolism yang digunakan di dalam novel ini. Bagi aku, Ridhwan Saidi menulis bukan dengan hanya berpandukan satu konsep sahaja yang ingin beliau terapkan di minda pembaca. Sebaliknya, beliau berharap agar simbol-simbol ini sebenarnya bebas diinterpretasikan oleh pembaca. Dalam erti kata lain, beliau mahu pembaca mengorek sendiri prior knowledge yang mereka ada dan baurkan dengan helaian-helaian halaman novel ini.

Rabu, 12 Oktober 2011

201: semua perempuan WAJIB tengok video ni. yang jantan pun boleh tengok jugak kalau rasa-rasa kurius. ahaks.



sumpah lepas ni mesti ramai yang ada smartphone tu terus pakat-pakat download app percuma nih, kan?

hahaha...

=)

p/s:- sorry ni bukan proper updates. takde masa la nak menaip. but then again tunggu la dalam tempoh terdekat ni ada berita baik yang aku nak syer dengan korang semua. cuma aku rasa masanya belum sesuai lagi kot. hehehe....

Khamis, 6 Oktober 2011

200: foster the people - pumped up kids.



OMG... they even sounded much better when performing live!

Owh... and I am officially had a HEEEEEEEEEEEUUUUUGGGGEEE crush on Mark Foster.

Thank you very much.

used to hate guys in fedora. but this.... is.... perfection.
Mark Foster... i wanna have your babies!!! #pitam
so cute!!!! *wipe drool*

how can a God's creature be so cute and crazy talented at the same time???!!!

=)

P/S: - by the time all of you are reading this i am most probably is in a train ride back to penang. got something to settle out. will tell you guys all about it pretty soon.

Kthnxbai.

199: jatuh cinta dengan suami orang, cool atau tidak?


Semuanya tampak sempurna. Kau dan dia baru sahaja selesai menonton wayang dan melangkah keluar dari panggung wayang, menuju ke kereta. Dia bisikkan ke telinga kau yang dia mahu tunjukkan kau rumahnya. Kau angguk saja, bersetuju sebab setakat ini janji temu yang sedang kau jalani bersama dia berjalan dengan lancar dan si dia benar-benar mempesonakan.

Dalam hati kau berkontemplasi: “Ah, just one drink. Tak ada apa-apa kot.”

Dia terus sahaja bawa kau ke kediamannya: semua apartment mewah di hujung kota. Sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu, bau harum jasmin menjamu hidung. Kau selesakan diri di sofa sedang dia ke dapur terbuka di sisi ruang tamu, tuangkan kau segelas teh krisantemum sejuk.

Kau dan dia berpegangan tangan dan kau berharap benar agar magis janji temu pertama ini berterusan. Dia tampak terlalu sempurna dan kau mulai mengimaginasikan anak-anak yang bakal kau miliki bersama dia, kau mula pasang cita-cita tentang percutian eksotik yang kau harap dia akan bawa kau untuk ulang tahun perkahwinan kalian, kau mula berangan mahu menjalani sisa-sisa tua bersama dia.

Jemari berkait dan dada kau berombak. Dia bilang yang dia benar-benar suka akan kau dan harap dapat keluar bersama kau lagi di lain waktu. Kau bilang kau ada kelas pagi jadi kau minta dia hantar kau pulang ke kampus. Dia angguk dan kucup pipi kau. sedang kau dan dia berpelukan, kau ternampak sesuatu pada meja kopi di hadapan sofa.

Ahad, 2 Oktober 2011

198: [siri sekadar cuci mata] #14 - joseph odorisio [NSFW].

Siri sekadar cuci mata yang *ehem* kontroversial tapi hairannya disukai ramai kembali lagi.

Aha!

Kali ni menampilkan Joseph Odorisio. A yummeh Canadian model.

Enjoice!



197: apologizing for the lack of updates.

First of all, I would like to apologize for not updating my blog for awhile. I've been caught up with a lot of stuff and haven't got the proper chance to actually sit and write an entry.

Anyways... my tentative title for my thesis have been approve (yay!). I guess I am going to work on 'The Perception of Form 4 Students With Regards to the New English Literature Texts' for the next two semesters. I have been reading a bunch of journals and articles and I gotta say I am kinda inspired to work on this. I have asked a few of my lecturers regarding the aforementioned topic and have received positive feedback from them, asking me to work on it.

I guess since the new English Literature texts that was introduced to the school last year were kind of literally new (hence the name 'new' English Literature texts, d'oh!) and not much research or discussions have been made about it, its kind of good for new and upcoming future graduates to focus on this particular topic.

Yeah. I gotta say I am very semangat about this.

Another thing that I wanted to talk about is that I finally finished my first ever manuscript and that particular writing project is currently undergoing its second draft before I am considering to send it over to any publisher who (hopefully) might be interested. Ierno. I am not aiming big here. But then again if it did got published, I guess I will be one happy camper.

It'll be a pre-graduation slash early birthday present for me, then.

Insya-Allah. Doa-doakanlah.

Teehee...

Well... I wanted to write more but I am running off on steam here. Mind gone kaput. Been having insomniac moments for the past few days and my BIOLogy clock had gone wonky when it comes to weekend.

Aiyark....

P/S:- By the time this entry is written, my dear friend Syuk is prolly on board to Rome. He'll be spending an entire year in Italy to complete his research. All the best dear friend. You will be terribly missed and I wished you all the best. 1 <3 you.

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015