Ahad, 25 September 2011

196: bila geng sesame street buat parody tentang drama glee!

Aku suka drama Glee.
Lagipun baru je masuk episod satu untuk musim ketiga, which IMO agak hambar sebagai episod pembukaan musim baru.

Anyways...

Aku jumpa video ni kat YouTube.
Geng Sesame Street buat parody untuk drama Glee...
Ajar budak-budak tentang huruf G.

Kelakar.

Lebih-lebih lagi tengok patung yang pegang watak Rachel tu. Menjadi sangat!

Dan patung yang jadi watak Sue Sylvester tu pun matching habis! Ngee...



=)

Jumaat, 23 September 2011

195: jumlah target visitors tercapai sebelum tahun 2012!


belum sampai penghujung tahun 2011, visitor counter blog aku dah cecah lebih 10K!

alhamdulillah...

thanks sangat-sangat kat korang yang sudi singgah ke mari.

sayang uols sangat-sangat!

=)

194: awww.... schhhuuuweeetnyer!


inilah rupanya bila pornstar menyanyi. not bad jugak eh? hehehehe....

=P

Khamis, 22 September 2011

193: [siri ulasan buku] #08 - ngeri karya gina yap lai yoong.


Usai membaca Ngeri karya Gina Yap Lay Yoong, aku tidak boleh mengelak daripada merasakan ada pengaruh filem bergenre thriller-horror seperti francais Saw dan Scream di mana garapannya amat bijak (atau mungkin juga tidak keterlaluan untuk aku bilang hampir sempurna) membuat pembaca terus-terusan tertanya-tanya siapakah pembunuhnya yang sebenar. Penceritaannya juga aku kira tidak konvensional kerana dipersembahkan lewat cuplikan perbualan telefon, sesi berbalas emel dan juga transkrip kenyataan yang disediakan oleh pihak polis. Stail penceritaan sebegini secara tidak langsung mengekalkan mood suspens sepanjang cerita.

Bahasa yang digunakan juga mudah dan terasa segar, macam bagaimana anak-anak remaja masakini bercakap antara satu sama lain. Namun begitu, pada pendapat aku Ngeri hampir menepati jangkaan aku. Ia masih lagi belum cukup ngeri. Mungkin kerana aku sudah terbiasa menonton filem bergenre thriller-horror seperti Saw, Scream, Halloween dan The Hills Have Eyes, menyebabkan aku mendambakan Ngeri yang lebih ganas dan ngeri.

Isnin, 19 September 2011

192: [siri ulasan buku] #07 - jerat karya dayang noor.


Jika hendak menyimpulkan novel Jerat karya Dayang Noor dalam hanya satu patah perkataan sahaja, aku akan memilih perkataan 'unputdownable'. Novel setebal 303 halaman ini bermula dengan kisah dua orang individu penting kepada keseluruhan plot cerita dibunuh secara kejam, dan watak utamanya pula yang bernama Shereen nyaris maut dalam satu kemalangan. Akibat daripada kemalangan itu Shereen koma, hilang ingatan dan harus bermula dari sifar; mengupas satu persatu kisah silamnya dalam jejak untuk menyiasat perkaitan dua pembunuhan itu dan juga cubaan bunuh ke atasnya.

Khamis, 15 September 2011

191: [siri tak ada kerja] #15 - mari belajar bahasa inggeris!

Masih blur-blur sotong tak tahu nak update tentang apa. Kepala tengah serabut dengan masalah registration yang belum settle-settle lagi. 

Thanks to my fellow classmate, Lisa yang forward-kan emel bergambar ni untuk aku gelak-gelak.

Jom belajar Bahasa Inggeris!

Ngee...

Isnin, 12 September 2011

190: tak dapat daftar subjek. ada 'hutang' katanya!


cuba korang tengok.

hutang sebanyak RM 0 tu! cemana aku nak settle?

upon closer inspection, korang perasan tak yang 'hutang' tu adalah untuk Semester 1 Sesi 2011/2012, which is semester sekarang ni.

cecite... cecite...

dahsyat tak aku, dah dapat hutang even BEFORE aku daftar apa-apa subjek!

shiall!!!

pagi tadi dah pergi cancelori, unit kewangan tanya pasal benda ni. diorang cakap sistem ada 'glitch' (kononnya!) dan suruh aku balik dulu.

balik where???

aku nak daftar subjek la mangkuk!

X_______________________________________X

Khamis, 8 September 2011

187: [kontes] #04 - giveaway... saya suka DOMO lah!

Hai.

Abang EqbalZack sekali lagi bermurah hati membuat satu lagi giveaway khas untuk follower blog dia...

KLIK KAT SINI KALAU KORANG NAK JOIN JUGOK!

Kali ini hadiah yang ditawarkan adalah barangan DOMO, raksasa warna coklat yang suka dok renyih tak tentu pasal ni.

Anyways, aku rasa entri aku tak adalah kreatif mana, tapi aku cuma nak bagitahu yang kalau aku menang pencil case DOMO tu sure akan memberi faedah kepada aku.

Sebabnya...

Korang tengok la sendiri kondisi pencil case aku sekarang...

ni keadaan luaran pencil case aku. sarat dengan alat tulis. tengok kat tepi-tepi pencil case aku tu. nampak tak ada benang warna putih? aku jahit bulan lepas sebab dah koyak. T____T

jom tengok close-up pulak. cantiknya jari-jari yang dok pegang tu. bersih mulus. cuba korang tengok zipnya. dah lusuh benar. lepas tu tak boleh zip sampai habis, jadi kalau kau bubuh pencil case ni dalam beg galas kalau tertungging sikit terus semua benda kat dalam pencil case ni akan 'tertumpah' keluar. huhu..... T______T

keadaan dalam pencil case aku yang sudah dijahit secara manual dengan tangan. tak pakai mesin jahit sebab kat rumah memang tak ada mesin jahit pun. sadis tak? T_______T
Pernah sekali tu, masa exam akhir semester lepas... masa aku nak keluar dari dewan peperiksaan tu, pencil case aku buat perangai. Zipnya terbuka (sebab kan dah cakap kat atas yang pencil case ni memang tak boleh zip sampai habis pun... x__x) dan segala macam alat tulis yang ada berterabur keluar.

Malu gila!

Aku kena ala-ala merangkak macam tentera kot nak kutip semua alat tulis yang berterabur tu...

Ada lebih kurang macam ni la rupa aku masa tuh...







Siap kena merangkak bawah meja segala bagai macam ni...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sadis tak?





Semua awek cun, abang hensem, akak yang muka iras-iras Intan Sarafina tu pun siap bantai gelak-gelak kat aku.


Tapi dengan muka selamba aku bangun....


Terus posing macam ni...






Lepas tu dengan  bajet stailo abesnya aku blah dari dewan peperiksaan tu...


ok. takdelah keluar sambil isap rokok cenggituh. but you get the picture, right?

Jadi, rasa-rasanya kalau aku menang pencil case DOMO tu takdelah akan alami situasi alat tulis berterabur dalam beg galas lagi. 

Bolehlah  aku letak pencil case DOMO aku tu dengan bangganya tayang letak atas meja masa tengah kuliah nanti.

Lagipun minggu depan aku dah masuk universiti balik untuk tahun akhir pengajian. Best jugak dapat melaram dengan pencil case baru. Iye tak?

Tapi kalau tak menang pencil case, dapat zip case @ phone stand, takpun soft toy tu pun tak apa.

Hehehehe....




Kthnxbai.




=)

Rabu, 7 September 2011

186: november rain versi komik.

Rasanya semua orang tahu kot lagu famous November Rain daripada Guns N Roses. Muzik videonya tersenarai sebagai salah satu muzik video dengan kos pembikinan paling mahal (sekitar USD 1.5 juta). Boleh tengok senarai penuh muzik video dengan kos pembikinan paling mahal kat SINI.

Kat bawah ni aku ada sediakan muzik videonya sekali. In case korang nak usyar.



Anyway, aku ada Tumblr, jadi sapa-sapa yang ada Tumblr tu boleh la follow aku eh? Klik kat SINI untuk view Tumblr aku. Kat bawah ni aku terjumpa ada comic strip yang sape ntah buat... aku jumpa kat Tumblr. Kelakar kot. Saje nak syer. 

Teehee...

Selasa, 6 September 2011

185: jupiter si kucing yang boleh bercakap kembali lagi!

Aku suka tengok video kat YouTube. Lebih-lebih lagi masa internet tengah laju. Hahaha... anyways, aku ada YouTube channel sendiri tapi takdelah upload video gempak-gempak macam AnuarHadi, si kacak Aiman Azlan mahupun Maria Elena yang gila-gila tapi cool tuh. Tunggu la aku beli webcam yg proper sikit, maybe aku akan mula vlogging plak kot. We'll see...

=)

Anyways, salah satu channel daripada dekat seratus lebih yang aku subscribe kat YouTube tu adalah si klaatu42 dengan siri Talking Animals dia (klik kat link sebelah ni untuk pergi kat channel dia). Sumpah kelakar, lebih-lebih lagi kalau anda seorang penggemar kucing.

Kat bawah ni video terbaru dia, siri Ask Jupiter. Aku suka sangat. Gigih betul dia buat voice-over untuk buat seolah-olah macam si Jupiter tu tengah bercakap. Kreatif!

Oklah. Enjoy the video.

Teehee...



Anyways, bagi yang belum 'like' lagi...

184: [siri salah dengar] #06: kau dan aku.

Suatu tengah hari, Syawal kedua di rumah bekas kekasih...


DIA:    Sit back down on the couch where we made nothing but Spam and you said to me...
AKU:   Spam?
DIA:    Salah lirik eh?
AKU:   (geleng kepala) Macam manalah kita boleh couple sebelum ni?
made Spam. seriously?

Spam (officially trademarked as SPAM) is a canned precooked meat product made by the Hormel Foods Corporation. The labeled ingredients in the classic variety of Spam are chopped pork shoulder meat, with ham meat added, salt, water, modified potato starch as a binder, and sodium nitrite as a preservative. Spam's gelatinous glaze, or aspic, forms from the cooling of meat stock. The product has become part of many jokes and urban legends about mystery meat, which has made it part of pop culture and folklore.
- via Wikipedia.

183: [siri sekadar cuci mata] #12 - andrej pejic [NSFW].

The current 'it' model at the moment; graces international labels like Marc Jacob, YSL & Jean-Paul Gaultier.

Who is THIS model?

A boy... A girl...

You be the judge!

=)






Isnin, 5 September 2011

182: hikmah membela kucing & ada apa dengan petknode.

Sebenarnya kalau nak diikutkan baru je aku dgn family aku berminat nak bela kucing ni. Sebelum ni tak ada pulak rasa minat sebab mak aku sebenarnya tak berapa suka dengan kucing. Beberapa tahun lepas, dalam pertengahan 2008 macam tu la, tiba-tiba satu petang adik aku balik dari sekolah dia dok ngomel-ngomel kat mak aku cakap dia nak bela kucing. Masa tu aku tengah kerja part-time kat satu kedai gambar dekat dengan rumah, jadi aku cakaplah kat budak-budak tempat aku kerja tu pasal adik aku.

Salah seorang daripada pekerja tu, Wanie nama dia, cakap dia willing nak bagi seekor kitten kat adik aku. Ala, kucing kampung je.

hai, nama saya Thom. ngee...

pink tak hidung saya? rasa macam nak cubet-cubet tak?

Sabtu, 3 September 2011

Khamis, 1 September 2011

180: 'bag of bones' bakal diadaptasi sebagai siri televisyen.

Salah satu daripada novel karya Stephen King yang amat aku gemari iaitu 'Bag of Bones' akhirnya bakal diadaptasi sebagai siri televisyen!
salah satu novel karya Stephen King yang aku gemar ulang-baca.

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015