Sabtu, 30 April 2011

046: [siri ulasan filem] #03 - seru.

Menonton filem ‘Seru’ arahan duo Pierre Andre dan Ming Jin akan membuat anda acapkali berkata; “Eh, macam filem ‘Quarantine’ dan ‘Blair Witch Project’ lah!”. Sesungguhnya penulis tidak menafikan ‘Seru’ banyak membuat rujukan kepada kedua-dua filem Barat ini. Buat pertama kalinya filem saspens seram dengan menggunakan teknik ‘found footage’ mula mengambil tempat di persada industi perfileman tempatan.


‘Seru’ bermula dengan sekumpulan krew penggambaran filem yang sedang menjalani penggambaran di sebuah hutan pencil. Pierre Andre membuat kameo di awal filem sebagai salah seorang ‘pelakon’ yang sedang menjalani penggambaran di situ. Keadaan mula menjadi keruh dan tidak keruan apabila dua daripada krew filem tersebut dirasuk oleh suatu kuasa halus. Maka bermulalah adegan saspens dan mencurigakan apabila keadaan individu yang dirasuk itu tidak pulih dan bermacam-macam kejadian aneh menimpa krew filem yang tinggal.

Filem ini bijak mengimbangkan penceritaan yang mudah dan plot linear yang mudah diikut oleh penonton dengan kejutan dan elemen seram dan saspens yang konstan sepanjang filem ini. Plotnya digarap dengan kemas dan berentak laju, menjadikannya tidak bosan dan bijak. Kesan khas dan audio juga amat teliti dan berketepadan dengan nuansa cemas yang dipaparkan. Ada banyak babak-babak di sepanjang filem ini yang mampu membuat anda memaut erat pemegang tempat duduk atau peluk kaki dan berpaling ke arah lain kerana tidak sanggup untuk melihat adegan ngeri dan ganas yang ada. Ada juga babak-babak di dalam filem ini yang anda akan rasa terlalu mirip kepada filem-filem seram Korea atau Jepun namun oleh kerana perspektif yang ditampilkan adalah daripada pandangan si pemikul kamera itu sendiri, membuatkan seolah-olah anda yang mengalaminya, membuatkan menonton babak itu suatu pengalaman seram yang anda akan ingat walaupun anda sudah menontonya tiga hari yang lepas. Pierre Andre dan Ming Jin juga berani kerana menampilkan muka-muka baru di dalam filem ini. Satu-satunya wajah yang dikenali penulis adalah Shaarnaz Ahmad, itupun hanya kerana penulis pernah melihat dia berlakon dalam drama bersiri ‘Dottie’ suatu ketika dahulu.

Walaubagaimana pun, seperti yang telah diterangkan tadi, penulis berpendapat bahawa duo pengarah filem ini seakan terlalu bergantung-rujuk kepada filem-filem berteknik serupa seperti ‘Cloverfield’, ‘Quarantine’ dan ‘Blair Witch Project’. Adegan lari-lari dalam semak dengan sudut kamera bergoyang-goyang di paras kaki, bermonolog dekat benar dengan lensa kamera dan bertukar-tukar tetapan pada kamera (padam/hidup lampu, tetapan night-vision) seakan terlalu mirip seperti filem-filem yang disebut tadi. Ada beberapa bahagian yang jika diteliti semula agak tidak masuk akal dan cuai. Antaranya:

Bolehkah anda menolak kereta dengan sebelah tangan sambil memegang kamera pada tangan kanan, dan melakukan kedua-dua aktiviti itu serentak dengan selesa?

Bayangkan leher anda dijerut dan anda ditarik ke atas, adalah anda masih lagi mampu memegang kamera dengan baik dan menghalakan fokusnya ke bawah sedangkan secara logiknya pasti anda akan (mungkin) melepaskan kamera tersebut dan mencuba untuk meloloskan diri daripada jerutan tersebut.

Namun begitu, ‘Seru’ merupakan percubaan berani dalam kategori filem seram tempatan. Penggemar filem seram semestinya wajib menonton filem ini dan nilaikan sendiri hasilnya. 

Khamis, 28 April 2011

045: [siri kuotasi hari ini] #02 - menjaga hati.

Jika anda suka makan ayam goreng, anda mungkin mudah dilukai orang, jika anda suka makan burger, anda mungkin mudah melukakan orang lain.
- Fazley Yaakob, artis

044: pesta buku antarabangsa, fixi & perihal aku starstruck bertemu amir muhammad.

NOTA: Entri ini aku kopipes dari belog aku yang satu lagi. Suka hati akulah kalau aku hendak keluarkan dua entri yang serupa sekalipun, ini belog aku. (gelak nakal)


---------------------

Pagi tadi aku tiba awal di PWTC. Objektif utama; mahu lihat sendiri ‘kehangatan’ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur


Objektif sampingan; mahu cuba menang hadiah harian Fixi dan makan tengah hari bersama rakan lama. Sekitar jam 9.20 pagi. Mujur ada teman sudi hantarkan hingga ke stesen LRT Sungai Besi. OK, fakta ringkas: aku TIDAK PERNAH menggunakan LRT dari Sungai Besi. Makanya aku hampir tersesat untuk ke PWTC. Mujur ikut kata hati dan tegur abang India kacak yang berbau harum Dunhill segak berkemeja ungu pucat dan memegang kemas briefcase kulit tampak mahal. Kami berbual ringkas dan dia mahu menghadiri temuduga sebagai akauntan di KLCC, tetapi dia mahu minum pagi terlebih dahulu bersama teman lamanya.

“Old friend?” Aku tanya. Sekadar mahu memperpanjangkan perbualan sementara menanti tren yang lagi 10 minit akan tiba. Satu hal yang aku suka tentang LRT adalah ia agak menepati masa dan selesa berbanding KTM. But enough about that. 

Abang India yang hanya mahu dikenali sebagai Mark (oh, dia beragama Kristian barangkali. Bahasa Inggerisnya bagus sekalI!) tertawa. Dia angguk. “Yes, he’s a dear friend to me. We dated for a year back then when both of us are in Australia. We have broken up ever since but we still remains as friends.” Aku telan liur. Pernah ketemu lelaki/perempuan yang sebegitu selesa mendedahkan seksualitinya kepada orang asing yang baru dikenali tidak sampai setengah jam?

Tren tiba dan dia pelawa aku masuk dahulu. Kami duduk, sambung berbual. Dia graduan universiti Australia, habiskan empat tahun di sana dan dia bilang kalau mahu ke sana tolong elakkan daripada mengaku bahawa kita warganegara Malaysia. Ini adalah kerana masih ada lagi sebilangan kecil warga Australia (terutama sekali di sekitar pekan-pekan kecil sekitar Ipswitch, elakkan daripada kedai-kedai kecil di situ kerana menurut Mark pekedainya akan enggan menjual barangan mereka kalau mereka suspek kamu seorang warganegara Malaysia). Kami berpisah ketika tren tiba di Masjid Jamek. Dia bertukar tren untuk ke KLCC dan aku meneruskan perjalanan untuk ke PWTC.

Seperti yang aku ceritakan tadi, aku tiba di PWTC agak awal. Sekitar jam 9.20. Sebenarnya motif asal aku hendak tiba awal adalah aku kepingin mahu memenangi cabaran early-bird yang dikelolakan oleh Fixi. Siapa tidak tergiur untuk memenangi tiga novel sulung keluaran Fixi di samping dapat cuci-cuci mata. Betul tak? Anyways, ramai betul pelajar sekolah (baik rendah mahupun menengah) berkeliaran dengan guru pengiring masing-masing. Aku tengok kebanyakan guru pengiring semuanya stok muda-muda cantik-melaram dan kacak-menawan semuanya. Mesti baru posting. Aku senyum dalam diri.

Sambil-sambil menanti pintu masuk ke exhibition hall dibuka, aku rayau-rayau sekitar PWTC sekejap. Kali terakhir ke mari adalah bersama si saintis muda dan rakan sejenayah kami, menonton anugerah apa entah aku sudah lupa kerana 20 minit event berlangsung kami sudah berambus pergi makan di mapley. Tiket percuma, makanya lantaklah! Hahaha…

Pintu utama exhibition hall dibuka tepat jam 10 pagi dan orang ramai sudah mula berpusu-pusu masuk. Aku rasa harapan aku untuk menang agak tinggi. Aku rasa. Tapi dari kejauhan aku nampak ada seorang mamat berjersi kuning memecut laju dari pintu masuk (ya, dia secara literalnya berlari masuk) dan berkemungkinan tercari-cari gerai Fixi juga.

Setibanya aku di gerai Fixi, saudara Amir Muhammad dan pembantunya sudah tersedia di itu. Aku jadi starstruck sejenak. Ini merupakan kali kedua aku bertemu beliau. Kali pertama adalah di MAP ketika pelancaran buku Sultan Muzaffar. Bila aku sebutkan kata kunci untuk hari ini, Amir Muhammad hanya senyum dan berkata; “Sorry, you’re the fourth person.”

Dayyuummn.

Sedikit terkilan. Ah, well. Aku beli juga ketiga-tiga novel Fixi: Pecah (Khairulnizam Bakeri), Cekik (Ridhwan Saidi) dan Kougar (Shaz Johar). Nanti usai baca setiap satu novel itu pasti aku akan ulas di sini. Sempat juga berbual-bual dengan Amir Muhammad. Dia friendly rupanya. Aku cakap yang aku sudah dua kali terpilih dalam senarai-pendek dua antologi keluaran Matahari Books sebelum ini; Body 2 Body dan juga Orang Macam Kita. Namun, kedua-duanya tidak terpilih. Aku tidak terkilan, malah sudah cukup bangga kerana bagi aku terpilih untuk disenaraipendekkan sudah memadai, sudah meletakkan namaku di luar sana. Mungkin masih belum rezeki aku.

Aku ceritakan kepadanya bahawa selama tiga tahun pengajian aku di universiti, aku banyak menggunakan buku-buku dari Matahari Books dan artikel tulisannya sebagai rujukan utama. Dia bilang dia terkejut kerana tidak banyak pelajar mahu angkat mana-mana buku atau cerpen keluarannya untuk dijadikan bahan diskusi sastera. Mungkin aku antara yang pertama. Bangga sekejap. Oleh kerana aku starstruck (dan mostly gugup sebab berhadapan dengan editor dan penulis berpengalaman seperti beliau), bahasa aku agak tunggang-langgang. Sedikit memalukan.

Beliau tambah sebenarnya untuk Body 2 Body kalau boleh mahu dimasukkan semua entri yang dihantar tetapi pihak penerbitan telah mengehadkan jumlah muka surat. Tak boleh buat apa-apa. Beliau usulkan aku untuk cuba tulis novel pula dan hantar kepada Fixi. Oh, besar projek itu! Novel? Aku pegang naskhah Pecah karya Khairulnizam Bakeri. Agak tebal, sekitar 60,000 patah perkataan. Beliau bilang penulis ini ambil masa hanya 3 bulan untuk buat penyelidikan, rangka dan karang novel tersebut. Kalau seorang lelaki yang sudah berkahwin, punya kerja tetap dan keluarga mampu siapkan satu naskhah novel dalam tempoh 3 bulan, masakan aku seorang mahasiswa yang bakal bercuti (dan berkemungkinan besar hanya goyang kaki di rumah) tidak mampu untuk hasilkan novel ketika cuti semester ini.

Aku senyum. Amir Muhammad tepuk bahu aku. 

“I’m looking forward to read your first two chapters, tau!”

Selasa, 26 April 2011

043: aku sayang kamu. ya, jujur!



Esok hari penentunya. Hurm...

042: [siri tutorial blogger] #01 - cara pasang burung twitter terbang.

Perasan tak ada burung Twitter warna biru berlegar-legar dalam ruang blog ni? Ha, mesti korang dah pernah tengok benda yang sama kat blog-blog lain, bukan?

Hehe. Ini ada satu tutorial mudah macam mana nak pasang burung biru yang sama pada blog korang semua. Lets check it out!
  1. Login Blogspot, kemudian ke Dashboard, lepas tu ke Design dan pilih Edit Layout dan seterusnya Add Gadget dan akhir sekali HTML/Javascript.
  2. Masukkan kod di bawah ini pada ruangan gadget HTML/Javascript dan klik SAVE.

* Tukarkan USERNAME kepada username Twitter anda
* Tukarkan URL WEBSITE kepada URL laman sesawang anda

Dah siap! Mudah, bukan? Jangan lupa follow Twitter saya di SINI.

Selamat mencuba!

Kthnxbai.

SUMBER: [sutera kasih]


**UPDATE** [26/04/11 | 06:39PM]


Atas permintaan enciksedap, saya kemaskini entri ini dengan cara-cara memasang burung Twitter terbang itu untuk pengguna Wordpress pula.
  1. Login ke Dashboard Wordpress anda.
  2. Pilih Tab Widget.
  3. Kemudian pilih Text.
  4. Masukkan kod yang sama di bahagian atas dan simpan.
Jangan lupa!



* Tukarkan USERNAME kepada username Twitter anda
* Tukarkan URL WEBSITE kepada URL laman sesawang anda

041: [siri kuotasi hari ini] #01 - persahabatan.

Friendships are simply an excuse to love someone forever, and never be afraid of losing them...
- Runako RJ.

040: [siri tak ada kerja] #03 - lady gaga yang tidak mahu mengaku salah.

WTF??? Ngaku je la! Hahahaha....

Isnin, 25 April 2011

039: [siri sekadar cuci mata] #04 - matthew davis.

Matthew Davis, currently playing the role of the smoking-hot History teacher turns Vampire-hunter Alaric Saltzman in the uber-popular television series 'The Vampire Diaries'.








*SPOILER ALERT*
[don't continue reading beyond this point if you haven't watch until episode 17. lol]
.
.
.
.
.
.
.
For those who still not watching up until episode 17 of the second season, Alaric will soon be possessed by the so-called 'original' vampire named Klaus who attempted to break the Sun & Moon curse that had been binding the vampires and werewolves races.

Yep. Klaus finally will make his appearance. Can't hardly wait for the next installment!

uuhh.... still crave for more cuteness?
.
.
.
.
hehe...






*faint*

Ahad, 24 April 2011

038: [siri tak ada kerja] #02 - koleksi gambar-gambar pertunangan Ashraf Muslim yang digugel.

Cakap banyak tak guna. Kita layan dulu...














Congratulations to Ashraf Muslim dan tunangnya Noor Dayana. 

Lekas-lekas kahwin, ye?

Kepada fans Ashraf Muslim... jangan kecik hati. Remy Ishak dengan Bront Palarae kan ade. Tak gitu, nn?

Hahahaha...

=)


* gambar diambil terus dari SINI. kthnxbai.

037: bahaya di hadapan.

- danger ahead - 

Look... over there... up the hills
Something is moving very fast
Like a floating messiah
Clouding the city of sins.

Look... over there... in the swamp
Something is moving very slowly
Like a swimming Loch-ness monster
Terrorizing the city of sins.

Look... over there... at the valley
Something is moving very quietly
Like a burrowing gigantic mole
Destroying the city of sins.

Look... over there... under the bridge
Something is crawling very noisily
Like a lurking poisonous centipede ready to strike
Intoxicating the city of sins.

[08/05/2004 | Saturday | 10:14PM]

Sabtu, 23 April 2011

036: [siri haiku merepek] #04 - tunggu.

empat hari lagi
rajin pangkah kalendar
last-last kensel!

035: lalak di ceria & entri tribut untuk alia.

Petang tadi budak-budak TESL tahun 3 (edisi tak lengkap sebab sembilan orang tak ada, but whatever...) pergi berkaraoke sempena untuk meraikan pemergian Alia yang akan balik ke US pada Isnin depan. Sebenarnya banyak kenangan manis kami bersama Alia sepanjang dia berada di Malaysia.

Tak tahu hendak tulis dari mana. Apa yang penting, kehadiran dia selama tiga tahun dalam kelas kami sedikit sebanyak telah terkesan terhadap kami semua.

Cakap banyak tak guna. Nah, zina mata sikit. Hahaha...



Bersama Puteri Aini, keturunan Zay-Ba Sorority House.

Bersama une Shan c'est la copain. LOL.

Feeling-feeling macam kitorang ramai padahal non hado!

Gambar ramai-ramai walaupun tak cukup semua budak-budak kelas. Dinch uols! 

Alia. Masa ni dia tengah nyanyi lagu Jastin Bibir bertajuk 'Babi'. Kitorang dah larang jangan nyanyi lagu haiwan haram, dia degil jugak!

Alia, you're definitely gonna be missed!

<3

034: [siri tak ada kerja] #01 - Segmen Blog Review Pak Cek Biola.


Apakah warna kegemaran anda?
Hitam. Kebanyakan t-shirt yang ada dalam almari semuanya hitam. Senang nak padankan dengan apa-apapun. Laptop, handphone, mp3 player, mouse, wallet, kalkulator dan underwear aku pun semuanya warna hitam. Lol.

Jika anda diberi wang tunai sebanyak RM 1 juta,berikan 3 benda utama yang anda akan buat dari duit itu.
Separuh daripadanya simpan dalam amanah saham supaya ia membiak dan beranak-pinak. Sebahagian daripadanya mahu beri pada mak supaya dia boleh pergi Haji lagi. Selebihnya aku akan guna untuk backpacking merentasi Eropah.

Tag 1 kawan anda (kalau lebih lagi bagus) dan pastikan mereka mengetahuinya.

nn | sham | widda

Jumaat, 22 April 2011

033: malam.

Malam

Aku tertunduk
Kasih terlerai
Sayang termusnah
Jiwa kehancuran
Cinta terbuai
Asmara terbias
Dan malam...
                     menghanyut sepi...


[08/02/2003 | Sabtu | 07:07pm]

032: [siri sekadar cuci mata] #03 - henry lee.

Henry Lee. 
American male model. 
Filipino-Chinese-Portuguese mix.













.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
and finally... *holds breath*

*gasp*

Khamis, 21 April 2011

031: [siri salah dengar] #04 - masih lagi tentang lagu baru lady gaga.

Kelmarin aku dengar, bunyinya BEGINI. Hari ini dengar lain pula. Hurm...

AKU: I'm just a horny fool, oh baby here's the proof...
DIA: Holy fool... he's so cruel-lah. Cuba dengar betul-betul!
AKU: Oh...
DIA: Leh tak jangan dengar lagu bengong ni lagi?
AKU: ...

030: antisipasi dalam kesabaran.

Kelmarin. Aku berkesempatan bersembang lewat YM dengan Abg Shah. Masih ingat dia? Baca SINI, SINI dan SINI menurut susunan untuk kenali siapa dia dan mengapa dia begitu terkesan buatku.

Anyways... long story short, dia bersetuju mahu bertemu denganku pada Rabu depan!

Syukur. Aku gembira. Terus sahaja tiba-tiba datang semangat bergelodak mahu ulangkaji dengan tekun. Tak sabar rasanya mahu habiskan sisa dua kertas peperiksaan akhir untuk semester ini, dan lebih penting lagi... tak sabar rasanya mahu bertemu dengannya lagi!

OMG. OMG. OMG.

029: bila kerinduan datang bertamu & tiada apa yang mampu dilakukan untuk merijeknya.


You don't want me, no

You don't need me
Like i want you, oh

Like i need you

And i want you in my life
And i need you in my life

You can't see me, no
Like i see you
I can't have you, no
Like you have me


And i want you in my life

And i need you in my life

You can't feel me, no
Like i feel you 
I can't steal you, no
Like you stole me

And i want you in my life
And i need you in my life

The Pretty Reckless | You

-----

Mendengar lagu ini membuat aku terpanggil untuk mengingati Allayarham Adam. Bulan lima ini genaplah 6 tahun dia pergi meninggalkan aku dan juga ibunya. Aku rindu benar akan Adam. Dia adalah satu-satunya teman yang aku kira benar-benar mengenali diriku luar dan dalam. Dia seperti kembarku yang tidak pernah aku punya. Dia seperti kaki kiri untuk pelengkap kaki kananku. Dia emping jagung untuk semangkuk susu dingin.


Aku dan Adam saling mengenali sejak dari bangku sekolah lagi, terpisah hanya ketika masing-masing melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Aku ke UiTM Kedah, dia ke MMU Cyberjaya. Aku dalam jurusan Undang-undang, dia dalam bidang grafik. Dia memang pandai melukis. Dulu-dulu kalau kami sama-sama berhajat untuk ponteng kelas Matematik Tambahan, aku dan dia akan bertemu di luar pagar belakang sekolah dan duduk di belakang tembok sambil aku memerhati dia melukis dalam buku kulit keras warna merah yang dia sering bawa. Buku itu sarat dengan lukisan dia, puisi pendek aku, dan lagu-lagu merapu-rapik kami kalau kami bertemu lagi pada sebelah malamnya di hujung gigi pantai tambak tidak jauh dari lokasi di mana kini berdirinya Queensbay Mall.


Itu kisah lalu. Masa itu QB Mall masih lagi sebongkah bangunan tinggal yang creepy dan kawasan itu menjadi sarang bagi pasangan bercinta mahu quickie. Entah berapa kali aku dan Adam akan meronda-ronda menaiki basikal (aku di belakang, dia mengayuh) dan sengaja lalu rapat benar pada kereta yang kami sedia maklum ada pasangan sedang mengerendek.


Adam pandai menyanyi. Suara dia sedap. Si Raqib peserta AF9 punya suara mirip suara Adam. Cuma suara Adam sedikit rendah dan tidak selunak si Raqib yang comel itu. Buku merah itu kini ada pada aku. Kadang-kadang kalau aku rindu aku akan buka dan serta-merta air mata akan jatuh. Aku sentuh kertas-kertas yang sarat bercontengan dengan pensel, pen atau marker dengan tulisan tangan Adam dan serta-merta aku akan boleh ingat di mana dan jam apa ia ditulis kerana kebanyakan ketikanya aku ada di sisinya.


Aku dan Adam terlalu rapat sehingga rakan-rakannya mula menggelarkan Adam gay. Dia bukan homoseksual! Adam straight! Hanya kerana dia rakan kepadaku, orang terus melompat pada konklusi yang dia mesti turut sama gay. Bodoh! Aku bengang dengan orang otak dangkal seperti itu. Tetapi Adam tak kisah. Dia tetap peluk aku dan cium dahi aku kalau ada orang buli aku masa di sekolah dulu. Dia peduli apa. Dia kawan aku dan aku kawan dia.


Hari itu masa aku balik seminggu untuk study leave aku sempat ziarah kuburan Adam. Aku duduk lama-lama, bacakan Yasin dan cabut rumpai-rumpai yang menjalar. Lepas itu aku letak sekuntum kekwa warna kuning. Sebenarnya aku suka warna putih tapi petang itu aku tak jumpa warna putih makanya warna kuning pun jadilah. Adam suka kekwa. Dia selalu hadiahkan buah hatinya sekuntum kekwa.


Fatehah kekasihnya yang terakhir pun suka kekwa. Dia minta kalau aku ziarah kuburan Adam, aku mesti telefon dia dan cakap dengannya lewat telefon, bilang apa yang aku nampak, huraikan visual agar dia dapat bayangkan sama. Auckland jauh makanya aku yang jadi mata dan telinga untuknya di sini. Tak apalah. Fatehah bukan orang asing. Dia ada masa Adam tiada di katil cadar putih HKL. Ibu Adam ada. Aku pun ada. Aku ponteng kelas Introduction to Law II masa itu. Aku ingat lagi. Aku minta Abang Iz pecut laju-laju di lebuh raya agar aku lekas tiba. Tapi selekas manapun aku tiba, Allah lebih sayangkan Adam.


Air mata, sigaret, kopi mendingin. Itulah teman aku untuk malam ini.


=(

Rabu, 20 April 2011

028: katy perry - terfikir akan dirimu.



Oh. Aku benci berperasaan sebegini pada ketika getir begini. Fark!

027: temu janji pertama yang kedua.

2nd 1st Date.


Alas!
What wonderful the night's breeze felt
Over my skinny unprotected arms.
As he walked beside me side by side.
Gingerly onto the staircase.
Again...


Took a piece of him for my memory board
Forever it may last until my breath stop.
Make some effort to not let him slipped.
Never want to be the shadow again.
No.

* dedicated to the special day... 14/01/2006 08:37pm

[18.01.2006 | Wednesday]

026: [siri salah dengar] #03 - bila pertama kali dengar lagu baru lady gaga.

sumpah itulah yang aku dengar pertama kali dengar lagu 'judas' ittew. lol.

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015