Khamis, 30 Jun 2011

097: [siri tak ada kerja] #11 - shia labeouf berposing sakan untuk majalah 'details'.

Muy caliente!

Sesuai dengan kemasukan sekuel ketiga Transformers iaitu Transformers: Dark of the Moon yang baru sahaja menemui penonton di panggung-panggung wayang, hero utamanya yang oh sentiasa comel si Shia LaBeouf sempat berposing sakan untuk majalah 'Details'.


Jom cekidaut!

096: john west - mencintai dirimu malam ini.


Lagu lama. Namun bait-bait liriknya membuai. Aku suka. Dia senyum.

<3

Selasa, 28 Jun 2011

095: antara ulang tahun, bergerak terlalu pantas dan rasa bersyukur.

"New jeans?” Abg Nazs bertanya sebaik sahaja aku masuk ke dalam Vios hitam miliknya. Aku angguk. Baru sebentar tadi keluar bersama teman raikan ulang tahun aku yang ke 26. Malam semalam sudah ‘kenduri’ tonton Transformers di Gurney bersama teman aku yang lain, petang tadi keluar lagi dan malamnya pula keluar bersama Abg Nazs. “Kenalkan, Joe.” Abg Nazs memperkenalkan Joe, seorang lelaki berpotongan rambut ala-militari yang sedang duduk di tempat duduk belakang. Apabila dia mendekatkan dirinya untuk berjabat salam denganku, aku dapat cium bau CK Be padany. Rupa-rupanya sesi ngopi dan gossip bersama Abg Nazs kali ini bertukar kepada threesome. Menarik. Whatever.

Kami ke mapley lazim. Aku juga pesan makanan yang serupa: roti kosong dua dan segelas besar kopi o. Sedang kami rancak bershisha dan umpat gelak sambil catching up tentang diri masing-masing, lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Joe tiba-tiba meminta diri untuk ke tandas. Jujurnya aku selesa dengan Joe dan nampak yang dia mungkin boleh turut serta grup kecil kami di masa akan datang. Joe dan Abg Nazs bertemu di kolam renang USM, tempat di mana Abg Nazs kerap berenang di hujung minggu (kalau dia tidak sibuk melepak dengan aku atau meluangkan masa bersama anak angkatnya, Qimie). Setelah hampir dua bulan asyik bertembung antara satu sama lain, Abg Nazs akhirnya memberanikan diri untuk menegurnya. Mereka keluar untuk coklat panas dan kek dan selebihnya merupakan sejarah terlipat.

“Kau rasa terlalu awal tak kalau aku nak ajak dia move in dengan aku?” Abg Nazs bertanya ketika ketiadaan Joe di meja. Aku keluh. Hendak jawab dengan jujur aku takut kawanku ini terasa hati, hendak berikan pernyataan yang menyedapkan hati pun aku khuatir dibilang hipokrit dan klise.

“Berapa lama abang kenal dia?”

“Dekat tiga bulan. Well, technically we’ve been going out for over two weeks. Tapi me and him dah banyak kali bumped into each other kat locker room masa pergi swimming kat USM.”

“Dia tahu pasal Qimie?”

Geleng. “I’m planning to tell him soon enough.”

“Rasanya baik abang beritahu pasal Qimie kat Joe dulu. Tengok apa reaksi dia. I think you’re going a little bit too fast on this, this time.”

“Yeke?”

Angguk.

“Anyways…” Abg Nazs berpaling dan Joe telahpun berada di belakangnya dengan sebuah kotak kapkek di tangan. Aku senyum lebar. Abg Nazs sama seperti Abg Iz, sedia maklum yang aku tidak gemarkan kek ulang tahun. Aku kira itu klise. Aku suka kapkek kerana ia comel. Kek ulang tahun bosan kerana ia sebenarnya mahal. Tanpa kalian sedari, kalian hanya membayar suatu harga yang maha mahal untuk sebiji aising terlebih harga dan krim mentega kurang kualiti.

Tapi sebenarnya kapkek pun sama juga. Cuma ia dalam versi kecil-kecil dan lebih kiut. Eh, apa yang aku merepek ni?

gambar hiasan ini dicilok tanpa tauliah daripada pemiliknya. lolz.

Dilajukan cerita, kami makan kapkek, gelak-gelak, ada orang jatuh kerusi (oh, semestinya bukan aku!) dan banyak cerita yang dikongsi. Masa hendak pulang, Abg Nazs hantar Joe pulang terlebih dahulu, kerana mahu teruskan perbualan yang tergantung tadi.

“So apa pendapat you tentang Joe?”

“Dia okay. Boleh masuk dengan kita. I think he’ll last.”

“What do you mean he’ll last?”

“Sebab dia okay. Boleh ngam. Tapi dia tak jumpa Abg Iz lagi, kan?”

“Cemanalah dia nak jumpa orang tua tu. Iz kana da kat Singapore. Eh, speaking of Singapore, bila nak pergi sana?”

“Tomorrow morning saya tumpang kereta Daush (rakan lama kami yang sebelum ini mengajar di Sarawak untuk hampir empat tahun dan kini dia sudah kembali ke Pulau Pinang kerana permohonannya untuk bertukar ke semenanjung akhirnya diluluskan. Leceh juga berurusan dengan kementerian rupanya!) sebab dia nak ke KL. Later I’ll head over to IJN untuk my annual check-up. Petangnya I’ll took a bus to JB sebab Abg Iz nak jumpa kat sana. Dari situ baru dia akan bawak ke Singapore.”

“Owh. Seronok la orang tu jalan-jalan cari pasal secara berbayar!”

Aku sengih. Bersyukur kerana punya rakan-rakan pemurah seperti Abg Nazs dan Abg Iz. Bersyukur kerana masih lagi dibenarkan untuk meminjam nyawa yang diberikan oleh Allah s.w.t. Bersyukur kerana masih lagi mampu berkata-kata, menari, menulis, menaip, duduk, berdiri, melompat, baring, tidur, pejam, celik, menyanyi, menjerit, menangis, melatah, meratah, mengomel...

... dan mencintai mereka yang selayaknya menerima cebisan hati ini.

<3

Selasa, 7 Jun 2011

094: ucapan maaf & trailer 'the twilight saga: breaking dawn - part 1'.

Pertama sekali saya nak ucap maaf sebab dah lama tak kemaskini blog. Sibuk. Ya, sejak dah mula kerja (which I promise will tell all about it bila saya ada masa lapang nanti) siang saya agak sibuk. Maklumlah, nama pun kerja waktu pejabat. Malamnya pula saya luangkan bersama mak dan adik di rumah. Layan mata tengok TV takpun main Xbox360. Nak hang out dengan rakan sejenayah si Abg Nazs tu pun saya tak sempat, ini kan pula hendak kemaskini blog.

Alah... lagipun macamlah blog ni ada ramai peminat. Ade ke? *garu kepala*

Ohya, ini trailer untuk filem 'The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1' yang baru diluncurkan pada MTV Movie Awards pada 05.06.11 tempoh hari.

Enjoice!

Rabu, 1 Jun 2011

093: [siri sekadar cuci mata] #09 - rosie huntington-whiteley [NSFW].

Asyik-asyik cuci mata tengok jantan je... kali ni kita tengok awek plak.

Hahahaha...

FYI... minah ni la yang gantikan Megan Fox untuk sambungan filem Transformer yang bakal rilis hujung bulan ni. Padan muka si Megan Fox yang delusional cakap kat press yang filem Transformer tu sebenarnya tak hidup tanpa dia. Sekali terus dia kena singkir dari senarai produksi. 

LOL...


  











Ok... sila lap darah dari hidung anda.

Kthnxbai.

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015